Monday, December 3, 2012

kumpulan Flybaits 3 LP (1982) - 10 of 10 youtubed

Cong Cong Nai Seniuk Senibong
Mana bunyi punai dihujung tanjong
apa dijunjong didalam pasu
Apa dikelek sipisang masak
Minta sebiji ambillah sebiji lagi
NENEK KU MARAH

La la la apa dijunjong didalam pasu
la la la apa dikelek sipisang masak
mintak sebiji ambil lah
Sebiji lagi nenek ku marah.

Mang senuit ketilam bantal
Kuda berlari dihujong papan
Segar mekar sibunga kantan
Bahu sedap SAMBAL BELACAN.

lirik Cong Cong Nai - lagu/senikata A Ali
lirik as in the lyrics sheet


review, ulasan album ketiga Flybaits. maybe the original owner can identify the lp.

yang diapit oleh Van Halen Balance ( suka aku ni album ), dan jugak Maiden nye transparent XFactor.

k, dari piring hitam kumpulan Nasyid2 legend, ke satu kumpulan pop funk yang legend

Flybaits ni rasanya lagi popular kat Singapura dari kat Malaysia zaman dulu.
TV keluar si Flybaits ni zaman dulu2 gitu. "Yang bukak pintu bukak pintu ada anjing gongong kami yeah"
(Anjing? cover album Bola sepak? ha. What a coincidence.)

Kadang2, aku teringat lagu2 Flybaits rentak rancak dorang yang ada unsur jenaka, nasihat, joget etc.
Kadang2 gitu, reminiscent gitu..
Dorang pop dan funk gitu.
So ni aku masukkan kat youtube semua lagu kat album nombor tiga dorang pasal rasanya nanti hilang2 gitu je la. At least ada dalam youtube tak hilang, dan semua boleh dengar. Pasal macam banyak benda dulu2, cuma wujud dalam ingatan aje.
Kat kedai ada jual Flybaits ni tapi takde full albums kot? Semua best of je...

Flybaits ni band members semua ada nama established nye, even Sweet Charity nye 40 years anniversary live show kat Esplanade pun conductor kat tepi tu pun orang Flybaits jugak. Funky Chicken greatest moment ever malam tu. Aku tak perasan kat official dvd Sweet Charity 40 years tu ada tak Funky Chicken yang kecoh tu , aku sekali tengok je gitu dvd tu tak concentrate,  tapi cover version Deep Purple Black Night yang happening tu takde kan kat official dvd ni. Ni aku tak suka official dvds ni mungkin kerana ada copyright issues so aku tak dapat apa aku nak, dan apa aku dah tengok sendiri sebagai memory, sebab tu aku suka bootleg jadi aku dapat 100% warts, hiccups, screw ups and all , Macam Lovehunters nye final concert dvd tu pun tiga lagu takde mungkin copyright Ramli Sarip join in kot, so tak include  Bayang2, Demi Cinta dan best nye version nye Blues Untuk Rakyat. Nanti la aku upload audio bootleg dorang main Black Night tu malam . Asyik lupa je la.

Aku rasa aku type ni huru-hara hentam kromo je eh, korang cuba la faham2 kan,

Korang ingat tak zaman dulu budak2 melayu nanti suka ambik kertas, nak2 kadbod gitu potong kecik2, dah tu lipat dua jadi cam momentum gitu kita tekan nanti bola ( buat dari kertas aluminium foil gitu ) nanti boleh gerak? table soccer free ha.



Kulit Depan/ Cover album.
Padang dan trek terbuka sebelah Stadium Negara Kallang. Kat belakang tu Kallang stadium la yang lampu2 besar menara tu.
DAH HABIS dah ni semua.. ROBOH DAH...
Tak sabar nak tunggu yang sedang dibina bukak... Roof boleh gerak tutup tak kasi hujan sebagainye.
Lepas tu kalau lawan bola, tak salah aku galleri penonton boleh gerak kedepan, maju kedepan atas kawasan balapan trek tu, jadi boleh tengok bola dekat2 la cam kat Eropah gitu, tapi kalo nak ada track and field competion, galleri penonton ke belakang balik. Canggih giler.
Rasanye ni serupa Friends Arena kat Sweden. Retractable Roof gitu. Ala , ni stadium Sweden 4 England 2 tu hari.
Iron Maiden sold out ni Friends Arena untuk 2013 show dalam sehari kot 50,000 tiket.
Dorang nak main ngan roof tutup pasal nak simulate gelap.
kalo korang perasan kat Sweden dan NORDIC nye countries ni headliners main masa matahari masih ada.
Jadi mungkin tak boleh dapat full effect cam suasana gelap atau tertutup.
Korang perasan Big 4 tu hari kat Gothernburg, Metalika keluar pun masih siang.. ntah undang2 masyarakat kat Scandinavia cam gini ke , atau apa ke aku tak tahu lak.

