Friday, October 31, 2014

Paradise Lost - In Requiem (4 x 7" vinyl box +cd boxset, 2000 copies worldwide)

Dari kubu perang Kalemegdan di kota Belgrade dengan sejarah Uthmaniyah nye kepada sesuatu yang lain..
.
.
.
.



I just cannot resist this special boxset and its been sitting there in Roxy the record shop, it always have made me wonder why its sitting there because this is a rare boxset of music from one very very excellent band, and its about time I grabbed it. 
I dont know why nobody else buy this boxset as its Paradise Lost In Requiem and Roxy already reduced the price substantially. A very very good metal album from 2007.
Its 2000 pcs limited boxset worldwide. The original 11 songs plus three bonus songs is arranged into 4 separate cute 7 inch vinyls. 
Also, the same songs are packed into one CD in the same boxset, but without the missing bonus track "Godless", the instrumental. Plus the lyrics are printed on a huge poster, I dont know if other versions carry the same poster sheet. 
The problem with Paradise Lost is they have so many different pressings of each albums with different bonus tracks, which for fans means better value for money.
Paradise Lost IN REQUEIM is a very very good album though its hard to compare it to their other releases as they tend to stray to different musical styles often from The Death, The Doom, The Gothic, Electronics and Synth-pop "Depeche Mode" mode, with Nick Holmes different singing delivery to fit each style of music.




Intro sikit -
Paradise Lost ni macam pening gitu nak cakap style dorang pasal dorang tukar2 style..
Dorang ni jenis terkejut2 gitu suka tok nenek dorang nak buat album style apa..
Jadi setiap kali Paradise Lost keluar album baru, memang saspens.

Kalau korang baca pasal dorang dan tulisan2 pasal dorang, album2 dorang bercorak Death-Doom mula2, lepas tu ada cakap dorang la pelopor Gothic Metal yang mungkin betul la pendapat ni, lepas tu dorang masuk style Electronics/Synth-Pop style gelap2 gitu dan boleh buat lagu2 dan album yang tersangat lagi Depeche Mode dari Depeche Mode sendiri la pada aku, lepas tu dorang main metal balik..

Penyanyi dorang Nick Holmes pun, setiap album lain2 cara nyanyian dia, kadang2 buat death growl, kadang2 nyanyi cam biasa..

Ni terbaru ni dia dah dipilih untuk jadi penyanyi terbaru, ( tapi dia masih sama ngan Paradise Lost jugak,) untuk band death metal Sweden, Bloodbath, jadi yang tu dia buat style suara growl dia balik la... ok la, ada dah keluar kat youtube dah sapa minat... 

Sedap band Bloodbath ni, apa tu? elite Sweden death metal? siap elite lagi ok? tak kesah la apa pun nak panggil. Aku pening genre2 ni. 






Kembali semula ke topik perbualan,

Album In Requiem ni tahun 2007, kira album kembali sepenuhnye jiwa metal la kot?...lepas abis la dorang dah syok dah puas buat beberapa lagu2 style Depeche Mode cam kat album One Second dan Host..

Album ni kalau dengar, memang tetap la dia punya gothic tu ada... Kalau korang tahu Madonna punye Frozen??, hah teringat2 gitu, lagu Requiem la, aku macam rasa intro dia Madonna nak nyanyi lagu Frozen haah,
.... Serious berbual, Madonna Frozen antara lagu paling sedap la. I mean Madonna, pukul abis la dia punye lagenda ia tak? dari 80an dulu sampai sekarang dia masih maintain quality-control lagu2 dia sedap2.

Dan jugak, album In Requiem tetap ada pengaruh pop, korang tahu lagu Everything But The Girl "Missing"? when I missed you, like the desert missed the rain" tu..? hah...dorang cover version tapi dah tranform la lagu ni..
Ni ialah kira bonus song la jugak, sebenarnya album ni ada 11 lagu, tapi dapat dua lagu lagi....

Paradise Lost ni dia punye penyanyi, dua gitaris, bassist tak tukar, cuma drummer je dorang tukar2, tapi band ni cengkih dia pada aku ialah lead gitaris dia la si Greg Mackintosh. Hebat la dekni, ni band bukan jenis banyak solo memanjang nye, mana sesuai situ la solo sikit sikit...tapi....macam buat aku tertunggu2 gitu....

Mungkin ni album terbaik Paradise Lost la pada sebahagian orang, tapi untuk aku tetap DRACONIAN TIMES la, pada aku Draconian Times ialah antara album metal terbaik la aku pernah dengar.. nak2 kalau korang beli album yang ada nasik tambah extra2 tu...cam  Walk Away la apa la...
Tu pun cover version - Sister Of Mercy.


OK, lagu2 dalam boxset ni jumlah 11 lagu yang memang ada dalam album asli In Requiem dan tiga lagu bonus untuk versi piring hitam 7 inci sebanyak 4 keping rekod, dan jugak dalam cd tu ada 11 lagu tadi campur dua lagu bonus, yang takde cuma lagu "Godless". Instrumental lagu ni.

OK balik kepada lagu2 dalam album ni selain Godless instrumental tadi yang kejap je pun tak panjang..., semua lagu sedap la ye tak?? Memang untuk aku sedap...

Tapi ada yang menarik yang betul2 tarik perhatian aku contoh cam...lagu Your Own Reality tu, ada part Greg Mackintosh masuk dah ingatkan aku kat JS Bach Air On A G String,
giler kan?
everytime part tu aku teringat...

