Monday, May 5, 2014

kumpulan RANCOUR - SETIA

This is the new album from Rancour, a band from Singapore with touches of punk-rock and indie in their music. Self-written, self-produced, I guess maybe self-financed too?? A very quality end product and I am glad I purchased a copy.




Aku tak dengar radio siaran2 melayu Singapore, aku tak menengok progrem hiburan nyanyi2 melayu Singapura kat tv.
jadi aku tak tahu apa tengah trendy, sapa tengah top, apa lagu pujaan, permintaan ke hapa ke.

Aku nak aku punye dosage lagu melayu THORBARU (terbaru la tu), aku pergi kedai, aku beli album cd.
Selalunya tikam, gamble, kira tengok nasib la.
Tapi selalunya kalau korang perasan aku akan cerita2 album2 terbaru ni kat blog ni, band2 rock melayu Singapore tak menghampakan aku sebagai pembeli cd2 original mereka yang harga tu mungkin antara lebih kurang S$15-17 gitu, which is considered very reasonable price la kan.

ok, aku nak tukar haluan cerita kejap tapi nanti aku cantumkan balik cerita ni ngan Rancour ni ok??
masa aku backpacking merata menengok Maiden main dengan suasana uk dan jerman, kan aku ambik kesempatan pergi Birmingkam gi tengok Bon Jovi main kat Villa Park, bayangkan stadium bola kelab Aston Villa penuh sesak, baik kat padang, mahupun seats, ada dua warm-up band, first band, aku macam cepat2 la abis, aku rimas!!. dah la aku diri kat padang...haus lak tu, nak beli air takut nak gi toilet lak!!
Bon Jovi main 3 jam, siap bawak Dry Country ok!! Giler best dorang pandai pacing seluruh show baikkk punye total 27 lagu , encore je 2 kali 7 lagu. Aku siap join in Raise Your Hand punye cheoreography bukan ada orang nampak pun yang kenal aku HAHA.. Cammana tak nak buat?? Satu stadium buat!!

Korang dengar la,  ni aku sebenarnya nak cerita warm up band untuk Bon Jovi yang Second band, three piece, dia start main je. GILER AH!! APA BAND NI??? terus aku takkan nak tanya orang keliling so aku keluar handphone aku rakam sikit, malam tu dah settle semua, besok gitu aku betul2 nak tahu, apa sey band 3 piece yang dah memikat hati aku, so aku google, cek semua apa sey band ni...
ooo nama band dia The Enemy. Aku balik backapck, masuk kerja terus aku cerita kat kawan kerja aku "eh ada satu band ni, punye la exciting three piece, dorang main cam Indie punk gitu, tapi tetap rock n roll abis atas stage, laju je, nama band Enemy.". Relaks je kawan aku jawab.."ahhh dorang memang bagus, band dari bandar Coventry tu".

Siak Ah!! Aku ni katak bawah tempurung ke hapa ah?????? Malunya....kira aku ingat macam discover ni band, tapi rupanya satu dunia dah tahu..HA. Pasal, aku tak ikut perkembangan musik secara am sebenarnye. Cam gitu la kalau aku ngan band2 tempatan macam Rancour ni semua. Aku selalunya tahu ngan aku pergi kedai, tengok apa yang baru keluar, beli....!! Long Live Lagu Rock Melayu Baru dan Baru dan Baru!!!

Samalah macam Rancour ni, pasal aku tak tengok siaran tv melayu pun, so aku really tak tahu pasal dorang, walau aku suka lagu raya dorang yang keluar kat album hari raya band2 rock Singapura tahun lepas or berapa tahun lepas aku dah lupa...

Anyway, there are similarities between Enemy and Rancour. So, tak salah kot aku ceta pasal The Enemy sikit. 

So ni basically their new album, SETIA. Baru keluar, bau kedai la ni. Selalunya aku kalau band rock melayu aku beli la cd dorang.. Sokong la kan. Tapi macam aku cakap, memang bagus pun kan....
Rock tak boleh macam pada aku asyik nak ingat zaman kegemilangan rock melayu dulu kan, kena move on la, walau yang dulu2 tak dilupai. And nowadays, kalau sekali2 korang tengok blog aku, aku memang cakap la cd2 apa yang rock melayu baru keluar aku beli gitu...dan borak2 kat sini.



ok, Rancour, 4 orang. Dorang main cam ada punk sikit gitu, ada sikit Indie gitu, tapi lantak la kan genre2 gini pasal pasaran melayu sikit, kecikkk, lagi nak berlabel2 susah, janji kat telinga aku dorang rock!!! dan lagu2 dorang sedap didengar. THORBAIK!!!

So Rancour - Setia. 9 lagu.
Aku tak skip mana2 lagu. Aku main je ulang2 cd ni berapa kali.
Setiap kali dengar, ni album macam build-up gitu....makin setiap lagu, makin best gitu.
Mungkin telinga aku je la kan? Setia the first song, title of album, sedap, tapi its just an appetiser gitu. Cehhhhh........
Pasal kadang2 ada album, first song best, dah tu makin nak abis, makin ke laut lagu2 lain.
Tapi ni, THORBALIK!!!! makin satu lagu lepas satu lagu, makin sedap lak lagu2 tu... haha.

Lagu2 kat album ni ialah 
-Setia,  
-Kini Aku (featuring Leftool) (very rancak song, I like it!!),  
-Kau (another THORRANCAK song that I like),  
-Setiap Hari (feberet),  
-Impian Ini (konfem feberet jugak, a very sweet song),  
-YOU (lagu omputeh ok THORBEST ok!!),  
-Maafkan Aku (pun sedap, another sweet song),  
-Bagai Mimpi featuring Nurul Huda, 
-and of course that raya song Oi Raya Oi which if given the chance could be a new favourite on the radio every raya I think.

Packaging album, THORFANTASTIC. Kagum aku, Tentu banyak belanja kumpulan Rancour Singapore ni keluarkan untuk kualiti rakaman, dan jugak cd inlet yang memang lawa.

Ok, dorang jugak self-produce ni album.

I think this is a good purchase la untuk diri aku sendiri.. At least aku tahu sentiasa dan sentiasa dan sentiasa band2 rock local tetap buat album2 yang hebat ngan lagu2 yang hebat.. dan memang kagum ngan segala pandai2 sendiri gitu dapat kualiti gini.

ooo ok, aku beli cd ni, siap ada tiga stikers dalam packaging. Cantik. Boleh nampak la effort thorulung yang diberikan untuk album ni.


6 comments:

Rafi said...

Banyak band baru dari sgpore yg aku taktau.. Walau Sana market kecik tapi diorang bikin muzik bersungguh2..aku belajar word baru harini.. ,"thorrrbaikk'.. Heheh

D'arsil said...

menarik..

dilabangiWORLD said...

DEP,
cuba ang shot photo Rack CD ang tu
aku pasti mesti dah penuh kan :-)
lau tiap bulan beli dua kali dua belas
for sure mesti tak muek rack cd ang tu kan

berteromber said...

nama band pernah dengar...tapi lagunya tak pernah...

rental mobil bandung said...

Semoga group band anda berkembang dan tambah maju!, salam dari kami di Bandung

deaf-angel said...

WADUHHHH!!!!

Saya bercerita pasal band yang saya sukai.

Tidak paham atau tidak baca, sekadar mau MENGIKLAN service anda.