Thursday, June 23, 2016

(refleksi Ramadhan masa rocking kat europe minggu lepas) - UNEXPECTED RESPONSE to my RAINBOW posting and reflections on Ramadhan while doing my Rockin Europe 2016 backpacking trip.

(kasi aku cakap omputeh dulu, lepas tu aku nak cerita2 sikit cakap melayu kat bawah)

Firstly,
I dont know what happened but seems past few days a crazy amount of visitors to this blog from all over the world due to my Rainbow posting.

I dont know how my blog post and this blog which roughly if I am lucky about less than 10 people visit a month (LOL!!!) suddenly got that traffic. A happy surprise.
I hope I gave a fair opinion and nice pretty photos that I took of RAINBOW newest version ever to play live for the very first time in Lorelei Germany.

I am very honoured to witness this performance.

I will continue my reports and pretty photos next time... all the other shows and nice pretty pictures of my Whirlwind 11 Days little sleep Rocking Europe 2016 Backpacking Alone Trip by planes/trains/and buses thousands and thousands of km from South East Asia, and with lots of help from people on the streets to guide me along the way.
Here is one photo for this post,
some pretty event tshirts...




Anyway, its being the month of Ramadhan,
I just want to say its an amazing and a lifetime memories experiencing Ramadhan IN THE MOST UNHOLY OF PLACES, IN THE MOST UNHOLY OF LIKE-MINDED CRAZY LUNATIC MUSIC FANS AROUND ME..

But that is where all the sweetness of fellow human beings come to the forefront.

Truly, heavy metal, heavy rock and hard rock fans are the best in the whole world.


Semasa Iron Maiden tengah main di Donington, dalam keadaan lumpur teruk, lumpur air yang dalam yang tenggelamkan kasut dan seluar..
DENGAN 85,000 peminat (ini jumlah yang diumumkan Bruce atas pentas)...

Sebelah aku ialah tak dinafikan seorang HARDCORE. Jadi memang hurray2 la, pasal sekaki kan.

So, masa lagu Blood Brothers, dia peluk aku, so nyanyi kuat2 giler2 la, aku tak tahu dia mabuk ke tak la, tapi tak berbau la, aku pulak dah bukak puasa makan kurma (HAHAH aku standby kurma dalam poket haha), so aku punye energy tenaga pun kira boleh rock n roll all nite la kira kat Donington pasal tu malam terakhir.

So dia masa peluk aku dia tanya aku dari mana?
Aku jawab la..

KEBETULAN, Bruce Dickinson atas stage tengah berceloteh pasal serangan di LA BATACLAN tahun lepas kan.
So aku bisik kat member sebelah ni la, "I am a Muslim".
Terus dia cakap...
"Then I LOVE YOU TWICE AS MUCH BROTHER, because Islam means Peace".

Aku terharu, ni dia paling giler la kat keliling aku masa tu, dia paling giler babi dia punye reaksi kat Maiden tengah beraksi...
tapi dia terkejutkan aku dengan kata2 mutiara dia, sewaktu sekeliling semua dalam keadaan tak terkawal dengan Iron Maiden tengah beraksi di pentas utama DONINGTON.


Apa aku nak cakap, mungkin peminat2 heavy metal, peminat2 muzik rock, dorang paham....

Yang tak paham, ialah ni segala puaka dalam dunia ni yang kuasai MASS-MEDIA, yang kuasai POLITIK, yang kuasai PANGKAT, YANG PANDAI PUTAR BELIT AGAMA DAN WARNA KULIT dan MENGETUAI MASYARAKAT..

Macam kat Bruce atas pentas, kalau la, DUNIA INI DITADBIRKAN, SEBAGAIMANA KUMPULAN IRON MAIDEN BERFUNGSI,
tentu dunia ni lebih aman sentosa... 



Lagi satu masa aku di Sankt Goar, satu perkampungan kecil pasal aku duduk sana pasal aku nak tengok Rainbow di Loreley..
Ni kampung sebelah Sungei Rhine.

Dan memang pure German la. Takde kulit2 lain, semua memang rakyat Jerman kulit putih yang macam kita nampak kat filem2 perang zaman dulu.

Tuan Rumah sound kat aku, kenapa aku tak bangun awal pergi dapur ada sarapan boleh la makan,

Aku cakap la aku puasa. ( I AM FASTING).

Korang tahu apa dia cakap " Yesterday, I HAD DINNER WITH MY FRIEND AND I HAD TO WAIT TILL 9.45 AT NIGHT SO I CAN START EATING AS HE IS ALSO FASTING"

Aku cakap kat korang yang baca ni la...

