Kenapa aku panggil Black Sabbath sekarang - Ozzy / Iommi / Geezer Butler / "no Bill Wards No Black Sabbath " replacement drummer sebagai Sharon Osbourne's Black Sabbath?
Tentulah macam korang semua , lagu2 Black Sabbath tak kira apa era mewarnai zaman budak2 dulu sampai ke sekarang, untuk aku sendiri, dua kali lain2 re-incarnation group ni Black Sabbath dengan penyanyi Tony Martin dan Black Sabbath dengan Ronnie James Dio (Heaven & Hell) main kat Singapura aku dapat peluang gi tengok. So aku memang minat la.. dan aku nak sangat tengok Snowblind main live cammana. Segalanya tentang lagu ni ialah terbaik.
Tapi aku kureng sikit la ngan Black Sabbath sekarang
translation GOOGLE
Book your tickets for the festival: OZZY OSBOURNE PACKAGE - SCOPE LOUET
The ticket price is: € 650.00
Date: Sunday, June 22, 2014
Here are the contents of the package:
- A meeting with Ozzy Osbourne before the concert
- A photo with Ozzy Osbourne
- An autograph Ozzy Osbourne
- An exclusive tour gift
- The pass laminate Remember tour
Attention, the package does not include admission to the concert, it is only valid for customers already equipped with an entrance ticket to the concert.
The ticket price is: € 650.00
Date: Sunday, June 22, 2014
Here are the contents of the package:
- A meeting with Ozzy Osbourne before the concert
- A photo with Ozzy Osbourne
- An autograph Ozzy Osbourne
- An exclusive tour gift
- The pass laminate Remember tour
Attention, the package does not include admission to the concert, it is only valid for customers already equipped with an entrance ticket to the concert.
Lagi aku makin tak sedap hati ngan IKLAN ni, ok korang boleh cakap "tak minat buat bodoh sua la!!" dan sebagainya, tapi ntah eh....aku cam rasa tak best la kan...
I mean, 650 EURO!! hanya untuk sebelum Black Sabbath main Hellfest hari Ahad bulan Jun ni, bayar 650EURO untuk
- jumpa Ozzy (kau rasa berapa minit paling lama??)
- ambik gambar (A photo with Ozzy)
- mintak autograph (An autograph with Ozzy)
- laminate pass ngan exclusif gift.
dan ni TIDAK termasuk duit tiket tengok konsert ok, pasal terang2 nak kena ada tiket Hellfest pe. 650EURO untuk apa2 je kat atas. Aku tengok sekarang, pemimpin2 Negara2 dunia pun senyum je budak2 ajak Selfie.
dan cuma OZZY ok?? Bukan Black Sabbath!! maknanya boleh aku cakap Tony Iommi ngan Geezer Butler tak mau ada kena mengena ngan MENCONGKONG duit peminat ngan bayaran mahal gitu!! atau dorang memang tak diajak langsung jadi Sharon bolot duit semua???
Memang la aku tak berkenan ngan Sharon pasal dia suruh pencacai2 dia buang telur kat Maiden masa Maiden tengah perform, dan paling "tak-sporting" dan BUSUK HATI, dia shut down power masa Maiden tengah main kat OzzFest. Mungkin kesilapan besar Sharon kerana jemput Maiden pasal Maiden dapat sambutan hebat dan bukak peluang pasaran kat para pendengar muzik Ozzy dan Black Sabbath yang tak pernah tengok atau mungkin kurang tahu pasal Iron Maiden di Amerika.
Aku sebagai peminat, aku dukacita ok baca2 laporan dan iklan gini pasal nyanyi tak serupa bikin!!
lain la
- ada makan2 ke,
- duit tu disalurkan kat badan amal ke?
- atau mintak maaf la ye, tapi ada minuman alkohol yang mahal2 free-flow ke (maksuk aku untuk peminat2 yang minum2 gitu) , tapi mahal sangat la kan?? mungkin murah sikit la kan...untuk waktu, untuk bayar gaji pekerja nak susun jadual ni).
Apa pun, Aku memang tak percaya orang2 rock ni, WAAAHHHH nyanyi berkobar2 - anti-perang, anti-establishment, nak keadilan, tapi makan duit peminat.
Terang2 Bruce Dickinson tu cakap pasal Maiden tidak akan main GLASTONBURY tu bukan boleh percaya ye tak?
Mungkin starting2 ye la, semua hati jujur, dah bertapak, DUIT HULUR LA DULU!! ok DUIT PERLU tapi kadang2 pada pendapat aku cam melampau la gitu kan??
OK la, aku tahu korang akan cakap pasal aku tak berkenan ngan Osbourne Family tu kan? So aku cam carik pasal la kan?? haha.
ok balik cerita Bruce berbual pasal GLASTONBURY tu...
GLASTONBURY hulur duit kat Maiden sekian2, hah Maiden akan main jugak ye tak?? pada aku la. Semua duit. Walau aku minat giler kat Maiden tapi aku tahu, dorang ialah satu perniagaan yang dimana keuntungan untuk setiap anggota dan management dorang perlu untuk menjamin masa depan dorang dan keluarga dorang walau aku tak rasa dorang akan kena kan bayaran mahal giler untuk jumpa anggota dorang cam apa Ozzy Osbourne dah buat ni Euro 650 yang tak munasaba.