( Sorry out of topic kejap.)

Lagu2
Ada sepuluh, Flybaits themselves, S Amin Shahab, A Ali, M Nasir, Iskandar Ismail etc listed as song and lyrics writers kat album ni.
Aku kalau Flybaits lagu2 slow aku tak minat sangat la...jenis2 Kenangan Lalu gitu... orang pompuan suka la eh lagu2 Flybaits cinta2 gini.
kat album ni ada Rindu Di Malam Hari, Kasih Yang Tersisa, Entah Mengapa, Peristiwa Masa Remaja ( suara pompuan tak tahu sapa ), Ratu Hidupku.

OK, tapi lagu2 rancak dorang best2 la..
Bermain Bola Sepak...nice song, great lyrics.
Cong Cong Nai, Jangan Ganggu pun sedap..
 Ragam Bercinta dan Bergembira Di Pesta pun ok.

Nanti aku type liriks kat bawah, best giler simple liriks lagu dulu2 pasal main bola etc.

Zaman dulu nye style lagu2...happy aje dan penuh innocent.

Kat youtube banyak lagu 1st album 2nd album pasal semua rip dari cd original best of kot.
Like I say, kalo ada jual kat kedai of course ak la tak buat korang gi beli sua,
tapi benda2 gini lagu2 yang kurang orang tahu, cam akan hilang dimakan masa gitu...
Nanti orang cuma tahu Flybaits? Kenangan Lalu. atau lagu yang ada "nama guru Cikgu Zubaidahhhhh wohooooho"


Liriks

selain2 Cong Cong Nai aku type kat atas, ni lagi satu lirik best.
( eja penuntun sey, old timer )

Bermain Bola Sepak
Tersebutlah sebuah kisah
Enam pemuda tunjukkan gagah
Kononnya mereka perkasa
Cuba2 bermain bola

Tepokan gemuruh bergema
Penuntun bersorak gembira
Ingatlah wahai semua
Bersoraklah jangan mencerca

Main bola main bola
Bermain bola
Sunguh meriah sungguh meriah
Sungguh meriah
Tetapi haruslah berwaspada
Supaya Kakimu tidak cedera

Marilah beramai-ramai
Pemuda dan jugak pemudi
Turutlah bersama kami
Di Padang bermain bola

Tunjuklah bakat yang terpendam
Hinggakan engkau merah padam
Mungkin di suatu masa nanti
Kau menjadi pemain handalan

MAJULAH MAJULAH
Jangan lekas putus asa.
MAJULAH MAJULAH

Jangan lekas putus asa.





nanti la sambung kalau rajin pun


AS USUAL KAT SINI SEMUA...-
http://www.youtube.com/user/tempehasuka666/videos

kalau belum ada tunggu, aku ngah upload kejap.


( To be continued next time on more Malay music that is fading with time. )

11 comments:

Ijau D. Koceng said...

gila klasik :D

Rafi said...

klasik n legend..
teringat masa kecik dulu lagu telatah kanak kanak..arwah ayah aku selalu pasang.Flybaits ni lagu2 jenis mcm tu,jenis riang ria punya lagu memang best

PC kOKak™ said...

rare lp ni, jeles aku..

thanks 4 sharing.

WanBeruas said...

..Flybaits muzik dorang mampu mencairkan batu di dalam hati...hehee..

WanBeruas said...

..Flybaits muzik dorang mampu mencairkan batu di dalam hati...hehee..

berteromber said...

thanks Deaf...buat aku teringat zaman2 sekolah rendah early 80s dulu....

Flybaits ni yang aku ingat cuma Freedo ajer...sayang betul album2 melayu ni susah betul nak jumpa yang rilis semula secara penuh...

Adi Herman said...

Flybaits - Kasih Berubah! Perghh entri ini memanb legend! Thanx for sharing bro...

Skudal said...

perghhh.... legend nih

Portdy said...

Funky chicken & anak ABU moment cuma ada di cd, tiada dalam DVD konsert 40th annivesary tu.

محمد رازيق said...

hehe. layan juga lagu2 flybaits ni.

Iaryylr said...

cantek dan terbaik bro kondisinya! syabas!