Sunday, March 25, 2012

kau bayarlah berapa-berapa - Amy Search newspaper article.

Sebenarnya... aku ngah withdrawal symptom ni, En Vivo belum sampai2 lagi.
Aku tahu la official release date besok, tapi ramai orang dah ada kat UK ceritanya
.
Siap ada pegi kedai pujuk penjual jual kat dorang sembunyik2 sebelum jualan rasmi.
Satu je aku nak cakap dari apa aku baca kat internet - Dari sapa dah tengok dan dah dengar, En Vivo ni spectacular dan sound amazing. Kevin Shirley memang pandai produce sound live Maiden kot.

Anyway... ni satu artikel keluar kat suratkhabar melayu singapura hari Ahad lepas. Berita Minggu.



Takdelah sensasi ke hapa ke, tapi boleh nampak la sikit2 cammana dunia hiburan melayu masa ni. Aku pun tak tahu sapa artis pompuan dari Muar tu yang mintak 50,000RM untuk satu lagu just because Sultan Johor ada. Padahal its a fund raising activity.
Apa pun Amy Search lagi keluar artikel ngan pamparan positif.

Ni artikel dia dalam bentuk korang boleh baca.


AMY SEARCH: Gantikan artis wanita dari Johor yang letakkan harga tinggi, iaitu RM10,000 dan $50,000 bagi satu lagu yang dinyanyikannya untuk majlis amal anjuran Persatuan Anak Melayu Johor hujung bulan ini.

Mudah cetak
E-mel

18 Mac 2012

EKSTRA!

'Kau Bayarlah Berapa-Berapa'

Amy Search lebih utamakan amal jariah dan hubungan baik dengan orang ramai tanpa 'letak harga'


KAWAN saya baru-baru ini ditugaskan mencari artis untuk menyanyi di malam anjuran Persatuan Anak Melayu Johor pada hujung bulan ini.

Oleh kerana ini untuk persatuan anak Johor, jadi, beliau kena cari artis yang lahir dari negeri itu.

Maka, beliau pun telefon seorang artis wanita. Artis itu minta kawan tadi berurusan dengan pengurusnya. Pengurusnya pula minta bayaran RM10,000 ($4,146).

Kawan tadi menjelaskan, majlis itu untuk kutip tabung persatuan bagi bantu orang Johor, jadi tentulah tiada bajet untuk membayar sebanyak itu.

Lalu kawan saya menghubungi artis kedua, juga seorang wanita yang berasal Johor, di Muar.

Jika kawan saya hanya bercakap dengan pengurus, kali ini beliau berbicara dengan artis itu sendiri.

Hampir hendak tercampak telefon bimbit kawan saya ini apabila artis yang sudah single-mingle itu meminta bayarannya.

Beliau meletak harga apabila mendengar majlis itu akan dihadiri oleh Sultan Johor. Nak tahu berapa harga yang diletaknya?

Macam tak percaya pun ada juga apabila kawan tadi beritahu yang artis perempuan itu meminta RM50,000 untuk satu lagu yang dinyanyikannya pada malam tu.

RM50,000 bukan RM5,000 atau RM50!

Lalu, saya pun minta kawan saya mengulangi nama artis tersebut. Saya sebut dua kali sebab macam tidak percaya bahawa artis itu yang dimaksudkannya.

Bukan apa. Pada saya beliau tidaklah sehebat mana atau ada taraf diva. Lagu-lagunya pun tidaklah sampai 'masyhur gila'. Tetapi, yang pasti, semua orang kampung memang kenal apabila namanya disebut.

Berbalik pada perbualan telefon artis itu dengan kawan saya tadi. Lalu kawan saya menjelaskan bahawa persatuan yang akan mengadakan majlis itu hanyalah sebuah badan bukan pemerintah (NGO), dan majlis yang hendak dilangsungkan itu pun untuk mengutip derma bagi tujuan amal.

Artis itu pula menjawab, kalau majlis yang akan diadakan itu boleh memanggil Sultan datang, maka pasti persatuan banyak duit!

Diringkaskan cerita, kawan saya ini menelefon pula Amy Search untuk mengundangnya pula ke majlis tersebut.

Amy hanya beritahu: 'Kau bayar sajalah berapa-berapa.'

Lalu kawan saya pun sebutlah jumlah yang mereka mampu beri, yang saya rasa macam 'segan' nak sebut jumlahnya di sini sebab nanti rosak pula 'saham' Amy Search.

Oleh kerana sudah berjanji dengan kawan saya tadi bahawa saya tidak akan mendedahkan berapa persatuan itu akan bayar kepada Amy, saya tidak dapatlah dedahkan di sini.

Ini menunjukkan betapa mulianya hati Amy yang lebih utamakan amal jariah dan hubungan baiknya dengan rakyat negeri kelahirannya.

Saya percaya Amy tentu tahu nilai dirinya. Di pentas beliau masih rocker hebat dan masih laku.

Buat saya, saya suka Amy kerana beliau seorang rocker yang berhemah dan tidak besar diri. Jumpalah beliau di mana-mana pun, Amy tetap jadi dirinya, bukan artis.



SO WHILE WAITING FOR EN VIVO, I TRY TO CALM MYSELF DOWN WITH ADRIAN SMITH'S ASAP , and it seems to work :-)

8 comments:

speedrider said...

Semoga rezeki Amy dan SEARCH akan terus diberkati Allah

Skudal said...

Alhamdullillah.... Amy Search RULES!!

Unknown said...

itu adalah artis yang ikhlas dalam perjuangan seni dia....tentu artis pompuan tu perasan hebat...!!!!

PC kOKak™ said...

Allah peliharakan amy search.. 'nugrahkan dia segala kehormatan..
sihat dan ria..

berteromber said...

beb...ko dah ada Primal Rock Rebellion lum?...kasi review sikit...

deaf-angel said...

Primal Rock Rebellion ori eh?

belum.

Iaryylr said...

Amy nie memang bestlah!

Eva Talya Redd Rohim said...

Yeah... never hope for the reward. Only Mukhliseen go to heaven & Munafeequun go to Hell.

Sorry, aku busy tul... lama tak berblogging.