Wednesday, June 1, 2016

MAY Rahsia & Juara Juara Rock 3

Dari ulasan dan menampal foto2 aku menengok Iron Maiden main kat Perth Arena, dan jugak tampal tiket untuk 2016 Download Festival di Donington Park, Midlands UK,
Maka...  tulisan kali ini kita kembali kembali ke rock melayu,
yang pada aku sama hebat dan sama terbaik dengan rock omputeh ni semua.

So nari kita sambung pasal rilisan cetakan ke format cd album2 rock melayu yang kita semua minat  sampai berulang2 dengar kat kaset satu masa dahulu. Sampai kaset2 tu lunyai.



OK Lets start ngan album ketiga Kumpulan May - RAHSIA.
Berapa tahun sey aku tak dengar album ni, berbelas? berdozen? berpuluh? beratus tahun? cewaahhh..
tapi kan,

aku rasa macam ramai dari korang, tekan play button je kan cd ni (untuk aku, aku rip jadi mp3 320kbps dan masuk dalam player aku untuk dengar dalam bas, dalam tren, dan sewaktu berjalan kaki, dengar mesti pakai Headphone, volume MAX... tangkap ok... TANGKAP!!!!!!!!!)..
aku rasa macam ramai dari korang... yang lama pun tak dengar album ni..

serious berbual...  start je kan first song, boleh ingat lirik ok untuk lagu2 feberets.. mungkin susunan lagu lupa, tapi liriks boleh ingat. Mungkin tak semua, tapi once prompted je kan, dah boleh sing-along.

Seronok sangat. Aku boleh ingat ok, aku dalam bas zaman dulu, bas dua tingkat, duk atas, dengar kaset ni kat walkman. Its really a Rock Melayu moment you know?? Takkan Melayu Hilang Di Dunia Sama Macam Dengan Rock Never Die.

Anyway, May Rahsia, cover album yang seluar jeans tampal2 patch gitu. Tapi patch semua tampal luar la, nak kasi rock, buat lobang lepas tu patch tampal dari dalam la.... HAHA.

OK, ni album.. ada lagu sedap, DAN ADA LAGU BEST GILER..

Racun Bermadu , first song yang heavy nak mampos dan terbaik dari ladang la untuk aku.
Rahsia Kota..., BLACK AREA.. Aku suka sangat lagu Black Area ini, Pahlawan Mimpi.. "bang your head?" haha... rock mampos semampos nye la kan, SO BE PROUD OF ROCK MELAYU OK!!
Genggam Bara - Very unik lagu ini... relaks je lagu ini...

Tak dilupakan lagu2 slow, lagu2 meleleh...
Ada 4.
Korang tahu dulu kan? Aku mati2 ingat lagu Gadis Bertudung Putih tu ialah lagu hantu, lagu jembalang, lagu pontianak..
Macam Wahai Pontianak bawak la ku pergi bersama mu!!! Oh yeahhh gitu..
Cuma tahun demi tahun aku realise.. Oh kay.. lagu ni cakap pasal gadis bertudung putih as in gadis bertudung putih bukan Pontianak or something. HAHA.
So dah tak rock sangat la kan..
tak kuasa la aku lagu2 pasal suci mensuci ni putih2 ni semua....
Biasalah Melayu, nak putih, nak suci, nak murni... PADAHAL!!!

Terukir Janji pun ok, tapi sebenarnye, dua lagu cinta kat kaset side B album ni yang aku minat jugak la sesekali dengar...  Diari Cinta Pertama dan lagu terakhir yang judul lagu memang aku tak suka, lagu aku suka, tapi judul lagu macam judul lagu tak sedap, tapi lagu sebenarnya sedap... iaitu Pasrah Impian Siksa.

So.. kalau korang masih belum beli cd cd rock melayu ni yang dah dicetak dalam cd ni,
aku strongly suggest,
kira aku cakap tak bedek punya la, sila beli ketiga2 album studio May yang 1st sampai 3rd iaitu,
DILEMA, HAKIKAT dan RAHSIA.
Terbaik dari ladang segala kandungan lagu2 dalam album2 ni semua baik lagu slow, lagu cinta, lagu rancak atau lagu heavy nak mampos.
lepas ni tunggu je la Strategi. Kalau ada aku nak satu copy.


sebelum Dilema dan Hakikat aku dah review dan ulasan dan beri pendapat aku kat sini -

http://deaf-angel.blogspot.my/2016/04/may-dilema-hakikat.html

cam biasa ulasan dan pandangan berat sebelah pasal aku minat minat giler. Muahahahaha (ketawa jin...)

dan jugak apa2 je la pasal kumpulan MAY, live reviews, album lain reviews, bootleg dorang aku tape dorang main full show, buku anniversary dorang hardcover dan whatever semua kat sini...
under tag dan label bawah ni..
http://deaf-angel.blogspot.my/search/label/may



OKie DoKie...  next CD aku nak berbual ialah of course
  Juara Juara Rock 3.




TARIK NAFAS!!!! haha...

What a finish to the Trilogy Juara Juara Rock series.

Sebaik Star Wars Episode 4-6, Sebaik Lord Of The Rings Directors Cut yang double DVD untuk setiap filem dari part 1 sampai part 3. Korang tahu kan yang versi Directors Cut tambah lagi satu jam gitu kat pilem yang dah setiap pilem dah 3 jam. Tengok la puas2 in detail semua scene.


