From Derby to Download Festival to Maiden to Metallica to Food to & now to Frankfurt city photos..
Intro sikit -
Signage dan tunjuk jalan dan papantanda kat Jerman kebanyakkan semua bahasa Jerman sahaja... Tu aku ada terpeleot sikit dari aku sampai Airport Frankfurt dan naik keretapi dorang pergi bandar... Tapi semangat mengtravelling dan nak pandai2 sendiri tu membara, tapi pasal otak dah jam giler, ada jugak la aku tanya orang Jerman. Dorang memang faham dah fasih Inggeris,
cuma tu la, kita tak boleh berat mulut, tapi tak best la tanya2 orang, selalu kalau travelling gini, Rembat je..hentam kromo.. most to most dah salah....mulut kumat kamit menyumpah je la hahah.
Frankfurt nye bandar ni kecik dan kompak jugak....korang jalan kaki je.. jalan dan jalan dan jalan...mana2 korang jalan, korang nampak muzium haha...ok la aku suka benda2 gini, pun aku masuk satu je...ni aku dah tahu ada satu museum ni gerek giler. Lampu dia, cermin kaca dia semua bila korang ambik foto, takde sangat reflection sey.
Frankfurt ni banyak sejarah... Beratus ratus ratus ratus tahun mungkin seribu tahun dah sejarah dia....Aku paling suka gi tengok satu museum frankfurt ni ada model2 bandar Frankfurt sebelum hancur dibom perang dunia kedua dan masa kehancuran tu dan selepas dibangunkan semula. Orang Jerman memang terror la...
Dan kat sini depan mata aku , aku nampak rakyat Jerman biasa, bawak makanan kasi kat makcik bertudung semua yang aku rasa kaum Muslimin yang mungkin kesusahan kat bandar ni...
Aku tahu makcik2 ni orang Islam, pasal satu orang tu ngan solat duduk, masa orang Jerman semua lalu lalang kat bandar, makcik tu kat tepi, solat, maybe pasal aku ni observant atau maybe just Kepohci....haha.
Takde masalah la kat Frankfurt....ok je, dari sampai kat stesen besar keretapi dorang semua ok...heran je semua cakap Jerman.. tapi dorang mudah je switch kepada English kalau aku tanya apa2...
Dan mungkin ni Frankfurt, tapi memang nampak ramai orang bukan rupa Jerman, lain rupa2 Arab, Turkey, Mediterranean gitu...tapi semua cakap Jerman haha...PELIK SEY.
Bayangkan kalau selama ni dari aku kecik2 tengok cerita Combat kat TV, " vic morrow " kan? main dalam longkang longkang bawak kayu panjang, berangan2 jadi soldier amerika perang ngan soldier Jerman..
ni aku dah sampai Jerman....tengok Iron Maiden main kat Jerman, dua malam berturut2. Tapi aku kagum tengok orang Jerman la...memang dorang semacam nye bangsa.. Pandai dan boleh hidup nye bangsa. WORLD CUP TAHUN DEPAN AKU SOKONG GERMANY!!!!MERTESECKER AND PODOLSKI!!! tapi puaka aku dah lalu kedai fanclub Eintracht Frankfurt nye tapi belum bukak, jersey je ok ok je tapi ada satu lawa giler siot, kaler merah ngan burung hitam dorang tu satu tshirt tu... TSHIRT YANG TERSANGAT ROCK MAMPOS!!!! aku suka sangat...tapi lepas tu lupa nak gi kedai tu balik haha.
Moving On..
this is the museum that attracts me...I dont know whether saying I love the models is the right thing to say, knowing millions of lives lost in World War 2, all over the world, including here in Singapore and Malaysia and the elders will have lots to say what and who they lost during that period, and countless millions others suffering...
This models depicts the city of Frankfurt in the 1920s and then after the Allied Bombings of 1943 and 1944.
ROEMER
LAWA GILER TEMPAT NI....
So ni dia red-light district & casino2 Frankfurt, satu aku perasan eh, kat kedai makan pun ada mesin jackpot haha.. Ksiao sey.
Tapi red light district dorang ni...actually macam part of the scene tau, jadi semua orang lalu lalang gi kerja, balik pasar lelaki pompuan tua muda, or whatever la kat kawasan ni, tapi takde orang kacau ke hapa ke.....
ni dari mata aku la....
takde la those rupa2 melayu yang dipaparkan kat drama2 melayu kat tv ngan bandana ikat kat kepala, ngan tshirt guns n roses gitu, muka bengis gitu haha. Tapi discreet.
Anggap ni bahagian ni posting travelling untuk pengetahuan je la haha....Luas perjalanan jauh permandangan or something like that pepatah melayu I forgotten
ok, korang jalan dan jalan.....cantik...nampak sungei besar giler, kat jembatan2 tu banyak kunci2 padlock, couple2 gitu nye padlock, dan banyak museum,
dan lorong2 dorang....cantik2....tempat2 dorang minum2 or makan2...
then korang jalan2 lagi nampak la deret2 kedai makanan...insyallah halal , walahualam.
best la, senang dan mudah Frankfurt ni...
Aku was contemplating, next Maiden world tour....kalau dorang main Jeman nye indoor stadiums dan bukan festivals cam Rock Am Ring, Im Ring or Wacken,
(walau aku cam berkenan gitu tengok Rock Am Ring ngan Im Ring ni, dorang selang Jumaat dan Ahad, dan kalau... Maiden & Depeche Mode & Powerwolf ( ye la mesti ada band rock German satu kan ) main....oooo nooo)
so Aku was like contemplating cita2 nak backpack seluruh Jerman tengok Maiden main kat Hamburg, Berlin, Munich, Stuttgart, Dortmund, Cologne cehwahhhhh ..
Tapi binawei betul, orang2 jerman ni dah la tinggi2 sekali dorang senggol bahu kena kepala dan leher aku...tu la aku kena sopan diri belakang sikit, tak pun beli tiket seats...tapi diri la haha.
NEXT... MAIDEN FRANKFURT TWO NIGHTS , first night full of craziness and mental and I have to give way to them or I will be crushed haha, and a second night more mellow and courteous despicable me haha.
12 comments:
kenapa jambatan dia ada banyak mangga kunci??
pasangan kekasih gitu..dorang beli mangga, taruk nama ke message ke then dorang kunci kat jembatan.
teringin nak pergi prague (lari topik)
Teruja tengok red light tu..heheh
mak aih..rafi..
Bro deaf, macam menarik saja red light district tu...ada singgah mana2 kedai ke? Hehe
Cantik2 la bangunan dia....awek2 dia secantik tu ker? heheh...
Byk benor museum eh.. Tu ade pulak patung ...And justice for all hihi
teringat masa gua kat kopenhagen
Aku tengah browsing pasal frankfurt ..besok nak pegi.. malam nie baru sibok cari ;p ..terjumpa blog ko .. good !! thanks for the info .. I add ur blog k
wahhh dahsyat pengembaraan kau Mr Eddie
Post a Comment