Thursday, September 4, 2014

Muzium LOUVRE.... (my Maiden Europe 2014 backpacking to Serbia, France, & Hellfest 2014 PART 12)

Muzium Louvre.

Macam aku pernah cakap, kalau ikutkan rentak aku secara peribadi, tiga hari tiga malam pun aku tak boleh habis menghayati segala isi kandungan yang dipamerkan dalam bangunan2 besar dan bertingkat2 ni.



Lukisan2 klassik dia je, ni satu contoh....BESAR GILER KAN?? berapa lama sey artis2 zaman dulu nak hasilkan ye tak? dah la detail giler...
Cammana nak angkat nak transport kan hasil2 seni beratus2 tahun dan penuh berhaga ni, insurans dia je dah berapa ye tak???

Nak kena tengok dari jauh dah berapa minit....nak kena datang tengok dekat2 in detail lagi berapa minit...
baru satu... kalau ada ratus2 cam gini....

dekat bahagian lukisan klassik je silap2 satu hari...  ni aku cakap ni ikut cita rasa peribadi aku sebagai penggemar pergi muzium.... Apa2 muzium la, aku hidup bila masuk dalam.






OK Apa pun, aku pun nak join in meraikan ulang tahun ketiga puluh album Powerslave cam korang dan cam ramai orang sekeliling dunia....




Ni bag aku bawak masa aku pergi Louvre, Backpack aku yang besar gedabak berat giler tu aku dah simpan kat tempat simpan bag kat basement....

Jangan bimbang, korang kalau pergi Louvre semua korang letak sana sua, masuk Louvre jalan lenggang kangkong, pakai selipar.....

Anyway, nampak sebelah Sphinx tu , apa melayu panggil eh? Patung gergasi purba Mesir Jahiliah berkepala Singa? haha.
Kat sebelah tu ada notis PENCOPET!. Hati2 woooo banyak wooo Pencopet Professional. Tak rasa punye la aku rasa.. tahu2 habis semua...
Aku passport letak kat dalam seluar jeans, kejap2 tangan pegang bontot, cek wallet aku kat poket belakang ada ke tak...
Benda2 penting, tiket tengok Maiden, tiket masuk Hellfest semua aku taruk dalam beg sling, beg sling aku jalan letak depan...  Kongajar kalau sapa curik tiket nak gi tengok Maiden aku, GADUH ah!! hahahaa.

Anyway ni tag dia bila tukar bag...


Nombor macam Setan lagi.....
Selalu aku dapat nombor 66 ni tau...dari zaman sekolah dulu ambik periksa apa....nanti dapat 66/100. Ni untuk subjek2 aku minat la.... kalau tak minat.....memang la fail. Literature, aku minat...aku masih ingat...aku dapat 66/100.

BANGGA!!!!...  Pasal serupa nombor macam Setan kan??

OK dah cerita pasal Mesir Purba...ni lagi sikit...

Ni Ramses II ni kat bawah ni dia punya zaman pasal dia, tapi awet mayat Ramses II aku rasa masih kat Mesir ke? atau London??, Ramses kedua ni, kalau tak silap aku la....  adalah FIRAUN yang kita kenal. Ni salah satu peninggalan sejarah dari Firaun yang kita kenal sangat ni....

OK, Firaun ni memang tenggelam kat Lautan Merah tu kan masa dia ngan dikatakan sejuta tentera dia kejar Nabi Musa..
tapi tak mustahil Allah jadikan mayat dia timbul semula dan dapat diawet oleh kaum nya, jadi last2 jadi pamparan kita hari ni..

Sorry eh kalau aku salah, tapi apa aku tahu, dari segi kajian Firaun yang kita kenal tu ialah Ramses II.

Kalau salah, aku mintak maaf.



Ni pulak gambar pertama kat bawah ni ialah tempat simpan mayat yang diawet untuk RAMSES ketiga (RAMSES III).

Sarcophagus la ye Omputeh panggil...

Banyak la kat Louvre ni semua, ni kira kalau dalam ada isi, ni semua ialah Mayat Manusia tau....

Walaupun dah berpuluh2 ribu tahun sekalipun, tetap mayat manusia jugak.. Kira tak boleh main2...

