Friday, May 30, 2014

siapa pun boleh buat baik (EVERYONE CAN DO SOMETHING GOOD!!)

Aku rasa semua paham yang thorbaik ialah, tangan kanan memberi sampai tangan kiri pun tak tahu.

tapi kadang2 its exceptional macam seseorang pemimpin set example untuk orang lain so dia tunjuk, terutama untuk MENARIK PERHATIAN UMUM sesuatu peristiwa atau sesuatu perkara, yang mungkin orang tak perasan gitu...

atau korang semua tunjuk contoh kat love ones korang kat rumah kan?? ngan korang SET EXAMPLE, ajar dan demonstrasi macammana nak beri bantuan, derma, sedekah, zakat, korban, masuk tabung mesjid, sukarelawan and all that gitu kan pasal memang tanggungjawab orang Islam pe, seberapa rock mampos nye korang satu dua pembaca blog ni haha.

kadang2 tu kalau kita tengok kat sokkabar ke news ke tenet ke, baca2 benda2 gini memang kita tumpang bangga la kan.... kita senyum lebar2... macam.. hah!! gini la thorbaik!!
KEMBANG KEMPIS HIDUNG OK!!! ialah...idola kan buat baik hahahaha.

http://www.b92.net/eng/news/society.php?yyyy=2014&mm=05&dd=29&nav_id=90503


Iron Maiden to give part of concert revenue to flood victims


BELGRADE -- Iron Maiden's leader and founder Steve Harris believes Serbia "will come out stronger after the disaster the recent floods."
He wished all those who have suffered from the disaster to return to normal life as soon as possible.
Iron Maiden cannot wait for its concert in Belgrade on June 17 and hopes that the flooded areas will be repaired in the meantime, he noted. 

A part of the revenue from the concert of Iron Maiden will go towards repairing the damage from the floods, the organizers of the concert have said. 

Billy Idol, who is due to perform here on June 25, has announced the same. 

Iron Maiden will perform in Belgrade as part of their Maiden England tour. Fans from all over the region and across the world are expected at the concert, since this will be the only one in the former Yugoslavia area and just one of the several concerts they will hold this year.


Aku harap aku dapat pergi... Aku harap takde benda screw-up... Paling penting aku harap aku sendiri tak SCREW-UP!! haha. 

I GOT A FEELING IT WILL BE A VERY SPECIAL OCCASION THAT NIGHT at what I think is a most spectacular historical location. I think it could be 30,000 crazy fans so I will politely give way hahaha.
Please dont things go wrong for my backpacking trip, I am the "if there is nothing to be worried about, I get even more worry why is that so? because life aint a bed of roses". cehhhh....kata pujangga..HAHA.







Wednesday, May 28, 2014

darah dan revelations..

2 benda nak cakap...

DARAH.

Aku pernah kerja kat satu tempat ni suatu masa dahulu, ada satu orang berumur tu jam, dari India. Dia beragama Hindu, dia cerita kat aku tentang kehidupan kat sana, dia cerita pasal kat sana la, kadang2 hidup masyarakat majmuk  hidup dan tinggal sesama, yang berlainan agama contoh agama Hindu dan Islam.

Akhir sekali, dia cakap kat aku, kalau seseorang tu agama Islam ke agama Hindu ke, kalau ada masalah kesihatan, kemalangan dan sebagainya, kau pergi HOSPITAL apa darah ko dapat? Darah siapa?? KORANG TANYA DOKTOR TAK?? DARAH SAPA NI??

Ini seorang dari India, seorang dah berumur punya cakap ngan aku...betapa aku boleh belajar dari apa dia cakap ni.

So pada aku, tak mau la terlampau over, bukan nak fikir pasal macammana kita nak kawal keadaan apa yang kita nak makan mulai sekarang, apa Pelajaran kita dapat dari situasi ni, tapi kita sibuk pasal darah dalam badan kita.

I mean, setiap hari gaji kita dapat hasil kita kerja, atau sumber pendapatan kita, KITA PUT FOOD ON THE TABLE, 
korang ada fikir, dan ada tanya adakah sumber tu semua 100% halal ke??

Sorry la, KALAU MAKAN RASUAH!, MENIPU!, WALAU SATU SEN PUN KORANG CLAIM TERLEBIH!! secara sedar putar belit untuk dapatkan pendapatan lebih ngan niat keuntungan tanpa betul2 jujur,  lepas tu duit rasuah duit tipu tu korang beli makanan 100% halal pun
darah kat badan keluarga korang tu suci ke??
Buat apa nak fikir jauh, fikir FOOD ON THE TABLE AJE!!

Sorry la, aku tak backing sapa2, cuma aku cakap macam tadi, I think paling penting lets belajar dari peristiwa cekelet ni. Kita sendiri kena belajar dan fikir cammana kita boleh cuba pastikan lebih baik lagi apa kita makan tu sesuai untuk kita atau tak.


REVELATIONS.

tido lambat semalam, bangun awal hari ni haha, nasib baik ngah off day..bertenggek kat tenet, tunggu orang ambik merchandise stand nye fotos, apa je la...haha... nerd siot!.

Kul 2 pagi tadi, malam pembukaan Maiden England 2012-2014 tour untuk PUSINGAN paling terakhir HISTORY tour dalam sejarah Maiden. kat Barcelonaa.....

Aku rasa untuk aku sendiri, aku dah take for granted kecemerlangan aksi dan gaya persembahan Maiden bila main di atas pentas, ngan PENAMPILAN tip-top mereka, 
ngan BERAKSI SEBAIK MUNGKIN UNTUK MENGHIBURKAN para hadirin yang dah bayar duit tiket, dan KUALITI danMUTU persembahan mereka secara live,  jadi tak pernah terlintas kat aku kualiti persembahan mereka setiap show dorang main mana2 dalam dunia.
Serious berbual, GREATEST SHOW ON EARTH!!

