Wednesday, December 4, 2013

(edited) - Penilaian dan analisa peluang aku nak tengok aksi Maiden di Kuala Lumpur dan Singapura 2014 mengambil kira kemunculan bulan Ramadhan untuk tahun hadapan.

Mula2 berita rasmi ni keluar kelmarin kot?, rasanya benda pertama peminat satu dunia buat ialah mengira matematiks, ilmu hisab berapa negara dah dapat persembahan "Maiden England 2012-2013" berdasarkan  ayat " 32 countries since June 2012."
Bila tinggal 6 negara yang nak cukupkan korum ikut angka rasmi berita tersebut.....

Aku dah fikir dalam kepala hotak aku.. ooo please let it be -...  "Australia, Jepun, Satu negara Timur Tengah atau India, dan.....it makes economic sense bila terbang antara Australia dan Jepun tu untuk singgah berenti.... Malaysia , Singapore, Indonesia."


Tapi ada satu ayat kat berita rasmi tu " will return to Europe".. membuat aku rasa kecundang....dan Eropah sendiri cukup penuh ngan banyak negara yang Maiden tak buat persembahan sejak tahun 2012 yang boleh isi korum 6 negara tu...

Tapi...kita tak tahu lagi sepenuhnya... Walau... musim bulan puasa tu....akhir bulan 6 start.
Tu pasal...kalau nak gi backpacking menengok Iron Maiden pun, satu benda kena ambik kira ialah Bulan Ramadhan..

Ceh...aku berbual macam la aku ni bebaik gitu hahahahaa.... Tapi cam melampau la kan...?
Kawan aku satu dah racun " eh? ni boleh dikira kita nak merasa suasana puasa di negara omputeh kan??!!"  dah dia sibuk cerita dia dengar cammana dugaan puasa di Sweden jadi kat kawan dia kerja or sekolah kat sana or something. Tu lain la, aku kalau backpack kat Sweden pun, aku dah hip hip horray kat Ullevi Stadium atau Friends Arena Stockholm Cehhh Ulevi siot!!...berangan tak agak2..haha.

Serious kalau bab Maiden, aku nye angan2 semua tahap mat jenin..

Aku jawab la kat kawan aku ni - Banyak la ko punye suasana puasa!! kat Knebworth terlompat2 happening suasana puasa apa!! bingit sey kasi aku sakit hati. haha.


IRON MAIDEN will return to Europe in Summer 2014 starting in late May with a short run of major festivals and a few select arena shows to round off their Maiden England World Tour which ends with a headline performance at the UK Sonisphere Festival in July as part of the 40th Anniversary celebrations at Knebworth Park. By the end of the tour the band will have played 102 shows in 32 countries to well over two million fans since starting in the USA in June 2012.

well...



Semua... Eddie yang jadi model kulit album zaman 80an dibekukan bentuk air batu dan ada dalam poster ini..
Karakter Eddie yang naik kuda tu ialah campuran tiga Eddie - Powerslave 1985/Seventh Son of A Seventh Son 1988/ dan Somewhere In Time 1986.
Empat kalau nak campur dia kena "lobotomy" untuk kulit album Piece Of Mind 1983. Tu yang ada pin kat kepala dia tu untuk sambung balik bahagian tengkorak dia...

Konfem ada rombakan setlist yang akan dibuat....  banyak possibility yang boleh jadi, walaupun Maiden ni cam malassss sikit nak tukar2 setlist lagu2 yang surprises nye.

Kuda dia paling best... Kuda Bionik... Terminator Horse gitu...

7 comments:

Ijau D. Koceng said...

kalau maiden turun s'pore lagi tahun dpn, aku just letgo jelah...

klu turun KL itu lain cerita

Matrojak said...

Kenapa bila sy ke Youtube cari video Iron Maiden tapi terjumpa juga band Iron Maiden perempuan?? Ada sesiapa disini boleh jelaskan??

P/S: Kenali shredder perempuan yg disenaraikan sebaris dengan shredder lelaki seperti Yngwie Malmsteen, Marty Friedmen etc, lihat disini (klik)

Adi Herman said...

Iron Maiden live at KL? Tempting....

deaf-angel said...

Mat rojak tu "the iron maidens".
Band tribute dari USA.

Terror dorang, dan at least dorang main alexander the great bila live.

berteromber said...

Agak2 berapa tahun lagi yer dorang larat nak berkonsert....

takper la...janji dah tengok sekali...heheh...

faizal abd fathi said...

ermm.. kalau turun KL....pecah tabung nih

Rafi said...

Mintak2 la dia turun..dpt tengok sekali jadi laa..