Tuesday, November 13, 2012

Hidayah - Tiada Yang Kekal Melainkan Allah LP ( 9 of 10 youtubed )

Macam mana nak mulakan ni posting aku pun tak tahu. Pasal kalo ada mood dan time lain kali, posting cam gini ada sambungan.
So Aku rembat je type apa kat kepala hotak aku.
Harap korang paham apa aku ngah merapek-meraban.
Aku layari youtube, tengok2 lagu2 nasyid lama, zaman2 legend2 akhir 70an awal 80an, cam takde full album. Selalu ada lagu yang famous amos je, atau dari koleksi terbaik gitu. Mungkin ada complete? cuma aku je yang selenger tak tahu search keywords kot? So I thought it would be nice if a proper presentation of the complete vinyl is available complete with the skips and damages of the vinyls.
Unfortunately one song is way out, but luckily it is a song that you can purchase the official original release on cd.

Apa pun, Ni piring hitam, lp, vinyl, album
HIDAYAH " Tiada Yang Kekal (Melainkan Allah)". 1978 EMI pte ltd. ( maybe the ori owner can identify the lp ).

Hidayah ni pada aku zaman dulu sampai skarang ialah Singapore nye BIG THREE Nasyid group ngan Al Jawaher & Al Mizan. Pada aku la.
So 10 lagu kat album ni, dan semua lagu pun gerek, tak bedek punye,
songmakers dia ialah...
Muka 1
Tiada Yang Kekal (Melainkan Allah)
(S.Atan/Haron Abdulmajid)
Bersyukorlah Kita (Pada Illahi)
(Copyright Control/Rohana Sa'at)
Nilai Usia
(Copyright Control/Haron Abdulmajid)
Mengenal Dunia
(Copyright Control)
Rukun Hidup
(S.Atan/Haron Abdulmajid)

Muka 2
Habbibi
(Copyright Control)
Bimbinglah Aku
(S.Atan/Haron Abdulmajid)
Fajar
(Copyright Control)
Sembahyanglah (Wahai Budiman)
(S.Atan/A.Z.Roslan)
Rukun Yang Kelima
(Copyright Control/Rohana Sa'at)

Front Cover/Back Cover photos LP macam kat Fort Canning Park je?
jadi sebelum HELLOWEEN, TOTO, MEGADETH, BLACK SABBATH's HEAVEN & HELL, MR BIG, DEEP PURPLE, JUDAS PRIEST dan lain2 sampai Bukit Larangan, Hidayah dah sampai dulu k. ( kaitan yang tak relevan aku tahu, tapi saje je..)


Lagu Habbibi kat LP ni skip giler...Tapi since lagu ni top hits, jadi ada dalam bentuk cd original untuk didengar. Tapi mungkin ada berapa lagu yang takde dalam bentuk cd rasmi from what I observe, dan kot hilang2 gitu je dimasa depan.
jadi aku rasa aku up je la lp rip ni kat youtube ( ngan crackles dan skip2 repeat2 dia ), pasal ni semua memang treasures gitu.

http://www.youtube.com/user/tempehasuka666/videos



Of course kat youtube dah berlambak dah top hits dari album ni tapi aku rasa takde full album appreciation yang aku nampak.
Kalo ada ni album officially keluar kat cd sebagai full album off course la aku tak buat. Tapi rasanya takde.. dan lagu2 cam Mengenal Dunia dan fast tempo Fajar kat album ni memang best giler, so kalau tak pernah dengar, dengar ler. Fajar ni cam lagu dikir barat pun ada.
kalau lagu cam Sembahyang Wahai Budiman, hah tu aku rasa dari zaman berangan jadi Vic Morrow Combat tembak jerman main2 kat longkang dulu2 dah ramai dah rasa terbakar bila dengar lagu ni. dulu2 ingat2 lupa gitu, ada satu hari bendera or hapa, Pergas nye flag day masa kat Kampung Melayu Kaki Bukit Jalan Damai or something, kat stiker kecik tu ada taruk " sembahyanglah sebelum kamu disembahyangkan" or something like that.

ok main hentam type2 sebagian lirik senikata lagu2 kumpulan Hidayah kat album ni.. Kalau salah betulkan..saje2 je.

Tiada Yang Kekal (Melainkan Allah)


Kecantikkan paras wajah mu
akan hilang bila sampai waktu
dari itu jangan rasa bangga
itu semua tak tahan lama
melainkan Allah

hari ini hidup mu senang
kawan saudara keliling pinggang
bila kau susah diri terlantar
tiada sapa untuk kau mengadu
melainkan Allah

ingatlah semua insan insani
kita makhluk ciptaan Illahi
harus selalu menginsaf diri
sebelum tiba saat ajali

apa guna yang kau miliki
wang yang banyak harta melimpah
tak mungkin dapat kau bawak mati
tiada yang kekal di dunia ini
melainkan Allah


Bersyukorlah Kita (Pada Illahi)

