Sunday, September 18, 2011

review kumpulan Wings 16 Sept 2011 Suntec City Singapore




Ulasan pegi tengok smalam. Bila Wings umum live di Singapura, aku mula2 ingat dorang nak buat macam tu hari yang ada koir ngan orkestra tu semua, aku tak minat la nak keluar duit tengok Wings main lagu2 mereka ngan benda2 gini. Mesti aku kejong dan bosan tengok lagu2 Wings yang aku minat dari dorang keluar kaset pertama dulu diubahsuai ngan koir dan strings. Satu lagu ok la tapi kalo the whole show, aku kena fikir banyak2 la. Ni aku cakap untuk diri aku sendiri so don’t be offended. Everyone has a different taste and its your hard-earned money, time and effort so you make your choice.




Tapi bila aku terbaca, dorang cuma tambah satu keyboards player je baru aku semangat sikit dan terus beli tiket. Walau aku tak konfiden bila baca konsep ‘rockestra’ yang Wings nak tonjolkan.
Jugak, aku dah lama sangat tak nengok Wings main full concert atau headline act kat Singapura. Tu last yang Awie cakap kat tepi kubur dulu.Mungkin perasaan aku, tapi Wings kalo main kat Singapore macam ALL OUT semacam, Awie pun main lepas cakap je apa dia nak cakap. Siak je Awie, siap announce dia dah berair sampai dia punya bontot. Lagi kena declare tu air peluh lagi. Tapi his gay and nyah jokes are hilarious.



Aku tak masuk tengok kedua2 opening acts, jadi no komen. Bila aku masuk koyak tiket, dj Hafeez Glamour ngah buat segmen penuh lawak ngan beberapa peminat atas stage. Alrite la dj Ria ni. Aku ni bukan jenis dengar radio baik kat Spore atau Msia.


So masa aku kat luar aku study seating plans, tengok macam seats dalam 7000+, aku masuk dalam wow…not bad, Cuma belah kiri kanan je ada ruang kosong. Aku dah tak kuasa nak carik seat aku, so aku duk je tempat yang banyak kosong, lagipun aku nak bootleg untuk kenangan aku sendiri jadi kat tempat tak kecoh, I can try to get the best possible sound outcome using my humble little recorder.
Stage dia awesome giler for a Malay rock band performance. TIGA giant screens kat blakang band. Kamera video cover angles semua baik punya, termasuk angle tangkap penonton. Betul2 pandai tangkap sudut jadi kalo orang tengok video smalam dorang ingat full house haha. Korang semua harap la, malam tadi punya show akan keluar dalam bentuk dvd ( dan haraplah kalo keluar jangan cuma untuk pasaran Singapura saje ), pasal aku pun kagum ngan live editing yang masuk kat tiga screen besar tu, licin je dan semua angle menarik, ngan Eddie buat muka lawak waktu ngah belakangkan audience pun dapat dirakam dan terus live dipaparkan kat screen video besar giler tu. Sound pun memang best. Yamaguchi yang soundman jepun tu Awie cakap dia dulu Jepun, skarang dah tukar IC Jawa.




