Saturday, September 8, 2012

Double Trouble Singapore 2012 & Wings bootleg live 06/08/2005


Standby tiket dulu..
ntah aku pergi ke tak tengok keadaan nanti, ntah kerja ntah off, ntah apa shift aku semua belum cek. Tapi semangat lak gi beli tiket awal.
Double Trouble 1st show kat Bukit Kiara 2010 dulu yang penuh sesak nye rabak tu aku adalah ( ooo la la the surprising Maiden's Ides Of March intro really got me going that night ), lepas tu 2nd show kat Larkin JB pun aku ada jugak hehe.

So ni try rasa Double Trouble kat Singapore lak, selang dua tahun. For many donkey years, I always got a feeling that Wings is bigger in Singapore than Search, so maybe I can gauge from the response of the crowd this coming show, whether that theory is true of my personal opinion that Wings is much more bigger in Singapore compared to Search. But fuck la, I grew up listening to their cassette tapes, and live, I enjoy them both whatever mistakes or forgetfulness happens on stage.
Iklan kejap-
(Travelling thousands of miles to see Iron Maiden on stage, dedication and sacrifice.
Travelling thousands of miles to see Maiden screw up The Rime Of The Ancient Mariner big time on stage, a glance to each other and have a superb beautiful recovery, priceless.) A fan is a fan always.

Tengok harga tiket standing ( 141 x 2.49 = 351RM ), kira everytime dorang main kat Singapore, Wings & Search ni kadang2 lagi mahal dari International artists lain.
Indoor Stadium lak tu.
Ni kira kali kedua la Wings & Search kongsi satu pentas kat Singapore Indoor Stadium. Dulu tahun bila zaman tok kadok dulu awal 90an dulu dorang dah pernah main sama2 kat some anti drug show. Rantai with pencak silat..

Anyway, Search tahun lepas? or awal tahun ni..aku pun dah lost track la, pun baru main kat Indoor Stadium ni, jadi pembukaan untuk XPDC brutal dan XPDC V6 nye lineups.

Jadi harap la ni show yang terbaik, lagi terbaik kalo aku dapat pergi la haha.
Dan since main kat Singapore, aku harap sangat la another all out , nak cakap apa cakap je la punya show. Janji jangan sampai aku miss last public transport sudah. Opss show hari jumaat, ok ok ada nightrider so tak kesah haha.


Bersamaan ngan tu jugak, aku bongkar2 la apa ada significant items aku boleh share kat youtube, siol la mana pergi tape2 aku bootlegs ni dua bands, ( yang show2 aku tape je la ), jangan semua hilang dah...tapi ada yang ini, so aku taruk yang ni la siap buat cover lak tu. Ni aku share kot dulu zaman zaman dulu, tapi nevermind.

lari topik kejap, Wings, ada satu show, Awie ngan Black je tau, lagi dua kirim salam, dan dorang pakai two gitaris back up. Tapi sorry I never tape that show, aku rasa that recording would be a nice memory of Malay Rock live bootlegs collections among fans, which unfortunately Malay Rock is so disgustingly lacking off. What a Pity sial.

Apa pun, ni bawah ni remain antara aku punya feberet Wings show aku pernah tengok.



Amacam pengsi tak cover? haha. Arsenal la beb red and white. Spore nye bendera pun sama jugak eh.
6 Ogos 2005, Taman Fort Canning, Bukit Larangan..
Wings closing band lepas banyak bands lain.

Takde keyboards keyboards ni semua just the four of them on fire. Joe/Eddie/Black/Awie.

Lagu2 masih main style yang fans minat kat kaset2 tu semua.
TAMAN RASHIDAH UTAMA kat show ni adalah yang terbaik la, aku pernah tengok atau dengar Wings main live, kat tv, atau kat mana pun.
Introduced ngan berbual pasal kubur..
9 minit 45 saat gitu, masih pakai original intro, siap ada ending Awie buat scaling India, ada tabla karen semua bagai haha. Best giler. Awie ending siap cakap nasib baik dia tak kena heart attack. Memang superb.
SEMBUNYI ada MISORLOU. Misorlou ni kalo korang tak familiar title, korang tahu la lagu kat wayang Pulp Fiction tu, I love you honey bunny, Royale With Cheese...kebaboom! kebaboom! KEBABOOM!!

JERANGKUNGS introduced as dirakam kat Singapore, HUKUM KARMA, PERONDA, and others was so exciting pada aku la walau sampai skarang aku dengar balik bootleg ni.
SEJATI was marvellous, the way it originally was meant to be la pada aku haha.
Borak pasal Semut Kramat, Geylang, KUBUR kiri kanan, and and all the "HULURLAH!!" and "Eddie mintak bayaran lebih," siot je Awie. Sapa la tu kena panggil "specky" ngan dia. Siap ngan "SEE YOU IN HEAVEN" bila abis show.

Ok Aku akan try upload the bootleg kat youtube ni lagi satu jam dari sekarang.
Ni youtube tempat aku sumbat all these.
http://www.youtube.com/user/tempehasuka666/videos


Anyway, September October ni cam best la kan...
Steve Harris nye British Lion
Maiden nye Space Truckin keluar lepas kena jeruk terperap bertahun2. Now where is Angel Of Death? ( Thin Lizzy's not Slayer's )
Maiden United...with what I expect to be an awesome second album.
Maiden 2013 Asia Oceania tour dates???

That is all.




6 comments:

Adi Herman said...

harap wings akan bagi persembahan yang all out di singapore! yup masa zaman album teori domino dulu rasanya diorg pernah buat konsert di s'pore,just them without any supporting acts..pergh the best!

speedrider said...

Deaf... apasal aku rasa tulisan ko agak berterabur kali ni, excited lain macam ni!!!! Hehehehehe

Dan buat kesekian kalinya, aku tak dapat lagi jejak Singapore untuk layan Wings kat sana. Kurang cukup duit, Tambahan pulak sekarang kereta dah lesap :(

Enjoy the show bro

deaf said...

Adi Herman,
ko tahu first time dorang promo Potret Monalisa secara live, sebelum Teori Domino keluar.
Siap DJ Adnan Maswan rakam then main kat radio, kira authorised live bootleg.
Menakjubkan zaman tu.

Speed,
Tulisan aku mana aku ada cek siak,
aku rembat je.
Lagipun, aku really nak type macam2 tapi aku cuma ada time sejam dua je untuk buat semua siap ngan edit bootleg ni lagik. Really RUSH.

Insyallah lain kali, takpe, sabar je la barang kalo kena congkong. Ujian walau pun pedih.

deaf said...

lagu baru..lagu baru...

" engkau tersenyum di jendela ".

WOAAAAHHHHHHH!!!!!!!!

" memukau mata mempersona ".

WOOOAAAAAHHHHHH!!!!!!!!

:-)

dilabangiWORLD said...

ello bro bersemangat yo....
elok gi lau dah minat
satu kepuasan tu...
** DEP
haku nak g LEGOLAND AHAD ni insyaaallah

zan said...

Tiap kali kau mula bercerita pasal Wings, tiap kali tu juga aku teringat peristiwa ni..

"Weh, aku ada download live Wings masa kat Singapore. Gempak giler. Ada sorang mamat Singapore up." - Jiran aku.

"Pinjam! Sapa mamat tu?" - Aku.

"Def. Ko try check blog dia." - Jiran aku.

Dan seterusnya adalah sejarah. Sesungguhnya kau memang cool giler Def!

*Jiran aku tu korang kenal punya.*