Friday, March 21, 2014

penyakit multiple sclerosis dan keprihatinan yang diberi dan masalah urat saraf jika cedera atau terhentak di bahagian tertentu..

Keprihatinan dan kesedaran sesama insan wujud di mana sahaja.
Cehhhh!!!!! maklum hari jemaat nye posting. HAHA. Siot korang jangan gelak ok aku cuba pakai bahasa melayu bombastik, ni topik serious.

Mula sekali, aku minta maaf kalau sapa baca rasa tersinggung ye, aku tak niat bukan2 ok. Fahami la aku suka bual merapeks.
Aku cakap dulu2, aku cakap lagik, Multiple Sclerosis ni boleh serang siapa sahaja. Siapa sahaja dalam dunia ni baik muda, baik dah tua, lelaki pompuan semua boleh kena.

Pelan2 tau, urat saraf kita, jasmani kita, makin tak berdaya sehari demi sehari demi sehari, sedikit.... sedikit..... sedikit......

- Hari ni kita masih larat sikat rambut sendiri, besok dah tak berdaya...
Lusa lak, nak angkat dan pegang sikat tu tak larat...

- Hari ni kita jatuhkan duit siling kita masih boleh pungut, besok kita dah tak boleh genggam dah duit siling tu kat lantai...

Bayangkan la satu hari nanti kita lemah sangat kawal tangan kita, kaki kita, segala pergerakkan kita dah terus dah kita dah tak boleh berdaya dah.. I mean benda paling mudah nak gi tandas pun..cammana?
Mintak maaf la ye, tapi sapa pernah handle, menangani membantu stroke victim teutama waktu mula2 kena, masa kat spital, masa mula2 balik, waktu dalam pelan2 nak bantu teruskan kualiti hidup sebaik mungkin, tahu la apa aku berbual, walau hari ni aku cakap pasal multiple sclerosis ni dan rasanya multiple sclerosis ni takde sembuhnya lagi.
tapi sapa sakit2 MS ni gini, rasa nya , tak lama la gitu sebelum meninggal tapi memang cubaan la ye.

out of topic sekejap -
        Aku pernah ada masalah urat saraf nasib baik tangan kiri, angkat pinggan pinggan jatuh ok!! tak seram korang??!! gi specialist, pun....dorang tak boleh beri kepastian 100% pasal masalah jari jemari tapi masalah tu boleh datang dari siku, leher, mana sahaja, walau pun terhentak eksiden ke, terhempap ke, apa2 cara kecederaan kita sedar atau tak sedar terjadi...
        mati hidup balik la aku tak mau operate, aku tengok rambut kita pun dah halus, aku tak boleh imejin urat saraf gitu mesti halus2 gitu dia nak repair2..., so aku pilih rawatan terapi cara barat dulu, cina nye acupuncture melayu nye urut semua aku KIV dulu, so tiap2 minggu aku ulang alik Theraphy kat spital.. SIKSA wooo... sampai aku dah expert dah, therapist cuma kasi aku je rajah tapak tangan, siap ada lokasi2 muscle ke nerve ke hapa ntah, aku ambik wayar elektrik karen, aku tampal2 ikut rajah tu, nak gelak pun ada, tiap kali aku lalukan karen kat tapak tangan aku, jari-jari aku hidup bergerak sendiri.

Korang tahu macam experimen sains, Katak mati, kita lalukan elektrik karen, katak tu macam hidup balik nak melompat-lompat gitu?? Pernah ada budak2 Nursing training nampak jari2 aku lima2 gerak2 sendiri, dorang gelak! kongajar!! haha. Tapi memang, rasa macam robot Terminator tu jam haha.

        Satu je best, pasal ni aku buat rayuan jadi aku punye PES tahap physical aku untuk Reservist kat Singapore diturunkan grade. Aku dah tak payah ambil IPPT dan gi tembak2 (boleh? gi tembak2? macam gi fun-fair je kan berbual) setiap kali gomen Singapore panggil aku Reservist, ujian IPPT yang aku sangat stress pasal aku bukan nye jenis fit, manjanggg je aku fail. Aku nye boleh pass ngan cemerlang ujian sit-up aje. Lari 2.4km berapa minit nak pass? Mampos aku mana nak pass cam gitu. Penat siot lari. Lompat berdiri tu, shuttle run, PULL-UP?? mampos la PULL-UP. macam nak terkeluar isi perut aku pull-up.. tapi naik nye nan-ado!! Tergantung je, aku tengok tester, tester tengok aku. haha.

