Wednesday, January 3, 2007

memori : SEARCH - SEPULUH TAHUN


sambung balik kenangan lama..
None more appropriate untuk blog malam ni selain album kumpulan Search - Sepuluh Tahun.
Siot, wa dah kena bubble Search 25 Tahun hari jemaat ni, Search Sepuluh Tahun jugak jadi pengubat duka wa. Hahaha ( ketawa sedapkan hati ).

Search : Sepuluh Tahun
1991 BMG Pacific Sdn Bhd

Tracklist
1) Cinta Kita ( duet Amy & Inka Christie )
2) Manusia oh Manusia
3) Mencari (instrumental)
4) Malam
5) Ku Taklukkan Dunia
6) Emmanuelle
7) Teguh
8) Gadis Misteri
9) Derap Komando
10) Fenomena
11) Melastik Ke Bintang
12) Isabella

Ni album khas 10 tahun, a bit like kompilasi la, tapi takde lagu zaman Polygram, zaman BMG je, padahal tu jam baru dua album je keluar ngan BMG , Fenomena & Karisma.

Cinta Kita - Ni lagu Fantasia Bulan Madu, telah diindonkan , aku tak bleh tahan sey dengar lagu ni pasal lirik dia aku tak bleh accept, tak kesah la nak duet, tapi apsal tak bleh pakai lirik ori M Nasir? kelakar la, tak tahu lak aku kalo ada artis Indon nak pasarkan lagu kat Malaysia dorang kena ubah lirik ke, slang dan accent kena tukar ke apa ke, jadi apsal Msian artis kena ikut style indon? take it or leave it, baru rock n roll...ni kena tukar2 lirik untuk wak indon, nthahapahapantah ( XPDC pun sama la, Di Hentian Ini, spoil terus lagu lepas diindonkan ).
Lagu keramat apsal pegi tukar liriks? Walaubagaimanapun, suara Amy kat lagu ni....semacam nye best la \m/

Manusia oh Manusia - ni pernah ke release sebelum album ni? tak pernah kan? bukan lagu polygram nye nasik tambah cam di pintu sepi kan? Apa pun a very nice slow song..



Takpelah apa pun nak jadi ngan Search nye 25 tahun nye gig aku tunggu je la lain kali pengumuman, ntah2 pospon lagi 5 tahun, jadi 30 tahun nye anniversary, ok la tu jam smua dah cool, bleh panggil Din, Kid balik, time being layan je la lagu2 album ni sambil type blog ni, masih ada sikit2 luka la pasal this Friday, aku tak pegi ke stadium Merdeka walaupun aku agak aku dah ada KL tu malam...Slank and Spider ( Spider aku dengar pengganti Search )? elok la tu. Ni dua bands as far as aku concern bleh cium mulut. ( sorry kalo terkasar bahasa, tapi wa ngah luahan hati ok, huahuahua )

Tiket aku simpan baik2....besok lusa sapa tau jumpa ahli2 member Search kat mana2 ke apa kan, bleh aku suruh dorang autograph kat tiket tu....lepas tu laminate, buat kenangan.. Cantekkkk.

Anyway, masa first time kaset Search Sepuluh Tahun ni keluar, aku masih kat sekolah, zaman giler, zaman jahiliah, ni dah masuk 2007, if I can turn back the time? kata aku ada time machine , atau ada tu Back To The Future nye keta DeLorean ( betul ke spelling ), atau yang gadget pegang kat tangan ceta tv Voyager masa kita kecik2 dulu tu, nak ke aku turn back the time? Ntah eh..tapi it wont happen la eh, saje2 je berangan.
Tapi apa2 pun aku sentiasa akan tempuh 99% real world, lagi 1% lak nak relak kat dalam happy fantasy world aku where all my dreams can always come true.


Kita nyanyi setelah Hujan....
Kita mimpi setelah Hujan...
Dan aku cinta pada mu...

5 comments:

G's said...

Apsal search tanak terus main ngan slank?? Dengar citer pasal barang cap ayam...Slank rilek je main....

Mohd Hanif said...

Salam Bro Deaf, been following since I discovered your excellent posts pasal Maiden. Nak ask favour if tak keberatan, can I humbly ask HQ rip of the 2 song, cinta kita and manusia oh manusia?cuma ada kaset dia je, and have been looking for cd, or a decent rip. I know your cd is rare,so kalau declined I understand.

deaf said...

MH, ur email please

Mohd Hanif said...

hanifzulfakar@gmail.com

Mohd Hanif said...

Salam,bro dah hantar ke?takut masuk spam je. anyway thanks in advance ye.