Sebagai orang yang tongong, bodoh, dan sangat jahil agama sampai aku tak tahu baca doa makan,

tapi saat tu, aku rasa sangat besar kuasa Allah, ni aku kat Sankt Goar, aku tengah berbual dengan seorang Jerman yang baru malam sebelum nya, makan malam lambat hanya kerana nak makan bersama seorang kawan yang sedang berpuasa.


Anyway, ni aku bukan tulis2 ni nak tunjuk aku baik ke, hapa ke ok, pasal memang sedia maklum, blog ni, dan jugak tuan tanah blog ni iaitu aku sentiasa setan2 bertenggek atas kepala..

Tapi, aku cuma nak cakap, kalau kita nak carik agama....  kalau kita fikir balik, betapa agung nye agama kita, kat tempat2 kita tak sangka...

Dan aku kat sana nak headbanging kat sesetengah band, dan senyum memanjang telinga ke telinga kat band2 lain beraksi kat tempat2 pelik, seberang sungei Rhine pukul 1 pagi dalam gelap pun aku redah naik feri kecik.

tapi bayangkan umat Islam di sana yang perlu kerja, perlu jalankan tanggungjawab harian dalam musim Summer, musim panas dengan puasa dari 2.30pagi gitu sampai 9.30malam..
lebih kurang 19 jam puasa...


So tu la, kalau fikirkan memang dahsyat...

Dan bila tengok notis kat bilik sembahyang prayer room Manchester airport, ada notis jemput semua muslimin dan bukan muslimin,
semua orang tak kira agama, iftar sama2...

Menakjubkan sangat orang2 Islam punya kekuatan dan keprihatinan terhadap dan oleh orang Islam di eropah. Betapa kuat daya mental dan semangat kemasyarakatan mereka.

Nanti la aku cerita2 lagi.



Thats about it, Selamat berpuasa, dan buat apa yang patut hahaha...

LONG LIVE ROCK N ROLL!!!!!!!!!



















14 comments:

Rafi said...

kita yang kat sini je selalu kena putar belit dengan media..padahal org sana ok je kan,memang hormat kat islam.syok baca pengalaman kau kat tempat orang.cerita la lagi beb..heheh

Ijau D. Koceng said...

haha tengah high lagu blood brothers mamat tu... biasanya bruce akan cakap macam2 pasal bangsa, agama, pangkat sebelum lagu ni kan?

MOHD SHAFID BIN RAHMAT said...

Dah lama tak nampak orang pakai baju rock hitam macam. Harap sekali sekala pakai Cik Dep. jangan simpan aje macam baju Arsenal.

lieyalatif said...

terbaik laa deaf....aku bace pun mcm sebak gitu.... dgn ko gigih puase gak... pastu kata2 mutiara member tu plak...omg!!

D'arsil said...

19jam tu, kat sini saja pun nak tunggu jam 7.30 tu sangat mengujakan haha.. apapun selamat berpuasa deaf.. tak sabar nak lihat gambar2 menarik ni, dan cerita2 kamu..

berteromber said...

tak dapat bayang kalau duk area sana...maghrib..isyak..terawih...terus sahur...5 jam jer masa...pergh!!!

Beruk Kongkang Limited Edition said...

Islam dgn kristen ni mmg rapat.. tp si yahudi jd batu api.. perusak.. dan yahudilah paling lahanat sekali dari dulu sampai sekarang.. islam lebih anti yahudi sebenarnya.. xde nk babitkan kristen..

deaf-angel said...

Masing2 ada otak boleh nilai sendiri benda2 gini.

yusrina said...

bila kau nak bali singapore semula deaf.. atau kau memang dah sampai rumah kau..?
tolong jawab bro.. nak kepastian nie.. huhu

Kaboi Tanduk said...

Terima kasih berkongsi pengalaman ni. Tinggalnya kita saja yang perlu menunjukkan sikap yang baik sebagai muslim..

cLina said...

best baca pengalaman kau deaf. best sangat. kadang benda2 tu tak tercapai oleh akalku.
haihh.. tersentuh.

predicate not defined said...

Assalam bro, boleh mintak email address tak nak send band press-kit and sedikit latest info :)

deaf-angel said...

Waalaikumsalam.
i remember this name.
korang main Rainmaker kat Singapore.
realdeafforever@yahoo.com

predicate not defined said...

Tq bro