Saturday, July 13, 2013

mana satu lagi legend? metallica atau belinda carlisle?


ni post dari hati ke hati...( " sound efek Richard Clayderman haha, ngan video klip rama-rama terbang2 kat bunga-bunga".)

cehwahhh..


Metallica main kat Kuala Lumpur 21 Ogos 2013 ni ialah antara show yang buat aku ada konflik dalam diri sendiri.
Ntah apasal berbelah bagi.
Ni tak macam tahun lepas kot senang buat decision? Megadeth main bulan puasa nak dekat raya, so aku cakap - Skip, bulan puasa, aku kerja, dah tengok Megadeth main sebelum ni so dah tak heran. Dan jugak band2 lain datang cam Malmsteen's Rising Force, Dream Theater semua so aku skip pasal dah tengok dorang main.

Apsal konflik hati aku ni untuk metallica kl?
- Aku kerja malam tu
- Kalau aku pergi aku tak pergi sorang, so aku kena beli more tickets dan ngan harga aku tak rasa berbaloi dan terover.
- Duduk? Bayangkan aku tengok Wings kalau kena duduk (cam rokestra IB tu hari) pun aku dah resah dan cam tongong waktu hikayat penuh ranjau,... bayangkan Metallica.
- Balapan trek lumba lari sekeliling stadium tu buat aku dead. Kalau korang dah gi tengok bola kat stadium2 besar cam Bukit Jalil atau Kallang, dan compare ngan stadium takde trek cam Jalan Besar, memang ketara beza jarak dia.
Bedek la kalau korang duk belah sini, korang nampak clear apa jadi kat penalti box lagi satu kalau gi stadium besar2.
Dan ingat tak Roy Keane cakap pasal "prawn munching sandwich" tu.
- PENTINGNYE LOKASI PEMINAT (maksud aku PEMINAT ia, bukan peminat ) YANG NAK ENJOY  DAN SPORTING ABIS YANG AKAN BUAT SHOW TU COMES ALIVE!!!
Tak yah nak bedek, satu benda kita suka tengok bola, dan gi konsert rock ialah pasal atmosphere dia.
Aku tahu, aku baru nak giler babi ada show, orang sekeliling semua tengok aku cam sial.
Korang bayangkan korang tengok Metallica main, dan yang kecoh ribut tu semua kat tiket murah nun jauh di belakang, yang kat depan semua senyap, sopan santun cam tengok Raihan.
Mau kejong.

Aku secara peribadi sebagai pembeli tiket, aku tak suka staggered pricing, untuk aku PEMINAT2 yang betul2 nak diri kat kawasan depan, harus ada kat depan.
Pasal dorang akan tahu apa nak buat!!
Masa aku tengok Maiden baik kat Frankfurt dan Donington. Jangan cakap perempuan la, perempuan menangis pasal panik masa Maiden meletup masuk stage pasal keliling tiba2 semua jadi giler babi aku tak heran, pompuan dekat ngan aku tiba2 dia jerit2 sampai kena bawak angkat barrier depanpasal dia panik bila Maiden mula je, tiba2 rempuhan kuat peminat2 kat kawasan depan pada malam pertama Maiden main kat Frankfurt ( malam kedua was like chill sikit pada pendapat aku )so biarlah dia keluar dari situ tapi aku tengok terutama masa Donington Park, lelaki mat saleh pun nampak stress dan panik dan cuba keluar dari kawasan giler babi kat depan pun bukan sikit orang. Aku tu jam dah nak penyek dah malam pertama Frankfurt, dalam hati cakap, jangan la tulang rusuk aku patah.
Madhouse, dan peminat2 hardcore yang betul2 nak kat depan madhouse tu deserve it. Ni aku cakap pengalaman aku la tengok band rok cam Maiden, Slayer etc, tapi kalau Roxette of course tak gile cam gini. Tapi aku tak pernah tengok Roxette kat negeri omputeh so mungkin lain kot? haha.

Aku tak setuju jenis " since aku banyak duit, aku mampu depan , korang jangan kacau aku, korang  kaki togok dan mabuk2 dan khayal2 dan trouble maker, korang jangan ganggu aku , korang horey2 la kat belakang tiket murah , tiket aku mahal"... TAPI kalau orang sebelah nanti baru nak giler babi sikit ko terus cam jeling cam " excuse me, dont disturb the show, and dont make any noise, I want to hear Rob Halford sings haha " , then sorry la FUCK YOU!! with an exclusive just for you middle finger to snobs and high and mighty fools kat orang jenis gini.

Sebab tu aku suka tengok show kat Fort Canning, sloping field dia serious berbual dah macam design festival2 orang puteh. Mana2 diri pun ok, harga tiket satu je, nak gi depan gi la.

