Sunday, December 4, 2011

Search - 30 tahun live in Larkin Johor Bahru 03/12/2011 review


Semalam kira " all the planets aligned ".
Konsert Search paling best pada aku ( yang mana aku pergi la, terang2 kalo kat Penang, Sabah Sarawak tu smua aku tak pegi la ), sejak reunion Amy+Kid+Din+Nasir dan guna drummer Lola zaman Evolusi tahun2 2004 dulu gitu sampai skarang ngan macam2 line-up.
Dari setlist, performance, sound, lighting, sampai ngan hujan lebat sebelum Search main, ngan padang bola Larkin dah jadi wading pool ngan hujan turun renyai2 masa show, memang amazing la kira.

kalo korang malas nak baca review aku... tengok setlist
1) Intro + Drum Solo
2) Panggung Khayalan
3) Gothik Malam Edan
4) Fenomena
5) Musnah
6) Metropolitan
7) Melayar Bahtera
8) Serigala Segalanya
9) Balada Pemuzik Jalanan
10) Isabella
11) Melastik Ke Bintang
12) Cakap Memang Murah
13) Rozana
14) Bisa
15) Meniti Titian Usang
16) Setelah Hujan ( Amy acapella bila hujan reda)
17) Kejora
18) Gadisku
19) Isi Atau Kulit
20) Langit Dan Bumi
21) Menara Kesesatan
22 ) Kid Solo & Din Solo
23) Mentari Merah Di Ufuk Timur
24) Pelesit Kota
25) Pawana
26) Fantasia Bulan Madu

Ni baru lagu je tau . Anyway, Search on stage nearly 3hrs long.

Intro
So masa beli tiket, the lady from Oracle Accord was like vouching ni show akan jadi best, dan memang dari siang dah nampak la professional dan duit keluar banyak la untuk ni show dari luar lagik, dah pasang macam2 barrier, booth ticket lagik, proper security area lagik, ramai staff etc. Tapi it all still depends on Search dan aku memang tak mengharapkan sangat la, asyik harap tapi selalu kecewa. Tapi support tetap support ngan pegi, dan keluar duit beli tiket.

So dari petang, JB + Singapore hujan lebat.. Aku kul 8 kat terminal Larkin lagik relak. So jalan kaki je gi stadium Larkin, kul 8.40 masuk. Security tight tapi macam aku cakap dah banyak duit kot keluar untuk organising ni show jadi memang smooth dan professional.
OK, dapat goodie bag dalam ada tshirt per, kacang dua bungkus per, dan salute abis la, ponco per.
Kul 8.45 masuk ikut granstand area nye bawah tu, ooo aku dissorientated, pasal stage buat kat lagi satu gol post, bukan macam show2 Search lain kat Larkin yang buat kat gol post lagi satu. Paham eh apa aku cakap.

Banjir giler padang, so ada cam lawak2 kat stage, so aku tengok sekeliling patut la budak2 tak bleh masuk... pasal..... sapa belum pegi nanti pegi la tengok sendiri. Anyway, amoi2 semalam semua pakai.... amboi..
then ada panggil dua back-up singers Search berbual2 sikit atas pentas, then hah-ko kul 9 terus Search mulakan persembahan.
Macam aku cakap kat lady Oracle tu " mesti ramai Star Karat ni malam ", dan memang, aku pun sebenarnye malas nak masuk awal pasal aku ingat ada band lain lagi nak main opening show, tapi aku masuk je la, so aku tak miss starting, tapi aku confirm semalam Search start main kul 9 malam genap, ramai masih " malingering " kat luar haha.

Macam gini lah dari belakang. Yet, it end up a memorable one.




OK review show...
Pasal aku dah tengok Search Penang nye setlist, aku cam not so eager la, sorry ah pada aku Diari Habil dan Qabil, ermmm...hehe....tak se"ermmm" Isabella, tapi aku harap sangat Search rombak setlist.
Review Ulasan konsert Search Fenomena 30 Tahun Search Stadium Larkin Johor Bahru 3 Disember 2011 in point form.

ok, macam biasa pegi tengok band rock melayu, aku ingat2 lupa judul lagu, so aku harap aku tak screw up.

