Friday, February 26, 2016

Ella 1. (Muaahahhahaaha!!! - ketawa jin)

Errr... Hari Jemaat boleh ketawa jin ke?
haha.

OK OK.
Jantung aku masih berdegup kencang... Sejak lebih kurang 24 jam sebelum ni sampai sekarang.
PASAL / KERANA / DISEBABKAN -
Ada masa free je masuk tenet, ada masa free je masuk tenet..
baca segala ulasan peminat yang hadir, segala tok nenek foto2 peminat ambik, segala tok nenek video2 klip peminat2 ambil, segala pendapat, pandangan peminat2 satu dunia tentang show pertama Iron Maiden untuk tour Book Of Soul Merentas Satu Dunia yang bermula 24 jam lepas di FLORIDA USA.
Macam2 terjadi, biasalah first show tentu ada hiccup, tapi dari segi pilihan lagu.. Macam aku cakap semalam, aku tengah makan nasik kat pinggan, so aku tengah baca laporan siaran langsung (WAKTU TU AKU BELUM DAPAT TUNE IN SIARAN LANGSUNG LIVE TELECAST Peminat2 yang berada dalam indoor arena guna handphone dan guna Applikasi PERISCOPE).
Dapat tengok pun korang bayangkan takde berita awal ke pakat ke hapa ke, tapi berpuluh ribu tune in tengok LIVE TELECAST dari peminat2 satu dunia. 
MEMANG BETUL THE WONDER OF MODERN TECHNOLOGY. 
Aku rasa Iron Maiden pun tak tahu show pertama dorang, peminat2 pakai aplikasi Periscope satu dunia menonton sama.
Abis tu mamat yang satu tu pun dapat posisi terbaik untuk BROADCAST siaran langsung tu...)

Jadi sambil aku makan nasik, aku baca la laporan terus menerus ada peminat lapor kan? sekali tu...
Powerslave... MAK KAU, terus nak terbalik pinggan nasik aku terkejut HAHAHAAA..
Dah la Adrian Smith pakai gitar accoustic untuk Children of The Damned, Janick pakai Les Paul, dan macam2 terjadi dan kit Nicko memang terbaik la...

OK OK, aku nak kurangkan goncangan kencang hati terhadap Iron Maiden dengan berbual pasal satu artis,
sama rock dengan Iron Maiden jugak...
tak kurang rock dia, tak lebih rock dia...
Dua2 aku suka...
Ella..



Ella.. zaman dulu rajin jugak beli kaset, tapi last aku beli produk Ella ialah Rama-Rama nye CD, tu jam dah upgrade la ke zaman CD, dah tak beli kaset dah..
kaset semua dah buang sekarang, CD Rama-Rama tu pun entah kat mana, aku perasan CD Rama2 ni ada ulang cetak kot? lain je seleksi lagu sekarang...

So aku kalau kerja shift malam je la kan boleh dengar ye tak, kalau agak2 tak banyak masalah, ok sambil buat kerja pasang cd sebagai background music,
so main la CD CD dalam koleksi jumlah ada 3 CD.
TAPI SATU LAGU AKU AKAN SKIP nak dengar malam2 buta, 
sorang2 kat tempat kerja Jin Bertendang iaitu ,

 satu lagu puaka aku takut nak dengar haha - LAGU ULEK MAYANG.

Mampos kang menjelma apa2 kang depan aku malam2 buta, aku nak mintak tolong sapa siot? HAHAHAHAHA.

Kompilasi ni, hit and miss la kira kan? Ada lagu aku suka, ada lagu aku tak minat...
Ada lagu gerek pun takde dalam...

Pilihan masing2 la kan... Ella 30110 kot? Lagu Mat Kental..

Satu hari nanti aku nak kena sambungan topik "lain tempat nama lain2", contoh macam Malaysia panggil roti canai, Singapore panggil roti prata, Malaysia panggil Telur Tampal, Singapore panggil Telur Plaster, Selatan panggil Epok-Epok, KL onwards panggil karipap..

