Secara peribadi untuk diri aku sendiri, aku tak suka kerja waktu pejabat.
Aku suka kerja shift. Lagi best giler kalau waktu kerja dia pusing2, ada kerja pagi, kerja petang, kerja malam..dengan ada off day, ada rest day.. wooo terbaik. ada bayar OT, lagilah bersemangat.
hah lagi la aku suka kalau tugas tu boleh elakkan diri kita dari ber"uniform". Suka aku je pakai jeans, mungkin polo tshirt kalau kerja waktu siang depan orang lain, kasi tunjuk hormat sikit dan menunjuk imej aku ni pekerja yang boleh diharapkan haha, dan kalau sesuai waktu takde mata lain memandang - terutama kerja malam atau kerja sabtu/ahad/cuti umum - hanya tshirt rock dan berselipar jepun je.
Oooo indah nye. (Tapi pada aku QUALITY KERJA KITA, takde kena mengena ngan cara kita berpakaian unless kita front-line la kan, atau perlu tukar berpakaian berkesuaian untuk akses tempat2 tertentu atau bahaya masa kerja kita.).
Lagi dream job, boleh suruh kawan kerja tukar2 waktu kerja ngan kita, tolong coverkan kita datang lambat sikit ke, datangkan awal sikit ke, Heaven siot. Cuti tak usik, takde stress kelam kabut masuk kerja keluar kerja...
Tapi apa pun Rezeki tu tangan Allah. Boleh menangis, boleh hilang akal kalau fikir mana nak carik duit kalau kita baru hilang kerja atau sebagainya sebab tu daily-rated jobs tetap important dalam pasaran pekerjaan di masa ini untuk sesapa yang perlu access duit belanja setiap hari.
Nak cakap bersyukur selalu tu, terus terang takdelah pasal aku ni fikiran selalu ke laut nak ingat agama, memang aku tak tipu la aku tak ingat agama sentiasa, aku alpa di dalam dunia yang fana' ni,
tapi tak dinafikan kadang2 tu datang mood muhasabah diri, maka Bersyukurlah setiap kali kita teringat betapa Allah tolong kita setiap masa, dan terutama waktu kita ngah desperate, memang boleh nak nangis siot fikir kebesaran Allah.
Sebab tu wahai kawan2 pembaca sekian yang terutama kalau korang jenis macam aku, jenis tonggang langgang, sila jangan lupa bayar zakat wang simpanan pasal kalau nak cakap harta apa la harta ada, kecuali of course kita kerja kadang2 ada la duit sikit tolak tepi buat kecemasan, atau nak spend kat love ones, atau nak hurray-hurray.
Kalau ada wang simpanan bayarlah zakat wang simpanan untuk diri korang dan love ones korang, jangan sikit pun rasa malu kalau jumlah dia sedikit sangat, dan buatlah ibadah korban setiap tahun kalau ada duit lebih sikit. Aku berpautan pegang janji Allah kat benda2 gini. Aku harap sampai hari aku mati, dan semoga love-ones aku pun prektiskan jugak benda2 gini walau aku tak suruh ikut, aku cuma buat je, harap dorang terperasan, perkara2 ni jangan diabaikan. Ceh.....berbual cam bagus sey... padahal.... ahahahha.

ok balik semula cerita berbual colok aku, Pasal aku kerja kat Singapore, first kerja aku lepas abis NS je setahun aku kerja waktu pejabat tu pun aku banyak keluar gi cek tu cek ni.
Lepas tu berhenti, sejak tu baik aku kerja kat kilang, aku kerja pengawal keselamatan, aku kerja apa2 je la aku kerja, baik aku berhenti kerja atau diberhentikan kerja.. aku sedaya upaya carik kerja shift.
Aku rasa aku lebih boleh bebas, menjalankan tanggungjawab, berbakti , berinteraksi , berkecoh-kecohan ngan love ones aku kalau aku kerja shift.
Aku rasa aku banyak time free untuk buat apa aku hendak atau perlu buat setiap hari setiap masa tanpa pedulik hari apa dan musim apa. Aku pun tak yah nak tempuhi jam kastam hujung minggu atau bas ekpress penuh hujung minggu ye tak..
