Saturday, January 27, 2007

ABe

Nota - 11/9/2013
start.
Aloha semua. Aku perasan posting ni dah lebih 6 tahun, tapi ramai masih masuk posting ni.
Dah lama, aku rasa banyak gambar pun dah hilang dah dari "imageshack" yang aku gunakan waktu tu.
Mungkin aku senang,aku akan upload lagi sekali kalau korang nak. Taruk kat comment.
Pasal rasanya ni dah "out of print" kot?"
end.



Aku rasa ramai korang membesar ngan baca majalah2 berunsur lawak Gila Gila, Ujang dan lain2. Mungkin ada yang masih ingat majalah Lanun, yang lagi old timer ingat majalah Batu Api tak? Sedih lak pasal aku rasa aku pegi buang edisi raya supertembam Batu Api yang Arwah Sudirman berkartun.
Takpelah lain kali bleh ceta2 pasal betapa hardcore aku dulu minat majalah2 gini. For now, koleksi ABe, kita di halaman rindu kejap.

Sapa yang tak paham sangat, kadang2 waktu tu ( aku rasa sampai skarang ), kalo ada very good quality serialised comic strip yang mungkin dapat sambutan hangat setiap keluaran, apabila tamat je cerita tu, akan dibukukan. Termasuk komik ABe ni. Sikit info.
Siri Produksi Ujang Dengan ABe
Penulis - UJANG
Pelukis - AIE
Kharisma Publications Sdn Bhd
1st print 1995
2nd print 1996

Sapa tak kenal Ujang kan? Legend beb legend!! Masa dia ngan majalah Gila2 zaman tu, aku rasa Gila2 laris dan boleh tahap sold out kalo aku lambat beli. Katun ATUK ke, AKU BUDAK MINANG ke, ACA ke, whatever la... Ujang is the man. Lain kali eh ceta lebih pasal karya2 Ujang lain terutama what happen to that JIBAM comic? tergantung tak salah aku kan? tapi skarang aku ceta pasal karya katunis Ujang yang aku rasa paling unggul. Walaupun ni bukan lukisan dia, Ujang tukang tulis dan katunis Aie yang tukang draw. Ni Ujang tulis sikit kat intro koleksi ABe ni.

Apa2 pun masalah katunis Ujang, kena tipu, segala titik peluh dia yang mungkin dirampas orang, lain kali kita bleh ceta, tapi untuk kali ni , kita just ingat2 balik cerita ABe ni.

- ABe ni istimewa, dia 9 years old, tapi dia very special. So kena panggil la beruk la apa la ngan budak2 kampung. ABe ni kalo gi mana2 nanti ada budak2 sama umur ngan dia jumpa mesti dia kena jotos, pelempang, kena pukul macam2 la, kelakar pun ada pasal dia tak tahu melawan. Budak2 tu nama Meon, Tepet, Jusuh. Tak salah aku Meon ni adik Sahak, Sahak ngan Jenal is the mamat2 geng jahat pecah perut nye kat kampung tu. Dorang kira stereotaip kutu tepi jalan.
ABe ni dia as far dia tau dia cuma tinggal ngan "Nenet " dia je, tapi nenek dia ada cakap bapak dia dulu sojer, mati masa defend negara. Mak dia tak salah aku tak disebut langsung.

ABe ada satu protector, Che'Din, dekni pun kelakar seram, dia makan anggur je, kelakar siak dia kena perli2 ngan mak bapak dia. Bapak Che'Din ni perangai gengster darah pahlawan, very the slapstick. Nama bapak dia Deraman dan mak Che'Din makcik Piah.
So then slalu la Che'Din ni backing ABe kalo dia kena bully ngan dorang ni smua. Nak2 Sahak jeles ngan Che'Din pasal ada awek nama Ema suka kat Che'Din ni then bapak mak Ema pun suka gak.

Bapak Ema ni tok penghulu kampung siap panggil Din joint venture business kolam ikan kat tanah pusaka keluarga Che'Din dan bila bapak Din yang panas darah tu tahu, dia terus jump to conclusion anak dia kena bully dan tanah pusaka dia kena ceroboh, mengamuk dia ngan tok penghulu dan jugak tukang gali lubang kolam pun nak kena bantai ngan dia. What a big laugh.

Timah is another stereotype of a neglected wife whose husben Pak Majid is jenis tak sadar diri berlagak muda. kelakar abis bila tengok dia mengamuk, buang periuk pinggan mangkuk kat Pak Majid, then satu kampung kejar Pak Majid ngan parang, nak mintak cerai lagik. Kelam kabut Pak Majid lari , takut bini jugak.

Sahak , Jenal ngan seorang member dorang dan jugak Pak Majid pakat nak pukul Che'Din tapi backfire ngan cara yang sangat2 lawak. kes pukul ni starts a chain of events that leads to chaos and betul2 huru hara.


Dan so on so on..
Che'Din mati eksiden, Sahak dan Jenal ngan cara slapstick pun ubah diri jadi baik sikit, Pak Majid tobat, pandai lak dia pujuk bini dia hehehe, ABe mengamuk, Nenet pun mati jugak, ABe makin mengamuk, last2 Abe kena hantar tok penghulu kat rumah kanak2 untuk kebaikan dia sendiri dan dia jumpa seseorang yang rupa sama cam Che'Din yang rupanya mungkin brader Che'Din yang dulu kena halau ngan Deraman dulu. ABe yang special tu kembali gembira, mati2 dia ingat orang tu Che'Din, pasal dia tak grasp the concept of death.
Last part dia hhilarious bila Jenal, Sahak, Pak Majid nak gi nengok ABe dan nak buat peace, terus ingat nampak hantu Che'Din. Ending dia is gembira sedih...


Pada aku la eh, memang AKU BUDAK MINANG / ACA is a classic la, tapi ABe ni kan, walaupun bukan Ujang yang tukang draw tapi cerita dia special, one of a kind. Korang kalo ingat JIBAM, ngan tin kosong dia yang dia hentak kat lantai sambil cakap " eksiden la ko " tu memang best tapi ntah eh, ABe is better pada aku. Dia punye detail kat setiap karakter, cam pakcik tukang jual kopi kat warong mengampu beli jiwa hati customer datang minum, makcik duduk bersila piat bontot anak muda, dan apa2 la, is so realistik...
Dan jugak, aku rasa jarang la, GG ek UJANG ke, in detail zoom in kat suasana orang baru meninggal dunia
siap bukak kain tutup jenazah, dan jugak suasana usung jenazah pegi kubur, masa tanam jenazah, and its detailed. Nak buat lagi sedih, smua dari pandangan satu budak kecik yang istimewa kepala otak dia.

Lepas tu bila go thru komik ni cam komik ni suruh otak kita fikir, kenapa songkok yang ABe pakai lain sikit? cam special gitu? siap ada medal? songkok askar bapak dia ke? dan macam2 lagi la....masa Nenet dia mati tu kesian giler, biasa la ABe tak tahu what is meninggal dunia and all that stuff. Dia tak paham. Tapi at same time hati ABe mulia dan jadi pengajaran kat orang lain.

Korang2 yang tahu dan ingat pasal komik ABe, korang mesti refresh balik kan? korang2 yang tak tahu, korang gi carik dan baca... Best of the best of the best.
Kalo takde orang take note, preserve komik ni, dan hilang dimakan zaman..
what a waste.
tapi biasa ah, tak tekejut pun kalo hilang dimakan zaman, Melayu mana2 pun sama, benda lama semua lupa , abis2 gitu je ekekeke.

Last but not least, korang ingat JIBAM kan? dia suka nyanyi " inilah barisan kita, yang iklas berbaris, siap sedia semua untuk ibu pembaris, sebelum kita berbaris..."
kat katun ni, ABe also sing the same song, tapi lirik tukar sikit hehehe...
best eh those days nye majalah2 lawak melayu..

12 comments:

cLinaku said...

nostalgic sungguh..!!betul2 mengheret aku ke halaman rindu..
buah tangan ujang mmg best! tapi macam ko cakap....sumer ilang dimakan mase..ntah!!biler satu persatu dah takde,baru ler sedar betapa berharganye ia...

khys said...

Aku Budak Minang telah dicetak semula, hard cover. aku beli di popular bookstore..

zan said...

Aku Budak Minang 1 & 2, aku baru beli tahun lepas. Masa pesta Buku kat Shah Alam. Sama ngan ACA. Atuk je yang tak jumpa. Jibam pun sama, tapi versi novel. Versi komik tak jumpa. Abe..kalau nak di re-issue kan pn, sapa yang kuarkan balik? Kharisma Production tu tak wujud lagi kan?

carvedijan said...

Jibam versi komik tak pernah dijilidkan pasal tak abis.

Abe memang best dengan sentuhan Aie. Geniusly renderred. Stroke lukisan yang betul2 cantik especially mimik muka pailang2 dlm citer tu. Rasa2 kalau pergi kat MOY jumpa kot koleksi tu even though tu Kharisma punya copyright.

khys said...

kalau tengok lukisan Aie masa episod2 awal Abe ni, nampak stroke dia agak kurang detail sikit kan (baru nak develop stail dia). dah lama2 cerita dia berjalan baru la nampak improvement...

-ambik masa berapa tahun jugak tu nak habis siri Abe ni...

G's said...

Abe.... aku dulu nak nangis gak baca citer dia nih...kalo gi sekolah dulu selalu la citer ngan memember pasal Abe nih....Karya Aie yang sempoi...

hell_fire said...

Abe n syok layan ooo.
Kepala mesti bulat2 gitu..
Gerek........
Kalau Ujang mesti puas hati punya nak beli dulu...
Now..tinggal kenangan jela........

jon said...

BRO. ADA SIMPAN KOLEKSI ABE KE?

INI EMAIL AKU:
jon_jenin79@yahoo.com

SUSAH LA NAK JUMPA KOMIK ABE NI.

Rusydi said...
This comment has been removed by the author.
Rusydi said...

citer ni mmg best...aku baca tak silap aku drjah 4...tapi still ingat citer ni...masa tu pinjam ngan kawan jer...puas aku carik buku ni...tak jumpa gak...'aku anak minang' ngan ACA pun tak jumpa langsung da...Atuk aku ada jumpa kat MPH book store...popular kat JB ade ke???katner eh...

Anonymous said...

mana nak dapatkan komik ni erk? aku ade satu dlu...tp dah hilang ntah kemana...syang plak...sesunguhnya inilah satu2 nya komik yg betul2 menyentuh jiwa aku...

deaf-angel said...

Anon,
dah takde la kot. Tapi kalo ko nasib jumpa kat mana2.

Kalo betul nak, ko terpaksalah fotostat. Tu kira desperate la.