Waktu Muzium kat Singapura bawak masuk pameran Mesir Purba dari pinjaman arkib negara Austria,
Tok Sami dipanggil ok untuk buat sembahyang dulu pasal nak bawak mayat.. ye la orang pun mesti saspens kan... walau pun dah beribu2 tahun tapi tetap mayat.

Tapi untuk aku cukup la sopan santun cara hormat je la kan, tak mau kutuk2 ke hapa ke kan,, bila berhampiran ngan pameran2 pasal dorang pun semua pun macam kita manusia, cuma mayat dorang diawet, dah tu jadi la pameran beribu2 tahun lamanya....






Aku pergi ni aku dapat pusing selama 4 jam - 5 jam gitu.... pasal lepas tu aku nak balik airport aku nak mengembara gi Serbia Belgrade sambil menengok Iron Maiden dan Ghost main kat SUASANA KAUM SERB ngan bendera semua berkibar dah betul2 punya semangat nasionalisme sangat tinggi walaupun dalam suasana menengok Iron Maiden main.

Jadi 4 - 5 jam ni, aku cuma pusing tempat lukisan klassik, cam aku dah buat posting potret monalisa tu hari kan?
dan tempat Mesir Purba punya arkib dan pameran...dan jugak tempat arkib pameran purba kaum Greek, dan aku sempat turun paling bawah sekali bawah tanah tu tengok Foundation bangunan Louvre ni yang ada tempat dibuka kepada umum...

Jadi bawah ni...sebagian lagi Ancient Egypt Artifacts...

dorang pun ada string instrument jugak, dorang pun dah buat album cover patung berkepala Kambing jugak, dan macam2 la tengok je la...ni aku rumuskan ringkas je la dari mungkin 100-200 gambar aku snap hanya untuk Louvre sahaja...

Dan jugak backcover album Powerslave pun ada jugak kat Louvre ni... haha.








OK OK,

Pergi Louvre ni kan...

Tiket tak yah beli advance ke online ke, kalau korang pakai credit card paling mudah, banyak mesin automatik, korang cocok je kad korang terus tiket keluar... takde hegeh2 nak pin nombor bagai...

tapi kalau korang nak bayar pakai cash, hah sila beratur....
tapi kalau korang beli tiket online sebelum korang pergi pun,rasanya leceh la jugak korang kena tukar tiket la apa la...


OK, Siling kat sini memang jadi tarikan....siling2 kat bangunan2 yang bersambung2 menjadikan Louvre ni...sangat cantik dan penuh sejarah.....jadi siling2 ni pun secara sendiri ialah satu lagi tarikan yang buat muzium Louvre ni terang2 la antara terbaik dalam dunia...

SAKIT LEHER!!!!!!!!!!










OK, Venus... She got it...yeah Baby, She Got it....
I'm Your Venus, I'm Your Fire
At your Desire...

BANANARAMA RULES!!!....

Korang gi Louvre ni kurangkan sikit la, " Eiii, TAK PAKAI BAJU!!!!", "Eiii, TAK MALU!!!"..

ye la lukisan2, patung2 tu semua dari beratus2, mungkin ribu2 tahun dahulu... paham2 je la...

Ni kira angle Venus paling sopan la kan? haha




OK ni lain2 la bahagian Roman, Greek purba ni semua...

aku tapis2 je la foto2 kat sini,, takkan nak tampal banyak sangat gambo kan??

Mungkin lain kali aku upload semua gambo kat blog aku yang memang aku load-up semua foto2 aku suka dan aku ambik yang DEAFENING.BLOGSPOT.COM tu tapi masalah nye aku rasa aku pun dah lupa password hahha..





Anyway pergi Louvre ni senang je, naik subway dorang dah...... konfem sampai nye.... cam aku, aku siap jalan kaki sikit, pasal nak explore kan...

INGAT KITA MENGEMBARA, bukan melancong....


Perkataan Mengembara...is so much better.... dari segi mentaliti, ILMU, disiplin, dan apa kita raih dari segala usaha kita yang penuh panca-roba, dan jugak kos belanja.



OK, bangunan Louvre pulak, ni ialah sehagian aku ambik je la.... susah la nak ambik cantik...

satu foto kat bawah tu ialah tingkat paling bawah tanah, tempat structure Louvre tu sendiri...