Jadi untuk pusingan akhir kalinya....tour sejarah....aku pun sedih...masa dah makin surut haha....bagus la jugak...aku boleh move-on la ye?? hahahaha...tapi of course happy dan tumpang bangga, dorang nye populariti maintain giler malam makin popular dari mungkin zaman 80an dulu.

Susah nak cakap ni untuk sebuah band rock macam Iron Maiden yang kureng dapat liputan semasa.



- Masalah ialah, dengan penambahan 2014 nye leg Maiden England, akan melambatkan album baru. Album baru lambat, maka lambat la lagu2 baru, album baru lambat, maka makin lambat la dorang nak pusing World Tour nanti untuk main kat Malaysia, Singapore, Indon dan rantau south east asia ni dan of course Australia.
Dan aku rasa ni mungkin kali terakhir dorang akan datang rantau ni untuk main pasal promote next new album.

- ok, jadi Maiden ni, pada aku la, secara peribadi memang macam siak la Steve Harris dan Bruce Dickinson pasal ni dua orang yang susun lagu apa nak main, dorang sangat play-safe, untuk aku dorang nak main untuk GENERAL PUBLIC sangat sampai pilihan lagu sangat GENERAL PUBLIC.

tapi kalau fikir, baik nyanyi dangdut sekalipun, dari dorang tak main langsung kan??

Anyway, aku rasa bukan aku sorang je risau pasal Adrian Smith tentang hal ni, Adrian Smith dah cakap dia nak main lagu2 rare la gitu....nampak nye permintaan dan harapan dia masih kurang dilayan.

Aku rasa Adrian Smith ada makan hati tak? Dia ada rasa bingit giler tak? haha... 

Apa pun, Adrian Smith dikhabarkan pakai gitar lama dia ni berapa jam lepas di malam pertama Barcelonaaaaaaa.. 20 tahun ada tak pakai??? sorry la aku tak cam sangat berapa lama dia pakai? last Piece Of Mind 1983 kot ibanez explorer yang kalau zaman dulu gambo Adrian semua cam gini??




Dave Murray rambut makin pendek...

Sorry la, I mean, pada aku la, bila aku tengok Maiden, aku cakap siakkkk umur berapa ni semua FIT GILER satu2.... FIT GILER OK DORANG!!
Korang tengok Bruce lari atas ramp atas tu masa pro-shot Donington Park 2013 Fear Of The Dark sambil nyanyi....
tu aku rasa sapa lagi boleh buat?? I mean 2 jam persembahan cam gitu... mak ai, ramp dah sempit, tinggi, 2 jam persembahan, sambil lari kat atas tu boleh nyanyi lagik???
Aku kagum... harap dvd keluar la untuk show tu lepas tour ni abis.

contoh teladan la kan tengok betapa umur dorang, dorang masih fit giler dan tip-top. PROFESSIONAL abis dorang.


Apa pun, layan... malam pembukaan malam tadi berapa jam baru lepas ni kat ....BARCELONAAAAA!!!!

Its a waste RUGI!!! dorang tak bawak Maiden England 2012-2014 tour ni datang rantau ni.... 
Seventh Son nye kaset, ialah satu album kaset yang sangat popular dikalangan masyarakat majmuk suatu masa dahulu.... Sambutan masyarakat majmuk kat rantau ni aku rasa tentu sangat baik ngan promosi Maiden England/SSOASS nye tema ni pasal ramai tentu ingat era musim tu.






malam pertama so aku rasa semua kanchong tak mau buat mistakes haha...





"moonlight...catches silver tears that I cry...". cehhhhhh...

Sunday, May 25, 2014

Deep Purple Nobody's Perfect - Japanese pressing 2cd remastered SHMCD

Allow me to indulge in a live album originally from 1988 with annoying missing songs on different formats, which was remastered and finally appeared in the full length version Nobody's Perfect double cd version, from Deep Purple, 
a band that I grow up on, a band no matter what mark versions, that I so much like yesterdays, now and forever.
First let me talk cock in Malay Language, then its a short review in English as I knew it haha..




Aku suka album live ni. Selain ni, dalam banyak album live rasmi Deep Purple, lagi satu album live Deep Purple yang aku suka ialah Live In Olympia 1996 pasal tu banyak lagu zaman Steve Morse masa album pertama dia Perpendicular ngan Deep Purple, 
( Secara Peribadi, Sangat Berpengaruh album Live in Olympia Paris tu sampai aku nak backpack ni aku nak pergi teater Olympia nak tengok teater lagenda ni, lagi pun malam Isnin lepas Hellfest tu Joe Satriani nak main kat Olympia, dan kalau korang dah tengok dvd dia yang last tour, dirakam kat Olympia jugak, 
tetapi.......secara kebetulan Extreme main sama malam kat lagi satu teater lagenda iaitu Le Bataclan, so aku decide nak gi tengok Extreme main full show je la haha.)