OK this is what happens ok, song by song review of Wings live in Singapore Suntec City 16 Sept 2011. Aku try selitkan apa2 happening seluruh persembahan ni termasuk Awie nya stage banters yang best kalo aku tak type tadi kat atas.
1. Intro by the keyboards player. Later that night, masa intro keyboards player Wings, Awie buat lawak cakap dah tiap2 hari dorang sama, dah bukan pemuzik jemputan lagi pun, ‘dah kira confirmed’ Awie cakap, tapi bayaran tetap sessionist.
2. Watari. Ooo masuk instrumental dulu. The sound is alrite la untuk halwa telinga aku.
3. Opera Hidup. Macam banyak lagu lain malam ni, dan apa aku perasan sejak dua menjak ni Wings ada improvise sikit intro2 lagu dorang, got good and bad for me as a fan. Negatifnya, ada lagu intro yang kita suka sangat dah terus tak wujud, tapi positifnya, kebanyakkan lagu jadi panjang sikit, pasal ada intro2 improvise ni. Tapi aku nak emphasis, once the song starts proper, it will still sounds like what you guys are familiar with.
AWIE TOP FORM malam ni. NI aku type block letter ok. Suara dia best, dan banyak pekik2 malam ni. Dan Awie handsome giler ni malam. Of course all Wings pun hensem2 belaka la, tapi siak je Awie cakap ni malam dorang cantik lak. Haha. Memang banyak jokes tu malam.
4. Hukum Karma. Terus masuk Hukum Karma nye improvise intro, tapi audience dah boleh baca apa lagu nak main, tetap dah “ooooo” tanpa apa2 prompting. Happening crowd malam tadi. Sebab tu kot Awie cakap satu part tu “ RASA MACAM KAT WEMBLEY”. Not only a live dvd please, a double cd also would be welcome.
5. Semalam Yang Hangat. Aku memang feberet lagu ni, so of course la aku happy. Bila audience dapat identify intro lagu ni, wahh meriah betul. Awie did mention about 4000 is in attendance tonight. Hey, that’s great considering considering its still Hari Raya season, $148-$68 seats, and on a Friday night. Remember its a normal working and school day in Singapore unlike in Malaysia its a public holiday. Kumpulan Wings is a huge famous name in Singapore and I think Wings themselves know that.
Dari berbagai umur, makcik pakcik ke muda remaja, dari semua golongan masyarakat, PAKALIAO. Macam aku cakap, sejak kaset Wings pertama keluar dulu Belenggus Iramas tu, Wings terus dah kat hati peminat2 Singapore and dorang maintain.

6. Ranggi Metropolis. Suka siak. Dah macam lagu wajib lak bila aku tengok Wings live.
7. Lena Diulit Mimpi. Surprise song untuk aku, happy woo, dan Awie perkenalkan lagu ni dan lagu2 lain malam ni ngan cara dia tersendiri , lagu Cindai tetap ada macam biasa. Also Malam ni setiap Hantu Kak Limah punya lawak yang Awie buat dapat sambutan hangat penonton. Sampai part nak ‘kita bako kita bako’ si Joe punya amp pasal overheat berasap. Tapi apa pun technical problem Joe is having, Awie memang pandai cover time ngan dia punya borak2.
8. Bernafas Dalam Lumpur. Awie introduce sebagai Bernafas Dalam Longkang. Lagi sekali stage banter Awie first class ngan ayat2 moral dan menuju kebaikkan dia haha. Tapi apa dia cakap semua betul. Apa berlaku hari ni ialah pengajaran untuk hari esok.
Anyway, apsal improvise intro lagu ni ingatkan aku kat Michael Jackson nye hold me like the river jordan tu.
9. Inspirasi Taming Sari. Cara Awie perkenalkan lagu ni, korang kena dengar. Memang best. Awie cerita dia ajak David Coverdale ngan Mariah Carey nyanyi lagu ni dorang tak nak pasal dorang bukan melayu. Tapi dia nak audience Singapore malam tadi nyanyi ramai2. Kecoh siak. Siap cakap Semoga Tidak Melayu Hilang Di Singapura. Macam aku cakap kat intro, video editing yang broadcast kat tiga screen besar tu memang best, jadi seluruh persembahan, korang dapat closeup untuk kesemua anggota Wings beraksi hebat dari dekat termasuk keyboard player dorang. Please la ada live dvd, pasal memang best. Kalo takde, korang tunggu la sapa ada rakam seluruh konsert tu pakai video handphone dorang.