Berbagai rentak, kalau ikut halwa telinga aku, album ni momentum dia makin rancak makin rancak gitu setiap lagu...  
tak kesah la kan.. tapi aku dengar album ni, makin semakin lagu, makin aku naik syok...

tapi kalau live Paradise Lost suka main lagu The Enemy dari album ni. 

Tapi semua lagu sedap la dari mula - Never For The Damned, Ash & Debris, Praise Lamented Shade, 
Then terus masuk Requiem , Unreachable, Prelude To Descent... wahh...syok..
Fallen Children, Beneath Black Skies, Sedative God, Your Own Reality , ni semua gerekkk.. terutama aku feeling gitu lagu Sedative God.. 
catchy tersangat lagu ni....

bonus nye lagu2,
Missing & Silent In Heart pun sedap la , Silent In Heart rancak sangat...
Godless tu cam aku cakap tadi instrumental...tapi bahagian piring hitam je, bahagian cd dorang tak sumbat lagu ni kat boxset ni...

Anyway, Paradise Lost, lirik2 dorang memang cantik, mendalam.... menyentuh jiwa,  menyentuh kalbu... 






^^ Paradise Lost ni katalah kalau ada orang tanya aku, dorang nak mungkin experimen dengar, album mana nak dengar dulu? ^^

Aku cadangkan Draconian Times la, pasal Draconian Times ni bukan sahaja setiap lagu samada gerek nak mampos atau pun sekurang2 sedap dan seronok, tapi pertengahan la kot? tak la doomy deathy sangat atau tak la Techno sangat...





Pengalaman aku tengok Paradise Lost main ialah suasana yang surreal sekali,
Tu jam Hellfest la ye kan...

Korang tahu, jadual Hellfest hari Ahad tu jam, PARADISE LOST main sama waktu dengan kumpulan SOUNDGARDEN.
Giler punye clash kan? Soundgarden ok!!..Pertembungan dua gergasi la pada aku...

Tak dinafikan SOUNDGARDEN adalah nama tersohor dalam arena muzik gitar rancak ye tak?

Jadi memang la, aku tak yah ditanya nak pilih mana satu kan...   of course Paradise Lost la untuk aku. Walau kalau clash ngan band lain mesti la aku nak tengok Soundgarden ye tak? tapi hari tu memang kirim salam la ye Soundgarden. Paradise Lost is waiting at the smaller stage, thank you.

Jadi... masa Soundgarden main depan berpuluh2 ribu orang kat main stage1 ke 2? aku pun dah lupa, kira yang kat dalam khemah Altar tu boleh dikatakan peminat2 Paradise Lost je la....
So memang suasana dia memang terasa la, kira orang sekeliling aku memang into it....

Paradise Lost ni kan? Live dorang punye setlist huru-hara tau...
Kejap lagu heavy nak mampos , doom , gothic, metal abis la....
abis tu tiba2 masuk zaman One Second ngan Host...

Memang best la, setiap lagu pun layan... tu la aku cakap mungkin ada peminat2 Paradise Lost pun pening la tengok ni band, 
Aku suka ni band, aku memang pening layan ni band... haha.

Kejap kejap... ni la satu minit lebih aku rakam suasana masa aku tengok Paradise Lost kat Hellfest tu, 

Aku harap korang boleh rasa betapa happening nye Paradise Lost main depan peminat2 dorang kat Hellfest kat video pendek ni.

Perasan aku sangat gembira tu jam, akhirnya dapat tengok dorang main, walau cam biasa, lagu2 aku suka memang banyak takde la.... Boleh True Belief punnnnn.... dorang tak main?? Apa lagi lagu2 lain yang aku suka yang confirm dorang takkan main?

KONGAJAR!!!!! 

haha.





OK Dah tu je...

Hingga berjumpa lagi, salam techno.






p.s

Aku suka lagu ni tau, 1994 ke first time lagu ni keluar....
Suka sangat.....
dengar kat radio ke kat mana ke....

tau-tau, Paradise Lost rakam semula lagu ni, tapi ikut style dorang la... tapi yang original ni, rasa macam semalam....
Cehhh....

"And I Miss You... Like The Deserts Miss the Rain.... And I Miss You..."




7 comments:

berteromber said...

lawa la boxset dia...

aku baru-baru ni jer layan paradise lost....tapi Icon dan Draconian Times buat aku kemaruk nak layan album2 lain dorang...

btw Everything But The Girl "Missing" tu buat aku teringat zaman2 keluar berdating bukak 98.7 FM kat dalam kereta...heheh..

D'arsil said...

ok lepas aku baca ni aku buka utube dgr Draconian Times, boleh tahan...

Rafi said...

Comel 7 inci nye rekod..paradise lost pun start kenal ngan album draconian times.mcm ko ckp,sejak dia selalu tukar2 stail muzik ni dah kurang nak layan

PC kOKak™ said...

beb ni packing cantik gile, siap poster cd 7", pusing 33 kalau 45 lagi terbaek

Skudal said...

Paradise Lost memang layan... dari first album samppai sekarang saya follow ( kaset,cd,mp3 )

Unknown said...

Kadang2 sora dia ni mcm James Hetfield pon ada. ngee. Tp Best!

deaf-angel said...

Hello Muamar. Welcome.