dan kat Live In Olympia 1996 situ boleh dapat versi Sometimes I Feel Like Screaming yang paling aku suka, aku suka tunggu Jon Lord nye sentuhan sana sini,.. John Lord nye keys kat versi live album Live Olympia untuk lagu Sometimes I Feel Like Screaming adalah membuat aku termenung jauh... Setiap kali aku tengok Deep Purple main live, aku akan tunggu lagu ni, dan bila Steve Morse start intro je, aku cam kat planet lain..dan aku rasa syahdu sangat, mengelamun hokey!,  aku tak tahu apasal aku suka sangat lagu Sometimes I Feel Like Screaming, lagu ni ceritakan pasal aku kot? hish takdelah, haha tapi.. apa pun, nangis takde la, tapi sayu....ada! HAHHAA. kalau tengok live, aku akan senyum sorang2 macam orang giler, macam kerang busuk, aku cam bodoh gitu haha!! Steve Morse nye ending tu dah la eternity gitu kan dia solo! haha, abis tu kalau dengar pulak kat cd ke, youtube ke, Bila lagu abis je, aku tekan replay, abis...aku tekan replay.. Perfect song, best Steve Morse era song!!
Rasanya kat Hellfest ni kalau aku dapat pergi, mungkin kali terakhir la aku dapat tengok Deep Purple main. 
Kali terakhir dengar dan tengok Ian Paice haha. Harap ada FIREBALL!! sua terang Hellfest pe... Aku rasa Fireball la lagu yang paling dahsyat respon nye nanti la kan untuk suasana Hellfest, if you know what I mean? hahaha... OK back to topic...

Rakaman2 lagu yang exciting dan giler-babi menakjubkan permainannya pada aku ngan masih adanya Man In Black si Ritchie Blackmore dan mendiang Jon Lord. Senarai anggota MARK II - Gillan/Blackmore/Glover/Lord/Paice.

Nobody's Perfect ni masa mula keluar 1988 dulu memang cam puaka cara penerbitan dia, kaset tak complete, cd single version tak complete, LP pun tak complete. Semua ada lagu yang antara versi lain takde.

Tahun  1999, then remastered, jadi double cd, dan dapatlah semua 14 lagu dalam satu packaging..bagi dua cd gitu. Tahun 2014, baru aku dapat tangkap Jepun nye pressing, SHM CD. (Super High Material CD gitu nama nya). Ala...aku bukan nye ada equipment canggih untuk bezakan selera bunyi orang2 Jepun ni kan, lagi pun aku rip aje...masa jalan kaki, dalam pengangkutan awam pasang headphone buat kuat2, hah dengar segala bunyik, FOKUS! FOKUS!!carik!!!!! haha..).




Pertama kali aku dengar album ni dulu zaman sekolah dulu, luaskan minda aku dalam seni muzik dan hiburan. Dari album live ni aku mula kenal apa tu Rock Opera/Theater ngan JESUS CHRIST SUPERSTAR, aku mula kenal apa tu BEETHOVENS' FUR ELISE, dan BUDDY HOLLY'S nye EVERYDAY dan THAT WILL BE THE DAY.

Sebelum aku tahu dan tengok Dream Theater ngan Simpsons, dan semua orang punye terkejut beruk bila dorang masuk Metalika's Wherever I May Roam nye ending untuk apa? Peruvian Skies kan dulu dorang bawak kat ending tu...
Deep Purple nye improvisations dan musical genuis dah menawan hati aku.... Belakang Maiden, kalau aku pilih band nombor dua main live dalam hidup aku mungkin Toto, tapi Deep Purple mungkin share la tu spot.

Anyway, Ni album lagu2 nye diambil dari EMPAT SHOW BERLAINAN. Jadi...takde flow macam live album terus menerus satu malam gitu la kan.... TAPI TERBAIK pasal persembahan mereka dahsyat bila bukak kuat2 dengar pakai headphone, segala bunyik semua masuk, masa Ian Gillan cakap, aku bukak kuat2 boleh dengar Ritchie Blackmore kat background...macam aku cakap banyak improvisation, aku rasa ni album tunjukkan Deep Purple tengah ENJOY!! dan GEMBIRA MAIN MUZIK!!, aku rasa kalau korang dengar ni album, korang agree...

Album live, ada lagu Child In Time yang Ian Gillan masih boleh nyanyi lagik zaman tu lagu ni (hehehe), ada lagu semua yang best2 la, Knocking At Your Back Door ada... ditujukan khas buat mereka yang..... (hehehee), SIOT KORANG JANGAN FIKIR BUKAN2 EH!!!! aku nak cakap lagu ni ditujukan buat Sweet Suzie Samurai haha... Giler nye lirik dan makna lagu ni. Dalams.
dan..macam2 la, ooo aku pernah baca, satu lagu kat ending album ni Hush, ialah versi rakaman live di studio yang dorang semua dah mabok, balik studio, sekali main, je dorang rakam Hush version kat album ni...
TERBAIK!!





A Live Album that I liked so much. Finally I got the complete 14 songs version on the Japanese remastered 2 cd version.
Nobodys Perfect, an album from the House Of Blue Light album tour is an album that is so exciting, thrilling musicianship, with lots of improvisations and the MARK II reunion line-up was in top form and I guess this album brings so much happiness, and it shows the band having so much "FUN" I guess.
I realised I learn a lot about the scope of music from this album when I first listen to it. I discover Buddy Holly, I discover Jesus Christ Superstar, and most of all that intro of the greatest double meaning cunning linguist song ever Knocking At Your Back Door, with Jon Lord playing Beethoven's Fur Elise.

I dont care, even how the Deep Purple members think of this album, I dont care how people talk about the edits, I mean the edits is not really that a problem for me, because its from different shows and Ian Gillan can't keep his mouth shut, his talks need to end somewhere.

AND... if you want to listen to the songs, the way its played in studio then listen to the studio versions.
I mean this is Deep Purple live, and their improvisations is like-crazy out of this world genius.


"I' thank you! I thank you!!!! I THANK YOU!!!!!!!!!!!!!....
 I THANK!!!!!YOU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!





Friday, May 23, 2014

being boring dan sewaktu dengan nye...

berapa berita hiburan dan satu berita isu semasa yang menarik perhatian aku sepanjang minggu. cehhhhh. ayat...

