Thursday, April 30, 2015

exploring sognametal, the ladies iron maidenS , robbie williams

Dari BOTOK-BOTOK kembali ke benda tak boleh makan.

I Just want to speak my mind about 3 things -
(1) I have been exploring and reading what available info I have on Sognametal when I got time. Seeing and discovering how good Vried is and with the Windir-heavy setlist entertains me.
(2)Also the female tribute band Iron Maidens is finally coming to Singapore 
(3) and Robbie Williams too...

Tiga perkara
(1) Ada waktu sekarang, aku cuba selam lagi mendalam tentang apa tu Sognametal. Aku suka menengok apa yang Vried bawak dalam persembahan Sognametal mereka. Banyak lagu zaman Windir. Vried nye ahli2 tu pernah main ngan Valfar dalam Windir. Valfar ni macam cengkih Windir semua pakaliao dia, dan dia mati dalam usia muda terperangkap tetiba ribut salji dan suhu tetiba sejuk giler gitu... kat Norway la ni semua kan...
"teruja aku baca satu peminat tulis kat mana ntah, kematian macam gini terperangkap ribut salji tiba2 dan suhu turun tiba2 ialah kematian paling black metal".. siot je kan tulis2 gini haha.
Mungkin aku boleh cakap Sognametal ni BM yang sangat melodic dan penuh ngan pengaruh muzik tradisi Norway kot? Sangat aku tertarik...

Walaupun EMPEROR pun main ngan lineup impian ni tiga orang (Dream Lineup)  ~~Ihsahn/Samoth/Faust~~ dan memang hebat dan dahsyat tapi tu memang dah boleh tahu la mesti impressive, tapi Vried memang mengujakan aku tak expect.
Jadi sekarang ni ada waktu aku ulang2 dengar Windir. Menarik..

Apasal hati aku cakap kalau ada rezeki aku ada peluang lagi sekali aku dapat backpack tengok Maiden main aku nak tengok dorang main kat Norway? So aku boleh sambil menyelam minum air? Aku baca laporan2 peminat2 yang travel2 backpack tengok Maiden main kat lain2 suasana tempat dan sokongan, laporan2 dorang aku baca kat internet cakap Norway negara mahal nak pergi travel dan jugak tengok persembahan.
Tapi ni negara yang ada bunuh2 tu hari kan? pembunuh tu bunuh ramai budak2 or something, ada kena mengena ngan perkauman?
cam sial kan? semua tempat sama je...babi la orang2 perkauman sampai tahap gini... tapi well...stay put bandar besar je la kan kalau dapat backpack gi sana tengok Maiden main...

tapi aku ada tengok youtube Bon Jovi main kat satu open air stage kat Norway, Bergen ke hapa ntah.. Lawa giler tempat dia dan sangat best la dari apa aku boleh tengok rakaman tu...
Anyway..

Ni video persembahan Vried Sognametal masa Hellfest 2014. Hebat...


&...
I am there somewhere LOL!!!


Ni photo of Vried Sognametal by yours truly...... I like it because I got almost everyone in this shoot... except one LOL!!

& tshirt...




ok ok dah..... next...

(2)
Band famous pompuan yang main tribute Maiden iaitu Iron Maidens..  aku try congak rota kerja in advance...Insyallah masih ada rezeki kerja lagi tu jam..haha. almaklumlah dynamics pekerjaan bukan macam dulu ye tak?  wahhh congak congak rota ke depan...... KERJA PAGI!!!!! hah, dorang main petang kan?, sempat la kot...
Nak ambik cuti dari kerja satu hari cam sayang la...
Anyway dorang main ni hari Ahad, sapa korang kerja opis hr takde hal la, sapa kerja shift...hah...stress nak susun timing.

Ala...main kat club yang kat Harbour Front area sana ye? Alaaa... Aku tak minat la tempat tu...

Takpe... aku kalau pergi pun nak tengok Iron Maidens, lepak luar...nak start masuk, horray horray, abis terus blah....
Ermm takpelah tengok cammana tak la penting sangat kan?
Puasa pun lagi berapa hari je...
Kalau aku pergi aku harap dorang main Alexander The Great. huhu.

(3)
OK yang ni penting..... CENGKIH SEGALA CENGKIH.. Lagi cengkih dari Vried, dari Windir, dari Emperor, dari Iron Maidens. HOHOHO

Robbie Williams ok.... Korang try tengok Knebworth nye show ni aku link kat bawah ni.... mak ai. Terkejut beruk dia punye intro tu...?  Giler babi betul nye intro.
Aku terus terang cakap la... antara live video concert terbaik aku pernah tengok dari segi persembahan ialah Robbie Williams nye persembahan kat Knebworth tu...
Iron Maiden cuma buat satu show kat Twickenham Stadium pun dah terkial2 ok nak jual tiket padahal Avenged Sevenfold main opening tu...
Robbie Williams tiga hari, TIGA ok, kat Knebworth, full house tiga2 hari kat Knebworth. Bukan Full House la ye. Full huge open field ok, kalau 100,000 satu hari, tiga hari 300,000 orang ok. Memang legend persembahan2 tiga petang/malam ni.
Antara video live konsert yang best la pada aku... Dan cantik sangat Knebworth ni, aku ada research jugak tempat ni, ada stesen keretapi dekat ngan tempat ni.



Ada serupa sikit cover inlet Queen Magic yang Queen naik helicopter pergi Knebworth tu..


Dekni masa dia zaman muda remaja dia kepala Take That, aku tak minat Take That masa sekolah dulu, tapi bila dia dah solo, memang cemerlang.

Ni iklan dia dah start keluar kat newspaper Singapore.
Hmmmnnnnnn boleh consider.. Tapi aku rasa cepat je la soldout show ni.

Anyway make up dia ada sikit2 Demon Gene Simmon.
Tapi ok la kot..
Dulu King Diamond adjust sikit dah dapat surat lawyer dari Kiss.
Dorang ngan dorang penghibur pun macam2 cerita..

Bak kata Gene "you put a circle on your eyes, thats fine, you put a star, we sue your ass off"..
Siot je kan...

apa pun lagu Robbie Williams satu lirik dia
"early morning when I wake up
I look like KISS
without the make up"...
siot je kan lirik ... haha.




dah tu je.. nanti sambung

bye

p.s






lagu ni ada makna dalam... makin hari makin betul, macam liriks dia.
lagi kalau taruk repeat mode.

k ni kali betul2 bye...



4 comments:

D'arsil said...

dasyat giler robbie ni baru aku tahu. haha

berteromber said...

aku kalau ko cerita Norway aku terbayang 2 benda ajer... A-Ha dan Ole Gunnar Solskjær...

tapi kalau ko pegi Iron Maidens...tangkap gambo banyak2 eh...heheh..


Rafi said...

Pakcik aku sampai sekarang dok kat norway sejak dari tahun 70an lagi.dari dia jadi tukang sapu mula2,sampai la skarang dah pencen lecturer.
Nanti kalo gi ambik gambo nita strauss banyak2 eh..heheh

Ijau D. Koceng said...

nita strauss tak join TIM kali ni... mcm tak best :)