Tu la aku cakap, kalau tiga hari tiga malam pun aku maybe tak boleh game... Ni untuk aku la...



OK, ermmm apa lagi???

OK, ni koridor2...dan sebagian lagi pandangan dari tempat lukisan2 klassik zaman dulu tu ye....

Actually, kat tepi lukisan ada la info2 menarik...

tapi rata2 semua tulis cakap French,










tapi memang menarik la,

Actually kan, aku kat Paris ni, ermmm, 10 gitu jam aku stopover nak gi Serbia, aku naik tren dari airport pergi Louvre, Lepas tu gi Airport balik,

masa datang lagik aku nak gi Hellfest kat Nantes Clisson pulak, aku pergi luar Notre Dome, aku naik boat pusing sungei Paris tu, dah...aku gi tengok Street Scenes Paris kejap, buskering dorang la apa la...

terus aku tidur... pasal masa kat Belgrade Serbia aku enjoy sangat aku tak tidur, dah tu konfem Hellfest aku tak tido sangat tiga hari tiga malam, jadi lagi sekali aku sampai Paris, aku gunakan untuk tidur... petang ngan malam tu sebelum besok paginya aku naik keretapi pergi bandar Nantes pulak.

aku tak minat sangat tau Paris.. Nantes gerek... nanti aku cerita...


OK, apa ni Louvre ni kan, kalau betul2 korang hayati, banyak benda2 yang... akan tarik perhatian kita, walaupun dari segi pandangan sudut agama mungkin ada bercanggah ke hapa ke,
tapi dari segi kita nak dapat ilmu aku rasa tak salah kan...

So cam contoh art ni... aku tengok wahhhh lawa la...

then aku gi dekat2... Ohhh ni cammana dorang gambarkan David and Goliath...



Dan kalau kita minat Panini stiker gitu kan, OOOO aku baru tahu ni pun seorang pelukis classic zaman dulu...gambo bawah..

dan foto paling bawah tu...

tak silap aku Derek Riggs nak ambik idea dari lukisan ni, dia nak buat artwork Iron Maiden tengah main live, lepas tu segala orang2 ternama dalam sejarah yang beratus2 tahun pemimpin2 dunia dan personaliti dunia semua jadi hadirin.. tapi tak jadi la apa cita2 dia nak buat artwork tu...

Again kalau salah sorry...





Ni macam... actually kalau korang tak kira la korang sapa, terutama korang kalau minat muzik heavy metal ke hapa ke, aku rasa korang mesti happy giler gi tempat ni, pasal... its so relevant...

tu la aku cakap, aku belum masuk macam biasa aku Dumb And Dumber, bila masuk Louvre, aku rasa aku dalam dunia lain, tiba2 aku jadi rasa macam pandai gitu....rasa :macam" aje, bukan betul2, tiba2 aku rasa diri aku...Sophisticated gitu....
pasal dikelilingi benda2 ni semua....
Ni kira kalau dalam Louvre ni kan, tiba2 hilang la bahasa English berbual berterabur gitu, nak cuba cakap English cam BBC gitu haha.

tapi keluar balik je, cam biasa la, "Selenger bacin" balik la...haha...


Ni la antara gambo2 aku alihkan, harap korang terhibur.....


6 comments:

Rafi said...

Gambo siling tu lawa siot..mcm lukisan 3D.memang kalo round 1 hari mesti tak puas eh..best tuu..

berteromber said...

tengok ni...tetiba terpikir...dah berapa tahun dah tak masuk muzium negara...

D'arsil said...

CUKUP terhibur.. tidak mengecewakan setiap apa yang di publiskan dalam blog ni...

Ijau D. Koceng said...

tiba2 teringat babak filem dah benci kot (da vinci code)

dilabangiWORLD said...

DEP, bravooo
aku terasa bagaikan duk kat muzium besor tu
chantek giller silling muziumni
gambor lagi lah
orang ART penghayatannya lebeh dari mata biasa kan
ang salah satunya
aku 'bonggo' dep

PC kOKak™ said...

ada dua firaun cerita Moses ni, firaun zaman Moses kecik ialah Ramses 2, tapi yg kejar tenggelam tu Merneptah (anak Ramses 2 tu).

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0712&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm