Thursday, September 24, 2009

express buses during raya period

amacam semua korang yang nengok blog ni?
apa pun jadi, selagi kita hidup, life goes on huhu.

Tiap tahun, mesti nak kena ambik gambo banner besar ni.. Pada aku, Ni salah satu petanda Raya Spirit.



Click All Photos To Enlarge


nak cakap pasal bas express untuk raya tahun ni.
ntah apsal, alrite je tahun ni pada aku, terutama dari segi harga.
takde merapek2 dan apa2 surcaj.
jb-kl & vice versa masih 31rm , kl-sg & vice versa is 40rm.
No crap merapek harga, walau aku rasa lepas raya ni nanti ada review tiket bas kot?

During Raya period of two weeks, SELATAN semua kena naik atau turun kat Stadium Bukit Jalil. ( except JB kul 6.30am & 7am je naik kat puduraya )
Aku rasa cam dah season lak kalo info2 naik bas ni haha.


Jadi ni ler permandangan2 kat terminal sementara musim hari raya untuk SELATAN kat stadium bukit jalil.




aku hargai sangat ngan semua yang terlibat kerja bas express ni, tukang jual tiket, driver bas, tukang cek tiket, mekanik2 bas ( siot bas rosak kat highway rabak siot ) yep betul ada those so called ulats yang tipu2 jack up price ke hapa ke, tapi rata2 mostly do a great fantastic job , 365 days a year, 24hrs a day.
They are my unsung heroes.





Kadang2 pening jugak carik2 bas yang kita nak naik kat carpark bukit jalil..






Best kan? Aku rasa passengers appreciate tau macam gini, I do. Tapi there was this article the other day lepas berapa hari raya, kat suratkabar Star pasal cammana pandangan sesetengah masyarakat tentang menaiki bas awam.
Well....





Gerai2 makanan pun ada sejak dari time posa tu hari..


Tapi, the ones who make a booming business time raya definitely those yang operate mobile food and drinks kiosk kat perhentian2 tepi jalan kat highway.
Musim raya beb, banyak bas dan kereta semua berhenti toilet break, dah tu bas semua memang ramai passengers.
haus, lapar, so memang untung ler makcik2 ni bukak kedai time musim raya haha.





p.s I really got to find time to write a bit about Donington 88.
Siap aku ingat nak buat dua post, satu preview satu review...nanti la nengok ada time ke tak huhu..
gambo dah ambik haha. ni bawah, Koleksi aku tentang preview2 majalah dan progrem Donington 1988.

12 comments:

speedrider said...

ugh!! apdet bus!!
gua tengah sibuk bekerja sekarang.. otak jem. plan nak review cd yang ada jer skang

Takilala said...

aku suka gmbr last skali..huhuhu tu iron maiden... review please

::alifdalmim:: said...

meriah sungguh..lagi selesa kalo diaorg susun mcm tuh..ke selatan, utara dan timur..

my bro yg keje kt sg dia suh aku jmput kt JB one day b4 raya..i said no way!..terus belikan utk dia tiket flight dr JB ke KL..huh..manja sungguh..hehehe

btw, selamat hari raya..~nk duit raya, tanak smpul duit raya~

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

salam dep....

lar siannya hang
aku ada banyak shoot utk raya ni tapi bila nak Hupdate aku lah manusia paling malas. Ntahnya simpton malas dah datang. demi utk hang aku gagahkan sat lagi erk dep (huhuhuhuhu)

** cam ni ke suasana bas bila raya
meriah jugak erk...
jem tak dep? satu lagi kan IRON maiden tu memang lentuk aaa. hang memang heroes. Iron maiden tak lekang di camera kesayangan hang ni (hehhehehehhe)

matakucing said...

ermm yg biasa naik public transport mesti peka ngan harga tambang kan.. hehe aku tak pernah tau pon harga2 tiket tu suma hehe suma tgh mood raya ni

eddie dewanaga said...

sesekali, gua wish nak dapat kerja luar dari hometown, untuk gua appreciate the spirit of balik raya ke kampung ni...

tapi zaman study dulu dah puas dah, selain bus, gua pernah panjat 'mail compartment' (dulu surat2 semua naik ikut train satu malaya), pernah juga tumpang orang dari satu tempat ke satu tempat angkara tiket habis...

masa tu baru kita rasa semangat raya!

nita said...

lama dah tak naik bas.. ntah baperr laa tambang dari umah aku nak ke Jusco tu..

hehehe!

salam aidilfitri..

gayour said...

teringat masa zaman kena beratur, berasak, berebut, begayut naik bas masa nak balik beraya kat kampung dulu.

azab tapi best!

" Run on and on
Run on and on
The loneliness of the long distance runner "

kojah said...

wahhh baru rasa feeling nak raya...hiks

Aisya Redd Rohim said...

Salam Eidul Fitri...
Ya Allah... sempena Syawal nan mulia ini, limpahkanlah rahmat, kenikmatan umur & keberkatan rezeki kepada tuan punya blog ini beserta pembaca-pembaca tegarnya.... ameeen...

(Ambil kesempatan, sebab tak berkesempatan wish sebelum 1 Syawal)

LoveShak said...

aku first time balik raya tahun ni naik bas yang SENONOH! Selalunya walaupun aku dah beli tiket awal2, bas yang aku dapat mesti bas macam nak reban (runtuh, reban tu bahasa kedah). Tapi raya tahun ni aku pulang bergaya dengan bas Ekpress Sani 2 tingkat yang cun walaupun aku beli tiket balik raya 2 minggu pas puasa. Siap sebelum bergerak, penolong pengarah urusan kampeni tu buat announcement ucap slmt hari raya and slmt sampai melalui mic yang ada dalam bas tu. And bila bas berhenti, pemandu bas akan guna mic tu untuk buat pengumuman.

Overall, aku sangat puas ati!!

**ada gak bas lain yang aku tengok (transnational), siap ada monitor tv kecik kat belakang semua seats... gempak siot... lama2 aku rasa bas ekspress ni akan jadi kapal terbang darat lak... :P

berteromber said...

selamat hari raya bro..tu hari tak sempat nak ucap