(Walaubagaimanapun, tak logik la kan Maiden main Glastonbury, Metallica boleh la, Metallica crossover peminat muzik semua kenal dalam dunia, Maiden tak la tahap populariti Metallica untuk peminat muzik. Apa pun Glastonbury nye tiket sold-out sebelum lineup diumumkan pasal ia festival seni secara luas bukan nyanyi2 aje)
kesimpulannya aku tak rasa ada mana2 anggota band heavy rock dalam dunia ni nak charge 650EURO untuk ambik gambo, dan sign autograph cam iklan atas.
tapi mungkin sapa tahu kan? diri tepi stage, nyanyi War Pigs sama2 satu mikropon ngan Ozzy kan?? tapi tu pun...tak kan la kan?? .
Apa pun, selang satu dan dua persembahan sebelum Black Sabbath main nanti, jadual ialah SOUNDGARDEN , PARADISE LOST dan EMPEROR!!.
Selamat la engkau SHARON, takde orang nak MENGKAYAKAN kau dah...haha.
OK hati aku dah sejukkkkkkkkkkkk... mari kita berbual happy things pulakkkk...
TERBAIK LA TERRRRRR BAIK NI YOUTUBE UPLOAD.
Korang tahu kan hari KHAMIS baru lepas ni, Maiden headline malam pertama Rock Am Ring Jerman...
Dan disiarkan siaran secara langsung kat tv cable, dan jugak kat internet...
Apa aku baca, kat tv je.. sejuta lebih orang tengok Maiden nye siaran langsung tu..... Giler kan?? ke aku salah fakta???
tapi bayangkan muzik sebuah kumpulan tu, betapa boleh EXPOSURE kat pendengar satu negara atau rantau tu ngan dapat peluang macam gini...
Anyway, ni Rock Am Ring ni macam Download Fest la gitu kan, band campur haduk...sebelum Maiden main headline, band yang main sebelum Maiden ialah Offspring. Jadi mesti lah tempias peminat2 Offspring tentu cekitout Maiden kan?
Aku suka video ni, rasa nya semua orang suka la , untuk sebuah broadcast telivisyen secara langsung, ngan takde edit ke, takde nak kameraman kelam kabut nak tukar2 adegan sesuai...
- dan aku suka, pasal video ni mula ngan Doctor Doctor..
- aku suka pasal video ni tunjukkan penonton tu rasanya tak semua minat atau tahu lagu Maiden, Exposure ok main2 festival gini pasal dapat perkenalkan diri kat peminat2 muzik baru dan dapat masuk tv gini...
- dan aku suka, starting tu tunjuk crew2 Maiden tengah bukak selubung (betul ke selubung??) hitam dan tunjukkan stage prop Maiden yang ais beku tu haha.
- rigs lampu maiden start kelip2 masa intro tu...
Kalau korang tak tahu pasal video ni macam makin popular je, enjoy... ada berapa versi upload kat youtube la, ni satu darinya...
happening la kan tempat2 dorang...happy je semua...KHAMIS lepas ok. Jadi paling terbaru sangat la ni pro-shot walau edit dia kadang2 ke laut, ni siaran televisyen so jangan harap nak part solo dorang tahu nak tunjuk kamera man rakam sapa tengah solo. Tapi kalau Maiden dapat master-tape semua, hah edit balik, mesti lagi cun part solo-menyolo ke hapa ke.
Maiden cuma start masuk lepas 5 minit....aku suka, siap intro tape semua....
pada aku video ni tunjukkan enam2 anggota Maiden fit giler, main bagus, top-form abis buat persembahan, dan drummer si nicko mcbrain baru sambut hari jadi ke 62 kat show ni.
62 ok!!
siap topi ada kek lagik.
kalau tak boleh tengok kat sini pasal ownership apa ntah, korang tengok kat youtube je la click kat video atas nanti bawak gi youtube. Enjoy....
8 comments:
melampau betul..ozzy sorang je pulak tu..dari dulu lagi memang tak bekenan betul ozzy ngn sharon ni..konon nak tunjuk yg dia rockstar hollywood la konon..ceh
kat fb ada orang buat page boikot metalika tak bagi main kat glansbury tu..pasal aktiviti hetfield yg suka memburu
EUR650 = SGD1104.31 = MYR2827.26 = fuh!
agak2 ada ker fan metallica kat Glastonbury tu nanti…dengarnya tiket dah sold out sebelum tahu siapa yang akan main….
Mungkin ini sebab mengapa Maiden tak nak main Glastonbury…bayangkan ko main metal kat crowd Karnival Jom Heboh….errkkk…
Hahaha...kann.mcm tak kena je..
Aku tgk live rock am ring rambut Murray pun dah mcm ala2 zamani slam..heheh
ijau-fuhh juga
Pegila tengok soungarden dan baling 650tu kat diaorang lagi bestkan.
slam?? ye ke? haha
jom heboh?? haha..
buang duit kat soundgarden, hah lagi afdal
Post a Comment