Thursday, September 29, 2011

enter malay

raya lepas, masa tengah raya kat Malaysia, so meriah join in borak2 kaum lelaki termasuk dengan yang tak kenal. Ada sekali aku join borak2, until aku realise dalam hati, 'eh, ni sua tengah bual benda2 agama sey', abis la aku otak jem kejap haha, ye la , bila campur masyarakat, kenalah pandai sesuaikan diri ye tak. Bahasa, perangai, kena tuning beb, nak2 topik gini.

Then aku perasan, eh satu brader ni muallaf la. Orang Penang. Masuk melayu.
So dia sebenarnye tengah highlight a few concerns of his sewaktu dia belajar agama Islam. Istimewa sangat bila aku tengok dia bersungguh2 nak tahu dan belajar tentang agama suci ni, supaya dia boleh menjadi seorang Islam yang lebih elok dan dapat mempraktiskan segala bentuk ibadah yang dia nak buat sebagai orang Islam. Aku cakap jugak kat dia pasal dia slalu kena turun Singapore, aku cakap kat dia senang gi Darul Arqam , Singapura punye Muslim converts nye building kat Geylang Serai Haig Road sana. Ye la, nak belajar agama, apa aku tahu kita kena banyakkan tempat2 dan guru2 agama. Jadi kita dapat variety of input yang kita boleh nilai dan tapis.

Coincidently, beberapa hari sebelum tu kat suratkhabar melayu Singapore sunday punye - Berita Minggu, ada artikel menarik tentang Muallaf ni.
Satu pompuan ni, dia siap kasi bible kat kawan Muslim dia. Dengan harapan supaya kawan dia dapat menerima agama dia la.
Kalo ada sesetengah kita mungkin melenting dan marah2 bila orang nak menceritakan tentang kelebihan agama mereka, tapi for this case, kawan dia aku rasa dia very calm and cool, dan sebaliknya menghadiahkan kembali terjemahan AlQuran kat pemberi bible tadi.
Tu la kuasa Allah, last2 benda tu jadi terbalik dan pompuan ni lak yang baca AlQuran tu dan at last hati dia terbuka terima agama Islam.

Lagi satu pasal this guy kat dalam, terpengaruh ngan rakan2 beragama Islam dia kat kat dalam dirikan solat dan akhirnya dia pun jadi Islam.
Part dia cerita pasal masuk masjid ngan badan dan muka penuh tattoo, aku rasa.. tak tahu cammana perasan dia dan budak2 lain kalo kena stare haha.
Tapi...Allah lagi mengetahui, who are we to judge kalo ada orang satu muka penuh tattoo ( nak nak kalo orang melayu ) masuk masjid sembahyang.

So aku simpan artikel ni. Dah ronyok2 dah
Pada aku, jangan la pasal kita ni yang dilahirkan kat dalam agama turun temurun, kita ingat kita dan bagus dan worse kalo kita merendahkan dan menghina mereka beragama lain.

Allah kalo nak terbalikkan hati, anytime. Tu kita kena ingat.

Dan aku, aku ada kawan, ada orang2 aku pernah tahu sepanjang hidup aku, baik lelaki baik pompuan...yang dari luar nampak pure decent homely type..
yang ubah dari agama Islam ke agama2 lain. For whatever reasons. Memang aku pun unsangkarable.
Aku stress ni, agama - agama lain. Bukan satu agama je.

Aku memang hancur la bab2 agama ni, tapi Semoga diri kita, love ones kita, ahli keluarga, sedara mara, kawan2 kita beragama Islam, semua berakhir hayat bila nyawa kena cabut ngan malaikat maut tu dalam keadaan beragama Islam. Akhir yang baik.






7 comments:

Iaryylr said...

Kisah menarik Bro, terima kasih kerana berkongsi...

Ijau D. Koceng said...

"unsangkarable"

ayat baru ni :)

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

aku dpt 'lihat' keiklasan ko menyampaikannya dlm cara & jiwa rock ko bro...

congrat!

Dr. Bentara said...

kat negara barat, tengok converts yang bertatoo tu perkara biasa. Apa nak buat kan? Cerita lama. Yang penting now and the future.

berteromber said...

aku ada kawan sekolah bangsa india (bandmate zaman sekolah aku)...dia ni kat sekolah memang sentiasa campur budak melayu...budak india masuk kelas tamil tapi dia masuk kelas agama...dan alhamdulilah lepas abis sekolah menengah dia masuk islam...

yang paling aku respek...masa mula2 kerja lagi dia dah kumpul duit untuk naik haji...sedangkan aku yang lahir2 islam ni duit gaji abis beli cd...

aku selau rasa kita yang lahir2 dah islam ni kurang menghargai agama kita banding ngan dorang ni semua...

deaf-angel said...

very true what you guys said.

Ijau, unsangkarable aku belajar dari majalah Gila Gila yang mungkin dah 15-20 tahun dahulu.

Izzahra said...

Keimanan mereka yg menemui hidayah ni realitinya adalah lebih hebat drpd kita yg sedia Islam ni.Kenapa agaknya?

Mungkin kerana mereka terpaksa bersusah payah,terpaksa melalui jalan yg penuh onak n liku dalam pencarian keimanan mereka.Dan pastinya setiap cabaran yg dihadapi menambahkan ketaqwaan mereka kerana dari situ mereka telah nampak akan kemanisan iman yg dicari.

Tapi kita mungkin kerana tidak perlu melalui kepayahan sebegitu membuatkan kita sedia islam ni tidak pernah mensyukuri atas setiap kurniaan-Nya.