Wednesday, September 10, 2014

makan & Walking In Nantes....(my Maiden Europe 2014 backpacking to Serbia, France, & Hellfest 2014 PART 13)

The day before Hellfest, I spent about total maybe 6 hours from 11AM till about 5pm and then again as the sun sets, just exploring and walking thru the streets of Nantes, I keep walking until I reach the sea and then lost my sense of direction on my way back as I decide to explore the backlanes. LOL!!.

Mula2 MAKAN!!.. Macam aku pernah cerita dulu2 kat blog ni, aku jenis lapar Nasi, maknanya susah untuk aku kalau aku backpack sorang diri ngan kos belanja sangat ikat perut, untuk budget bab makanan.
Jadi apa aku buat ialah, ada peluang jumpa nasik je, aku makan... lagipun aku dah agak tiga hari tiga malam Hellfest aku takkan jumpa NASIK, jadi kat Nantes tu dua kali aku makan nasik...

OK, harga makanan kat Nantes tak semahal Paris, jadi aku berani kan diri makan kat suasana restoran, Aku ambik harga yang dah fix rate.

Aku heran apasal, nasik aku taruk tepi, pinggan kosong letak depan aku? Oooo orang dorang mungkin tak banyak makan nasik kan? Tapi aku abiskan la, cam tak biasa lak. Haha.



Dorang takde kuah2 ni semua..... tapi aku seriously dah memang kebulur...

makan je la....

OK OK, ni masa aku sesat kat lorong-lorong belakang kat kawasan pendalaman bandar Nantes ni, aku dah lost ok, kat celah2 lorong2 tu,
tapi aku heran, aku rasa selamat...  Aku boleh vouch bandar Nantes selamat, aku takde rasa curiga la..

Lepas tu aku nampak ni....

Apasal banyak signboard kedai kat kawasan ni semua terbalik, aku tak paham kenapa...

Anyway, Manis giler la.... Ni kedai Tunisia, jual manisan dorang... Aku try sikit, tak boleh la.... aku tak reti makan..
Surrender.





OK layan gambo ok...

Ni antara pemandangan KUBU, ISTANA2 zaman dulu kat Nantes...

Betul2 macam kita gambarkan perang2 zaman dulu gitu......  Simbah minyak panas gitu kat tentera nak cuba panjat tembok..., kat dalam air keliling tu nanti letak buaya la apa la... hahaha...









Pasal minggu Hellfest kan, so memang ada nampak la suasana rock kat bandar Nantes, terutama sehari sebelum Hellfest mula kat pekan Clisson.






Sebenarnya, aku petik gambo kat kota Nantes ni aku rasa ada la beratus, tapi aku narrow down untuk dalam sikit je la at random...untuk tampal kat blog ni...

OK OK ni masa aku baru sampai bandar Nantes dari Paris naik keretapi laju dorang, dua jam lebih ok, jauh la jugak kalau kira ni dua bandar ni...

Tu beg aku, anyway, backpack aku, actually tak besar sangat la macam orang lain, tapi pada aku dah gedabak, anyway backpack aku, aku beli yang takde besi banyak, paham?
yang kuat, tapi frame metal kat dalam tu sangat halus dan ringan...

Pasal aku dah try sumbat berapa berat pun, jahitan semua kukuh, tu yang penting la, aku bukan apa, tapi backpack jenis branded macam apa tu Deuter tu semua,
dorang punye bag, waktu kosong je dah berat, pasal frame tu dah berat...

actually bag backpack murah2 dah ok, takde brand nye, cuma jahitan dia je....
ni pandangan aku je la...



Ni lak sebahagian streets Nantes...
Banyak weiii kedai2, banyak sangat...aku terkejut jugak aku jalan jalan macam2 jumpa...hah...masuk celah sini celah sana tiba2 nampak Galeries Lafayette besar gedabak haha..









OK OK,
korang tengok filem Inglorious Bastards ke hapa kan??
Apa cinema paradiso ke hapa tu kan...?


