Thursday, August 1, 2013

lailatul qadar dan aku, saya, gua, (despicable) me, i, myself

Ni post bukan untuk semua orang...

masa budak2 dulu, zaman sekolah, masa berkumpul ramai2 pagi2, nanti kita suka tunjuk2 langit, then main teka2 gitu " hah, kan? semalam lailatul qadar, ko tengok cuaca", atau "ahh semalam bukan lailatul qadar, ko tengok cuaca hari ni cam hari2 biasa je".
Main teka2  bila Lailatul Qadar hanya ngan menengok keadaan cuaca besok paginya. Then banding2 sapa gi sembahyang terawih semalam tu dan sapa tak?
Kira sapa gi terawih malam sebelumnya cam dah rasa diri geng baik la gitu haha, sapa tak gi lak dah rasa diri cam setan. Padahal kalau gi sembahyang terawih pun main je lagi banyak dari join orang sembahyang pun, tapi tu la budak2.
.
.
.
tapi tu dulu,  masa gini,
Setiap kali 10 malam terakhir Ramadhan, Aku macam " clutching or grasping at straws " gitu. makna ni sikit lebih kurang ialah " to depend on something that is useless; to make a futile attempt at something.",

Aku jadi desperate.

Aku tahu betapa besarnya nilai Lailatul Qadar, aku berangan kalau aku dapat lailatul qadar, dan cun2 tepat waktu tu aku pulak tengah doakan semua love ones aku , orang2 yang aku sayang, dan pahala tu betul2 nabshot love ones aku semua dapat, betapa untungnya mereka. Pasal aku ni takdebenda nya orang, ni je benda2 kecik aku boleh buat untuk dorang, dunia dan akhirat.

Tapi aku tahu ngan perangai aku cam gini, jangan harap lah.

Tapi aku tahu, ibadah tu berbagai cara, carik rezeki walau waktu malam pun ibadah dan aku
 jugak tahu Allah suka orang yang permudahkan kehidupan orang lain.
Aku harap aku bukan berbual champion, sebab tu aku dah cakap kat mula2 atas, ni post bukan untuk semua orang, ni post lebih kepada orang macam aku, orang2 yang "clutching grasping at straws", aku cuma nak bilang masih ada harapan..

there is still hope, selagi nyawa dikandung badan.

Aku tahu bukan saja kat rumah, tapi kat masjid2 seluruh malam  pun berbagai aktiviti dijalankan sempena 10 malam terakhir ni, qiyam kul 2 pagi all that. Syiar Islam masih hidup dan ngan teknologi
mass media zaman ni, mudah kita nak tahu program2 ibadah walau 2.45 pagi dimana dan dibawah bimbingan ustaz sapa. Betul2 teknologi zaman ni is so canggih, sapa nak carik agama, mudah giler sama ngan sama nak carik pasal, pun mudah giler jugak.

Apa pun, I hope one day, I'll be there (carik agama, bukan carik pasal ok. [muahahaha!!!- ikut style gelak ketawa jin]).


So, kalau nampak paip tak tutup betul, masih ada air menitis, sila tutup ngan lagi ketat.
nampak kulit pisang kat lantai, sila alihkan sebelum orang tergelincir,
Kalau nampak sapa2 tadah tangan, sila beri apa korang termampu walhal duit siling pun.
Ntah2 yang datang approach kita tu Malaikat in disguise, pasal nak uji kita malam lailatul qadar. You never know.

So there is still hope.

7 comments:

speedrider said...

nice entry deaf

metal brain asylum said...

nice one ,bang .

A.I said...

..sila doakan utk aku sekali ye beb ;)

Rafi said...

Aku pun sama bro.pasal keja part time mlm selalu jugak telepas nak terawih,tapi setiap kali cuti,mmg aku akan pegi.mcm ko ckp,ada pelbagai cara untuk kita beribadah n yg paling penting kita tolong permudahkan hidup org lain..btw nice entri

berteromber said...

Insya Allah beb...semoga kita semua diberkati.

Portdy said...

amin .

Dr. Bentara said...

selagi ada keinginan insyaAllah satu hari akan makbul.