1) Intro muzik and terus masuk a short drum solo.
2) Panggung Khayalan. So I was like liking the stage and the lightings. With huge screens on both sides showing Search members close-up on stage and another one at the center behind Yazid alternates between live footage and video clips related to the song. Amy pakai baju coat stylo mylo my chemical romance gitu.
Bila lagu abis je aku cakap dalam hati, harap2 sound cam gini sampai end of show....
3) Gothik Malam Edan. Again....and again....the same old new song. I observe the crowd seems to like this song so much.
Aku dah excited ni, sound konsert aku suka, lantak la apa orang lain cakap, aku suka sound persembahan dari kat mana aku berdiri tengah2 lopak dan kaki berendam ngan air hujan.
4) Some keyboards dan atmospheric music, so aku like fikir apa lagu siak?
Fenomena siak... So aku dah excited, setlist dah rombak ni, mesti banyak lagi lagu best nak keluar ni malam.
Lagu Amy dah tak yah nyanyi, dah jadi macam choir dah penonton. Super performance and SOUND pada aku la. Korang dah boleh agak la salah satu sebab kenapa selalu aku hampa tengok Search kan?
5) Amy speech, dia cakap pasal hujan etc.
6) Musnah. Very nice live song. Ooo ooo ooo oohh.
7) Metropolitan. METROPOLITAN siak. wooo wooo woo happy giler aku haha. unsangkarable.
8) Amy speech lagi, dia cakap happy kat kampung, start tanya sapa kat crowd " orang bakar batu, orang kampung pasir, orang kampung melayu, orang mersing " etc.
So dia start borak2 pasal kampung dia. Haha.
Terus dia cakap Johor ialah City Of Rock N Roll.
9) Melayar Bahtera. ooo play any song from kaset Karisma, and I will be very happy. Sampai lagu ni aku masih teruja ngan performance dan sound Search so aku was like happy giler la pasal aku tak miss ni show walau hujan lebat.
10) Then...stage gelap dan atmospheric sound...
Apasal sound macam wolf howling je...? Biar betik siot... Could it be? Could it be?
Serigala Segalanya. Ohh my goodness!! Speechless siak aku ngan pilihan lagu dorang ni malam. Korang harap2 la ada full complete live TRIPLE CD official release show semalam.
11) Amy cakap lagi, jamming kat kompleks tun razak etc, pasal peminat baru etc, siap ada orang pengsan lagik caught on the live screen.
12) Next song intro as sebuah lagu negara ku. Balada Pemuzik Jalanan. Momentum maintain siak all these while, aku suka sangat pacing konsert ni, pasal aku tak boring. Laju aje...
13) Then Amy berbual pasal 1989, sebuah lagu negara ku versi ballad, dia cakap pasal dorang kejutkan semua bangsa, Indians, Chinese, dan lagu ni dah jadi lagu Jawa, lagu Boyan etc. What else? Isabella. Ok, dua benda aku nak cakap pasal lagu ni , bagusss main lagu ni awal2...cepat2 kasi clear haha, dan I like Kid on this song huhu. Audience nyanyi first verse by themselves, in fact they sung most of the song, ni lagu aku suka tengok gelagat peminat yang suka giler kat lagu ni. ok,Next song please...
14) Melastik Ke Bintang. Niceeeeee....
15) Amy introduce next song dari Double Trouble, tahun 1992, pasal rambut, dia cakap ni lagu very political sikit. So we get Cakap Memang Murah of course.
16) Intermission
Search leaves the stage and ada keluar macam satu video clip kat screen interview ngan peminat2 Search yang dorang interview kat jalanan gitu. Menghiburkan dan ada yang kelakar giler. Lawak siak.. Ada part dorang suruh peminat2 ni nyanyi lagu Isabella tau, kira satu peminat nyanyi satu line, ada satu brader tu dah sedap2 penuh perasaan terus " Siang jadi malam.....". Fun giler ni presentation. Tak tahu lak youtube ada tak ni video clip. By this time hujan turun renyai2 jugak..
17) Then Search muncul semula.
Ok, ni lagu ada mat payung dah bukak payung... pasal hujan dah renyai2, kan ponco dah kasi, tapi ada dah bukak payung...
So next song Rozana ni kalo korang dengar bootleg aku nanti ada la pekikan2 suruh tutup ( dan buang!) payung. Tapi kejap je, payung tu pun ditutup haha,...
Rozana, amy cakap ni Rozana ni pasal seorang minah nama Rozana dia jumpa kat Orchard Road zaman 80an tu. Ni dia cerita bila dia kena inteview kat suratkhabar melayu Singapore dulu.
18) Bisa. Pheeewiittt..
Then lepas lagu ni each member Search hadiahkan cenderamata kat audience. Bola. Nordin sua tendang lambung style golkeeper haha. Search thanks the promoters and organisers etc.
19) Meniti Titian Usang is next. What more can I ask for tonite right? sound malam ni aku suka la...semua pun best la.
20) Amy cakap pasal lepas hujan ada rahmat.
And he starts to sing acapella lagu Setelah Hujan ngan audience.
Best giler ni part. Just Amy Search + Audience. Dah la diri dalam banjir dah la hujan renyai2.
21) Kejora is next. Sappppp... Berapa lagu dorang nak main ni malam sey? All night long pun takpe.
22) Next... lawak giler.. Amy cerita pasal dia kat kompleks tun razak , dia cerita pasal minah minah, sekolah datok jaafar, dia cakap pasal orang Johor etc, minah jambu, tackle la gitu, berkenalan, ajak pegi funfair semua dia cerita. Hilarious abis la.
So terus dorang main Gadis Ku. Macam biasa lagu ni ribut ngan backing vocals ribu2 orang. I think last nite easily 7000? 8000? or much more? tu pun hujan lebat tau dan padang bola dah jadi wading pool.
23) Amy cakap ni malam dorang rakam, so lets hope ada full dvd and triple cd. Nak kat tiga jam wooo total.
Next song Isi Atau Kulit with Amy usual vocal gymnastics with the audience at the starting.
24) Next song... Langit Dan Bumi. Langit dan bumi dok. happening abis la. Great song after great song played. All out rocking siak Search ni malam. I like it so much. Ni lagu version paling best la.
25) Band Introduction dan backing singers dan keyboard player.
Yazid diperkenalkan sebagai kaki pukul berasal Kampung Pasir. Nasir dari Mersing. Ada peminat panggil Din Mayat, Amy cakap dia panggil Yazid pukul yang sebut Din Mayat nanti baru tahu haha. Amy introduce Kid and Din sebagai kalo takde, tak menjadi, dorang ni dia punye chemistry on stage. Berasal dari Kampung Melayu. Kampung Bakar Batu lak, dia cerita pasal asal usul pheewiittt belakang pokok jambu, Suhaimi Abdul Rahman.
26) Menara Kesesatan. Serious berbual, bila nak game ni malam nye show.... Pukul abis ah Search ngan seleksi lagu2 dan persembahan yang superb ni malam.
27) ok tarik nafas tarik nafas pasal dari tadi song after song semua gerekkk sey.
Giliran Kid guitar solo then Din guitar solo then together solo.
28) Terus masuk lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur. Amazing, I like.
29) Seterusnya, Pelesit Kota. Betul2 nye enjoy.
30) Pawana. Another enjoyable moment and great performance by Search.
31) Amy final speech pasal impian dorang dan thank you's kat audience dan organiser and they play Fantasia Bulan Madu. Siap ada intro yang macam kat kaset MMDUT zaman korang muda2 dulu tu. Elok lak lagu ni ada pompuan backing vocal.
After the song, Search members semua lempar2 distribute drum sticks kat audience etc...
dan aku..
aku dah jeans kena lumpur, selipar kena lumpur, jalan laju2 ah balik terminal larkin kejar bas masuk balik Singapore, nasib baik ada nombor 170 hidup lagi malam2 gitu, MRT tak yah bimbang semalam MRT 24 hours gitu, pasal ada Singapore Marathon..
ok la..thats about it... I really enjoy the show. Kudos to the organisers, brilliant professional job even in bad weather.

