posting merapu syok sendiri, segala tok nenek aku sumbat satu post. kalau semangat nak merapu kat internet dah datang..sanggup siot, tapi syok la berbual sorang2 gini..nasib baik aku kat keja sorang2 hari ahad, kalau tak orang ingat aku gila. type sikit ketawa, type sikit ketawa..masalahnya tak type pun, ketawa sorang2...
Kelmarin gitu keluar berita mutakhir Wendy Dio tentang projek yang dia sedang terbitkan iaitu sebuah album dahsyat punye yang memang desas desus dah lama. Iaitu album Tribute peringatan untuk mendiang suami dia - Ronnie James Dio (RJD) - This Is Your Life. Kat blog Xyruszone pun dia dah awal dah cerita pasal ni, sila tengok kat sini-
http://xyruszone.blogspot.sg/2014/02/coming-soon-this-is-your-life.html
Ni bukan macam Manowar nye Ronnie James Dio tribute ok?? Joey Demaio buat album tu, pukul canang sana-sini hubungan akrab dia ngan RJD last2 Wendy cakap "Ronnie James Dio tak pernah berkawan ngan Joey Demaio". MALU SIOT !! mungkin pasal masa RJD mati kan semua orang pun nak tumpang pakai nama dia untuk tujuan buat duit.
Aku terus tengok senarai peserta THIS IS YOUR LIFE ini , ramai band dan nama2 penyani dan pemuzik rock yang famous amos nye
RONNIE JAMES DIO: THIS IS YOUR LIFE
Track Listing
1. “Neon Knights” – Anthrax*
2. “The Last In Line” – Tenacious D*
3. “The Mob Rules” – Adrenaline Mob
4. “Rainbow In The Dark” – Corey Taylor, Roy Mayorga, Satchel, Christian Martucci, Jason Christopher*
5. “Straight Through The Heart” – Halestorm*
6. “Starstruck” – Motörhead with Biff Byford*
7. “The Temple Of The King” – Scorpions*
8. “Egypt (The Chains Are On)” – Doro
9. “Holy Diver” – Killswitch Engage
10. “Catch The Rainbow” – Glenn Hughes, Simon Wright, Craig Goldy, Rudy Sarzo, Scott Warren*
11. “I” – Oni Logan, Jimmy Bain, Rowan Robertson, Brian Tichy*
12. “Man On The Silver Mountain” – Rob Halford, Vinny Appice, Doug Aldrich, Jeff Pilson, Scott Warren*
13. “Ronnie Rising Medley (Featuring A Light In The Black, Tarot Woman, Stargazer, Kill The King)” – Metallica*
14. “This Is Your Life” – Dio
* Previously unreleased
tampal satu gambo dulu, kasi thrill buat posting..lirik This Is Your Life dari Angry Machines je cd, dan logo Dio kalau terbalik dapat apa? tapi RJD sendiri cakap kebetulan je haha.
So aku bongkar2 koleksi aku, nak hias sikit apa aku plan nak buat bahan blog, pasal aku memang kalau Dio keluar album aku akan beli dan kalau tak lain kali pun aku tangkap sekeping nak cuba cukupkan korum gitu, walaupun cam siot. Sorry la eh pada aku Angry Machine ni macam siol sikit.
Apa tu zaman 90an? Industrial gitu...tolong la.. main je la Rock Mampos macam biasa.
Bak kata lagu crazy nights KISS, "they try to tell us that we don't belong, but that's all right, we're millions strong!!"
Aku ada satu kawan kerja kutuk2 KISS tau korang, kongajar betul!!
Dia cakap KISS - Cheesy. Mulut takde insuran!! haha...
Aku minat Kiss, sapa lagi? sapa lagi minat KISS? Portdy? hah tu ahli KISS ARMY tu Portdy!! haha.. lagi sapa? Berteromber lagi... haha..lagi sapa2?
ahhh Kiss takde lak ni album...Scorpions ada, ramai ada tu...Kiss takde...
kalau KISS dorang main lagu apa best eh??
HUNGRY FOR HEAVEN... kena kan? giler la..ok mari kita masuk youtube dengar lagu Hungry For Heaven, imejin Kiss main ni lagu. Paul Stanley nyanyi. Lagu dah pop, Kiss bawak terus jadi Disko joget-joget haha.
- Iron Maiden pun takde eh? Patut Maiden just letak satu contoh rakaman Bruce ucap tiap2 malam masa tour USA 2010 gitu ye sebelum dorang main lagu Blood Brothers. Lawak giler ucapan2 Bruce tiap2 malam pasal tujukan lagu ingatkan kat RJD.