1) Pet Shop Boys dah confirm date main kat Singapore untuk tahun ni bulan 9. Tahun lepas dorang nye show aku dah la miss kat Sentosa. Ada sikit regret kalau difikirkan haha.

MASALAHNYA, dorang akan main kat F1 Singapore dan masalahnya, aku dah cek, nak tengok dorang main kena yang 3-hari nye pass. Aku tak paham sangat la, tapi rasanya dorang main kat Zone yang perlu ada tiga hari nye pass gitu.
Aku nak tengok dorang punye Electric Tour ni, rasanya gigit jari je la...

Jadi aku tersangat Being Boring!!! haha. Aku ada baca kat youtube ke mana kan? Axl Rose pergi tengok Pet Shop Boys main, lepas show dia jumpa PSB dia tanya Apasal tak main lagu Being Boring? ha ah sey, aku tengok setlist 2014 ni dorang tengah main kat Amerika, dorang pun tak bawak Being Boring...
Biasalah kalau banyak lagu best ye tak?? boleh drop sebarang...



terbaik dari ladang lagu ni. Untuk aku lagu ni sangat sedih lyrics dia pasal zaman berganti zaman tu...

2) One Direction, siap pakai jersey bola national team Singapore yang kaler merah nye. Dorang akan main kat stadium baru Singapore yang bumbung boleh tutup tu bulan MARCH 2015, tapi tiket jual next week.
Giler nye kerja kan? lagi 10 bulan dah umum dates dan jual tiket. Selalu rasanya benda gini jadi kat negara mat salleh, tapi kat sini pun dah start advanced giler announcement dan jualan tiket semua.

Anyway stadium baru yang giler pengsi, yang aku tak boleh imejin, cam mana seats dia punye mechanism boleh kedepan masa game bola untuk tutup trek lari, jadi boleh tengok bola dekat2 tu cam proper football stadium bukan tengok jauh2 sakit kan hati je pasal ada balapan trek ye tak??, first game Malaysia lawan Singapore ok!! Seken game bulan lapan ialah Juventus!!!!

3) Segala tok nenek punya aku yo-yo-oh nak deluxe Made In Japan, deluxe Toto Poland, deluxe Led Zep punye first three albums semua aku tak mau fikir la, mungkin lain kali la haha.
Apa pun, yang ini aku dah rezeb, INI.....Powerwolf rasanya nak keluar dua boxset sambut 10 tahun, buku tu buku tu...giler ah!!!

KONG AJAR KAN DORANG??? lagi sekali cd dorang nak kena beli, tapi apa pun ada live tracks kat cd2 album pertama dan kedua kat keluaran khas ni, so ok la aku tak complain sangat, ada DVD Wacken 2008, aku rasa youtube nye tu, dan paling best buku tu!!!
Aku teruja ngan Powerwolf ni, lagu2 dorang aku terhibur, dan aku suka GIMIK- GIMIK dorang, sangat menjadi la pada pandangan aku gimik yang mereka persembahkan,  semua la pasal dorang. Aku dah plan, kalau aku dapat gi Hellfest ni, sebelum Powerwolf start main aku dah plan nak ambik tempat baik sikit in advance..


4) David Ellefson nye abang baru mati sakit barah ye? Rasanya Megadeth nanti tak jadi main kat Hellfest ye tak?? Aku tak pernah tengok mamat ni main ngan Megadeth, so nak la tengok cammana persembahan ngan Dave Ellefson ni ye tak. Well....

5) Banjir ye Bosnia dan Serbia.. Bila aku baca pasal berpuluh2 ribu periuk api tu semua timbul balik dan mengalir tak tahu ke mana di bawa arus akibat hujan lebat tu , seram jugak, semuga jangan la sapa2 kena ye tak?? Bayangkan hujang tiga bulan turun dalam tiga hari... aku baca kan? tak perasan tau orang ni, tiba2 air datang tinggi 2 meter. Tu la hujan lebat ni kadang2 kita tak tahu ye tak??
Aku lak yo-yo-oh nak gi Belgrade tengok Maiden ngan Ghost, hah!! rasain la. Tapi boleh? still banyak question mark, aku selalu backpack kalau sorang2 tengok Maiden ni, aku cam selalu sampai the actual day aku gi airport, baru aku macam rasa konfem nak pergi, kalau tak macam 1001 benda boleh jadi tak kasi aku pergi haha.

6) Aku tengok foto Wings ni kat satu bod ni, ngan posting2 berkaitan waktu press konperen dorang... Aku was like feel like What the fuck gitu kan?? If ni la anggota2 KRU sendiri nye idea backdrop macam gitu, then memang RUBBISH LA KRU!!! Tapi pandangan aku je la tolong kasi la muka sikit kat Wings. Lagi sekali aku cakap ni pandangan aku, kalau korang semua peminat Wings rasa ni dah best giler nye presentation, well.......
Dah la Portdy baru posting K%^nisme tu haha.




Tapi irregardless, the moment I see the new CD, of course I will buy it.
I am sure, fans of Wings, who had like Wings since kaset pertama, who had bought the Belenggus Kaset like THREE TIMES??? haha...
kena congkong lain, pinjam orang tak kasi balik lain, riben snap lain, mesti akan terus support la, aku tak harap sangat la bagus pun, tapi I will support la, dorang banyak dah hiburkan aku ye tak dari zaman perangai jahiliah aku dulu2 tu ye tak? haha. Aku tahu aku berbual cam siot, sama je dulu sekarang perangai haha.

ok? is that all I want to talk cock after quite sometime tak buat posting? cehhhhh baru berapa hari je pun tal berblog...

