Thursday, August 29, 2013

suratkhabar dah basi dan majalah baru dibeli

Aku ni kan, selalu sokkabar dah berapa hari baru aku baca, maklum kutip sokkabar orang lain dahbis baca.
Walaupun mungkin berita sukan, berita2 hal-ehwal dah mungkin basi, tapi...rencana2 nasihat agama, column2 agama takkan basi, sampai kita besok lusa tulat mati pun, sampai hari kiamat pun masih relevant.

Jadi aku nak share satu artikel pendek yang tarik perhatian aku, pasal aku ni hal agama ni aku cetek, sebab tu apa2 hal agama pun aku cam jakun.
Ni artikel sangat straight to the point, dia punya logik sangat mudah nak dipaham aku.
Jadi pada aku ni artikel memang tepat untuk setiap individu.
Tak kira sapa pun, pasal besar periuk besar keraknya, kecik periuk, kecik keraknya.


" jika seseorang itu meletak matlamat menjadi pemberi zakat, beliau akan lebih tergerak menguruskan harta nya ngan baik ".
Ni tulisan keluar kat suratkhabar melayu Singapura, Berita Minggu 25.08.2013 lepas.


Movingggg on....

Tu hari tunggu bas ekpress aku jalan so aku gi kedai buku la tengok2.. so tertengok majalah ni, so tertengok artikel2 menarik kat dalam. So aku pun tangkap secopy.





Aku masih ingat, susah nak lupa....
Pertama kali, dan satu2 nya kali, dalam hidup aku, aku jumpa seseorang yang mengaku dia Syiah.

Tu jam aku kerja kat satu tempat ni lebih sepuluh tahun dahulu, dan korang semua tahu kan?
Dari zaman kita budak2 sekolah, sampai ke full time NS, sampai pun dah kerja pun, kalau waktu nak gi sembahyang jumaat adalah satu event isimewa ramai2 gi kan, best gitu kan, gi makan dulu ke, balik pun sama2. ( Tapi untuk shift workers tak rasa sangat la kan.)

Maksud aku cam, meriah, cam bedeklah korang dulu zaman budak2 kat sekolah atau pun kerja, korang gi Sembahyang Jumaat tanpa ajak yang lain kan?
Korang gi masjid semayang jemaat korang tengok budak2 sekolah, cam gitu la kita dulu kan, ramai2 members gitu semua pakai baju sekolah. Walaupun satu perangai yang tak tetap sama ialah banyak bermain dan berbual kuat2 haha. 

So macam perbualan cam " eh dok, nak gi semayang jemaat sama-sama??? ".

Ni ialah satu perbualan yang jangan bedek la, setiap kita, baik geng baik ke, atau geng tonggang terbalik pernah ungkap  atau at least pernah kita jawab la soalan tu dalam hidup kita.

So aku pernah tanya la seseorang ni soalan tu kan waktu tengahari jumaat gitu la kan.

Dan perbualan singkat tu berakhir ngan dia cakap " Aku syiah. ".
Ada sebab kot dia jawab cam gitu.

Aku ni tak reti apa hal agama, so aku diam je la. Kita semua ada prinsip masing2 pun. Tapi at least aku tahu kan.

Wallahualam.

4 comments:

Adi Herman said...

Ada jugak aku tengok upacara syiah org melayu Syiah di Singapore baru2 ni dalam youtube. Tak tau la samada ianya sahih ataupun hanya olok2...tak berani nak cakap la.

Rafi said...

menarik buku ni..pencerahan tentang syiah terang dan nyata.

berteromber said...

benda syiah ni lama dah...sekarang baru kecoh...

dulu sepupu wife yg keja kat kedutaan Kuwait pernah cerita...nak sembahyang jumaat kat sana kena perhati betul2...dia pernah tersalah masuk masjid syiah...tak buat semgahyang jumaat....dan kalau sembahyang dlm masjid syiah kat tempat sujud takder alas...nanti tgh sembahyang orang sana campakkan kertas ker kain tempat ko nak sujud...syiah sembayang mesti ada alas kat tempat sujud...ni sepupu wife cerita pengalaman dia la..

Kaboi Tanduk said...

di tempat asal saya makin bercambah Syiah jadian, termasuk orang yang saya kenal..