- Ritchie Blackmore pun....haish...toni iommi pun...haish..haha...2cd ni album sepatutnya.
ok, balik pada topik, Tapi ada last song tu kat Angry Machine, ada satu lagu RJD romantik je ngan iringan Piano aje. Takde gitar solo takde apa, cuma suara dia aje..... Dan suara dia tu memang la merdu sangat. Tu la lagu This Is Your Life, yang jadi judul album tribute akan datang ni dan lagu ni pun akan terselit kat dalam cd tu nanti..
ok sambung balik cerita album Tribute This Is Your Life ni...
- mula2 aku bingit pasal ada lagu tribute dah lama, Doro nye Egypt tu dah berzaman. Dah basi pun lagu ni!! Suruh la Doro nyanyi lagu lain, Self Potrait ke, Rainbow Eyes ke...Giler gempak kan? cuba imejin.
Rowan Robertson - makdatok mana dorang korek dekni keluar?? Memang ALL-STAR album ni. Dekni mamat yang masa belasan tahun RJD ambik dia main album Lock Up The Wolves. Dia tak main rock lagi kot mamat ni?
Camgini kan bagus...Aku tengok senarai ramai ada...tapi satu malaon penting takde, Vivian Campbell. Cam sial kan sekarang Vivian Campbell ni main balik lagu Dio lepas RJD dah mati.. Masa dia hidup, apsal tak mau baik2 ngan dia. Hormat la sikit orang tu, walau berapa macam sial pun dia kat kau kalau ikut cerita kau. Aku ni cakap je, kalau Vivian Campbell nye band Last In Line main dan aku boleh pergi show dia, aku la yang sibuk nak diri dekat depan Vivian Campbell haha. Tapi marah tetap marah dia gaduh2 ngan RJD ye tak? Yang rugi peminat! Apa pun, ala... si Vivian Campbell buang masa la dalam Def Leppard. Tak suka la aku Phil Collen tu tak pakai baju. Aku geli siot. Ye la muscle satu badan, tapi gua tak stim la!! gua geli lagi ada.
Kalau aku puji kebanyakkan senarai artis album ni pasal memang aku suka lagu2 dorang dan penglibatan dorang dalam muzik rock, tak boleh abis la, cuma satu je aku nak cakap -
METALLICA pilih main lagu2 era RJD/Man In Black/Tony Carey/Jimmy Bain/Cozy Powell iaitu Rainbow Rising ,
dan kalau ikutkan sepatutnya Kill The King tu lagu yang ada kat dalam album Rising, bukan album ketiga Long Live Rock N Roll. Dorang lambat seminit nak abiskan lagu tu ke hapa ntah masa rakaman. Tu pasal masa Rainbow tour 1976 nye live albums tu semua ada Kill The King. Dorang dah main dah terror dah lagu tu, lepas tour, baru hegeh2 nak rakam kat studio masukkan kat next album haha.
Aku sangat kagum ngan pilihan lagu2 oleh Metallica untuk album tribute ni. Patut lagi best dorang cuma medleykan Stargazer/Light In The Black dua ni dah cukup tapi empat pun ok la.
Kalau korang tak pernah dengar Rainbow Rising album, tapi korang tahu album Iron Maiden Powerslave.
Korang tahukan back to back last two songs Powerslave ialah Powerslave dan Rime Of The Ancient Mariner kan? Terbaik kan bila lagu ni dua ikut satu lepas satu lagi bersaing gitu berturut2??
Cuba korang dengar album Rising - Stargazer ngan A Light In The Black back to back. Cuba try. Tersangat la feeling bulu roma ternaik semua, syahdu.... hehe.
Aku harap medley Rising ni Metallica plis tolong la....sila main part instrumental A Light In The Black. Aku harap Lars cuba main part Cozy Powell tu dan Hetfield/Hammett cuba main part dual solo Ritchie Blackmore/Tony Carey. Giler babi punye solo lagu ni. Bassist dorang? buat bodoh sua...terkangkang je la lebar2. Tak berkenan betul aku ngan gimik dan posture dia ni.
Bastard tak aku guna perkataan Metallica "cuba"????
AKU SANGAT HAPPY METALLICA pandai pilih lagu!!!!
SUKA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
pasal Metallica ni popular, apa dorang buat ramai orang akan ambik tahu.
Dan rata2 peminat muzik rock yang tak explore dalam2 music Rainbow zaman RJD lepas tahu pasal Metallica ni mungkin dorang akan explore muzik Rainbow lebih lagi.
Serious berbual memang tersangat all-star line up setiap penyanyi dan musician, Glenn Hughes pun akan nyanyi Catch The Rainbow.
Mampos Lemmy ngan Saxon nye penyanyi nak duet Starstruck ke hapaa??
"Lady Starstruck she's nothing but BAD LUCK!!" bapak best.
Sambung ni Angry Machine, kalau korang perasan lepas studio album Angry Machine tu Dio keluar album live - Inferno Last In Live.
Terbaik la kan album ni kalau sebelum lagu Heaven And Hell ada "first time we did this song was in CHICAGO!!", eiii Chicago ni cam tempat rock mampos gitu la....aku nak pergi tempat ni la haha.