GIGIL OK!!! GIGILLL tak dapat merapek kat blog merapu ni haha.....





Thursday, May 15, 2014

BATU

Tu hari ada peluang dapatkan piring hitam LP kumpulan Sweet Charity album "BATU".
Elokkk sangat. ntah2 mint? haha. So aku grab la.
Walaupun sebenarnya, aku cuma nak carik satu aje LP Melayu, Black Dog Bone "Diskorama", serious berbual aku nak cukupkan korum piring hitam kumpulan Black Dog Bone pressing EMI tu. EMI kan dorang except first album? aku ni taip je dah lupa fakta. haha.

BDB versus Sweet? Korang rasa sapa menang masa dua2 ni zaman glory dorang starting mula2 dulu2?? haha. Aku cuma boleh dengar cerita2 legend2 orang tengok ni dua band main kat National Theater zaman dulu je la. What I heard was before BDB release their first album, they were bloody awesome!! Cerita orang, aku ye kan je la ye tak??

ok Batu, nak cerita pasal album ni, lain kali je la. Lets talk about the song BATU itself Live version.


sudah menjadi..resmi manusia
ingin hidup seribu tahun lagi..
seperti batu2 setulus puteh hati
melihat...kurniaan Tuhan...

Lihat batu2 diringan jalan...

cehhhh

Aku rasa, versi dorang main kat Esplanade untuk 40 Tahun anniversary adalah terbaik dalam sejarah. Just because intro tu, ada Nasik tambah, segala tempat2, kampung2, merata2, yang hanya wujud sekarang, dalam fikiran kita (pasal dulu mana ada kemudahan berkamera macam sekarang), dan tempat2, kampung2, yang hanya kita dengar dari mulut orang.

Serious berbual, malam tu bila dorang main ni lagu Batu, and "that intro", aku was like "sebutlah, kampong aku membesar!! sebutlah kampong yang aku tahu!!!"...hahaha.... of course ada la kan..... haha. Walau ada tempat yang disebut cam pada aku, siak ah!! ni semua nama2 tempat2 legend orang2 zaman World War II je tahu cerita!! haha...



Versi malam tu diabadikan dalam DVD dan Double CD yang ada kat dalam buku Hardcover 40 tahun kumpulan Sweet Charity. Aku ada cerita la ni semua, kat blog ni, belakang2 sapa minat boleh gi carik, siap gi ambik time launching so mintak autograph semua orang lagik dalam buku tu hahaha.

OK,

Cuci Mata..... Vinyl LP album BATU kumpulan Sweet Charity.

The Depans... LP2 Sweet Charity ni susah nak dapat, aku nak IKRARKU PADA ROZANA ORIGINAL VINYL!!!!!!!!!!!!! mana aku nak carik!!!!!!!
feberet song aku tu.....



the belakangs....



kasih...usah merintih..
kau buat ku bersedih...
manja...usah berhiba...
kau buat ku berduka...

GILER BEST KAN!!! Aku nak original Ikrarku Pada Rozana versi vinyl WEA rekods!!!!





the dalams...

Check out penghargaan tu....





Nanti aku ingat aku nak upload versi bootlegs aku tape untuk show 40 tahun Anniversary tu...

Aku dengar yang official version tu double cd kat buku anniversary Sweet Charity tu sekali je, tapi aku tak feeling la...

Anyway, versi rasmi pun tak complete ye tak...?

Sweet Charity encore ngan Deep Purple nye Black Night, yang of course, satu Esplanade tu, tak kira tua, muda, semua orang tahu dan abis la GAMAT LA tempat tu..."woo wooo wwoo wwoo wowo wo wo WO WO!!!", Black Night nye melodi singalong tu la!!!! hahaha.


Cam start of show, singer Sweet Charity dah cakap " NAK BUAT APA BUAT, ASAL JANGAN ADA RUSUHAN SUDAH ", or something to that effect. WHAT AN INTRO!!!!

It was a fun night and happening night.., and I still keep that Yellow T-Shirt...  One of the best rock melayu punya tshirt ever!! hhaha. Ooo and I remember the ticket that I bought entitled me to a fully autographed double cd or whatever of the previous year KL show which I also attended.

And then, aku ada suruh dorang satu band sign kan kat cd cover Pelarian tau masa kat KL nye show, following year pulak, apabila dorang sambut 40 tahun show kat Singapore, aku bawak sama kertas tu tau, dorang kena sign page sebelah la...

aku siap tunjuk, ni singnature tahun lepas kat dorang satu satu haha, kira cam Detroit Rock City la gitu kan??? hahaha.

TETAPI...selang setahun tu.....Makin kurang signature...because...

Tu la, kehidupan........tak tahu bila masanya tamat.....tak macam BATU ye tak??



Tuesday, May 13, 2014

Breathe A Sigh two-part cd singles

My re-listening and re-discovery of Slang made me realise how good that album was.
Add to it, the release of The Slang Deluxe Edition with a total of 30 songs really got me excited to explore more on Def Leppard circa 1996.

So lets begin with their live shows and songs played especially how the songs from the Slang album was translated when played live.
A good starting reference will be both cd singles of Breathe A Sigh part 1 and part 2 from 1996.


Both singles had a total of 6 live songs taken from that Slang tour.
The highlight are of course the FOUR songs from the Slang original album that was played live on that tour which is Deliver Me, Slang, All I Want Is Everything and Work It Out. (Older songs Another Hit And Run and Rock Rock made up the rest.)



These 6 songs seems recorded in North America before Def Leppard hits Europe for that tour.

A check on the setlist from that era indicates, Deliver Me, All I Want Is Everything, Slang and Work It Out were the new songs played by Def Leppard each night on average.




