Sunday, January 14, 2007

memori : TOTO live 16 May 2006 / kenangan kena halau dari National Library



Ni atas ni aku snap gambo lepas je beli tiket nak nengok gig ni.
Yang saudara Zan's komen tu pasal mintak review sikit gig TOTO ni kat berapa post lepas.
Kebetulan aku ada rekod audio malam tu buat kenangan dan koleksi peribadi.
Jadi ni pagi, main balik rakaman dan tulis setlist show malam tu, ngan info setiap lagu dari album mana/tahun berapa.
Sound biasa la pecah, tapi cam smalam je aku baru pegi gig ni, best of the best.
Tiap2 lagu ialah killer song. Terutama bila dengar lagu2 popular dorang yang temankan aku membesar..
Selain Iron Maiden, kalo aku dengar lagu2 Toto, aku bleh teringat balik seluruh hidup aku dari zaman sekolah rendah, sekolah menengah, zaman kerja especially kerja pertama aku lepas NS, kawan aku main cd cd toto kat meja keja dia...

Setiap lagu tu ada tinggalkan kesan dan kenangan..Where was I when I was listening to that song years ago? What I was doing then?
Sapa tak boleh lupa kan? kena halau librarian dari Perpustakaan Negara pasal memekak nyanyi lagu Toto " Afrika " kat dalam National Library Stamford Road dulu hahahahah, cam nak nangis sey bila teringat zaman giler masa budak2 dulu, nakal nak mampos. ( Arab, kalo lu baca ni , yes ni kawan lu yang kita sama2 kena halau, wa last dapat tahu lu migrate gi Msia kan? dah berapa dozen tahun ek? hehehehe ).
Enough nostalgia happy2 wa... ceta malam tu.

Setlist
Lagu ( dari album, tahun )
1. Falling In Between ( falling in between 2006 )
2. King Of The World ( falling in between 2006 )
3. Pamela ( the seventh one 1988 )
4. Bottom Of Your Soul ( falling in between 2006 )
5. Caught In The Balance ( mindfields 1999 )
6. Make Believe ( iv 1982 )
7. Hold The Line ( toto 1978 )
8. Stop Loving You ( the seventh one 1988 )
9. I'll Be Over You ( fahrenheit 1986 )
10. Cruel ( mindfields 1999 )
11. I Will Remember ( Tambu 1995 )
12. Greg Phillinganes solo
13. Rosanna ( iv 1982 )
14. Band Intro , Kelakar giler. Steve Lukather impersonate Michael Jackson siak. Siap nyanyi sikit lagu The Girl Is Mine. Masa introduce Steve Lukather lak ada lagu Black Sabbath " Iron Man ".
15. Let It Go ( falling in between 2006 )
16. Endless ( isolation 1984 )
17. Isolation ( isolation 1984 )
18. Gift Of Faith ( tambu 1995 )
19. Kingdom Of Desire ( kingdom of desire 1992 )
20. Steve Lukather solo
21. Simon Philips solo
22. Taint Your World ( falling in between 2006 )
23. I Wont Hold You Back ( iv 1982 )
24. Girl Goodbye ( toto 1978 )
encore i
25. Home Of The Brave ( the seventh one 1988 )
encore ii
26. Africa ( iv 1982 )

Setlist cam gini...is like a dream setlist. Korang yang tak tahu sangat pasal ni band atau tak pernah dengar, jangan khuatir, bila show start je, korang realise, ni la lagu2 dari korang zaman kecik2 nak membesar dulu...especially korang yang seangkatan ngan aku membesar tahun2 late 70s, 80s , early 90s..
Apa aku cuma nak cakap, kalo lain kali TOTO datang lagi kat tempat korang, korang gi nengok...Tiket pun tak mahal la...Cam yang aku gi nengok ni is about $70 je la...free standing kat open field besar...Nampak clear. Takde la class tiket mahal, sedang, murah yang kadang2 kita tak mampu. Aku always believe that the more true fans must always be in front, the casual ones at the back irregardless of who can actually afford the different ticket prices.

Gig malam tu aku pegi, macam2 peringkat umur, kelakarnye, pasal dia kat open field kan, ada datang cam nak gi piknik bawak tikar semua hahahaha. Mat Salleh, orang jepun, and of course la orang2 Melayu semua sezaman ngan aku ramai... Toto is very the international and very the cross the genre type of music la pada aku.

Ni baru dengar abis ni, nak nangis lak hehehee. Banyak lagu yang menikam sanubari ku. Toto ni dorang pandai tulis lirik, lagu Afrika sampai skarang kalo aku nengok liriks dia aku heran, mana nye idea sey dorang dapat tulis something so simple pasal tempat kat Afrika, tapi menyentuh hati. Anyway, album terbaru Toto untuk promote World Tour ni Falling In Between pun gerek tau, lagu Bottom Of Your Soul, real la.

1 comment:

zan's said...

Aduh..
Wa baca lu nyer review ni secara automatik wa playback balik dalam kepala "Live In Amsterdam" dorang. Memang mengasyikkan la layan ToTo ni.
Macam kata member aku dulu..ToTo ni dah macam "Live Band" yang kita biasa tengok kat Pub. Macam2 genre dia main. Tak semestinyer Rock aja. Wa nyer favourite? Dah tentu all time favourite "I wont hold you back". Rosanna n Africa tu tak yah cakap la. Dah macam lagu wajib..hahaha.
Nape la wa tak tau dorang turun S'pore ek?