Friday, November 27, 2015

Tolonglah jangan hembus asap vape kat makanan2 lauk pauk di gerai2/warong2/kedai2/ yang nanti orang lain nak makan...

Ini adalah post serius. Sesuatu aku sangat prihatin. 

Aku sangat duka cita pasal dah tiga kali perkara ni jadi depan mata aku terang2... ni semua in KL.

1) Aku ada kat salah satu kedai makan pasal aku tengah lalu kat kedai2 dan tak tahu nak beli makan buat balik kat kedai mana satu...
Abis tu aku tengah tengok lauk2 yang banyak tu kat kedai India Muslim ni or mamak, then brader ni duduk kat kerusi meja berdekatan ngan lauk pauk tu,
dia tiup vapour / vape dia tu aku rasa dah modify kot, asap tu terus selaput atas semua segala lauk/kari2/gulai2/makanan2/ kat kedai tu sampai hujung ke hujung.

Aku pun kensel la, dan gi kedai lain, tapi aku tak sampai hati, pasal kedai mamak tu antara kedai aku beli makan kadang2, besok nye aku bilang la ngan staff kat situ... pasal asap vape menyelubungi lauk pauk dia...

Dia alihkan meja tu, dan sekarang kedai tu dah meja yang dulu ada sebelah tu dah takde.....

2) Kat lagi satu kedai, kat bahagian buat roti nan, brader ni tiup vapour sebelah tempat orang buat roti nan tu, kan dia nak uli, then nak letak garlic, ke cheese ke, abis la selaput asap tu jatuh atas meja roti nan tu, tapi aku tengok lauk sardin / lauk kari kacang semua dah tertutup, dan mamak India tu tengah tak menguli.. so ok la.. aku diamkan je.. 

3) gerai satay...   aku susah nak cakap pasal orang2 gini datang ngan family jenis Muslimin Muslimah? korang paham apa maksud aku tak?
Its like aku ni Setan nak tunjuk pandai kat kedai or gerai.... tapi aku rasa aku harus jalankan tanggungjawab aku sebagai sorang ahli masyarakat kalau aku nampak benda tak kena, dan especially it directly involve me.

Tapi, aku terus terang cakap kat tukang jual satay "Asap Vape dia hembus kena kat satay saya order, tukar baru..."
abis tu dia hisap vape, dia hembus kat meja tempat penggerai satay tentang susun2 satay yang dah dimasak... 
again nasib baik la, Ni depan mata aku, kuah kacang yang dalam periuk tu tertutup...



Serious aku bukan la seorang pembersih yang very particular, aku bukan la sorang yang so like 100% hygience conscious, tapi aku cakap la... when it comes to food tolong hormat, tak kira food tu untuk sapa pun
kucing ke anjing ke korang kasi makan pun korang cek dulu kan makanan tu..

Aku kasi family aku makan, kalau kat gerai tepi jalan dengan macam2 asap kenderaan lalu lalang ke hapa ke, aku rasa lumrah kehidupan... dengan gini gaya kehidupan kita dalam masyarakat hari ini..

Tapi...

Adakah aku nak kasi sapa2 makan, baik family ke kawan ke mahupun strangers, makanan yang diserkup dengan asap vape hembusan orang lain , dah ditiup ngan asap yang keluar dari paru2 orang lain...

Sorry la eh dari segi medical aku tak tahu, kalau bukan paru2, dari dalam badan orang atau hidung dan mulut la eh...


Korang suka tak, makanan yang disaji untuk anak bini korang, ahli keluarga korang...

aku hembuskan nafas aku kat makanan tu?

korang suka...?


I mean korang tahu perangai BBNU tak? Kalau BBNU aku tak kesah, malah aku rasa aku tegur cara baik dorang boleh terima...

Tapi... kalau perangai semua dah dewasa, abis tu seriouslah aku segan ngan orang2 perawatakan geng baik,penampilan orang2 baik gitu in public,
abis tu korang hembus asap vape sebarangan....  abis tu kena makanan orang..

Aku tak tahu la pasal orang lain.. tapi like aku cakap la, korang suka tak orang lain hembus nafas dia tiup nafas dia, kat makanan family/kawan2 korang dan sebagainye...

