Tuesday, July 9, 2013

Musabaqah (& Maiden)

Tu hari nak gi keja, RTM ngah tunjuk live Musabaqah Antarabangsa kat PWTC.
Ada satu benda yang aku perasan yang buat aku termenung dan terfikir kejap.
Sedih tak la, tapi ada lump in the throat.
- Hadirin yang kat PWTC tu datang dari merata tempat, bukan saje kawasan KL tapi seluruh Malaysia, ada pakcik2 dari Singapore, dan jugak overseas.

Sama jugak cam mana aku suka nak tengok dan nak dengar dan rasa suasana Iron Maiden main live kat merata tempat, aku sanggup berkorban macam2 backpack sana sini menyusahkan diri..

begitu jugak pakcik2 dan brader2 ni...
dorang mungkin suka sangat dengar dan menghayati orang mengaji, orang membaca Al-Quran, jadi dorang sanggup naik bas or whatever cara la, gi KL untuk mendengar dan menengok secara live Qari dan Qariah handalan mempersembahkan bacaan masing2.
Adakah aku mampu duduk berjam2 mendengar orang membaca ayat suci Al-Quran tanpa rasa bosan atau lagi teruk aku rasa panas dan cam nak terbakar?
Ngan aku kena berpakaian sesuai ngan majlis tu...?

So tadi aku jumpa kawan kerja aku sorang ni, pasal kita kerja kat lain2 tempat so aku suka la kalau dapat duk borak2 ngan dia kejap.

So aku cerita " eh orang Spore pun gi tengok Musabaqah eh?, sebelum aku mati nanti, aku pun nak jadi cam dorang, travel sana sini ngan tujuan keagamaan dan beramal kerana Allah ".
kawan aku macam siak cakap " hah kau patut dah kena stop ikut Maiden , dan dah kena mula buat benda2 gini ".

Cam siak je kan mulut dia?? haha. Mulut takde insuran.
So aku jawab " hah, nanti la, Maiden kalau dah bersara nanti aku jadi baik, tanduk nanti aku gergaji ". haha. Padahal dalam hati, solo projectss dorang tetap ada pe haha. Dan kalau Chemical Wedding (Bruce/Adrian Smith/Roy Z) lineup on balik, oooohhh I'll be there wooohooo.

Aku tahu aku tak betul, tapi aku harap one day sebelum aku kick the bucket, aku turn over a new leaf. Cheewwahhh.
Tapi seriously, aku paham, ni semua Passion, dan sebaik2 Passion ialah kerana Allah dan Nabi Muhammad. Pasal passion gini yang kekal.

Jadi kat semua yang baca ni, aku ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
Semuga dapat hidup cukup satu bulan Ramadhan ni, untuk dapat collect apa2 je la pahala, walau dapat satu bijik pahala sebesar atom atau setitik air pun asal diterima Allah dah kira baik, untuk diri sendiri dan sama important atau mungkin lagi important untuk love ones kita baik yang hidup atau mati. Aku pegang prinsip, kalau kita jaga hal orang lain dan mudahkan hal mereka, insyallah automatic hidup diri sendiri no problem, Tuhan akan tolong.
Dan kalau setitik air tu yang aku cakap tadi, kalo air tu kena kat api neraka dan padamkan semua api tu, tak tahu cammana perasaan.

Untuk korang yang jenis tak betul, ingat, alihkan duri kat jalan jadi orang lain tak terpijak ke, kasi anjing kehausan minum air pun, ada ganjaran, just stay humble, do your best not to turn anyone down when they are asking for help and usually its just involve coins and carrying of some things or a delay of a few minutes,  and just smile no matter whatever people says. Allah tahu hati masing2.

Semoga korang, dan love ones korang, dan love ones aku, mendapat keredhaan dari Allah dan semoga kita semua mati dalam iman dan selamat dunia akhirat. Amin.




HAPPY RAMADHAN!!...

15 comments:

Skudal said...

selamat menyambut ramadan..

berteromber said...

salam ramadhan

Rafi said...

Salam ramadhan bro deaf

ajie said...

salam ramadan bro...
moga puasa cukup..kekeke

lieyalatif said...

betul tu bro...rock pun rock jugak..bab keagamaan tak lupe...bagus laaa...suke sikap gini...

metalica nak perform kat kl ni bro..tak mo turun sini ka heheheeh

selamat menyambut ramadhan almubarak...

Anonymous said...

Wa suka artikel ni coz at same time pikiran wa sama frekuensi dengan lu., tapi bukan pasal musabaqah...ini pasal tiket metallica. Pikir-pikir tiket kat malaysia ni mahel sangat banding singapore atau indonesia.., tapi sanggup gak tu beli and ianya hampir sama atau lebih dengan nilai korban 1 bahagian lembu. Time tu raye haji pun dah nak dekat. Tiket metallica mahel-mahel sanggup beli, korban raye haji tak sanggup. Tapi tu la, nak pegi jugak nengok metallica. Wa cakap ni kat diri wa sendiri...

Adi Herman said...

Sama2 mencari keredhaan Allah di bulan Ramadhan ini bro...

PC kOKak™ said...

selamat berpuasa bro!

SEJARAH 101 said...

Selamat Berpuasa bro! :)

gayour said...

moga gagah dan handal untuk beramal ibadah di dalam bulan ramadan bro.

gayour said...
This comment has been removed by the author.
dilabangiWORLD said...

dep...
salam Ramadhan. hang raya kat mana dep?
jangan amik ati apa yang urang cakap tu
memasing khen...so tetap ada balancenya
TAKECARE DEP.....BYE

deaf-angel said...

To all, Selamat berpuasa guys.

Hi sejarah 101.
I love sejarah too.. nanti aku nak share macam2 benda lagi la haha.

Hi Anon.
Takpe pelan2 kayuh, apa pun dah ada kesedaran tu, kita sama2 pelan2 cuba buat. Sapa tahu masa ni ko hanya satu bahagian aje, tapi masa depan Allah beri ko peluang seekor, dua ekor, malah lebih. Insyallah. Tapi all these aku rasa la untuk kita orang2 biasa ni, kita mula pelan2 kayuh. For you and for me gitu aku post ni.

xrasxras said...

Selamat berpuasa ... moga kehidupan saudara dirahmati

deaf-angel said...

hi x
same to you