Aku nak buat perbandingan MAT KENTAL.
Tapi tu aku nak kena carik balik kaset JAYBON pasal ada lagu Mat Kental pun, dan Ella ni la...

Korang bayangkan la, kadang2 aku ada baca "IRON MAIDEN KUMPULAN KENTAL"

WHAT THE FUCK? MEMANG THAT IS MALAY, BUT THAT IS NOT RIGHT!!!

HAHAA..

Jangan lahar aku eh, pasal macam aku cakap blog aku ni guna DISRESPECTFUL MALAY.

Tapi try panggil Kumpulan Rockers, Rusty Blade, Lovehunters...

"Woiii korang mat kental la"

lagi nak effect lagi best " woi mat kental buah!! " hahaha

Its like undesirable gitu haha...

OK la......

Ella...

lagu Tiada Tangis Lagi - Korang bayangkan aku dah masuk NATIONAL SERVICE masa baru masuk zaman training pun, dalam classroom, boleh tulis lirik lagu ni kat kertas pasal kawan aku satu nak..
Korang bayangkan penangan lagu Tiada Tangis Lagi ni...

Ohhh... Rindu.. kaset USA, aku nye feberet song, all time feberet lagu Rindu la...

Jauh Di Mata... very the asli very the tradisional gitu kan...


SO ok la, enjoy la dengar.....

K bye.

oppss ok kasi aku kasi opinion ulasan gitu...

Anyway, Ella 1 ni ada tiga CD, total about 47 lagu.. Dua lagu baru involving Ajai which AKU TAK MINAT DAN AKU SKIP.
The rest from most of her career walau DUA INSAN BERCINTA is her remake not the original Battle Of The Band version kan?
Like aku tanya tu hari and sapa tolong jawab tu, about 3 or 4 versions exist yang Ella involved.

Sapa minat Ella, no problem la nak hadam semua lagu dalam kompilasi ni pasal memang lagu2 best semua nye. Tepuk Dada Tanya Selera. Tapi untuk aku, certainly more than a few aku skip.





Ni ok pasal ada dari perbagai zaman, cuma of course dia punye kualiti bunyi tak sama la kan...
Tu la masalah nye...dah ok ok terus masuk Sepi Sekuntum Mawar Bullshit
terus cam mendap sikit..

haha. OK la.. layan je..

K ni kali terus BYE..

Back to Maiden. haha.









7 comments:

D'arsil said...

terkejut gila sudah tu HAHAHA... habis betabur nasi...konsert ella bulan 4 ni kat stadium malawati shah alam..

dilabangiWORLD said...

aku pun suka ella
permata biru permata entan
ko hado dep? hehehe

*apa habaq dep
cuti panjang ke nak g oberceaaa

berteromber said...

aku dengar Ella sampai album USA ajer...

Kaemm Reutn said...

Aku pun layan Ella sampai USA jek.. sampai album ni dia masih kental.. pastu ella cm gedik2 euww..hehe.. muzik plak cm tuka kpd pop n alternatif.. i miss ella dulu2.. tiada tangis lagi plg pebret song.. album puteri kota, pengemis cinta adalah plg heavy metal..

Rafi said...

Last album ella yg aku beli album demi.pastu tgk konsert dia kat rooftop sungei wang plaza kl tahun 95 kot?kalo tak silap aku.dia promo album demi

Kaboi Tanduk said...

pernah terserempak Ella di kedai fotostat Shah Alam lebih kurang 2 tahun lepas, lawa sungguh..

Saudagar Mimpi said...

Cd Ella yang aku ada skrg cuma kompilasi 100 lagu dia tu aje. Ok la kot layan koleksi jer sekarang. Skip lagu tak best..
hahah..Ulek Mayang tu mmg berantu ke?

Konsert Madonna mana? Madonna?