Wednesday, August 27, 2014

BLACK HEAVYWEIGHT 180g VINYL - AT LAST AFTER MANY MANY YEARS OF WAITING.. BUT.. REALITY CALLS!!!

Pengumuman yang dinanti-nantikan sejak bertahun-tahun lamanya akhirnya muncul.

Setelah tamat dan takkan diulang lagi persembahan Sejarah zaman 80an Iron Maiden yang dibahagi tiga (tahun 2005, tahun 2008-2009, dan 2012-2014) yang berakhir dengan tiga tahun pusingan "Maiden England" punya tema Maiden beraksi di merata tempat kecuali benua Asia dan Oceania, maka diumumkan...

Piring HITAM semua album zaman 1980-1988 berdasarkan heavyweight 180g black vinyl akan dikeluarkan semula dari acuan Master Tape Analogue Asli Maiden dari zaman dulu.

(Picture Disk memang cantik...TETAPI ni yang sangat2 ditunggu.........)

Dan jugak...single 7 Inci Maiden yang cute giler tu dari semua release 1980 hingga 1989 akan dikeluarkan jugak dalam bentuk black vinyl.

Semua packaging akan tiru packaging asli zaman 80an dulu...


Untuk aku, ni berita gembira... tapi...bila ambik kira kalau aku nak kumpul, tentu banyak wang "hiburan" aku yang perlu aku keluarkan... aku ada fikiran sikit...

Ni yang aku tunggu2.... Iron Maiden Black Vinyl heavyweight 180g dan aku harap...segala picture disc dari zaman 2000 terus tu semua dorang pun nanti keluarkan betul2 punya bentuk 180g ni...HITAM.

tapi... macam aku cakap....duit "hiburan" ni, macam untuk korang jugak la kan, cuma ada sekian2.... selepas kita dah tolak yang perlu dan WAJIB dan Mustahak dan benda2 tambahan yang Pakai kepala hotak mesti kita laksanakan dalam hidup,
betapa pun aku minat tetapi Iron Maiden dan Arsenal untuk aku adalah hiburan yang aku perlu tolak tepi demi tanggungjawab, tetapi aku akan cuba sedaya upaya pastikan ada ruang untuk ni dua dalam hati aku sendiri. Cehhhh.......

nak beli apa2 untuk hiburan "SYOK SENDIRI" diri kita sendiri, lepas tolak duit tanggungjawab kita semua, ada had.... TERHAD.

Adakah lagi bagus aku tak mau terjah ni semua, pasal yang lama dulu hancur bocai tu semua ada.... hehehe...






dan aku fokus......siap sedia...kalau panjang umur murah rezeki...

hati aku selalu berdetik....baik aku start tolak tepi.....

Waktu Eropah dan North America akan musim sejuk pada Januari/Februari 2016 nanti...

Maka Iron Maiden akan waktu dah keluarkan album studio terbaru mereka, dan akan tour kat rantau ni dan Asia lain, dan Oceania....

dan mungkin kali terakhir, dan kali terakhir, tentu mereka nak main banyak tempat kat rantau Asia, termasuk "Kuala Lumpur", apa ejaan Rod Smallwood tulis untuk Kuala Lumpur?? Aku dah lupa, tapi dia eja salah waktu dia cerita planning dia nak Iron Maiden main kat negara dan tempat mana sejak bertahun2 lepas.

Aku dah plan 2016 Chinese New Year, hati aku cakap Maiden akan main Australia merata tempat untuk kali terakhir, dan aku nak backpack giler2 lagi sekali cammana aku buat tahun 2011 dulu, dan aku kena plan berjimat sekarang, sikit2 lama2 jadi bukit...

So...

walaupun hati ku sedih, tapi aku fikir....ah beli2 ni semua tak yah la.......




haha..


Tapi jangan terkejut kalau aku tewas ngan panggilan Black Vinyl heavyweight 180g ni.






As of now, it would be wiser if I put aside my personal entertainment pocket money for the ending of Maiden playing LIVE!!! which I fear is coming soon.....

And part of me wish Maiden will stop soon, so I can finally grow up and move on...

LOL!!!!!

7 comments:

Rafi said...

Yg ni memang aku telepas..tapi bila maiden announce nak rilis balik,mmg aku suka gila..pasal aku tak penah ada 7 inch nye single..jimat cermat la lepas ni..heheh

berteromber said...

hahaha...takper la beb...ko dah ada complete set....ni orang macam aku ni yang lama dah mengidam....

tengah pikir ni...nak tak...nak tak...(semalam dah hampir2 nak klik "enter" kat amazon...heheh...)

Ijau D. Koceng said...

kalau maiden main lagi di rantau nusantara ni (MY/SG/ID) entahlah dpt pegi lagi ke tak...

D'arsil said...

uii best juga tu klu main kat kl haha...

Dr. Bentara said...

aku dah pre-order hahaha

MOHD SHAFID BIN RAHMAT said...

Aku nampak kat kedai tadi yg 1990-2010 punya piring hitam pun ada jual. RM300. From fear to eternity

metal brain asylum said...

"we never stop, we never quit...cause we're..iron maiden..." ehh...tu lirik lagu whiplash by metallica.hahahaha