OK, cam biasa 10 lagu, satu band perform dua lagu.

JJR 3 tak sebaik JJR 2, I mean JJR 2 terbaik sepanjang zaman, tapi JJR 3 tetap best jugak..

SCANDALS - Gadis Kota & Penantian Tak Pasti.
Dua2 lagu aku paling suka, so basically JJR3 ni aku nye feberet is of course Scandals la kan.
What a waste ye band tak diteruskan.
JJR2 pun dorang marvellous jugak - Kuasa II. What a song!!


MAY - Gadis Misteri & Sketsa Sebuah Cinta.
Both ni songs nanti keluar lagi kat kaset pertama dorang Dilema.
Sketsa Sebuah Cinta, cam aku pernah cerita dulu, a bit lucah lagu ni HAHAHAHA.
OK OK, ampun ya, kalau Gadis Bertudung Putih aku dah ingat lagu Pontianak Harum Sundal Malam, apa lagi Sketsa Sebuah Cinta ada Dada Dada tu semua kan?

HAHA.

OK,

Metallian, serious aku tak tahu spell siak kadang2 band rock nama melayu ni.

Metallian kalau JJR2 ada lagu Segala Hanya Untuk Mu, antara lagu yang paling banyak kali ditulis oleh budak2 sekolah baik satu Malaysia dan satu Singapore waktu cikgu dalam kelas tengah mengajar, budak2 semua tulis lirik lagu ni dalam kertas hahha....

OK, kat JJR3 ni Metalian dengan dua lagu terbaik dan rancak...
Aku Dengan Cara Ku dan GERIMIS RINDU!!

Gerimis Rindu is a great song ok!!!! Feberet... Chorus dia Kecoh ok.

D'Febians - Bukan Untuk Selamanya & Kenangan Abadi..

D'Febians ni kkan untuk JJR ni kan, apa aku masih ingat dan apa aku nye impression, dorang memang heavy metal dengan cara lagu2 dorang nye time changes.

Ni la yang terbaik lagu Bukan Untuk Selamanya.

Kenangan Abadi pun ok jugak la kan...

OK last is Burnmarks - Snooker & Galeri Kasih..

Snooker aku tak minat masa zaman hurray hurray dulu, so aku memang tak paham budak2 lain asyik par billiard, sikit2 par billiard, baik melayu baik cina.

OK, and Galeri Kasih is a nice song also.


Thats all...

Selain dari beli first THREE cd MAY aku cakap tadi, sila beli Juara Juara Rock 1, 2, dan 3. Sila bermula dengan JJR2.. hehehe.

Aku pernah cerita pasal JJR1, JJR2 di sini
http://deaf-angel.blogspot.my/2016/01/jjr2-jjr-dan-kedai-muzika.html

Sorry Blog Aku ni makin cacamurba la haha..

OK thats about it..






Aku kelam kelibut buat blog ni kalau huru hara SOrryy....

takde cek takde apa...


Till next time, STAY HEAVY.





8 comments:

MOHD SHAFID BIN RAHMAT said...

Gadis bertudung putih versi about a girl very nice.

Beruk Kongkang Limited Edition said...

MAY antara band rock kapak yg aku tahu mase zaman tadika.. selain Search dn Wings..haha.. dh beso ni suka nk dgr lagu2 mike.. dn merasa jga akhirnya mendengar dn memiliki album2 deme (tggl Strategi aje lg).. MAy is king of heavy metal.. Wings bleh blah kuikui
JJR2 is terbaik sume lgu dlmnye boleh layan.. yg 1 & 3 klu nk dgr kene pilih2 plak..heheh

berteromber said...

Dengar balik semua ni teringat zaman muda2....zaman youth gone wild...tak terasa kan cepat betul masa berlalu..JJR3 mmg soundtrack zaman sekolah la...semua best...tapi Rahsia tu awalnya aku tak follow...tu jam dah jadi mat thrash...tak main rock melayu...haha...tapi bila dengar pahlawan mimpi...terus wow....terbaik beb..

yusrina said...

bagus la review dan ulasan dari bro deaf ni.. memang taraf power superb gitu.. hihh hihh

album rahsia memang best sangat, aku cuma tunggu album Sinar jer kini, moga-moga bakal diterbitkan semula nanti, utk mencukupkan koleksi penuh May bersama Mus.. yang lain semua aku dah sapu, termasuk Strategi..

tentang JJR3 pulak, pun best jugak, cuma aku kurang sikit kalau bab-bab lagu kompilasi ni, itu yang tak sudi nak beli pun... hihi hihi

walau bagaimana pun aku tetap sokong 1000% utk kesemua album JJR1, 2, 3 ni.. termasuk juga album battle of the bands 1 & 2, turut disokong 1000% jugak gitu... huhuhuh

D'arsil said...

lepas baca ni aku tergerak hati nak sambar may tu. jjr tu aku minat sgt tgk cover albumnya.nanti aku pegi kl aku nak sambar juga satu..

Rafi said...
This comment has been removed by the author.
Rafi said...

Kalo kompilasi rock dulu2 padq aku yg terbaik dah tentu la JJR ngan BOTB

matakucing said...

May tetap may... lagu2 dorang crpat tangkap..baik heavy or slow...harap album penaklukan pun ade reissue..anyway happy ramadhan in advance deaf