Friday, August 23, 2013

passion & less-abled - keinginan yang kuat & mereka yang kurang upaya

Merapu Hari Jumaat, aku rasa kita kena sokong usaha terutama masjid-masjid lama yang ngah kumpul duit pasal dah tiba masa untuk renovation, upgrading semua, 
jemaah pun semua usia makin tua...especially masjid yang design waktu buat dulu2 tu, nak masuk dewan utama kena naik tangga yang agak tinggi.
Ramp kerusi roda, lift-lift yang memang ada masjid dah start pasang, aku tak terkejut lain kali makin teknologi murah, masjid2 kat Singapore dan Malaysia semua pasang eskalator dan lif.
Benda2 ni dah macam henfon dan komputer kat rumah gitu, suatu masa dahulu benda2 ni cam dianggap mewah, tapi zaman ni dah jadi cam satu yang kemestian dah ngan cara hidup kita. Ngan public transport semua nampaknya sangat prihatin untuk mereka yang berkerusi roda contohnya, baik bas atau keretapi gerak cepat dan stesen2 nya.

Moving on and keeping still to the topic of providing comfort to the less able and people with physical handicap, lets move from mosques to something else....
When you have passion, it doesn't matter who you are, and what is your physical condition.

Aku pernah cerita tak...
1)Masa aku tengok Maiden main kat Melbourne, aku nampak ada satu mat rock omputeh ni siap tshirt 'satan 666' tapi mata dia buta, pakai spek hitam, ngan kayu blindman dia, abis satu pakcik(aku rasa bapak dia)  pimpin dia masuk Hisense Arena. Lepas show, masa aku dongak la tengok2 penonton2 kat seat, aku nampak dorang kat seat depan sekali, paling dekat ngan stage.
Dalam hati aku, tu la passion. Dan dalam hati aku, kalau orang sebut pasal kasih sayang, tu la antara aku tak boleh lupa bila bapak budak tu (dah tua la), pimpin anak dia, sabar gitu. Aku tak rasa bapak dia hardcore Maiden haha. Mesti bapak dia cerita kot kat anak dia yang buta tu waktu sepanjang perjalanan persembahan tu-, "ok sekarang Steve Harris tengah 'machine-gun' peminat depan, Janick Gers tengah baling gitar dia tinggi2 dan tangkap balik, walk-on Eddie tengah jalan kat pentas..., ok tukar backdrop design sekian2, lagu ni light show warna apa cahaya pentas dia"
2)Masa aku tengok Maiden main kat Brisbane, ni  dahsyat... tu jam Soundwave Festival, 40,000 orang so cammana? Mendangok depan stage one lebih satu jam berhimpit2, tunggu Maiden main. Pasal kalau lambat atau gatal gi stage-stage lain, by the time Maiden nak mula main, dah 40,000 depan kau mampos otak jam, so pasal kiasu nye pasal, terpaksalah himpit2 diri mendangok gitu sapa yang giler Maiden sejam lebih depan stage.
Sebelah aku ada sorang ni...aku mula2 perasan, apasal dia asyik cam tak selesa gitu, dan ada satu perempuan (aku rasa isteri dia), asyik kesatkan peluh suami dia, tanya " are you ok?" gitu. Dalam hati waaa sayang betul dan prihatin betul isteri ni kat suami dia tengah keadaan penuh sesak huru-hara tu..
Hah, sekali aku pandang bawah... Laaaa....Dia ada satu kaki aje "A one-leg man". Lagi satu cam besi panjang gitu. Sanggup dia lebih sejam berhimpit2 dan tak buat apa2 cuma diri himpit2 je ramai2. Patut bini dia kat sebelah dia cam prihatin je gitu.
Ni belum Maiden start main, dan confirm 40,000 kat belakang mesti rempuh ke depan maka gitu dia punya "ombak" startkat depan memang melayang semua sampai kaki tak pijak lantai.
Dalam hati aku, tu la passion..Aku tak tahu apa jadi kat orang satu kaki ni lepas tu.
OK, secara logik kita cakap, apa kebodoh carik pasal? tapi ni semua semangat masing2, tak boleh nak buat apa dah kalau dah suka kan HAHA
3)Aku tengah surf2 youtube, ada time sikit ni, carik2 rekoding2 peminat yang show2 aku pergi.
Jadi aku jumpa video ni...Masa aku gi tengok Maiden headline kat Donington Park.
Ni kat Download Festival 2013., rata2 masa Maiden main ada 100,000 orang la tengok.
Ni video dari platform untuk orang2 yang istimewa. Korang tengok kat video ni, ada nampak crutches, wheelchairs.
Platform gini aku rasa aku belum perasan ada tak kat sini buat gini... Jadi sapa2 yang cam istimewa, mungkin buta, pakai kerusi roda, mungkin apa2 je la keadaan jasmani dia dapat tengok pentas ngan selesa dan selamat dan clear.
Korang tengok mamat ni satu yang berkerusi roda, dia yang macam ada ponco merah ikat kat bahu dia gitu. Dia kat bawah, belah kanan video ni.
Aku tengok reaksi dia kat lagu Run To The Hills ni, aku rasa dia cam nak terbang...that guy on the wheelchair is Like a Superman getting ready to take off. Seeing his enthusiasm he could be as hardcore as anyone in that 100,000 people.
Dalam hati aku, tu la passion...  100,000 orang  berdiri kat lumpur, yang lompat2 lain, yang muka berseri2 penuh kegembiraan tengok Maiden main, kat kawasan aku diri budak2 semua sibuk buat moshpit lagi masa lagu ni dah la lumpur giler, air beer melayang2 orang rejam haha, 
dan mamat kerusi roda ni duduk tapi boleh nampak energy dia.ngan hujan renyai2 kejap2 turun, sejuk, angin kuat giler ( korang boleh dengarkan sound pecah bila dah sampai belakang pasal angin kuat giler tiup dari arah kanan ke kiri.
We should encourage big scale rock shows in Singapore (and Malaysia) to have these type of special -raised platforms for the disabled and less-abled to join in the havoc with safety and comfortand a birds-eye-view in place, even though they are sitting while all around them people are free-standing. OK! OK! before THE USUAL MORAL POLICIA gives me crap for promoting "evilness"
LETS say, not rock shows, but for clean-living mass attendance activities ok. HAPPY!!?? yes.thank you.