Tidur? Tidur pada aku adalah nikmat Allah, memang aku perlu tidur tapi aku kena pandai carik waktu tidur yang sesuai. Bak kata Bon Jovi- I'll Sleep When I'm Dead". Atau bak lirik Aerosmith " I Dont Want To Close My Eyes..I dont wan't to Fall Asleep..."...something like that la...

OK aku tahu dulu2 kita suka ejek2 kawan2 kita waktu kita mula melalui zaman pekerjaan...
bila kita excited tanya kawan2 tu jam " eh kau kerja apa? eh kau kerja kat mana? "
ye la kan, semua pelan2 menempuh pekerjaan sepenuh masa...nanti ayat2 feberet ejek2 satu sama lain...
ye la kan, semua pelan2 menempuh pekerjaan sepenuh masa...nanti ayat2 feberet ejek2 satu sama lain...
"orang gila je kerja hari minggu",atau "orang giler je kerja waktu malam"..
tapi sekarang, ejek2 tu makan diri aku kot...haha....
Lagi satu aku tak suka kerja waktu pejabat macam orang lain ialah macam gini...
Pitam aku kalau tiap2 hari cam gini....kerja shift, tak la jumpa sangat crowd cam gini kan.
ni foto aku ambik masa turun eskalator...hah ambik kau, dua2 hala tujuan semua penuh...Pengsan.
11 comments:
kalau dah berkeluarga, kerja shift mcm ni terasa mcm beban pulak kan? nak cari masa berkualiti bersama family tu agak payah...
it depends on individual pada pandangan aku. Lain2 orang lain2 pattern.
Like you say, Quality time not Quantity.
Macam aku takda la keja shift,tapi buat keja part time..abes keja dari rawang kul 4 meluncur terus balik kl,paling cepat sampai kl dlm 4.30 or 4.45 gitu lah..dapat la rest jap lelapkan mata dlm sejam dua,lepas tu kul 7 masuk keja part time sampai kul 12 mlm..penat tu,biasalah..tapi di sebabkan aku ni bujang lagi,aku happy dengan cara keja aku sekarang..
aKU PERNAH BERSHIFT JUGAK. 12 jam/8jam semua dah rasa. Sampai lupa hari apa pasal kerja ikut roaster aje. ALHAMdULILAH bila dah berkahwin/keluarganie dah normal hours. Kerja kampung, jalan pun tak jem.The best part sekali-sekala kerja shift masa start up or shutdown. Syok jugak tido kat opis sambil makan maggi pukul 3pagi.Pastu paukul 9.00 pagi balik terus tido.Rasa macam bujang balik. OTnya pun macam kata ko kencang jugak.
Yap. Semua carik rezeki lain2 style. Penting halal. Dan jangan malu jangan malas.
dulu aku bujang2 gila kerja...kadang2 tak ada apa2 pun saja2 lepak kat tempat kerja teman kawan2 kerja...balik rumah pun takder nak buat apa...
tapi sejak dah kawin...ada anak...aku rasa priority aku adalah family...kerja sampai bila2 pun tak abis...sekarang sharp 5.30 aku dah terpancul kat mesin punch card....macam tak sabar nak tengok muka anak....boss pun dah tau perangai aku...tak boleh nak kata apa dah...janji kerja siap...
hamboiiii...heavennye idop kau. Jelesnye wei.
fuhh tu kire peak hour la tu yeak...penoh org kan....
mcm lieya suke office hour lagi almaklum dah bekeluarga...takut kucar kacir jadual anak sekolah mane...anak tusyen malam mane...yg pasti gi keje pakai jeans mmg syok sempoi..tapi tinggal mimpi je laa sbb keje gomen kan huhuhu
kerja shift ok la beb.. aku suka
Oke. Paling tak nak kerja shift doktor baru grad yang pergi kerja jam 6 pagi balik jam 10 malam. Balik rumah kena study untuk esok, kalau tak, kena marah dengan specialist. Campur study untuk exam lagi.
Kesimpulan: Hargai masa student sekarang. Feeling grateful for it =D
rakan2 aku cakap kalau keja hari minggu untuk orang asing saja cam bangla nepal etc.. bagi aku kerja hari minggu or public ka..memang aku suka sebabnya bos tarak..hehehe
Post a Comment