Tuesday, February 14, 2012

This monday Judas Priest + Lamb Of God, Live in Anaheim soundtrack, etc etc

Lepas baru menengok dua band rock Melayu XPDC dan Search perform nak kat 4 jam, yang aku enjoy..

Senin ni dua band rock omputeh lak main dan kalo ikut jadual 90min + 140 mins = 4 jam jugak la tu.

Lamb Of God - tak pernah dengar betul2 tapi aku kagum tengok dorang punye releases untuk peminat2 dorang, ada pernah aku tengok kat forum Maiden ruang "show offs" tu, fan dorang punye elaborate photo shoot untuk rare releases dorang. Awesome, terutama yang boxset gitar tu punye kandungan. Hebat.

Aku cakap ngan kawan aku ' amacam nak datang awal tengok opening band atau star karatz cam biasa, dia jawab " Lamb Of God?? " ngan cara yang..... So nampaknye tak tengok la haha. Mungkin sikit2 je la ending tu dengar kat luar tembok je la sambil tunggu nak masuk lambat nanti.

Judas Priest - minat jugak dari zaman jahilliah dulu, sampai beli jugak kaset dan cd dorang ( dan solo Rob Halford ) tapi tak pernah tengok live, so ni kalo aku dapat pergi ( walau tiket ada tapi belum konfem lagik ), pertama dan terakhir tengok live dorang, walau tanpa KK Downing ( and to an extent Dave Holland ), dan aku selalu fikir dulu2 tengok inlet kaset2 label CBS dorang yang ori tu, aku selalu fikir KK Downing ni yang paling cool sekali.

Tapi gitaris peganti tu, memang giler la, aku pernah tengok dia main gitar untuk si anak Steve Harris tu bila Lauren Harris opening untuk Iron Maiden, dah aku ingat Zakk Wylde siot haha. Ligat atas stage.

Apa pun ni keratan sokkabar omputeh Singapore yang interview Rob Halford sebelum dorang main kat Taman terbuka dan slopping Fort Canning nanti.






Kesimpulan nya,


takde Desert Plains, takde Freewheel Burning, takde Wild Nights Hot Crazy Days, takde Dreamer Deceiver, takde Out In The Cold, takde Angel, takde Tyrant, takde Jawbreaker, dann takde Rock Hard Ride Free...takde macam2 lagi lagu2 yang personal favourites aku..tapi tu la kalo band lagu banyak yang gerek.

tapi ada blood red skies kot? so ok la. Takde la aku stim kering sangat.
Plus of course lagu2 popular dorang yang konfem dorang akan main ngan satu dua lagu2 album tok nujum latest tu.

ooo aku warm up sikit2 ngan dengar cd2 Rob Halford, yang ini Original Soundtrack to Live in Anaheim.




So sikit2 review, Rob Halford nye live cds memang best giler, mungkin pasal Roy Z produce kot, dan tak bleh imejin la kalo Roy Z (with Adrian Smith ) produce Maiden.
ok memang la tak boleh challenge Live Resurrection, tu double cd memang legend,
tapi aku suk Live in Anaheim sampai beli cd original dia, ialah pasal lagu2 solo Rob Halford kat cd ni ada yang gerek2 versi live yang lagi rock lagik..

We have of course Heretic, Golgotha, even Sun. Plus some Judas Priest old songs like
Never Satisfied and a rousing spectacular Diamonds And Rust which I think for the Singapore show will even have an acoustic start. This song really evolves thru the years.

I think if anyone wants two live cds to enjoy, and they like Judas Priest/Rob Halford style of music, then they should get Live Resurrection and Live in Anaheim cds.

Lastly, while taking the photo of the packaging, I was at the same time ripping some of my Motorhead collection to mp3s to listen to while walking/travelling, and I realise the color similarity of the Live in Anaheim and Inferno.


Both superrrbbbbb anyway. But there is one as superrbb or maybe more than these two...

Whitney Houston, of course.

10 comments:

berteromber said...

kalau aku dapat nengok dorang main Sentinel pun aku dah cukup puas...tu lagu 1st dorang yang buat aku terfollow Judas Priest ni...

tapi apakan daya...baca rebiu ko ajer la...

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

"Judas Priest - minat jugak dari zaman jahilliah dulu"
samalah kita. tapi pengetahuan dan minat ko dlm bidang ni memang sgt detail bro. tahniah. aku tau angguk2 kepala je. oklah kut

gayour said...

dua gitar harmoni dan jeritan pontianak!antara band british paling berpengaruh dalam dunia metal!

oh ya, agak2 encik rob bawak tak harley dia on stage masa lagu "freewheel burning"?

sila ke deviantart gua untuk tengok karikatur mr.dave murray yang gua post kat situ. tq

Portdy said...

cuma ada satu je material Judas priest ni iaitu DVD Live in London. Itu pun zaman Tim Ripper Owen.

SkiD said...

Sentinel le lagu pertama yg aku tahu...pasal intro macam lagu Zakiah..hahahaha!!

WanBeruas said...

aku sejak muda dulu memang tak boleh masuk dengan Judas Priest nihh..tapi Lamb Of God..kami anak beranak memang gila mabuk dengan dorang..hehhehee

Iaryylr said...

wah macam filem dvd pula style nya :) cantik!

Unknown said...

I love Judas Priest! Lamb Of God? any guidance?

Eva Talya Redd Rohim said...
This comment has been removed by the author.
Eva Talya Redd Rohim said...

Salam Deaf!

Ni Aku Yg Ko Duk Jerit "Hoi!" Aritu ... Kawan lama ko. Triple S.


Assalamualayka!


Aku nak bebel kat sini.
Biarlah apa orang nak kata. Aku tak peduli.
Jangan pakaikan aku baju pasung & post aku ke wad gila Soul Asylum udah.... Aku lom Bipolar DisOrder lagik.... miahaha

Aku dah pindah pi Antartica... bab tu aku lama tak jenjalan kat umah ko... jauh aku nak travel tu.

^.^