4 benda. Kalo korang find interesting sila baca, kalo tak, buat bodoh sua. Cehhh..
First..
Maaf banyak2 kat dua kawan2 internet pasal aku belum post apa korang nak aku post kan.
Yang gadget gitar tu, tiap kali tengok, rasa cam aku nak simpan je buat harta sendiri.
Aku akan cuba k, kalo aku tak sempat masuk JB next one two days untuk pakai pos laju (pasal aku tiap2 hari kerja sampai selasa pagi minggu depan), aku post je la dari Singapore pakai Singapore postal rates k.
Second..
Saje je la borak2.. tapi tempat kerja aku kerja skarang, kalo aku kerja lebih pasal cover orang lain, aku dibayar OT.
Untuk regular guys on the street, jika dibayar OT, mesti happy.
Ada dapat 1.5 normal days, 2x off rest days, tapi untuk aku skarang, dia bayar 1x je tak kesah normal atau off days, tapi tetap ada jugak merasa.
Aku tahu, ramai orang kerja tapi takde OT, macam sebelum ni aku kerja kat lain employer, dia tak bayar OT tapi kita kumpul time off, manjannnnggg je ambik time off sampai berhari-hari.
Tapi lagi worse,
aku rasa ramai pun kerja extra cam kuli batak, tapi langsung takde apa benefit. Dan mereka kena endure je.
Terutama zaman ni, susah nak carik kerja yang menepati cita rasa kita... Yep kerja kosong memang ada, tapi jadi lumrah manusia, ada suka ada tak suka kerana 1001 sebab.
terus terang la kan, orang yang cukup sijil cukup sifat pun nak dapat kerja betul2 sesuai ngan apa mereka nak pun dah susah, apa lagi mereka yang tak menepati syarat2 kerja tu samada dari kelulusan atau pun kekurangan physical atau panca-indera mereka. Ini lah rezeki Allah, ada bahagian masing2 tapi tetap kena usaha, macam USIN hantu kak limah.
Masa aku takde kerja, terus aku buat kerja gaji harian jadi security guard pun, dah lepas kerja 12 jam aku dah penat, tapi budak2 yang rakyat Malaysia, standby je tunggu OT. Tu la penangan OT untuk dapat habuan nye. Dorang rajin, gaji masuk, semua hantar balik kampung....beli rumah, buat rumah, very look intro the future nye mentaliti. And yes, dorang masih budak2 la untuk aku. Respect.
Sebab tu cam aku cerita dulu, orang look down on security guard, ok la korang boleh kuatkan enjin cam tak sabar bila aku naikkan pagar , tapi kat budak2 ni korang jangan tunjuk berlagak, ngan aku korang ya-ya-pa-pa-ya ingat korang seribu kali UP, its ok, I can live with it.
So, tadi nak type blog ni aku teringat dulu cerita jadi kat aku... HARI AHAD, lama dah cerita ni...
Aku tu jam kerja kilang... so biasa lah kilang kadang2 Sunday ada OT kan, dan korang pun tahu lah, kerja kilang ni basic kecik, plus plus tu yang kasi kerja kilang gerek, mata semua macam mata panda lebam2 je kan pasal tak cukup tido,...tapi dulu aku kerja kilang tiga tahun, whack giler babi jadi dapat rasa enjoy sikit. Dah tu berenti, carik kerja lain haha. Penat wei kerja kilang.
so back to the story, tu jam lama dahulu zaman dinosaur, aku nak gi kerja aku terserempak ngan satu kawan ni....
so perbualan cam gini la..
Aku - "Eh beb, nak gi mana?"
Kawan - "Kerja"
Aku - "Ooo.. OT eh hari ni? Untung sey."
Kawan - "Kita professional mana ada OT."
Aku - ( terdiam sambil senyum nangka busuk )
.
.
Makkao.
Aku rasa maluuuuuuuuu sangat bila dia cakap gitu... tapi takpelah. Rasa sangat diri aku ni blue-collar haha.
Tapi aku tahu untuk orang2 biasa kerja biasa, jika dapat peluang buat OT sangat2 la berguna,
pasal ada peluang untuk dapat wang tambahan untuk menjalankan tanggungjawab, dan jugak dapat la rasa enjoy2 sikit.
third,
Aku suka sangat tau,
pegang kat tangan dan belek2 cd , dvd, boxsets, majalah kat kedai. Terutama boxsetttss yang mahal2 cantik2 tu.
Tadi aku singgah H.M.V sebelum aku gi kerja.. ialah Sunday...kalau hari ahad atau hari cuti, pergi kerja rasa relaks, pasal biasalah la, senang cakap Takde Ga've'men. Takde mata memandang, kerja ngan aman ha.
So korang tau je la HMV betapa nye best, so aku belek2 la,
tengok2 pegang2 pusing2kan boxsets yang pengi2 ...siot ah Rolling Stones nye boxset baru yang ggrrr tu pengsi giler ah boxset dia, semua kotak besar saiz LP nye la tebal, dah tu Pink Floyd tak yah cakap la.. Hopefully one day Iron Maiden released all these lavish 7 disc huge boxsets with 100 pages hardcover book for every single album. YES I MEAN FOR EVERY BLOODY SINGLE ALBUM..., then aku belek2 Kiss baru, Kiss Destroyer Resurrected, Led Zep with three types of seperate packagings for their live release, macam2 la....., ooo Savatage Handful Of Rain latest re-release ada Summer Rain accoustic, aku rasa ni yang piano ngan gitar tong je kot nye version.
Metalika baru dvd tu ada, boleh 2 dvd harga 21 ketul je, tapi aku macam tak minat la... Aku tak tahu apasal la Metalica baru ni, sampai skarang death magnetic aku tak kuasa nak dengar.
Ooo aku nampak ler Aerosmith tiga disc yang Portdy cerita tu hari...wah...cantik packaging dia bila dipegang.
Then belek tu belek ni........kira cam kat paradise gitu la pusing2 dalam HMV...
Last2 korang tahu apa aku tangkap? hah..
Ingat aku nak tangkap la satu dua lain , abis tu dah aku dah jatuh syok ngan Michael Schenker nye latest release tu...giler ah, aku baru ebayism kan double cd dia, dvd belum...giler ah... aku excited siak.
ok lastly....
fourth, and for the fourth time too...
.
.
.
.
CH4MPIONS ****
Aku nak tanya la, baik korang pegang kad pengenalan Malaysia ke, Singapore ke, atau Rest of the world ke..
peristiwa apa yang korang rasa negara korang bersatu padu... tak kira la orang kaya orang miskin, pangkat besar pangkat kecik, tua muda, lelaki perempuan, apek nyonya makcik pakcik budak kecik, melayu, cina , india, dan kaum2 lain, tak kira sokong pemerintah atau pembangkang, apa je la.....semua satu hati satu suara?
ok selain dari Iron Maiden datang... :-)
Bila korang akan cam giler sokong, diri atas kerusi meja, terpekik terlolong cam wayar kat kepala hotak korang kejap kena kejap tak kena, kutuk2/maki2 pengadil, sampai siap cium2 bendera la, cium scarf la, siap peluk2 high five orang tak kenal..., bila korang kat kerja pun meracau tercarik2 infomasi berapa score.
Mungkin boleh kira ngan satu tangan je la, sudah tentu bolasepak salah satu darinye.