10. Romania. Pleasant surprise again walau intro improvise lagu ni memang buat aku lost. Awie pun improvise lirik lagu ni, setiap akhir korus, Awie ganti “oh Romania” ngan “Oh Singapore”. Gerek.
11. Keyboard solo. Ermmm ok la anggota Wings nak rehat dan audience pun ada nak gi toilet kot. Tapi aku terhibur so no hal.
12. Joe Instrumental. Joe main instrumental dia ( sampai skarang aku tak tau apa nama title instrumental ni ) yang serupa ngan double trouble KL Bukit Kiara dan JB Stadium Larkin. Sorry la, aku type ni dari memori dan playback bootleg so aku type apa aku ingat je la. Lain2 latest shows Wings setahun dua selain DT dua tempat ni aku tak pegi so I don’t know.
13. Jerangkung Dalam Almari. Perasaan aku ke? Tapi lagu Jerangkungs ni macam dapat tepukan paling gemuruh je bila abis main? Hebat persembahan lagu ni.
14. Sejati. Intro improvise versi terkini lagu Sejati ni aku dah tengok kat youtube, sedutan dari kat mana nya tv event ntah, so takdelah mengejutkan sangat intro dia bila dengar smalam dan jugak Black improvisation masa guitar solo. Dramatik giler siak. Kenangan itu..”KENANGAN ITU!!!”. Eddie did the backing vocals on this " kenangan itu!!" and other backing parts. Aku suka sangat. Audience tak yah cakap la, semua pun nak tunggu nyanyi part backing ‘Kenangan itu’ dari first korus lagik, tapi aku tak boleh…nanti buat spoil macam bootleg Maiden kat Indoor Stadium tu hari, Shit!! I spoil it myself!!. Awie turun stage time ending part.
15. Taman Rashidah Utama, atau Rasyidah atau apa2 je la spelling dia. Awie intro lagu ni sebagai lagu wajib kalo main kat Singapore. Awie jugak perkenalkan lagu ni sebagai “ TAMAN YISHUN UTAMA”. Awie you have great taste , Yishun tempat gerekk haha. Tapi, maybe bad omen kot? Ye la lagu kubur haha. Apa pun best best best.



Then Wings leave the stage, then ni part aku tak tahu memang Hafeez Glamour dah pre-planned nak cover time tunggu encore atau pasal dah part yang kat seats atas semua dah hentak2 lantai kuat giler tu. Maybe dorang takut things get out of hand? Tu ah Hafeez terus masuk suruh bawak bertenang , be patient, pasal Wings keluar lagi haha. Siap cakap thats more like Singaporean lepas things cool down kot? Remember Sweet Charity nye 40 years show, Ramli cakap nak buat apa buatlah, asal jangan ada rusuhan haha. Aku pun fikir, beb tengok bola kat stadium kallang korang hempas dan hentak berapa kuat la 50,000 orang, stadium tu konkrete besi beb, ni temporary stands and seats, worse case scenario roboh semua siak haha.
16. Musafir Di Aidilfitri. Wings keluar, ucap selamat hari raya, maaf zahir batin etc. Terus Wings masuk lagu hari raya S Jibeng ni. Aku serious berbual, this is the song of the night!. Awie kan top form malam ni, lagu ni dia betul2 punya perasaan kot. Awie nye vocal part pekik2 wowwww. I think macam Bruce Dickinson top form of his life right now, Awie pun sama dari persembahan dia malam tadi. Aku heran bila baca orang boleh cakap Bruce dah tua, suara dah tak macam mid 80s dulu. Well....opps salah topic haha.
17. Peronda Jaket Biru. Crystal ke Kristal nye guitarist tu join in untuk lagu ni. and main 2nd guitar solo lagu ni. Wings then masuk dorang punya fast number penutup konsert and goodnite.

Total time dalam 2 jam. No popular fast songs like Awang Thrasher, no Bujang Senang, no Alam Barzakh, no Lipas Kudung and no some other songs yang whole night audience pekik2 jerit2 request. Tapi Wings banyak lagu orang suka dan dorang jenis tukar2 setlist nyeband. So mesti ada la famous fast and slow songs dorang yang ketinggalan.