Hah...korang tahu, masa aku jalan kat celah2 lorong2 bandar ni kan?? kat bahagian2 belakang la aku saja kepoci explore2...

tiba2 nampak panggung wayang old school giler, yang ok la, macam happy la aku jumpa...

tapi aku tak masuk....

aku takut aku tak cukup waktu, pasal ni la berapa jam ni hari Khamis ni je peluang aku explore lorong2 Nantes ni..

Anyway, aku takde masa nak pergi contoh macam Museum ke, tempat2 menarik Nantes sangat..

Aku rasa dalam berapa jam tu lagi berbaloi aku jalan2 je tengok suasana dan carik apa tersembunyik, kalau tempat2 menarik tu takpelah lain kali, dan boleh jumpa banyak informasi dalam tenet.





tapi apa pun depan stesen keretapi Nantes tu ada kebun bunga, aku tengok kejap...tapi tak explore dalam la...

depan dia je dah pengsi...





Nantes ni macam Paris, banyak apa tu...gereja, cathedral, besar2 gitu....
aku siap masuk satu lagik, memang lawa la....

Korang tahu Manowar nye church organ nye sound tu... hah, gitu la sound dia masa dorang ngah main2 kat tempat gini...






Nanti la aku tunjuk2 gambo Gargoyles dorang, dorang suka ye Gargoyles ni...

dan ukiran2 dorang macam cantik la aku suka tengok..

Dah sampai Nantes ni, pemikiran aku cakap bandar Paris tu cuma gimmik je.... Serious berbual.

Buat aku fikir, best giler kalau dapat gi bandar2 lain, Korang pernah tengok video Metallica main kat kubu bersejerah zaman Rome kat Nimes ke hapa tu...

Tu tempat aku rasa mesti pengsi eh...




Hah, ni bila aku dah sampai kat laut tu,

eh? Ada kapal perang?? haha museum dah kapal perang tu...

Nantes ni bandar pelabuhan bersejarah ni...

Actually boleh naik bot pusing2 pelabuhan dan lautan kat situ...

aku tak mau la, aku kesuntukkan waktu...










Satu kan? aku kagum kat bandar Nantes ni dan kat Clisson masa Hellfest ialah pasal langit dia udara kan bersih gitu...

jadi memang boleh nampak kesibukkan ruang udara...banyak giler kapalterbang sana sini...

macam, dah jadi macam highway kenderaan darat gitu... bersimpang siuh cara teratur gitu...

aku tengok macam rapat2 gitu...




Macam relak je kan tempat ni, tak banyak orang, tak banyak kenderaan..

macam banyak orang kulit putih Peranchis dengan minoriti orang2 Arab dan Afrika-Arab gitu je..

dan paling best, macam takde orang Asia melancong atau mengtravel gitu kat bandar ni...

Seronok la, seribu kali bagus dari suasana herok-perok bandar Paris yang dah la mahal, penuh sesak, stress,

OK, ermm..nanti aku sambung2 lagi pasal apa aku makan...nanti la aku upload lagik...tak banyak pun, sikit2 je takkan nak upload ratus2 foto, giler ah...





9 comments:

metal brain asylum said...

awesome scenery bro. \m/

berteromber said...

best betul tempat2 macam ni...tak nampak serabut dengan kenderaan...

munirakirana said...

munirakirana salam aku rindu zaman photo blogging agak2 kalau ku buat comeback ko nak support tak aku?

Rafi said...

Cantik gambo..agak nak kena telengkan kepala la eh nak tengok signboard tebalik tu..heheh

D'arsil said...

indahnya pengalaman bro deaf..

Dr. Bentara said...

more deaf!

Portdy said...

Biru langit biru mata itamku

deaf-angel said...

Mk

Of course support!!

Anonymous said...

I visited various web pages except the audio feature for audio songs existing at this
web page is truly marvelous.

Visit my blog :: enlargement exercises