Thursday, February 6, 2014

TOTO - bukan tilam toto, bukan nombor ekor, bukan brand mangkuk tandas tetapi.....

-Any news about TOTO attracts my interest.Though its a tough read when another ex-member passed away, or reading about members or ex-members having serious health problems.
-Any news about a NEW TOTO RELEASE gets me excited to the max.
like this simple internet news on melodicrock.com

-Any news about the musical chairs surrounding TOTO's lineup is fine with me, as rest assured it will still be Magic to me no matter who is playing, and no matter how crap qualities some of their fan audience-live-recordings are on Youtube, yet I really enjoy spending a bit of my free time searching for the latest ones.
-But news about Simon Philips leaving TOTO, now that is tragic, but still rest assured, I'm sure TOTO will get the finest drummer to continue play their music and I hope one day Simon Philips will rejoin TOTO.

Kalau bukan pasal aku ni dari kecik dan mungkin sampai bila2 pun syok-sendiri kat Iron Maiden sampai tahap kronik menyusahkan diri sendiri ,
aku rasa kalau orang tanya aku untuk pilih satu je band yang terbaik aku pernah dengar,pernah tengok dorang main, dan ambik tahu hal-ehwal berita2 dorang, band yang konsisten dan mesti dah lama bertahan, aku rasa aku pilih kumpulan TOTO sebagai yang terbaik aku pernah tahu dan dorang masih wujud lagik walau satu2 anggota dan bekas anggota dah macam2 cerita....

Apa tu TOTO??
- Kat Jepun khasnya dan seluruh dunia am nya - TOTO ialah syarikat Jepun yang buat tandas dan segala alat2 berkenaan ngan tandas/jamban.Terbesar di dunia. Mungkin rumah korang atau tempat kerja korang pun tandas korang pakai jenama TOTO ni.
- Kat Singapore dan Malaysia - TOTO ni mungkin selalu dikaitkan ngan nombor ekor dan loteri atau tilam toto.
- Tetapi...Untuk pendengar lagu dan peminat muzik - TOTO ni memang world la lagu2 dorang dan memang lagu2 dorang pun tentu diputarkan di radio.

aku baca, ada pendapat cakap 95% dari penduduk dunia pernah dengar lagu TOTO, atau pun lagu dari artis2 pop, rock dan segala genre muzik lain yang anggota TOTO main secara individu didalam lagu tu atau pun tukang tulis lagu tu.
TOTO nye anggota kalau jumlahkan semua album dorang pernah main dah 2000 album dorang main dan penjualan dia ialah setengah billion.
Cammana tu setengah billion? Aku google kalau kat Amerika setengah billion cam gini - 500,000,000 albums  terjual dan kalau kira British lama setengah billion cam gini 500,000,000,000. Bapak banyak tak kira cammana la berapa banyak zero dia pun.

Contoh paling mudah dan semua orang tahu... lagu Michael Jackson "Beat It". Lagu yang mungkin satu2 nye lagu buat dia famous giler2 dan crossover kat semua orang dalam dunia ni dan jadikan Thriller jual banyak giler, paling rekod dalam sejarah.
- Jeff Porcaro main drums kat lagu ni ( Jeff Porcaro dah mati pasal dia kat rumah tengah taruk racun rampai kat pokok2 dia tetiba dia alegik tahap kronik kat kimia kat racun rampai tu sampai dia mati ). Pengganti Jeff Porcaro ialah tu Simon Philips la.
- Steve Lukather main segala gitar dan bass pun dia bolot semua.
Cuma untuk solo Quincy Jones panggil Eddie Van Halen solo kat lagu Beat It tu mungkin pasal waktu tu kumpulan Van Halen ialah hero kulit putih Amerika.
Sejarah muzik cerita pasal Eddie Van Halen yang tolong bukak peluang untuk Michael Jackson tembus pasaran besar rock kulit putih Amerika, tapi selain tu anggota2 TOTO yang sebenarnye tulang belakang lagu tu. Ni satu contoh je la...

