Monday, March 10, 2014

ringkasan benda2 aku perhatikan atau dengar satu dua hari lepas yang menyentuh perasaan aku. (yap, aku dan perasaan! memang geli ketiak korang dengar, tapi terimalah kenyataan aku pun ada perasaan)

Ringkasan satu dua hari lepas, benda2 yang menyentuh perasaan aku. aku? perasaan? really?? ok aku tengah buang tebiat.

1. Dulu kita kecik2, nanti selalu dengar "eh jangan ketawa banyak sangat nanti kejap lagi nangis", betul tak? In fact dulu aku ada satu kawan yang marah2 kalau kita semua gelak tak ingat dunia, pasal dia secara peribadi pernah menempuh kehibaan yang tersangat dalam dan kehilangan paling besar sewaktu dia sedang gelak tak ingat dunia agaknye.
Tengok video ni, ni video jenis cute siap cakap jangan potong seluar dia tu seluar baru, tu pasal boleh masuk youtube ye tak? Budak Syria ni pun cakap cam mungkin dia kena bomb pasal dia dan mak dia gembira hari tu.

Anyway, video ni takde la cakap puak sapa bomb puak sapa jadi semua boleh tengok ngan perasaaan neutral,




2. Lagi satu video rasanya confirm takde kat youtube la, korang tahu kan cerita pakcik ni ngan anak lelaki dia keluarkan duit $25,000 tunai, tak tahu la pasal kenapa dorang bawak wang tunai tak cek atau bank transfer nak gi bank lagi satu,
dalam bas ramai2 tu, orang jahat dua tiga orang yang ada komplot ngan mungkin pekerja kat bank tadi tu dah nak rompak bapak dan anak tu, anak tu tak mau lepaskan beg, ye la $25,000 ye tak?

walau kita cakap patut kasi je la beg tu nyawa lagi berharga, tapi ni instinct manusia kita tak boleh cakap,
so dorang tembak anak dia tapi anak dia tak terus mati la, cam nazak pelan2 gitu hilang darah gitu, anak dia dari duduk dalam bas akhirnya dah keluar dari bas, mungkin tertarik sama, atau terikut sama, tapi memang dah nyawa2 ikan dalam keadaan kelam kabut dah la bas penuh ada satu pompuan ni cara dia tarik anak kecik dia nak stay away dari line of fire dalam bas tu memang betul2 desperate la setiap satu penumpang.
bapak dia pulak kena tembak kat belakang badan dua kali, ni semua dirakam dalam cctv bas, Dahsyat penumpang lain lelaki pompuan budak2 kecik dah hura hara dalam bas tu dah pekik2 meraung dah tak tahu nak buat apa... aku tengok satu2 reaksi penumpang, dahsyat satu2 punye trauma..
So dapat la orang2 jahat tu bag penuh wang tu, lepas tu CCTV lagi satu (ada dua cctv) tunjuk si anak lelaki tu jatuh dari tangga bas dan meninggal dunia.. bapak dia kesian, macam bingung gitu, dah kena tembak dua kali kat belakang badan tapi dia masih boleh pelan2 terhoyong hayang turun tangga bas tengok anak dia tengah nazak, berdiri ok walau dah hoyong hayang kebingungan ngan peluru dua dalam badan!! What a Man, WHAT A FATHER!!!!! padahal umur dalam lebih kurang 50?? dua kali kena tembak wei kat belakang badan.
Tu rasanya adrenaline dia kuat la waktu tu ye tak. Memang dia macam dalam keadaan bingung, tapi what a man!! memang dia tak boleh buat apa2 dah, tapi, dia masih berdiri.

Aku rasa matilah jugak bapak dia pasal lepas tu dia dah keluar dari ruang rakaman video cctv dalam bas tu. Dalam bas tu ada dua cctv jadi kira boleh nampak seluruh action la. Gile. Salah satu negara amerika selatan.

Tu aku tak terkejut aku ada baca peminat Iron Maiden bukan dari rantau tu, cerita dia mengembara tengok konsert Iron Maiden kat rantau tu, dalam berpuluh2 ribu penonton kat stadium hurrray2 tengok Maiden, tiba2 ada sorang keluarkan pistol dari poket acu kat muka dia. Nak rompak ke, ada rasa tak puas hati ke hapa ke aku dah tak ingat sangat.

3. Aku dengar cerita pasal satu mamat ni solat pertama kali kat masjid sewaktu di timur tengah. Dia tak tahu pun tu masjid fahaman lain pasal belum memahami keadaan, kerana baru sampai ye tak. Memang aku teruja dengar pengalaman dan sambutan yang diberi padanya.

4. Dua Orang tak yah la sebut bangsa apa dan dari negara mana, kat timur tengah pun bergaduh pasal sokong lain2 parti berpolitik. Siap Bertumbuk. Bulan pose lak tu..

5. MA Flight 370 - Pada aku, ni hal kemanusiaan tak kira sapa dan kat mana. Tak rasa malu dan segan ke Presiden Amerika pun suruh rakyat Amerika berdoa (I mean ikut cara dorang la) untuk yang terbaik bagi crew dan penumpang yang terlibat, tapi ada yang porak perandakan keadaan ngan komen2 tak masuk akal.

I mean, aku tak tahu pakai twitter, aku takde twitter ke hapa ke... Aku cuma baca twitter orang yang ditampal balik atau di"print-screen" diletak kat website biasa..
Jadi orang2 ni mesti lagi pandai kan dari aku yang bodoh dunia I.T ni kan?
Tapi kenapa dorang post benda bodoh2, benda2 yang tak munasabah waktu semua orang patut kalau tak reti nak sumbang kepakaran, sumbang tenaga, sumbang apa je la, duk je diam2 dan berdoa je la kan? kalau nak komen kat tenet ke, kat porum ke pun,  nak buat andaian pun buat la yang takde kena mengena ngan fahaman peribadi ye tak.

So orang yang ada akaun dan tahu pakai twitter, mengkuasai penggunaan facebook, apa2 je la benda2 I.T ni , tak semestinya dorang lagi bijak ye tak?? I was like terkejut beruk just part baca those submarine conspiracies I mean I could be wrong, dorang mungkin semua terror agama dan pandai tatsusila sebagai manusia untuk berpolitik dan berpuak bagai dan dorang tu ada whats that crap called? "followers??" , dan aku memang jahil agama dan hidup berkemasyarakatan dan aku mungkin kurang social values tak cam dorang, tapi my gut feeling says, theres a time and place for everything.
Aku pun conspiracy-addicted kalau ada apa2 news terjadi, tapi aku surrender la, pasal aku tak pernah terfikir apa2 orang gini fikir, dorang memang handal.
Its a social problem terutama untuk budak2 yang ikut perangai dan daya pemikiran orang dewasa, kalau ramai sangat hidup dalam dunia daya-pemikiran cam gini.

ok dah 5 point...cukup la aku merapu..
salah silap harap maaf.


8 comments:

metal brain asylum said...

I feel u bro. I feel u.

berteromber said...

bukak radio pun semua lagu sedih...dua tiga hari yang sedih...

Adi Herman said...

Sedih™

Rafi said...

Sad but true..

A.I said...

aku setuju sangat2 dgn point2 kau ni..

dilabangiWORLD said...

Aku pun turut sedih jugek
sedih...
Moga tuhan melindungi mereka

Portdy said...

berdoalah dulu...

ini tidak, konspirasi theory keluar dulu, yang mana bring more hatred than mind revolution.

D'arsil said...

TERSENTUH!! dengan ceta dalam bas tu... :(