Wednesday, November 28, 2012

Kiss The Elder

Dari heavy rock melayu Steel Damage ke Kiss.
Walaupun aku kena kutuk ngan kawan pasal minat sangat kat Kiss
tapi aku tak pedulik - KISSFOREVER.

Concept album paling aku minat ni dua la - Operation Mindcrime ( yang ori paling hebat sila dengar kalo tak pernah, yang part II tu aku tak minat, macam sial gitu, walaupun ada Dio) dan Seventh Son Of A Seventh Son yang mana seluruh album dari lagu 1st sampai last, semua berkait dan menjadi sebuah cerita,
Kalau kita dengar lagu sebijik2, memang cam dengar lagu biasa la baik rancak atau lagu rentak perlahan, tapi bila dengar seluruh album dan mungkin mendalami , baru kita tahu semua berkaitan satu lagu ke satu lagu jadi buku.


Tapi awal sebelum tu Kiss dah ada ni Music From The Elder..
Jalan cerita ok la kot pasal seorang budak lelaki ni dapat latihan dan persiapan dan emosi jiwa raga dia untuk lawan geng jahat gitu. Kira cam Luke Skywalker belajar ngan Yoda sebelum lawan The Empire gitu.

Memang la, tak terkejut kalo ni album paling macam siol Kiss, dari sambutan dan kutukan diterima waktu tu, aku rasa Kiss mesti trauma kot, sampai tak buat tour untuk promote ni album lagik. Seronok baca sejarah dorang zaman album ni.
Dengan gaduh sesama band dan apa je la masalah. Ace Frehley keluar ( tapi aku suka lagu dia nyanyi kat album ni). Kira aku rasa ni antara zaman Kiss paling huru hara la kot.
Lou Reed pun ada nama dia kat satu dua lagu, tukang tulis lirik.
A World Without Heroes dia tukang tulis lirik kot.

Tapi aku suka ni album.. Eric Carr dah masuk..suka aku kat mamat Eric Carr ni, suka dengar drumming dia, suka tengok video2 dia main drum, suara pun sedap, handsome giler rambut dia pengsi, tapi dia dah takde, sakit cancer. Sampai skarang tau, aku kadang2 masuk youtube, tengok mendiang Eric Carr nye persembahan.
Pernah cerita kot, masa sekolah kecik2 dulu aku jugak belajar dengar dan memahami bahasa Inggeris pakai lagu " Just A Boy ".
" Who steers the ship on the stormy sea, its hopes are lost and so are we.."

Kebabai bodoh bangang, ulang2 dengar aku tak tahu apa dorang nyanyi kat lagu ni, tapi aku nak sangat tahu apa dorang nyanyi, pasal aku suka giler lagu ni.
Sangat merdu dan perlahan lagu Just A Boy ni, romantik giler. Suara Paul Stanley sedap tau.

Kat album ni masa lagu Only You, terus masuk melodi Just A Boy, best la pusing2 gitu kan. Only You punye starting aku suka sangat..
Lagi lagu lain aku suka, The Oath, rock rancak,  Under The Rose, Dark Light yang Ace nyanyi.. , A World Without Heroes walau yang versi Kiss MTV Unplugged memang gerek. Gene Simmon nyanyi lagu slow kadang2 je gitu, tapi best. Perasaan.
Escape From The Island...kira bleh imejin la kan kalo prison break pakai ni instrumental. KANCHONG giler gitu.



Best la kadang2 borak pasal benda2 lama gini...
memories gitu..kenangan.



8 comments:

Skudal said...

KISS - salah satu band yang aku terlepas pandang...dulu ingat band BLACK METAL....aduii...

berteromber said...

Ni album yg Kiss kena kutuk kaw kaw....tapi antara yg susah nak dapat kat ebay...kalau ada pun mahal...lama dah aku cari...

deaf said...

Serious? Black metal. Ko biar betik? Hehe.

Berteromber, aku ingat ebay berlambak kiss smua?
Siap macam2 pressing

Rafi said...

Cover dia mcm buku cerita pulak.lawa

Dr. Bentara said...

tak pernah dengar lagi album ni.

Adi Herman said...

Selalu gak layan Gene Simmons Family Jewel (reality show psl day-to-day experience gene bersama keluarga) di channel Bio

Faizal R said...

Pernah ada album Creature of the Night. Kurang minat suara mcm budak2 haha.

gayour said...

monster - kiss

rock n roll all nite...