The organiser/promoter has been great. I really enjoy attending this show, the security did their job with a smile and not being overzealous. Yes, I still find it weird sitting down, but other than that all is very pleasant. The place is actually fabulous so its my loss for thinking otherwise. You get the idea from the first two photos above ( click to enlarge all photos ).

Aku tengok kat youtube orang dah start upload. Very nice of them. Ada time aku upload macam Lovehunters tu hari.. Personal fan audio recording untuk aku sendiri sambil tunggu official live release ( if any ). Anyway this would make a nice cover wouldnt it?




16 comments:

Portdy said...

TQ ENCIK DEAF UNTUK ULASAN INI.

lagu Inst. Joe ; samar nan terang kalau tak silap tajuk dia.

kesimpulannya memang best giler. kalau takda dvd memang telan airliur jeee la

iaryylr said...

wah! nampak hebat! terima kasih bro, ulasan ko macam aku duduk kat sebelah ko jer malam tu!

berteromber said...

memang aku tunggu review ni...tq beb.

aku harap dorang turun jb lagi sekali...

Dr. Ben said...

dari gambar dan review... memang kick butt punya show!

malu la malaysia events...

Kaboi Tanduk said...

nampak grand! rugi coverdale ngn mariah carey tak datang..hehe

darkshahrulez said...

saya ada beberapa kali tengok live dorang...tapi rasanya ni lah yg paling pro dia pnya stage..baru kena dgn taraf legend dorg...organizer Msia kna belajar skit lah psl bnda2 mcm ni

aku HIV positif said...

waa... bestlah ko bro!
jeles aku...
aku skang hari2 layan RHCP.
nk gi tengok sweet charithy org umah tak kasi.
dia kata, tak elok berempun!

zan said...

Apabila Deaf bersuara...hahaha.
Wings punya show insyaallah takkan menghampakan (kecuali awie kalau dia demam).
Tapi layanan Deaf kat aku sepanjang hari sampai malam show ialah the best!
Serius aku sendiri tak mampu nak buat macam ko.
Kesimpulannya, Wings n Deaf sama2 the best!!!

P/s: solo instrumental Joe tu bertajuk Gelap Nan Terang (berteromber hampir tepat...hehehe)

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

salam dep
selamat ari raya
tahun ni tahun gemilang sbb kuih raya aku semua abis (hahhaha) tinggal serdak ja. aku pohon kemaafan erk sbb aku rasa aku x minta maaf lagi kat ang dep....
** wah wing buat show kat singapore ka
gempak gillak ni

Portdy said...

I wonder layanan intim apa yang zan dapat daripada deaf dari siang sampai ke MALAM tu auuuuu

deaf said...

siot je portdy haha

Portdy said...

gurau je bro deaf, gua tau lu "straight" kan hahaha

Anonymous said...

Joe solo intrumental: Gelap nan Terang.

deaf-angel said...

thanks anon.

ImranZ said...

overall..i think its a so-so performance. but awie was great..top form! so-so bcoz of the improvisions they made, too much of keyboard sound, sound(amp) problem, joe didnt perform up to his best as compared to past concerts(eg. live at Orange n PLanet Holywoood 21st anniversary) and of coz, they didnt play songs like alam barzakh, syakila, intan, bazooka, diambang wati, orang kita, bujang senang dan llg. felt their segment is quite short.. should have played longer. suntec city belum dapat digegar lagi.

deaf-angel said...

Hi Imranz thanks for sharing your opinions.
The longest I saw Wings was like 10pm to about 1am. Wings stop after checking the time with the fans in front of stage who were wearing watches.

That shows the expectations when it comes to Wings. If Maiden had played a strict 2hrs setlist, the whole Maiden world will be very happy haha.

Maybe curfew? strict contract agreement with organiser? Joe needing his rest and to travel back for Merdeka show the next night? or dont know some other reasons.