Aku setuju sangat ngan pendapat...
Kadang2 kalau orang asyik nak hentam orang lain....
Dan bukan pakar dalam hal tu pun nak tumpang sama hentam....
Adakah sebenarnya?? Mereka nak tutup AIB sendiri??
Ni kira macam Gajah depan mata tak Nampak, Semut seberang laut Nampak...
Contoh macam tempat kita sendiri huru-hara, banyak sangat masalah social, banyak sangat masalah kehidupan... tapi untuk tutup masalah tu, untuk alih pandangan tu...
Kita hentam tempat lain, Lembab la, tak bekerjasama la, Boikot la..... Kita pakai artis2 yang terus terang la, apa dorang cakap mungkin berjuta orang dengar, dan mungkin ada yang terus percaya...
Macam aku cakap tu hari Personaliti Rancangan Agama ke, dan jugak artis terkenal satu dunia ke,
mulut korang tu semua, kena jaga,
Aku maki Arsenal takpe.... Aku maki organisasi dan perancangan Iron Maiden, takpe...
Pasal aku nobody.....dan aku sayang ni dua, aku maki tapi aku tetap sokong.. bukan aku maki dengan niat nak kasi orang semua benci atau ada pandangan negative kat dorang.
Tapi... Personaliti rancangan Agama, artis2.... tak kira la dari mana.. Korang kalau bukak mulut, ada maknanya...smeua orang dengar....
Aku rasa satu Negara tu, dah pakai artis2 dia untuk hentam lagi satu Negara....pasal ada udang sebalik mee.
OK kalau hal biasa , hal ehwal seharian aku rasa ok, hentam la, aku pun nak join rasanya...pasal kadang2 kita kena hentam baru orang buat kerja, tapi hal ni terang2 dah dalam kesusahan yang amat nyata......
Serious berbual la, korang ingat dorang dalam rescue ni, baik yang kat darat atau laut, dalam apa tugasan pun, korang ingat dorang cukup tidur ke??
Korang ingat dorang boleh macam aku tengah dengar Def Leppard Slang ke??
MH 370 ni, segala aku mampu aku ada time, aku gi website merata2 banyak macam2 pendapat dan memang ada aku rasa tak MUNASABAH betul la, ada tak word munasabah ni, bukan muhasabah tau... Lupa lak aku cammana nak pakai word sound similar tu...
Pada aku nak lagi NASIK TAMBAH, tunggu sampai semua settle then we talk...
Kalau tengah banyak fikiran, tambah NASIK TAMBAH, lagi pening..
ooo and cream rises to the top... Hal ni boleh tahu sapa yang kasi pendapat steady, positive... dan aku really respect cara ada orang alim yang kasi pendapat mereka...
Dengar boleh, percaya 100% tak boleh la, tapi kadang2 kita tahu cream rises to the top and he is really good.
5 comments:
aku selalu maki Moyes...so aku rasa yang itu ok kot...hahaha...
wenger, berbakul kena maki ngan aku.
Setakat bodoh, sombong, tak mau dengar nasihat,..
tiap2 minggu..
haha..
tapi I love him still haha.
Tu lah masalah utama sejak ada kemudahan intnet ni..baik facebook twitter segala tok nenek social network ni ada sesetengahnya di jadikan medium untuk buruk kan org la,siap buat page "kami benci itu dan ini" tapi lately ni aku selalu maki cnn..heheh..terang2 info banyak tak betul..kl di katanya kat indon,najib razak jadi najib rahman..apa daa
jahanam cnn
Def leppard Slang?
oh tidakkkk
Post a Comment