Tuesday, July 2, 2013

MAKANAN (food photos) - my Maiden England europe 2013 backpacking stories..

Dari Metallica ke Makanan. Blog aku makin huru-hara tak ikut plan.
Cerita bergambar sikit pasal makan2 masa aku gi backpacking tu hari kat Europe tengok Iron Maiden.

Backround info sikit -
Tahun 2011, masa aku backpacking tiga tempat Australia - Melbourne, Sydney, Brisbane tengok Iron Maiden main kat lain2 tempat ngan suasana berlainan, satu silap aku ialah aku tak sediakan budget lebih untuk makanan. Maaf la tapi ni bukan cam kita nak gi kawasan South East Asia je kan, ni dah masuk tempat orang puteh harga belanja pun dah berlainan.
Otak aku cakap tu jam, since aku travel sorang, makanan tak penting, aku cuma ingat nak tengok tempat orang - jalan kaki merata bandar2,
(kecuali ada berapa benda aku terpaksa keluar duit beli tiket cam naik boat pusing harbour/gi sanctuary koala etc, tapi ni semua aku dah plan budget sebelum aku pergi )
jadi aku konfiden aku boleh budget bahagian makanan ngan makan roti dan minum fruit juice je. Aku ingat ala....seminggu je makan roti minum orange juice tak jadi hal la, kalau ada peluang makan maggi aku makan la mana2.
 
Tapi silap besar, pasal satu dua hari aku dah lapar nasik atau setidak2nya cam lapar jenis roti seperti roti canai/prata dan jugak lauk-pauk.
Jadi budget aku lari gila tu jam... pasal aku tetap nak carik nasik, tetap nak carik daging, tetap nak carik lauk pauk, walau lauk cam kari atau keema sekalipun.
Jadi masa aku gi backpacking ni kali kat tiga tempat di England dan satu tempat di Jerman, walau aku disiplin perbelanjaan, duit untuk makanan aku dah tolak tepi dulu. Aku tahu aku mesti lapar nasi.



Bandar pertama aku pergi terus naik keretapi (nanti aku cerita) bila sampai Airport Heathrow London ialah Birmingham pasal aku dah terlanjur sampai, so aku nak gi tengok Bon Jovi main stadium bola ngan stage-set besar giler dan penonton dorang ramai penuh satu stadium bola nye padang dan seatings.
Jadi Birmingham ni kaum Muslimin-Muslimat dia ramai, aku pun terkejut pasal aku tak sangka ramai gitu bila aku sampai bandar dia.
Jadi aku makan kat kedai atas ni Khan Palace. Tengok belum apa2 aku dah carik nasik. Makan kat luar sejuk giler tu. Nasik beryani tu..

Then...
ni pulak kat kawasan Derby England, satu aku perasan pekedai2 ni ada yang memang sangat bersopan bila tahu kau datang dari jauh, ada siap tanya nak dorang tunjukkan kau mana Masjid tak? siap suruh datang lain kali bulan Ramadhan.
Pendapat aku, ni memang kuatkan mentaliti aku silap sesetengah orang yang suka meremehkan tempat2 minoriti penduduk Islam ngan membuat andaian kurang elok, dan jadi bangga dan bongkak dorang tinggal di tempat atau negara Majoriti Islam. Duduk negara Islam , duduk majoriti tempat Islam tak jamin kau jadi lebih Muslim dan lebih perangai elok dari duk tempat lain.





Nama kedai ni Zaika.
Bagus kedai ni...ada nasik haha.

Nak gi Download Festival makan banyak2 ler...
ok cakap pasal Download Festiva, ada gerai yang taruk " all our chicken is Halal supplied".
Bayangkan Download Festival 100,000 orang tiga hari 150 band , 5 pentas...
Ngan peminat2 rock dan metal dari seluruh UK dan seluruh eropah dan South America,
tapi ada gerai taruk " all our chicken is Halal supplied".
Betul atau tipu tu lain cerita tapi tengok berapa prihatin walau suanana huru hara ngan cakap beer bukan nak minum je la, nak mandi pun boleh, nak golek2 kat lumpur campur beer pun boleh.
For fuck sake, I am not trying to glorify drinking, but credits due when you see the word " halal' in this environment and some so called Malays Muslims dont even give a damn what meat they are eating.
Tapi gerai middle-eastern food kat Download Festival aku tengok ada  jual sweet and sour pork haha.
Tapi ok la ada gerai fish and chips memang semua fish je la.
Tapi acuan atau periuk kuali tu semua aku tak tahu la pernah sentuh benda lain ke tak.