Muhammad Rasullah nabi terakhir
memimpin umat Islam kejalan yang diredha (2x)

Beryukurlah kita pada Illahi (2x)

Sentiasalah bertakwa kehadrat Yang Esa
diberikan rahmatnya di dunia dan akhirat (2x)

Beryukurlah kita pada Illahi (2x)


Mengenal Dunia

Kalaulah engkau mengenal dunia...
tahulah ia barang terpedaya (2x)
hidup di dunia hanya sementara..
hanya badan meminjam nyawa (2x)

kalau engkau mengenal akhirat..
tahulah engkau dunia mudarat (2x)
bila bertemu kampung akhirat
tunggulah dulu dunia kiamat (2x)

sebelum kita menempuh akhirat..
jangan terpedaya mudah tergoda (2x)
hindarilah godaan syaitan laknat
semoga kita tidak tersesat (2x)

rukun hidup

Hati yang suci dan bersih
perasaan jujur dan mulia
menjadi asas utama
berbaik sesama manusia

hapuskanlah rasa iri hati
melihat kawan mu berjaya
usahlah merasa dengki
buat fitnah disana-sini

hidup hendaklah rukun
berdamailah kita semua
bersatu kita maju
bercerai runtuh berderai

bertakwalah pada Illahi
pohonkan rahmat dan hidayah
panjang usia murah rezeki
hidup rukun aman sentosa


Bimbinglah Aku

Aku insan yang terbiar
bak musafir di padang pasir
tiada kawan kiri dan kanan
apa yang ada sendirian

carik tempat berteduh
dari hujan dan panas mentari
perjalanan ku masih jauh
ku rasa tak berdaya lagi

andaikan benar hati mu suci
dada beriman ilmu Illahi
bimbinglah aku untuk berdiri
menuju jalan robbul izzati

hidup banyaknya cabaran
jangan biarkan aku tersesat
ku perlu segala bimbingan
dunia dan jugak akhirat..


Fajar

Tikalah fajar menjelang
terdengar suara azan
memanggil semua insan yang beriman
mari bersembahyang (2x)

janganlah BERPANGKU TANGAN
di saat fajar mula menjelang
mari berdoa kepada Tuhan
lindungilah insan yang beriman

hanyalah padanya
kita kan bermohon
serta meminta..


Sembahyanglah (Wahai Budiman)

Sembahyanglah wahai budiman
sebelum kamu disembahyangkan

bagi mu sedia dimohonkan
kepada Allah mintak keampunan
berusia muda jangan abaikan
kelaknya anda kerugian

Sembahyanglah wahai budiman
sebelum kamu disembahyangkan

bertaubatlah kamu pada Illahi
amalan suci sanjungan tinggi
bekalan kita di akhirat nanti
bersedialah soalan diberi

Sembahyanglah wahai budiman
sebelum kamu disembahyangkan

perginya sudah mengadap Tuhan
sanak saudara sedih tangisan
tanpa harta dibawak teman
kain putih pembalut badan

Sembahyanglah wahai budiman
sebelum kamu disembahyangkan

wahai budiman hanya sementara
kealam pentas ciptaannya
keindahan dunia segala direka
janganlah kita lupakan Allah

Sembahyanglah wahai budiman
sebelum kamu disembahyangkan

Nanti la ada time aku taruk liriks lain...

AKAN DATANG, COMING SOON, if got time and got mood.

Perpaduan Nasyid Singapura nye 1982 LP,
which kumpulan Hidayah is listed as one of the 19 nasyid groups..

8 comments:

Adi Herman said...

Mostly diorang punya lagu S Atan yg buat yer...impressive,beliau seorg yg berkaliber dlm song composition...

deaf said...

true. S Atan punya lagu untuk BDB pun awesome,
not forgetting haron abdulmajid nye lyrics dari nasyid sampai slow rock semua best2.

Portdy said...

Hmmm kalau aljawaher banyak m nasir yang buatkan?

The best part bila membesar di area Pontian Johor adalah dapat mendengar radio johor dan radio singapura warna....lagu lagunasyid oldcskool ni selalu dimainkan oleh dj di kedua belah negara...

Sy prefer aljawaher sebab lebih rock dan bluesy, buleh gitu

Ijau D. Koceng said...

tiada yg kekal slalu berkumandang di radio klasik dan nasional FM sblm/slps maghrib... sama mcm lagu aljawaher tu

faizal abd fathi said...

nasyid dulu jugak best....kena pulak dengan lirik... boleh meleleh air mata...

Portdy said...

BRO DEPP;

album aerosmith tu deluxe limited edition,

ada 3 disc, 1st: full album
2nd: bonus track (3 lagu je)
3rd : DVD containing video clip dan interview...

IT SOUNDS VERY POPPISH ROCKIN, IF YOU LIKE JUSTPUSHPLAY , CHANCES THAT YOU'LL LIKE THIS ONE TOO

Rafi said...

klasikkk...

iaryylr said...

tq bro! menarik dengar hari ini..