Just a thought, dan mungkin aku sorang je kot tak suka orang tiup2 vape nye asap kat makanan2 tersaji di gerai2/warong2/kedai2 mamak...

tapi let it be clear, kalau aku gi kedai asap vape menyelubungi (ni aku bukan cakap sikit ok) ni dah menyelubungi makanan tu, kalau belum order aku kensel order dan besok hari nye kalau aku regular atau kedai tu dekat ngan rumah aku aku akan beritahu pekedai tu pasal ni semua kebersihan... dan keprihatinan hidup masyarakat... jadi dia boleh susun balik kerusi meja dia jadi asap vape tak menyelubungi makanan2 dia,

atau kalau aku tengok makanan aku dah order kena selubungi asap vape, aku mintak tukar...

pasal aku takkan sampai hati bawak balik rumah kasi love ones aku makan atau sapa2 la pun makan, aku tahu makanan2 tu dah DISIMBAH dengan asap2 dari perut/mulut/hidung orang lain....

and please dont be a smart alecky to say abis tu nafas pekedai atau tukang masak atau orang lalu lalang sama2 pilih makanan lauk pauk tu cammana? tu is a distance away, dan its not asap vape yang basically dah menyeluputi segala makanan tu...

I mean, sangat bastard aku kalau aku hembus2 nafas aku atau tiup2 nafas aku kat makanan orang lain kan?
I mean I dont vape, so aku hembus2 je la...nafas aku...

Sekian..

14 comments:

berteromber said...

setuju deaf..minggu lepas aku turun Larkin tengok bola ada sorang mamat depan aku hembus asap vape dia sesuka hati...habis semua orang sekeliling dia kena...kalau sekali sekala tu ok lagi...ni non-stop 90 minit...waktu rehat lagi...giler...at least orang hisap rokok pun takder la berasap non-stop macam gitu...kena perli pun buat tak paham jer...tak tau ler manusia jenis apa...

patut lepas ni stadium kena buat larangan hisap vape...

D'arsil said...

kurang ajar namanya tu, aku pun tgk juga pengisap vape ni, agak2 lah kan, nak sembur depan muka kawan2 yang tengah lepak, nampak cool tapi kawan tu nak termuntah dah dibuatnya hahahaha... bukan apa ada gak kawan aku isap vape ni, dia ni jenis peka juga, sekali dia isap di hembus bawa meja dia, ok kawan macam ni, ada juga kawan yang terus hembus asap depan2 dan berkumpul atas meja, nak tegur pun rasa segan tapi faham2 lah kan, bukan semua kawan2 suka ngan asap vape, ada gak cakap asap vape tu wangi.. bagi aku perghh memang tak bleh blah lah klu asap org hembus pastu aku sedut pula, jijik aku huhu..

NEKROBANGER said...

respek org tu yg penting...hembus sana sini..silap hembus x psl2 org lain bg dia hembus nafas terakhir...hahahaha

speedrider said...

bodoh punya manusia. Aku kalau kat kedai pun kalau tengok tak ada orang baru keluar vape. tahan kejap bukan lama pun nak isap benda tu. on the way nak stoip terus sekarang

Rafi said...

Kadang aku tgk bdk vape ni mcm monyet dpt bunga.tak mengira org sekeliling..asal boleh je tak hormat kt org lain.
Yg paling samdol nya aku penah jumpa,tak merokok tapi nak belajar hisap vape.yg tu paling aku pelik.

Kaemm Reutn said...

Cer sembur racun nyamuk kt muke dia...marah tak? Tak kn nk mrh kn...Kan same jek tu...merbahaya...nk mrh2 pulak kan....hehe

PC kOKak™ said...

jenis perangai peribadi tak elok. jenis ni dapat apa pun jahanam jadinya.

dilabangiWORLD said...

dep, aku tak sempat nak snap makanan tu
sebabnya...kau dah lapor hehehee

lieyalatif said...

Setuju sgt....lagi setuju bile sultan johor haramkan vape...tp lg bagus haramkan rokok sekali...ni haramkan vape sbb xde cukai n perokok2 semua hisap vape...kerajaan tarak untung maaaaa ekekeke

Adi Herman said...

sultan johor dah haramkan penggunaan vape...harapnya pemerintah lain pun sama haramkan rokok dengan arak...jgn kasi bias la harapnya gitu

Aleph said...

aku tgk kebanyakan yg isap vape ni mcm lawan2 asap sape lg bnyk dan pada aku ramai yang ikut trend je

MOHD SHAFID BIN RAHMAT said...

Baru nak cuba. Takpela stick to alvistas aje

deaf-angel said...

terimakaseh komen2 bernas.

Kaboi Tanduk said...

Awal2 dulu vape macam takda la byk sgt asap dia, sekarang dah macam shiha dah..