ok...selain nasik apa lagi boleh buat aku kenyang....?
PIZZA!!!!
so ni semua pizza halal, dibuat depan aku sendiri oleh orang2 Islam kat Derby, selain kedai Zaika ni ada satu kedai kat bandar Derby sedap Pizza dia... Macam2 pizza la....tapi semua dorang buat depan kau laju je. Vegetables spicy nye la gerek2.
So Pizza ni tahan la, makan sikit simpan2 haha. Download Festival dorang tak cek beg sangat, pegang2 je haha...Aku bawak sling bag je la....maklum nak beli tshirt haha.








EPOK-EPOK atau ada tempat melayu panggil karipap, hah jangan mimpi, tapi Sambosa ada, samosa ke hapa ke... hah makan la apa lagi haha.

ok kalau kat London, yang kota mahal giler, makanan halal masih ok harga la jugak kalau dah lapar.
Ni masa aku ronda2 pusing2 St Pancras.



veggie burger, tak tertelan aku haha, tapi lapar nye pasal.

Pasal kota London ni aku plan pusing2 bila antara tempat, aku dapat jalan2 kawasan St Pancras ni pasal aku dari Derby naik keretapi aku nak gi airport jadi aku gunakan waktu tu untuk pusing2.

Nanti aku cerita la aku jalan kaki pusing2 bandar London selama 4 jam antara aku nak gerak gi Derby dari Frankfurt, gerek giler jalan kaki pusing2 bandar London pegi kat mana2 celah2 je la, macam2 nampak...AKU SUKA tengok streets dorang....nanti aku cerita...
Apa aku cuma boleh cakap, London kalau pandai ikat perut boleh enjoy giler2....dia punya theater scenes makdatok, satu deret.... memang dorang punya art and theaters sangat vibrant.

NI Frankfurt, ok Frankfurt ni ada aku pusing2 lorong2 sana sini...
ada kedai memang siap taruk kalimat ayat suci semua...tapi ada kedai arab, middle eastern, turkey gitu dorang tak taruk, kalau taruk cakap Jerman tu memang aku tak paham la, pasal semua kan cakap German, mana la aku  reti... aku tahu Danker, terima kasih haha.
Pasal orang sana budi pekerti kat aku, tiap2 manusia cakap Danker kat aku, dalam hati aku,  eh bagus betul budi bahasa orang di Jerman ni.




ok ok nanti sambung...

Aku buat post ni skarang nanti dah masuk bulan puasa nanti takkan nak cerita makanan.
ni aku baru teringat, aku nak cerita aku pusing2 bandar Frankfurt nak tunjuk korang red-light district dia, haha..
giler ah mungkin tu aku kalau tak sempat cerita bulan puasa, lepas raya je la haha.

10 comments:

Ijau D. Koceng said...

bab entri letak gambar makanan ni paling best kalau post minggu depan, hehehe...

Adi Herman said...

Kalau entri ni post minggi depan, alamatnya kurang la pahala puasa sebab buat orang terlioqqq ajer hahah

berteromber said...

best...best...

we want more....

faizal abd fathi said...

lapar pulak tengok gambar makanan nih

dilabangiWORLD said...

wei dep....amboi tak ku menahan ni
makan nasi BRiani kat LONDON!!!
cayyoooooo jauh perjalanan mu
naik syeh aku tgok nasi tu
yaaalllaaaaaaaaaaaa bestnyaaaaa

Kaboi Tanduk said...

food porn! emm.. sedapnyee..

metal brain asylum said...

awesome bro. ko g backpacking sorang2 ke?

Rafi said...

Fuh..beriani dia nampak sedapp..more story pls..red light district story..heheh

WanBeruas said...

..HUUHuuu ni sume racun nihh..Racun perasaan gua...ArghghHHHH!!!!

lieyalatif said...

tu laa cabaran kalo ke negara org kan....tang makan...jenis kalo boleh survive tak dpt nasi takpe....kalo jenis yg tekak kemelayuan asli mau menggelupur tak dpt nasi heheeheheh....

tapi sedap2 gak tgk makanan tu semua beb....naik lapar plak tgk heheheeheh...mcm lieya ni dah 3-4 bulan buat diet atkins tak sentuh nasi, maybe boleh hidup kot kalo kene campak kat sane haahahahaha...ayat belagak tu hahaahah....