Mula2 aku ingat aku nak borak pasal Dendeng. Daging tipis2 gitu BBQ gitu. Enak sekali...cehhhh.
tapi takpelah tunggu minggu depan...berbual pasal makan-makan ni kena ada fefeeling gitu.
Anyway, aku memang banyak benda nak cakap sorang2,...so apa aku ingat sekarang aku sumbat je la semua satu posting senang.
1) Aku melayari youtube pasal sebenarnya dah tak sabar tunggu 5-disc Anthology Belinda Carlise.
Ni foto dia tengah tandatangan certificate gitu. Harap satu keping tu aku dapat. Cehhhh......Angan-angan!! I want cert number 001. haha.
Memang susah sangat nak dapatkan hakcipta, dapat keizinan, dapat kelulusan dan jugak carik master tape sesuatu lagu yang dah lama.
Too Much Water Live In Japan takkan masuk kat 5 disc collection ni pasal band dia gi masuk lagu Lou Reed kejap ke hapa kejap masa tengah main lagu. Lepas tu satu lagu apa Dreams tu? dorang tak bleh jumpa master tape atau apa2 high quality, dan ada pun yang versi kat movie mannequin, yang kalau pakai pun ntah sapa dorang nak mintak izin kot?
So masa melayari youtube tu kasi warm up, baru aku perasan video ni... Sapa host dia ni? Jay Leno. Tu lagi satu lelaki tu Howard Stern tu- hos radio, America got Talent pun dia jugak ye.
Belinda Carlisle buat persembahan lagu dahsyat "Lay Down Your Arms" secara akaustik gitu je.
Korang tengok la gitaris-gitaris perempuan dia pakai sapa..
- Bangles nye gitaris Vicki Peterson, suara power giler tu Vicki Peterson sebagai penyanyi latar jugak, korang try dengar suara kat ni video.
- Go-Gos nye gitaris Charlotte Caffey yang tukang tulis lagu ni mula2 untuk band dia lepas Go-Gos berpecah zaman dulu. Versi lagu ni tak rock sangat la kan dah kena togel kan, tapi tetap power.
Lepas lagu ni korang tengok apa Howard Stern buat kat dia. Gatal Miang Merenyam gitu Howard Stern ni eh.
Tu ah Jay Leno dah cakap sampai "harassment". Belinda cool je, cerita2 pasal keluarga dia semua.
Howard Stern lepas tu berbual apa2 sey kutuk2 lagik. Dekni ni kira dari dulu memang kontroversi lawak la dekni. Kelakar siak dorang perli2 satu sama lain.
2) Apa cerita tu ada minah tu sorang kat Syria kena hukum rejam sampai mati pasal ada facebook akaun? aku twitter pun aku masih tak paham macammana nak pakai tapi tak semestinya benda2 gini kena hukum cam gitu apa.
Benda2 mass media zaman moden ni gini, ntah eh, boleh jadi kawan atau lawan. Masjid2 pun aku rasa guna facebook dan jugak media internet lain. Sama macam TV, dulu aku ada baca TV tu dajal, ialah mata satu kan? satu screen je apa, tapi.. banyak pun rancangan positif dan berunsur agama kat tv pe. .
Bak kata Belinda Carlise "Lay Down Your Arms, we're in love, we're at war, but we can be on the same side". Mari kita tujukan lagu tu kat....OK OK aku stop....mampos aku kena kutuk lagik kang. Tapi tak paham la kan sapa betul sapa tak kalau dua2 sama je aku tengok.....
Ntah2 dua2 tak betul, mengong!! Macam aku pernah cakap, aku dah tak boleh nak tertengok dah video2 kat sana. Amboi...guna henpon rakam kawan dan lawan kena macam2, peluru tembus segala anggota tubuh badan macam2 tempat...tu belum kena siksa la...apa la...
3) okay....bulan tiga ni Rolling Stones gathers no moss main kat Singapura. Aku tak dengar lagu2 Rolling Stone ni secara menyeluruh , aku tahu dorang dan experiment dengar lagu dorang pun pasal band2 rock lain main lagu2 dorang cam Paint It Black - Deep Purple, Sympathy For The Devil GNR gitu, cam Angie tu semua tu la, tapi aku kagum ngan kumpulan ni dah berzaman tapi tetap "maintain". Apa dorang makan???
Dulu aku suka gi HMV ke hapa ke, pegang2 boxset2 dorang, giler ah packaging dan presentation boxset2 dorang. Terbaik.
OK ni apa aku tahu pasal tiket penjualan dorang main akan kat Marina Bay Sands ok...
Mula2 harga tiket antara - S$200-S$700.
ok, ni Rolling Stones, main pulak kat tempat gitu, masih masuk akal la kan?