Aku sebagai "peminat tapi tak tahu lagu2 St Anger dan Death Magnetic" harap Metallica KL ni bahagian depan penuh ngan peminat Metallica. I MEAN PEMINAT!!!. Metallica ni banyak kenangan untuk terutama budak2 Melayu, boleh cakap Metallica ni ialah household name dalam golongan orang2 Melayu.
Tu la pasal untuk aku tengok Metallica ni cam satu suasana lebih dari konsert rock, tengok Metallica ialah cam tengok sebuah institution gitu, untuk sharing gitu ngan semua. Walau Metallica skarang macam celaka gitu haha tapi tetap suka la.
Ni macam seluar jeans Levis dulu2 murah je...sekarang bapak mahal.
So aku kutuk2 Levis la apasal mahal giler, tapi dalam hati...tetap cakap Levis ni brand gerek. haha. Tak beli dah pasal harga dia pada aku merapek pakai jeans Bangla dah, tapi tetap suka jugak Levis ni kalau aku nampak haha.

Tak mau la pasal harga tiket sangat mahal so yang giler2 singalong kecoh2 semua kat tiket murah, dan jugak lagi teruk tak mampu nak pergi pasal perlu belanja untuk benda2 lain.
Metallica sepatutnya cam aku gi tengok Sweet Charity yang PWTC nye show dulu tu, ada budak Kedah datang ngan tumpang lori buah ke hapa..
Salute, ni baru for those about to rock, we salute you moment.

Aku akan keep aku nye option open untuk tengok Metallica KL till the last moment. Walau puaka nak kena ambik leave sekurang2 nye satu hari haha.

Aku cakap ni korang jangan ambik hati...korang bayangkan, korang selalu tengok dvd2 youtube2, yang kecoh semua bahagian depan, abis tu sini...Metallica datang, dorang tengok yang kecoh semua kat jauhhhh nun dibelakang, mau kejong dorang...
Most to most dorang macam kumpulan May, yang tiket duk atas semua kena pindah duk bawah haha. Which is still one of the most rocking moment by Mus May.

Dan kat puak2 yang tak reti pasal konsert rock, korang gi konsert rock cam Metallica tapi korang nak EXCLUSIVE tak mau sapa2 ganggu tak mau rakyat marhaen bergesel kulit ngan kau atau goyang2 kepala sebelah kau dan tak mau orang nyanyi2 giler2...tak mau ada peluh terpercik, aku rasa duk rumah je la layan dvd atau duk kat stadium directors box gitu.
Bayangkan FEAR OF THE DARK, kalau Helsinki 1992 tu tak macam gitu, korang rasa dalam dunia sampai hari ni ada ke korang tahu cammana nak respon FEAR OF THE DARK??
Ni semua evolution la, tahun demi tahun lagu2 band2 rock ni akan evolve, dan peminat rock la yang kat konsert yang tolong evolve kan lagu2 ni.
Pasal giler2 Helsinki 1992 tu la satu dunia sekarang tahu cammana nak respon dan nyanyi...
NI satu contoh je la.
Dan apa aku tahu kat youtube sejak berapa tahun Master Of Puppets pun skarang dah ada oooo ooo oooo singalong jugak kan. Ni semua pasal dari fans la....

ok dah.... aku dah lepas dah apa aku nak cakap pasal Metallica.
Mintak maaf la tapi sometimes I am a bit passionate about things I like and I dont discount the happiness and influence Metallica had totally given me during my growing up years especially. So a bit of respect to them would be nice in a "duniawi" way.


LAST BUT DEFINITELY NOT LEAST....

 this legend is coming out with some amazing deluxe editions and releases....




Deluxe editions of that 4 albums....each with a double cd and a dvd
and a new live cd and dvd.


Hmmmmmnnnnnnnn haha.

Metalic who?? haha.

8 comments:

Faizal and Anna said...

Salute for the comment bro, especially psl true fans tu.. Sini pn ade argument psl tgk Metallica KL or S'pore & ruginya beli ticket awal.. Lawak giler! If u a true fans this thing don't count..mcm citer 'Detroit Rock City'. Anyway, if ade kesempatan kita jumpa di Metallica S'pore nanti bro..

*Btw, wa pun fans sama ini Roxette & Belinda..:)

deaf said...

Haha, tu dia... roxette ngan belinda carlisle memang gerekkkk.

metal brain asylum said...

true fans are true...and the fake can continue whining.heheh

Rafi said...

aku pun tengah berbelah bagi ni nak pegi ke tak..

pada aku yang legendnya producer diorang dulu2..mcm johnny zazula,fleming rasmussen..kalau tak kerana diorang bedua ni,metallica takkan ada di tahap skang..bob rock?hampehhhsss

Portdy said...


"mana satu lagi legend? metallica atau belinda carlisle?"

jawapannya : dua dua !

hehehe

concert kena attend,

all those 4 sets album plus live cddvd must have!

berteromber said...

sapa ada rezeki lebih...gi tengok ler...tiket pun tinggal yg mahal...

tapi kalau aku...rega tiket yg mahal tu buat beli Belinda Carlisle box set pun cantik jugak...

deaf said...

Porty....dah agak dah groupie Belinda Carlisle haha.

serious berbual tu la aku fikir...
Belinda Carlisle complete set tu.

Saudagar Mimpi said...

Selamat Berpuasa Deaf,

Hahaha... Ari tu aku gi Konsert M Nasir kat IB pun problem yg sama. Tiket depan dan grand circle tiket mahal dan dipenuhi kakak dan abag yang berwang. Nak berdiri & menurun pun serba salah. :P