I hope to hunt down some very good live recording audio bootlegs from this Slang tour if I got the chance.

A very interesting info I discovered on both the singles inlet is this



Seems the live songs that were the bsides were recorded direct to DAT without any remixing done to the original tracks because the band like the sound and vibe.

In my own opinion, a fan of any band or act, that with the right equipments "SMUGGLED" into the show, and in the right "position", can capture the right vibe, very good audio and everything nice of that show better than any OFFICIAL LIVE RELEASE with all the edits, cuts, adjustments and (SHOCK!!HORROR!!!) overdubs done in studios.

So that is one of the reason its always a thrill and fun to listen to a fans recording.
Myself, I dont have the proper equipments to really tape a show, so the shows I record is solely for my own happiness and listening pleasure, but I will continue to tape, except for one act, Iron Maiden, because my excitement is too overwhelming LOL!!!


For anyone interested, this is my take on the Slang Deluxe Edition compared to the original double cd Slang which comes with the Live In Singapore acoustics.
http://deaf-angel.blogspot.sg/2014/04/def-leppard-slang-deluxe-edition-double.html

If I got a chance, I will talk-cock more on the Slang era, there is still some good songs from that era that is still missing from the Deluxe Edition, but fortunately found on some singles from that time.


Thursday, May 8, 2014

blazefirstothebarriertoto

3 benda nak borak...laju nye posting dan type ni....
rindu la aku nak main internet lama2 sikit haha....

First,

Salah satu penghibur yang paling aku nak tengok berjaya ialah Blaze Bayley, si nasib cam kentang haha.

Rendah diri statement2 dari dia, mungkin perangai dia cam gitu, dan mungkin segala musibah yang berlaku kat dunia peribadi dia mahupun kerjaya dia buat dia macam gini.
Aku suka.
Malah...dia punye management pun, entah eh, berhati mulia.
Kalau kata aku tak bayar masa beli barang pun, patut terus kena rejek kan, ni kasi aku tempoh lagi untuk buat bayaran.

Lagi sekali Blaze Bayley keluarkan produk baru yang penuh macam2 dapat ngan harga yang sangat berpatutan dan limited edition dan eksklusif...
SILA TENGOK YANG BELAH KANAN!!! limited 500 tu dapat apa...dan ada apa...
aku nak buku tu....buku2 Blaze Bayley ni yang hebat....dan sangat rare.




Ni boleh kira kesinambungan kepada... yang ini...
yang pernah aku cerita dulu...double cd Soundtrack Of My Life 500 limited edition.



Aku rasa setlist Prague 2014 Blaze Bayley ni la...


Boleh tahan banyak lagu dia main malam tu... rasa hebat la dvd terbaru dia ni....

Blaze pun cakap, tolong beli dvd ni jadi dia boleh pakai duit tu untuk buat album studio seterusnye...

Of course I will continue support you Blaze, you headbanging bastard!! hahaha.


Next...

Maiden punye first to the barrier (FTTB). Kerja giler la First to the barrier terutama kalau tempat2 kat eropah, tapi nak jugak letak nama kan? hahaha.
Hellfest terus terang nye la takde first to the barrier ni semua untuk Maiden nye headline show,
tapi bandar Belgrade nye show Serbia ada, so aku saja letak nama....

kalau menang pun, aku diri sopan santun je la kat hujung2 hahaha... Mampos ganas peminat lain nanti berebut aku lak yang penyet, cedera, benjol, lebam hihihihi...
tak pun, tak yah la, diri sopan santun kat belakang2 dah la haha..




Lastly,

Aku tengah contemplate pasal TOTO Poland ni...
hebat sangat....aku ngah fikir pasal deluxe tu....
pasal...aku nak collect original video ngan cd jugak...pasal aku minat dan aku konfem best...

tapi...kalau aku beli asing2, curai2, campur kos semua...baik terus aku beli deluxe, semua ada dalam ngan buku besar 60 pages kan? kan? kan???

tapi...kalau gitu aku tak boleh beli sekarang....lain kali la of course, tapi lain kali dah sold out kan???

apa pun layan Rosanna dulu...DAHSYAT!!! 8 minit dorang seret... SENYUMMM MELERET je aku tengok ni!!! haha. HAPPINESS IS A TOTO SONG!!

Dorang memang best , setiap sorang dari sapa2 yang pernah dan sedang main atau nyanyi untuk Toto!!

showmanship pun 1st class... aku nak pergi selidik bassist dorang pakai ni la, yang kulit hitam ni,
dekni semua dia main tau, Eric Clapton, Stevie Wonder kot? Phil Collins.......semua legend2 semua pakai dia punye servis...haha.




Aku tak tahu lagu Rosanna ni orang boleh body surfing....
Kat Poland je kot? hahahaha



Anyway, kalau korang perasan TOTO baru lepas pusing satu Jepun bulan lepas, ngan drummer baru..
Punye la best2 footage peminat2 Jepun upload guna handphone dorang kat youtube...

Aku rasa memang, satu dunia semua tengah tengok je footages2 kat youtube ni...semua nak tengok dan dengar drummer baru ngan Toto cammana... haha..

Macam2 komen , menarik2 la ada suka ada tak suka...

ok bye!!


Monday, May 5, 2014

kumpulan RANCOUR - SETIA

This is the new album from Rancour, a band from Singapore with touches of punk-rock and indie in their music. Self-written, self-produced, I guess maybe self-financed too?? A very quality end product and I am glad I purchased a copy.




Aku tak dengar radio siaran2 melayu Singapore, aku tak menengok progrem hiburan nyanyi2 melayu Singapura kat tv.
jadi aku tak tahu apa tengah trendy, sapa tengah top, apa lagu pujaan, permintaan ke hapa ke.

