Friday, June 17, 2011

yang confirm takde lagi dan yang tak confirm nak datang pasal aku tak tahu mana nak beli tiket...

Two things..

Yang confirm takde lagi...

Keretapi Tanah Melayu dari lepas Woodlands immigresen sampai stesen Tanjong Pagar.
Jadi hari tu aku kerja malam, so pagi aku naik bas dari rumah S'pore dan spent time kat Stesen Bukit Timah untuk tengok KTM beroperasi hari2 terakhir di Singapura. Kira macam aku tengah tengok " hari ni dalam sejarah " live.




Jadi lepas train kul 8 blah, aku gi jalan2 atas trek. Kena hati2 je la. Danger dan bahaya tetap ada 24jam kalo tempat2 gini. Korang pun tahu berapa ramai dah kena langgar ngan keretapi, baik jenis KTM atau MRT etc pasal bermacam2 sebab, ada memang nak mati, ada pasal cuai silap anggaran kelajuan tren, ada pasal tiba2 pengsan dan jatuh, ada tengah tingtong, siap KTM driver cakap dia tak boleh lupa tengok amoi tu pandang dia, dia pandang amoi tu masa nak kena langgar, dah tingtong kan, dan sebagainya.

Nanti la aku post dan cerita panjang...Siap ambik gambar signalling dan throwing of points cara KTM kat trek lagi haha.





Yang tak confirm nak datang pasal selagi takde cerita pasal penjualan tiket aku tak mau over excited la..





Loudness kalo main in both Singapore and Malaysia will be a dream come true untuk ramai orang. Especially dorang punye hardcore fans.
Aku tahu ada dua orang kawan yang kumpul koleksi Loudness yang serious berbual koleksi dorang memang out of this world, serious berbual mungkin boleh celen mana2 kolektor Loudness kat mana2 la haha. Koleksi release Loudnes yang kebanyakkan semua original dari Jepun, memang susah nak dapat, rare dan kalo ada pun mahal, salute kat ni dua orang haha. Aku tahu ni dua memang terlompat2 berita Loudness nak datang ni haha.

dan tu hari, ada satu brader ni sapa aku, pasal tshirt aku pakai tarik perhatian dia, so borak2 kejap, terus kita buat kawan...tukar2 no henpon semua.
So dia cakap dia punye dream ialah Loudness datang lagi, dan aku tahu dia real fan cara dia berbual, siap uniform kerja tapi kalo perhati betul2, tali pinggang dia ialah tali pinggang Loudness. Best giler brader ni haha.

So bila Loudness datang, peminat2 cam ni tiga kat atas ni tentu will feel top of the world semestinya. Tak terkejut kalo dorang tunggu kat airport bawak banner besar2 haha.
Dan jugak untuk korang2 yang lain, tak payah bedek, Loudness mewarna-warnikan kehidupan korang dari dulu sampai skarang jugak kan? dan aku pun akan cuba untuk pergi...( bukan pegi airport sambut dorang, tapi harap dapat pegi salah satu show samada KL atau Spore, kena tengok keadaan dan budget ).
Ye la dulu Loudness main kat Sentosa, tu jam was Mike Vescera bukan Minoru Nihara, dan horror paling besar tu jam ialah aku tak dapat pergi. Sedih siak, ingat dalam hidup kalo miss tengok Loudness tu jam, paling rugi la, maklum zaman muda budak2 dulu haha.
Dengar radio pop rock, Adnan Maswan cerita pasal konsert tu, gigit jari haha. I will never forget what the Rockers punya penyanyi Joe cakap kat progrem Pop Rock ni lepas konsert Loudness tu masa kena interview ngan DJ. Nanti aku cerciter lagi.

But harap semua will proceed as berita yang digembar-gemburkan, aku kena harap ihsan kawan2 aku yang main facebook pasal seems berita Loudness main kat Kuala Lumpur dan Singapore 2011 ialah spread by facebook so far.


To be continued in detail

8 comments:

berteromber said...

dua2 pun sayang....

1..sayang la kenapa najib senang2 lepaskan tanah ni...grrrrr!!!!

2..sayang la kalau betul2 pun Loudness turun kompem rasanya aku tak pergi...

Nizam said...

dgr kabar gomen SG tunggu masa je nk 'selamatkan' tempat ni.tender utk removekan railway akan start on 1st july kalo tak silap

deaf said...

Berteromber,
apa aku tahu Goverment Msia dapat prime land kat business district Spore equivalent harga ngan strips of land KTM dari Woodlands sampai Tanjong Pagar.
I dont think we should underestimate the leaders.

Nizam, both Bukit Timah stesen & Tanjong Pagar stesen will not be demolished.
They are going to be preserved for the future.
Ni apa aku tahu rancangan dua2 tempat ni.
Of course the physical railway tracks tu semua kena remove la.

aku HIV positif said...

Keretapi "Tanah Melayu" yg semakin layu...

p/s- aku dulu ada koleksi t shirt loudness buatan siam! haha...
dulu2 search pun ikut loudness

Dr. Ben said...

kena baca buku Doc in The House.. Tun Mahathir pun kecewa bab tanah ketapi ni.

iaryylr said...

Cerita menarik Bro, terus sambung o.k...

ilazz said...

Loudness? woohooo... dulu abg2 aku suka nau dgn dorang.. aku tak minat sebab malmsteen tettapp yg terbaek dr ladang.. sekian timakasih..hehe

gayour said...

lock n loll gypsy