As usual kalo takde orang share full audience bootleg... I try to upload mine within 24hours. Kasi aku partition dulu.

12 comments:

Iaryylr said...

wah syoknya! entri menarik, terima kasih kerna berkongsi... :)

zan said...

Everything is about money. Ada yang sanggup keluar duit banyak, confirm konsert jadi best.

Thanks to Dunhill and Defined!

Dr. Bentara said...

berapa orang hadir?

Portdy said...

BEST!

Skudal said...

wah...best tu......

berteromber said...

cis!!!...macam terasa rugi jer aku tak pergi...heheh..

Takilala said...

berteromber tak pegi?? hahahahahaha

Zaireen Zapple :) said...

lagu intro tu actually lagu yyz from Rush...dia org cilok bahagian depan je..nice arrangement though before opening song...ni nak comment blog lu pon wa pakai anak buah nye account..hahah..i met Nasir tadi and i must tell u guys he is so down to earth..siap bagi balance picks smlm + signed posters..my man of the match for yesterday was Yazid..3 jam x bangun dari stool dia..respek ahh

ajie said...

damn...mmg terbaeik...ini konsert terbaek search yg pernah aku saksikan...setlist lagu yg sangat mantap..terasa adrenalin memuncak..pandai diorg pilih lagu yg bleh memanaskan badan yg sejuk akibat hujan...

accapella setelah hujan tu mmg Epic la...

AHP said...

sori bro, lama tak ziarah. PC aku ada problem. aku pulak buta kayu pasal teknikal ni.

ni pun aku tumpang netbook anak aku.

kalo takde hal, aku nk bwk fam aku turun kat KL 18 disember ni tengok search.

e_one said...

konsert mlm 2 mmg terbaek......klh DT ari 2......JB CITY ROCK N ROLL

:: Wiween :: said...

aku frust x dpt pegi tgk konsert search kt kl ritu... *sob*