Aku nak aku punye dosage lagu melayu THORBARU (terbaru la tu), aku pergi kedai, aku beli album cd.
Selalunya tikam, gamble, kira tengok nasib la.
Tapi selalunya kalau korang perasan aku akan cerita2 album2 terbaru ni kat blog ni, band2 rock melayu Singapore tak menghampakan aku sebagai pembeli cd2 original mereka yang harga tu mungkin antara lebih kurang S$15-17 gitu, which is considered very reasonable price la kan.

ok, aku nak tukar haluan cerita kejap tapi nanti aku cantumkan balik cerita ni ngan Rancour ni ok??
masa aku backpacking merata menengok Maiden main dengan suasana uk dan jerman, kan aku ambik kesempatan pergi Birmingkam gi tengok Bon Jovi main kat Villa Park, bayangkan stadium bola kelab Aston Villa penuh sesak, baik kat padang, mahupun seats, ada dua warm-up band, first band, aku macam cepat2 la abis, aku rimas!!. dah la aku diri kat padang...haus lak tu, nak beli air takut nak gi toilet lak!!
Bon Jovi main 3 jam, siap bawak Dry Country ok!! Giler best dorang pandai pacing seluruh show baikkk punye total 27 lagu , encore je 2 kali 7 lagu. Aku siap join in Raise Your Hand punye cheoreography bukan ada orang nampak pun yang kenal aku HAHA.. Cammana tak nak buat?? Satu stadium buat!!

Korang dengar la,  ni aku sebenarnya nak cerita warm up band untuk Bon Jovi yang Second band, three piece, dia start main je. GILER AH!! APA BAND NI??? terus aku takkan nak tanya orang keliling so aku keluar handphone aku rakam sikit, malam tu dah settle semua, besok gitu aku betul2 nak tahu, apa sey band 3 piece yang dah memikat hati aku, so aku google, cek semua apa sey band ni...
ooo nama band dia The Enemy. Aku balik backapck, masuk kerja terus aku cerita kat kawan kerja aku "eh ada satu band ni, punye la exciting three piece, dorang main cam Indie punk gitu, tapi tetap rock n roll abis atas stage, laju je, nama band Enemy.". Relaks je kawan aku jawab.."ahhh dorang memang bagus, band dari bandar Coventry tu".

Siak Ah!! Aku ni katak bawah tempurung ke hapa ah?????? Malunya....kira aku ingat macam discover ni band, tapi rupanya satu dunia dah tahu..HA. Pasal, aku tak ikut perkembangan musik secara am sebenarnye. Cam gitu la kalau aku ngan band2 tempatan macam Rancour ni semua. Aku selalunya tahu ngan aku pergi kedai, tengok apa yang baru keluar, beli....!! Long Live Lagu Rock Melayu Baru dan Baru dan Baru!!!

Samalah macam Rancour ni, pasal aku tak tengok siaran tv melayu pun, so aku really tak tahu pasal dorang, walau aku suka lagu raya dorang yang keluar kat album hari raya band2 rock Singapura tahun lepas or berapa tahun lepas aku dah lupa...

Anyway, there are similarities between Enemy and Rancour. So, tak salah kot aku ceta pasal The Enemy sikit. 

So ni basically their new album, SETIA. Baru keluar, bau kedai la ni. Selalunya aku kalau band rock melayu aku beli la cd dorang.. Sokong la kan. Tapi macam aku cakap, memang bagus pun kan....
Rock tak boleh macam pada aku asyik nak ingat zaman kegemilangan rock melayu dulu kan, kena move on la, walau yang dulu2 tak dilupai. And nowadays, kalau sekali2 korang tengok blog aku, aku memang cakap la cd2 apa yang rock melayu baru keluar aku beli gitu...dan borak2 kat sini.



ok, Rancour, 4 orang. Dorang main cam ada punk sikit gitu, ada sikit Indie gitu, tapi lantak la kan genre2 gini pasal pasaran melayu sikit, kecikkk, lagi nak berlabel2 susah, janji kat telinga aku dorang rock!!! dan lagu2 dorang sedap didengar. THORBAIK!!!

So Rancour - Setia. 9 lagu.
Aku tak skip mana2 lagu. Aku main je ulang2 cd ni berapa kali.
Setiap kali dengar, ni album macam build-up gitu....makin setiap lagu, makin best gitu.
Mungkin telinga aku je la kan? Setia the first song, title of album, sedap, tapi its just an appetiser gitu. Cehhhhh........
Pasal kadang2 ada album, first song best, dah tu makin nak abis, makin ke laut lagu2 lain.
Tapi ni, THORBALIK!!!! makin satu lagu lepas satu lagu, makin sedap lak lagu2 tu... haha.

Lagu2 kat album ni ialah 
-Setia,  
-Kini Aku (featuring Leftool) (very rancak song, I like it!!),  
-Kau (another THORRANCAK song that I like),  
-Setiap Hari (feberet),  
-Impian Ini (konfem feberet jugak, a very sweet song),  
-YOU (lagu omputeh ok THORBEST ok!!),  
-Maafkan Aku (pun sedap, another sweet song),  
-Bagai Mimpi featuring Nurul Huda, 
-and of course that raya song Oi Raya Oi which if given the chance could be a new favourite on the radio every raya I think.

Packaging album, THORFANTASTIC. Kagum aku, Tentu banyak belanja kumpulan Rancour Singapore ni keluarkan untuk kualiti rakaman, dan jugak cd inlet yang memang lawa.

Ok, dorang jugak self-produce ni album.