Laporan cakap hari dorang start jual tiket, bukak je Sistic kul 10 pagi, orang yang terus cuba telepon, dapat tembus talian bercakap ngan staff Sistic, lepas tiga kali cuba, cuma dapat beli tiket yang harga bawah, harga mahal semua dah habis. Berapa cepat tu??
Apa aku tahu sekarang harga tiket jual-balik resell market kat Singapore untuk show Rolling Stones ni dah sampai S$1700 satu tiket. Tukar RM x 2.6 = 4420RM. Bapak mahal, tapi ni semua "passion" masing2 ye tak, kalau dah minat.Tapi rasanya ni depan la, boleh tengok dekat2 bibir sapa tu penyanyi dorang? Mike Jagger? haha.... Bibir tebal.
4) Aku kembali cuba dengar Slang. Album Def Leppard zaman tok kadok dulu yang memang kasi aku Terperanjat Beruk gitu... Reason aku dengar balik Slang ni pasal ni...keluar yang ini.
Korang pernah dengar kan pendapat, "yang kita betul2 akhirnya suka kadang2 tu mula2 kita tak suka, paling tak berkenan, menyampah, nak muntah hijau, pelan2 dah lama, pelan2 ambik masa, baru kita tahu tu yang terbaik."
Rasa cam gitu lak aku rasa bila aku dengar Slang lagi sekali. OK tak dinafikan memang first time dengar ada lagu yang terus aku melekat cam All I Want Is Everything misalnya tapi tu semua style Def Leppard yang aku tahu, tapi Slang memang kelaut sangat.
Ni Slang ni sebijik macammana masa Iron Maiden keluar X-Factor dulu. Zaman ahli2 kumpulan punyai masalah peribadi dan apa2 je la dan lagu2 pun keluar jadi lain sikit...
Ni Slang zaman drummer Def Leppard pukul bini dia ia? mabuk ke?. Hilang segala rasa hormat aku sey orang2 lelaki pukul2 pompuan ni. Cam sial ok. Kat dunia berlagak kuat la kan pukul2 orang pompuan cam samseng, mampos nanti, berani ko nak pukul malaikat?
ok ok back to Slang Def Leppard ni, atau tetiba sekarang aku dengar aku cam menjiwai gitu, sebijik2 lagu, mungkin penerimaan aku semakin lebih kat beberapa lagu lain kat Slang ialah kerana aku mungkin dah matang??, cehhhhhh....jadi aku boleh terima lagu2 kat album Def Leppard Slang ni?
Mungkin??... cehhh Ella sey, "ku berjalan...seorang diri...memakai pakaian yang ku gemari...oooooooo...Mungkin!!"
Jadi aku mungkin nak tangkap sekeping deluxe edition Slang ni walau aku ada special edition masa keluar dulu, Rasanya aku pernah blog kasi pendapat ulasan aku pasal double album ni yang ada cd kedua kat dalam tu ada rakaman Def Leppard main kat Hard Rock Cafe Singapura.
5) Errr...kalau cam gini cam mana ni??
Salah kot satelit dia haha.....
Terkejut siak aku.....naughty... Naughty! Naughty!! Naughty!!!!!
Satu kelmarin, satu semalam...haha.. Aku terperasan, terus tangkap gambo haha.
Aku rasa mungkin nak google pasal Hell ke, pasal Destruction hari kiamat ke?
Errr...boleh ke aku gurau2 benda gini??? Ohhhh noo...........
ok dah.....aku kalao start merapek...tak boleh stop.
p.s
Sofia Bulgaria is out.. out of place sangat, dan tak konfiden aku gi tempat ni...
tapi Belgrade just announced...... tengok cam selamat je apa aku nilai secara rambang.
5 comments:
lau ada gambor daging dendeng tu apa lagi....tepek aaa dep
aku memang suka makan ngan nasi panas panas
ang buat aku kecor liuq laaaa
ada yang kata pasal rejam sampai mati sebab ada akaun fb tu kabar angin jer..gambar pompuan yang kena rejam tu dari filem 'Stoning Of Soraya M"
mungkin ada metal head dari Jeddah kot?orang arab ni pun dah ramai yg suka metal..heheh
apa pun good luck for Belinda punya boxset tu..mesti dapat punyaaa
best jugak lagu Belinda tu yer...lain macam feel dia
Jangan ingat takder mat rock kat Jeddah....kawan sekelas aku dah 4 tahun kerja dan tinggal kat Madinah....dan dia peminat tegar Iron Maiden walaupun sekarang dah pakai kopiah...heheh...
tiket tu klu duit mesia memang pergh!!!!!
Post a Comment