http://www.youtube.com/watch?v=-GfvPbWecWM

Sebab tu masing2 ada passion, ada orang passion buat amal yang tangan kanan buat tangan kiri pun tak tahu, macam2 passion la.
Sesetengah passion ni kita panggil sukarelawan, ada kita panggil buat amal, ada kita panggil hobi, dan ada kita digelar Orang Gila hahaha pasal passion yang memang kalau cerita kat orang pun orang anggap kerja giler la.

Tapi ni semua tetap passion.



3 comments:

berteromber said...

setuju deaf...tapi budaya orang kita memang tak akan paham passion pada muzik berat ni...ni semua setan...

bakal pak mertua tak kisah pun kalau bakal menantunya datang pakai jersey Arsenal..tapi cuba ko pakai t-shirt Maiden....mau tersembur air kopi kalau dia tgh nak minum...

Adi Herman said...

Arsenal jugak yang kena....kalau pakai jersi MU, masih boleh terima tak bro berteromber?

Rafi said...

Memang ada setengahnya takkan faham..raya haritu aku gi beraya kt rumah makcik aku kat jasin,so cerita pasal jonker walk kat melaka,aku pun tanya la makcik aku kat sana ada org jual lp lagi tak?makcik aku tanya nak cari apa?aku jawab nak cari lp iron maiden..aku ni saja la tanya "maklang tau ke iron maiden tu apa" tau apa dia jawab?"heyy..aku dah lama mkn garam dari kau laa..ingat aku taktau?"pak lang kau tu dulu ada rekod dia yg gambar antu pegang kapak tuuu" (album killers)..hah..tekedu aku kejap..hahaha..tapi betul,tak semua yg memahami muzik heavy kesukaan kita ni..