I think this is a good purchase la untuk diri aku sendiri.. At least aku tahu sentiasa dan sentiasa dan sentiasa band2 rock local tetap buat album2 yang hebat ngan lagu2 yang hebat.. dan memang kagum ngan segala pandai2 sendiri gitu dapat kualiti gini.

ooo ok, aku beli cd ni, siap ada tiga stikers dalam packaging. Cantik. Boleh nampak la effort thorulung yang diberikan untuk album ni.


Friday, May 2, 2014

leaked hellfest timetable?

Updated 8th May 2014.
This Timetable is not accurate.
For example - Maiden is playing much earlier PRIME TIME!!!
But a different timetable means a complete new clashes in different stages! LOL!


Aku masih dalam tahap angan2, "Yo-Yo-Oh" gitu. Belum cuba ambik cuti kerja lagi pun. Memang masih banyak terperangkap dalam kesamaran lagi. Macam2 benda dalam kepalahotak sekarang.
Orang puteh panggil "Still up in the air" gitu... Apa pun kita mampu merancang hanya Tuhan menentukan, tak perlu dikesahkan...uwoowoowoowoo... 

But, irregardless that I am able to make this Maiden Serbia/Hellfest looney-tunes-lunatic backpacking trip a reality or not, I still progressively makes plans for it.

And I had just planned out my Hellfest 2014 personal timetable on the different stages especially to check out some interesting trance-laden & techno-induced acts that I have not seen perform live. (Wink-wink.)


I got these three timetables below from the Maiden forum shared by fellow fans, maybe its the accurate leaked Hellfest 2014 timetable for all the 3 days for the 160 bands spread across 6 stages from morning till early morning on each day LOL!!

Friday 20th June 2014

Saturday 21 June 2014

Sunday 22 June 2014


Certainly a most delicious and frightening list of bands on the bill to complement the only reason why I am willing to travel to Hellfest actually - Iron Maiden headlining this festival for the first time and who knows the only time ever.

*Interesting note I - Among all the 160++ bands, Iron Maiden (and Aerosmith), got the longest reserved stage time on the timetable of 2 hours. It was the same with Donington Park Download Festival, Maiden got the longest reserved time compared to headliners on other nights.

**Interesting note II - The clashes for me are beyond imagination, due to the superiority of the bands playing, I dont know if its humanly possible for me to rush between stages especially in regards to Black Sabbath, Paradise Lost and 1349 horrible horrible clashing schedules, and also while Maiden is playing, Death TA and then Electric Wizard will be also be playing in other stages.

***Interesing note III - For sure I am sure going to miss some great bands, I doubt I can be an early bird catching the worm during these 3 days, well, maybe I will be early for the first day at least LOL!!.
Or, I will just skip Slayer and have an early Friday night LOL!!.Seen them as the FAB FOUR, seen them perform in what I think is the very first show without Jeff Hanneman and Gary Holt instead, and now, I could possibly be seeing them as a twosome.

****Interesting note IV - Ah...my precious lazing around and rest, my tea-breaks, my food and beverages and my people-watching LOL!... Of course there are bands that I am not interested, so I got a few short period slotted to do these activities for the days and nights LOL!!

So, this is what I think I had decided on...
Green Highlighter Circle indicates my necessary movements in between two stages to check out two bands who are playing at the same time (with the Pink Highlighter Tick indicating where I want to spend more time and a priority and yes, I have to be there during Status Quo crowd participation Rocking All Over The World, LOL!!, always seen on youtube in places like Glastonbury and it must be wonderful atmosphere when this song is played at a festival where the attendees are into more heavier and faster stuff indeed).
Pink Highlighter Circle is where I intend to be during that whole timeslot at that specific stage.

Friday

Saturday

Sunday


*****Interesting note V - I guess I will be spending a bit more time at the Altar and Temple stages compared to the two Main stages, supposedly these two stages where the majority of the so-called Thrash/Death and Black Metal acts will be playing. I think I will be at this so-called Valley stage occasionally, and I dont think I have anything much planned for Warzone though, but I would like to take a look at that stage too.

So... if I can make it....basically I will have some dosage of the following bands that I had narrowed down from the whole Hellfest 2014 lineup- AngelusApatrida,Necroblood,Nightmare,OrderOfApollyon,Kronos,Impiety,Satan,ToxicHolocaust,Gehenna,DownfallOfGaia,LynchMob,Loudblast,M.O.D,Destroyer666,RoyalThunder,HailOfBullets,DeathAngel,ImpaledNazere,Kadavar,Sabaton,NocturnusAD,Turisas,Kataklysm,Watain,Godflesh,IronMaiden,Slayer,LezZeppelin,Benighted,MGLA,SkidRow,Buckcherry,Trollfest,Incantation,WeCameAsRomans,Skyclad,WitchMountain,Extreme,Dagoba,Shining,StatusQuo,Gorguts,Tsjuder,DeepPurple,Eluveitie,Aerosmith,Gorgoroth,Carcass,ScorpionChild,InSolitude,Zodiac,POWERWOLF!!!,Seether,Repulsion,Angra,Unleashed,Annihilator,Equilibrium,Megadeth,Behemoth,Solstafir,Soundgarden,Misfits,Emperor,Vreid,ParadiseLost,BlackSabbath,1349,IcedEarth..

at the same time,
-missing out some interesting bands due to the timetable clashes,
-missing out some other interesting bands due to me not waking up early and got distracted by the wonderful attractions and beauty of Nantes city or Clisson village,
-missing out some bands due to my F&B activities LOL!!

but if I cannot make it, like I say for 666 reasons...

well, maybe there is always a  next time...and I will keep the 3-days pass I had already bought as a memory of what might have been.