Thursday, September 22, 2011

tunggu kat tbs

biar tercepat jangan terlambat. Satu bagus dan tak bagus nye Terminal Bersepadu Selatan ni berbanding Puduraya dan Bukit Jalil nye carpark, ialah bas jalan takde hegeh2 sangat. Hegeh2 tu ada, tapi sikit je. Kalo korang lambat thats it.. beli tiket bas lain le.

So kalo korang gi tingkat dua (actually aras 4 ke hapa ntah ), ada macam2 kedai tu yang Kenny Rogers ngan 'Wendy/Starbucks yang tak bukak2' actually kat row belakang tu ok jugak la korang lepak.








Memang class, dah macam airport, ngan screen info besar giler, dan pengalaman aku hari raya lepas, memang alrite.. no hassle, pengguna dan penumpang bas ekspress mesti gembira harga tiket dah tak giler babi sangat ngan hilangnya sebagian orang yang ambik kesempatan bila musim perayaan.

Tapi aku tak beli kat kaunter2 yang dijalankan pihak TBS, kecuali kalo aku nak naik bas konsortium etc.
Macam Transnational, causeway link, etc, semua masih pakai kaunter mereka ngan pekerja mereka ngan ticketing sistem mereka sendiri.





nanti sambung

6 comments:

berteromber said...

lengang jer...tak ramai orang ker?

A.I said...

aku x penah lg g sana. selesa plak nampaknya..

Dr. Bentara said...

memang cantik bersih!

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

harap bila ramai sekalipun nanti, kebersihan sebegini dpt dikekalkan.
mentality org kita kena berubah.

Aisya Redd Rohim said...

Urm... aku penah tersesat drive kat tempat drop passenger kat bawah tu. Nak gi kem Sg Besi, siap masuk situ lagi. Besar dr KL Sentral nampak gaya.

deaf-angel said...

berteromber, tak kot, untuk gi selatan je.. lagipun pagi2 buta.

ya, besar...
tapi untuk yang arah selatan macam aku memang untung la