Jadi korang, kalau lain kali TOTO datang main kat Malaysia dan Singapura, aku tak bedek, kalau tak pernah tengok dorang main, pergi tengok..jangan kesah tu tour dorang pakai sapa nyanyi lead vokals dan kalau ada sapa2 sakit ke hapa ke dorang ganti orang, tetap giler2 nye musicians semua.

- Mungkin korang rasa tak tahu sangat pasal dorang, tapi gerenti la bila dorang main lagu2 dorang, mesti korang macam " Eh!! Ni lagu aku dah dengar", atau " Eh!! ni lagu TOTO eh???"..
- Korang agaknya tak tahu nak tengok sapa.. nak tengok penyanyi ke, nak tengok Steve Lukather ke, nak tengok bassist ke, nak tengok keyboardist2 dorang ke, nak tengok drummer ke, kalau boleh nak gi belakang nak tengok drummer dorang dari belakang ke...

korang try tengok youtube yang TOTO live in Paris 2007 tu. tapi yang sound tak gerek sangat, tapi dia full show.



Kita selalu dengar ayat "Will pay money to see so and so play music" kan??
Hah, untuk TOTO ni ayat memang true. Korang tak tahu pasal dorang je pun, just enjoy, nanti tetiba, eh lagu ni? eh...gerek sey...

Big Three la pada aku ni tiga band rock kalau main terkejut2 tunjuk terror gitu 
- Dream Theater, Mr Big dan TOTO main, dan pada aku TOTO pukul abis.  Memang Seronok sangat tengok dan dengar lagu2 dorang.




-ni lineup TOTO dari mula2 dorang muda2 dulu, aku ambik dari wikipedia.
clear jugak kalau tengok gini, ngan posisi dan tahun dorang main. Kebanyakkan kejap aje. Pasal yang asli sakit la, apa la.

penyanyi tu dorang pusing2 la, sekarang satu pun baru mati, Fergie sakit cancer. Tapi tak kesah pasal Steve Lukather memang boleh nyanyi tak jadi hal. Dan dorang boleh rotate musicians nyanyi2 semua.

-drummer, dorang maintain gitu kecuali original dah mati pun cam aku cerita kat atas.
bassist sakit la apa la, tapi studio tetap maintain orang sama.

-gitaris backup kadang2 ada kadang2 tak, tapi Tony Spinner handsome giler, suara pun sedap.

- ramai orang la dalam senarai tu, tapi core dorang sikit tetap orang lama jugak. 


Ni Tony Spinner nyanyi Cant Stop Loving You.. Sedap giler siak suara dia.. tapi dia dah tak ngan TOTO je skarang aku tengok.
Korang tengok drummer dia. TENGOK!!!!
Ni drummer pakai second kit kecik punye tarik pergi depan dekat sikit ngan audience.
Giler nye drummer!!

Dorang main cam gini kat Fort Canning kan, (bassist tukar bukan si janggut ni, ni DVD Steve Lukather panggil janggut ni "one of the best bassist in the world" ke hapa ntah", semua kawan lama ni dorang,
aku tak bedek, aku cam..."giler la, terbaik la," sangat kagum persembahan dorang...  Sangat menghiburkan tak kira la untuk sapa pun tengok, dan sangat mengkagumkan jugak.


6 comments:

Ijau D. Koceng said...

ironinya aku kenal toto slps kenal steve lukather melalui dimarzio dan EBMM

hehehe jauh tinggal

D'arsil said...

DASYAT punye ceta bro,nak meleleh airmata baca.. terbaik lah..

Adi Herman said...

Muzik progresif mereka memang antara yang terbaik!

berteromber said...

aku betul2 dengar Toto masa zaman Fahrenheit...

As soon as forever is through...
I'll be over you....

haha..best lagu ni..

dilabangiWORLD said...

lau ada Nama IRON MAIDEN pasti aku teringat ang dep

Rafi said...

Pernah terbaca pasal drummer toto,ramai drummer dari band rock,metal,grunge jadikan beliau sebagai sumber inspirasi