Ada la 2 lagu Angry Machine, satu lagu Strange Highways...
Ala... AKU OTAK JAM ngan ni dua album studio Dio 90an ni.. Menyampah pun ada..
Selain berapa lagu 90an kat album live ni, Lain semua ok alrite, aku tahu aku suka We Rock dalam album ni, tapi ni album ada satu lagu medley yang boleh menitiskan air mata aku kerana kemerduan suara RJD.
Dorang sudah bawak lagu MISTREATED/CATCH THE RAINBOW ok...
dua lagu Ritchie Blackmore ok.. satu Deep Purple satu Rainbow. Aiseybedah!!
Mistreated - Metallica live bawak lagu ni kalau korang dengar bootlegs zaman Black album, sapa lagi?
Filem melayu ROCK Ooo tu pun ada lagu ni kan?
dah tu dulu tu Hilary Ang / Lovehunters main atas stage sama2 pun bawak lagu ni...
Tapi...ni terbaik ni versi Mistreated ngan ahli Dio zaman tu, lepas tu separuh jalan masuk lagu Catch The Rainbow...
RJD modify lyrics ada nasik tambah...
" We can fly... to the Sun,
We will reach the Rainbow,
Touch the Sky, Bound together..
YOU and I, To the Rainbow...."
ROMANTIC giler siot!!!!!
Sila dengar sini
Lepas tu apa aku pernah baca RJD cakap dia nak pakai guitarist style main macam Ritchie Blackmore untuk album seterusnya... Magica, dia main Rock Mampos balik la.
Dia nak pakai dua gitaris jugak...dia nak Tracy G kongsi gitar karen punye posisi la.
Terus RJD panggil Craig Goldy masuk balik...
Terus Tracy G bingit la kan!!! hahahahaha.. terus dia keluar dari band Dio ni.... Bagus jugak la.. thanks for the memories bro. cehhhh...macam la dia baca ni.
Apa pun MAGICA ada lagu Love Song Balada Cinta Sentimental Meleleh Ronnie James Dio aku suka sangat iaitu As Long Its Not About Love.
Aku dah borak belum pasal cd ni? nanti aku cek, dan kasi bongkar balik, aku ada cd first time keluar, lepas tu packaging dah tukar, now dah keluar deluxe edition lak. BEST!!!!!!!
ok aku dah penat... kejong siot menaip..tiap2 hari curik2 masuk surf internet, bercengkerama buat blog, mau terror aku jadi typist nanti haha...
layan je la gambo ye.....
era THIS IS YOUR LIFE
- Angry Machines &
Live Inferno albums
7 comments:
Bassist dorang? buat bodoh sua...terkangkang je la lebar2..
hahaha...ini ayat memang tak boleh blah...tapi aku suka zaman dia ngan Sucidal Tendencies...kat aku ada markah kesian sikit la...hahaha...
Aku kalau Mistreated artis melayu aku suka Jatt BDB bawak...suara dia memang boleh tahan power bila bawak lagu-lagu Dio...
err..btw...KISS rules!!!! \m/
Senarai artis untuk album tribute tu semua best..kecuali corey taylor slipknot yang bermulut jembalang tu..sama mcm robert trujilo mat kangkang ngan phil collen yg mcm gay tu..heheh
Album Dio live donington 87 yg double cd tu ada tak?kasi tampal dia punya gamba abg deaf..
Boleh melarat ke cerita pasal KISS army pulak dah hahahahaha....
dep,
bila ang dok sebut menceceh tu kan
aku betul2 teringat pada P ramlee lah dep hehehhee
- untung ang di kelilingi oleh rakan rakan yang sama minat pada music cam ni
teruskan....
markah kesian? adoi...aku sakit perut tahan gelak.
Jatt semua dia ada sikit nye Ronnie James Dio ye.
Opening for Loudness, band dia bedal semua Dio nye lagu dari berbagai era.
Donington Double Disc tu aku takde, aku ada bootlegs dia aje. Ntah mana dah.
tak sabar nak tunggu relese nya compilation ni. metallica bab-bab main lagu cover mmg agak power. medley Mercyful Fate diantara lagu yg berjaya diolah balik dengan jayanya.. (king Diamond pon mengaku dlm interview yg sales utk semua album mercyful fate semua naik lpas metallica cover lagu band dia .haha. )
wkwkwwk...kelako laa ko...memang album Dio yg tersebut mcm siak kann...tapi ni live bluray entertaining laa to me..http://assets.blabbermouth.net.s3.amazonaws.com/media/dioliveinlondndvd2014.jpg
Metallica is the best cover band in the world....dorang start "career"main cover pe...so no hal for them cover mengcover nih...wkwkwkw...dah terbukti..everything they (covers)touch are GOLD!!!
Post a Comment