       Alhamdulillah aku dapat balik kegunaan tangan kiri aku semula tanpa buat apa2 operate ke hapa ke, aku sabar kejap, aku rajin gi theraphy, aku jaga2 la tiba2 pelan2 dia datang balik, cam nak nangis ah syukur kat Allah, serious la korang aku ni korang paham la geng tonggang terbalik!!, 
ni kira kes aku macam wayar kejap kena kejap tak kena kot. |Tapi aku berhati2 tak mau terhentak, tertekan, atau terhempap sebarangan...... 
Korang ingat tak?? Tetiba Dave Mustaine setahun lebih tak boleh main gitar kan?? Cehhhh berangan sama sakit macam Dave Mustaine hahaha BIOL!!!.. |Tapi tu la, cuma aku tak tahu kenapa urat saraf tangan dia jadi gitu, aku ada baca dia tumbuk cermin kan? dia mabuk kan? haha... ok bersangka baik Dia eksiden kot....jatuh kena hentak urat saraf dia kat siku atau leher.. Urat saraf kan cam sambung2 gitu dari belakang leher kita terus gi satu badan...

balik ke Angkasapuri.. cehhh..maklum tiap hari tengok berita MH370 haha. Sorry la ye, kita takde cable tv, starhub ke, Mio ke, Astro ke, harapkan cenel2 PER aje hehe.

Semua kita maklum, bintang bolasepak terhandal disayangi pun boleh kena, pemain sukan Polo-Air, korang tahu game Water-Polo? Korang tahu berapa giler babi fitness seorang pemain Water-Polo, hah pun kena.

Lagi satu antara paling ternama, paling nama gemilang yang kena penyakit ni ialah bekas drummer Iron Maiden, mendiang Clive Burr.
Memang kasihan la tengok foto2 dia duduk kat kerusi roda, keadaan gitu, padahal dia la terbaik, terhebat, hensem nak mampos lagik... tapi tu la nasib dia, sampai dia meninggal usia muda la kira kan.

Tapi dia beruntung, kumpulan Iron Maiden tak lupa dia, dorang buat persembahan konsert2 khas segala duit keuntungan semua beri kat dia, dia boleh ubah suai mengrenovate rumah dia, untuk keselesaan dia mengharungi kehidupan seharian dalam keadaan menanggung penyakit ni.
Dia beruntung jugak pasal peminat2 Maiden kumpul duit, kumpul dana untuk sumbang kat dia...
Tapi dah mati dah pun ye...

Mungkin ada korang yang tak perasan lagik, 
OK... aku cerita ni pasal aku perasan peminat2 Iron Maiden negara Bulgaria, akan buat baju Maiden yang baru yang dimana, segala keuntungan baju ni akan disalurkan untuk bantuan rakyat Bulgaria yang mengalami penyakit Multiple Sclerosis ini. Ye la, dah terang2 peminat2 Iron Maiden satu dunia tentu tahu pasal penyakit ni, Maiden nye drummer woo kena.
Baju pakai kain jersey bola ok!! Dan design dia memang pengsi la. Terbaik dari ladang!! Terutama bahagian belakang dia. AKU SUKA!!!!!!!!!!

Aku pun tertarik jugak tengok harga dia, korang paham2 la, kalau kain jersi bola, harga kadang2 up sikit kan, dah tu kalau design nak pengsi mengsi, stylo mylo, cop sana sini..depan belakang, kat dua2 lengan lagik!! aku rasa ok la kot,
Tak semestinye pun aku nak beli, cuma jadikan ni buat bahan cerita je.......ok la tu je...
ni baju dia...



informasi penuh pergi sini - http://ironmaiden-bg.com/en/news/iron-maiden-bulgaria-with-new-t-shirts-and-charity-cause.php

Sekian!!  kul 4 pagi. ok sambung kerja haha.

mak oi, aku perasan aku dah macam buat blog harian lak, this is not going to last forever.... dan confirm aku rindu nak masuk internet ke, nak merapek bual kat blog ke, kalau dah start bz nanti kat kerja haa.... ataupun internet line kena potong!!!!! dah lak aku pakai curik2 ni haha.... TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ooohhh semalam aku tengok video clip pelajar China terjun tingkap sekolah pasal stress nak ambik periksa. Kawan2 kelas dia hysteria siot tengok, pelajar2 pompuan semua ada......

ok dah!! bastard siot aku ni eh...buat blog tak ingat dunia. STOP!!

5 comments:

WanBeruas said...

..Cantek baju..Rasanya aku yang tua nih pun sesuai lagi kalo mao pakai..Hahahha...

berteromber said...

semakin berumur ni semoga kita semua diberikan kesihatan....

Tapi betul tu En WanBeruas...semakin tua ni semakin segan pulak nak pakai baju muka eddie ni...hahaha...

Adi Herman said...

Aku hal sakit2 ni memang cukup sensitif skrg...mklumlah dah terkena byk sgt insiden yg melibatkan masalah kesihatan tahun lepas...masa ni kena jaga2

Rafi said...

Apa pun kesihatan kena jaga jugak abg deaf..perit jugak tu nak kena gi therapy suma.kita yg dah berusia ( bkn tua okeh) kesihatan perlu di utama kan

D'arsil said...

hahahahaha.. memang tak bleh tahan nak gelak ok.. ayat klaka nak mampus wakakakakakakakaaka...