Friday, May 24, 2013

concerto de aranjuez & sandiwara melayu di radio

Masa aku kecik2 dulu, tv pun hitam putih, dan tak heran kalau zaman tu banyak rumah takde tv pun,  memang ramai orang untuk hiburan dan teman sepanjang hari terdedah kat program2 kat radio, jadi dengarlah drama, sandiwara, cerita2 di radio.
Jadi kalau drama sandiwara radio ni, kita cuma dengar je kan, so impact dia lain ngan zaman skarang semua orang tengok drama kat tv. Anyway skarang kat tv3 time 7 gitu ada drama apa tu, jahat nak mampos mak ngan anak dia eh bully the step daughter. K'siao sey minah preknen kena bully tu, kalau aku keluar dari rumah dah atau repot polis, tapi dah director ngan penulis skrip drama tu sadist, so kena la si selenger tu duk kat rumah tu jugak haha, kena paksa makan nasik ngan air jarang. haha. Pandai berlakon dorang, memang real, zalim sampai termuncung2 bibir gitu - evil abis. Aku tak exactly follow the story dah la aku tengok bila off days je, cuma aku jengok2 je la kat tv bila time part wicked nenek2 kebayan tu je haha. Tapi its a reflection of real life. Last episod mesti golek2 cam nyonya mansor eh dorang mintak maaf kat heroin tu.

ok dah terlajak cerita lain lak, ok back to the story, jadi drama sandiwara radio ni nanti ada la background noise macam tapak kasut nye bunyi, dan lagu2 latar belakang mesti best2, nak kena tunjukkan suasana tegang ke, romantik ke, sedih ke...   So dari kecik ada satu lagu dah melekat dalam kepala la.

Then aku time full-time NS, aku kenal satu budak melayu ni yang exposure dan minat dia kat muzik memang luas. So dia pasang satu lagu ni, so aku tanya eh " ni lagu sandiwara radio la ".
Maklum aku tongong.
So dia cakap ni " Concerto de Aranjuez ". Terbelit lidah nak paham apa dia sebut. Aku tak lupa nama dia sebut ni , sampai skarang nama ni freeze-framed kat kepala hotak aku. Sedap, concerto de aranjuez.

So aku terutama zaman ni dah ada internet, mudah nak dapat info, jadi aku selidik,
- ok Concerto de Aranjuez ni lebih dari 20 minit, dan bahagian aku suka tu ialah 2nd movement, dalam 10 minit gitu.
- ciptaan satu pemuzik Sepanyol nama Rodrigo. Ditulis akhir 1930an gitu.
Rodrigo sejak budak kecik mata dia buta, tapi dia punya keistimewaan pasal muzik dan spanish guitar. Dia tulis lagu ni pakai braile.
- Jadi ngan selidik2 ni maka mungkin secara permukaan tu tahu sikit2 pasal benda2 gini, musician2 gitaris yang main genre gini, youtube memang banyak tolong untuk dapat pengetahuan kan.

Ni mungkin antara lagu paling famous dalam dunia? antara paling sedap? antara paling sedih? antara paling menikam kalbu?? cehhh...

Ni versi yang John Williams tahun 2005 kat London Royal Albert Hall.
di edit untuk Concerto de Aranjuez 2nd movement aje.
Kalau korang tak pernah tengok, rasanya korang mesti enjoy...


 


Time 08:00 giler dahsyat semua instruments masuk sama2.

http://www.youtube.com/watch?v=b6qxii_XZyQ ni youtube link dia.
http://www.youtube.com/watch?v=b6qxii_XZyQ


ok cakap pasal gitaris, kan ada buku biography Yngwie Malmsteen or something like that kan?
Tapi apa aku tahu e-book lagi best ialah buku UNAUTHORISED biography Malmsteen pasal tu cerita semua. In English belum ada cetakan.

Yang buat aku excited, Joe Lynn Turner tukang tulis intro buku ni ke hapa ntah. Giler ke hapa dorang dua?
Satu dah kutuk2 Odyssey sebagai album paling puaka dia pernah buat, lagi satu dah main belakang tulis intro unauthorised biography haha.
Apa pun aku suka Odyssey, masa first time RISING FORCE main kat Spore, selain lagu I am a Viking, aku rasa lagu Dreaming pun sama dah jadi cam choir kat peminat2 yang hadir haha.
 Tapi Odyssey ni lagu banyak gerek2. Riot In The Dungeon, title je dah buat excited dah.
 

4 comments:

Rafi said...

Ooo..aku ingat intro lagu tu..memang mengimbau kenangan betul masa kecik..

berteromber said...

bayangkan kalau gitaris macam ni main metal...ribut!!!

faizal abd fathi said...

lagu ni kalau versi rodrigo meremang bulu roma... layan..

Adi Herman said...

Siapa boleh lupa bunyian gemersik gitar dari lagu ni...perghh flamenco ni!