Friday, January 6, 2012

prosperity burger and rompol rompol fries

prosperity cakap melayu apa? kemakmuran.
curly cakap melayu? kerinting? rompol2?
hah, so burger prosperity dan fries rompol2.




So tu hari aku baca post Ijau, 220km tu get this burger. Tu dinamakan Passion.
Aku? ok bila kat rumah Spore, ada satu Macdonald seberang jalan, ada lagu satu Mcdonald jalan kaki 5 minit kiri, ada lagi satu 5 minit jalan kaki sebelah kanan.
Tiga mekdi within about 500meter from home, satu tu 24jam every single day.
Memang mekdi heaven la, sahur bulan puasa pun mekdi.
Tapi rumah KL hah, takde mekdi walking distance. Hopefully soon. haha. dan hopefully 24hrs, boring ah malam2 lepak mamaks je. ( hah, sila ke blog wan beruas for his super mamaks point of view haha ).

Tapi prosperity burger ni memang macam makin slack je. This year nye tak sedap la pada aku. Tapi, lantak je la , aku memang dah kebulur dah smalam nak masuk keja.

Apa aku ingat pasal Prosperity Burger tahun2 lepas sejak diperkenalkan bila eh? dah lama la kan jugak kan?

- Kalau Singapore jual beef, Malaysia jual chicken, dan lepas dua minggu gitu, dorang swap, satu negara jual chicken lagi satu beef.
So for yang criss cross tu, memang enjoy la melantak.
- Fries, aku paling bingit kalo ada tempat for whatever reason, mungkin stok abis ke hapa ke la, Curly fries takde.
Tak la sebest normal mekdi fries, tapi ok la sekali2...
- Air, sejak menjak dulu, suka nah dorang matching ngan air oren, tak reti aku, tapi selera chinese new year kot.
- ni ada meal, ngan pineapple pie, aku tak mau ah, aku ambik meal biasa dah...

13 comments:

berteromber said...

Kebetulan pulak...semalam pujuk anak ke sekolah tadika...terpaksa upah happy meals McD....walapun aku x suka sgt prosperity burger...tapi setiap kali sampai musimnya...terbeli jugak....

Btw..rumah aku 2 km jer dari Mcd,KFC & pizza hut...

iaryylr said...

burger nie sejak pertengahan 90 an tidak silap, tetapi nikmatnya bergantung kepada pekerja McD yang terlibat sama ada berhati mulia atau sekadar nak gaji saja, he he he!. Bukan apa.. dari pengalaman minat makan MCD. Kadang diorang taruh penuh sos lada, kadang sikit... susah nak dapat sama macam iklan, yang dah lama tak keluar adalah SAMURAI BURGER McD, pernah juga mayonis cuma secalit...angin oooo :)

Ijau D. Koceng said...

kes xdpt curly fries aritu, kitorg pi marrybrown semata2 mau beli mambo fries (adik bradik curly fries)

xsedap mana pun prosperity ni, cuma mungkin ia seasonal sbb tu menarik perhatian, sama mcm GCB... tp GCB mmg FTW!

::alifdalmim:: said...

PD dah ada Mcd..baru je launch.apa yg istimewanya bangunan dia berhadapan dengan laut PD...petang2 mmg feel la mkn situ..
sy mmg tak pernah makan beger nih..so, tak tahu rasa apa..fries rompol2 tu ada beli aritu..tp tak abis sbb dah sejuk letak dlm kereta..huhu..

unit li kipsas said...

Kalau di Kuantan, aku boleh rekomen and bawak ke satu stall burger, namanya "BURGERMBIRA", menu-wise memang agak unik namanya, even isi kandungan lebih kurang sama, macam "BURGERTOHH" (bergetah), "BURGERLORR" (bergelar cakap Pahang), "BURGERLAPAN" (bergemerlapan diringkaskan).. queue nak beli memang panjang dengan chinese, malays, indian semua layan..

devourment of souls said...

haha, sorry bro, terpost guna blog tempat kerja. that was me on the previous post!

flaming skull said...

memang...aku rasa prosperity burger dah tak sedap...rasa lain sikit. tapi camne pun habis jugak hehehehe

deaf-angel said...

ooo ramai jugak sympathiser mekdi eh rupanya haha

:: Cikgu Wiween :: said...

sejak mcd baru bkk kat PD nih, aku asyik pi drive thru aje. ahahahha.

next, domino lak nak bukak. restoren da ada, da ade sign smua cuma belum bukak aje lg. x saboooo!

Kaboi Tanduk said...

lapar pulak tengok gambar burger tengah malam camnih..

teringat samurai burger..

WanBeruas said...

..aritu g Penang aku tumpang anak aku punya MD P.B nih..tak sedap macam dulu punya lah...masin terlebih..atau mulut aku je yang memang tak sihat...

gayour said...

eat your heart out!

JAIRO said...

mekdi only GCB yang wicked yang lain tu biasa2 jer.... btw mekdi terdekat dari rumah aku ialah 90km