Wednesday, July 24, 2013

foto-foto Frankfurt Iron Maiden (11&12 June 2013) & cerita keselamatan - My Maiden Europe Backpack 2013 - Day 3 & 4

Firstly, a photo of the always stylish Adrian Smith. Then I will talk cock, then lots of photos and I'll end this post by talking a bit about my experience in Festhalle Frankfurt and some small things that matters, like access for Maiden fans who are disabled, in wheelchairs etc




tak tahu berapa ramai punya air peluh dah terpercik kena dan membasahi aku, kaki aku kadang2 dah tak pijak lantai, setiap kali itu terjadi, aku seram pasal dah macam hanyut, langsung dah takde wujud 'comfort zone', macam ambik sotong 20 ekor, gaulkan, tangan dan badan dan leher dan  dah merata, tapi aku pelan2, sikit2 aku mengalah, aku tak mau cedera, dan carik pasal dan ini sesuatu yang harus aku hormat, aku kat tempat orang dan takde pengalaman macam dorang. Betapa kita ingat kita dah rock, omputeh nye rock tahap lain, melayu nye rock masih ada kasta darjat dan pangkat, which is rubbish. Rock omputeh dorang tak pedulik sapa keliling dorang, janji satu kepala. Tapi rata2 takde yang sengaja nak cederakan orang, cuma semua nak berebut, dan ada dah mabuk, memang dahsyat la mat salleh ni kuat dorang.

Aku ingat aku nak cerita pasal KESELAMATAN terutama kalau ada korang yang perasan kat internet banyak timbul balik cerita2 pengalaman peminat2  pasal KEMATIAN, KECEDERAAN, KECEMASAN, KEBIMBANGAN, KERISAUAN masa gi konsert band rock kegemaran padahal dorang semua hardcore la kira, tapi tu la, bukan cam ada samdol, yang ingat pergi konsert rock tu untuk violent, untuk tunjuk samseng berlagak, tapi ntah eh, aku tengok moshpit2 kat Download (betul tengok aksi manusia lagi aku kagum dari band main atas stage), ngan berlumpur kotor semua, sekelip mata kalau sapa tak bangun terus, automatic yang lain semua lekas2 tarik mamat tu. Kira tengok first hand la moshpit berlumpur giler babi gini.
Tiap kali gini, aku mesti teringat satu Ba&# yang pekik " push!! push!! " masa ngah beratur line-up Pen A Maiden Indoor Stadium Kallang dulu bila kita tau dah takde tempat nak pergi walhal ada orang2 pompuan dan budak dah tersepit (ni masa kat luar ok, kat dalam lain, semua mesti tahu capability masing2 kalau nak rebut2 kat paling depan) ,  Aku tak terkejut ba^% macam gitu, kalau campak kat crowd mat salleh nye concert rock atau festival, dia akan panik dan ingat mati je. Suka sangat kan? Niat nak tunjuk ko tu terror la kan depan kawan2 kau.

OK, aku tukar cerita kejap, Hari ahad Download Festival, dekat luar stesen keretapi Derby, aku  tegur sapa ngan satu orang Canada ni, 
Memang seluruh dunia la peminat.
Dia cerita kat aku, hari Sabtu, dari kul 11 pagi waktu UFO start main, dia dah dapat depan dia dah grip kat safety barrier depan tu dia tak berganjak sampai lepas kul 10 malam bila Maiden headlining show tamat.
11 jam berdiri kena himpit antara manusia dan barrier, Pressure giler siot. Tak makan, tak minum, tak kencing, serious kalau dia kencing dalam seluar pun takkan nak cerita.
Dia cakap aku dia berapa kali jatuh, korang bayangkan la, bila Maiden main, rata2 90,000-100,000 orang, dah konfem himpitan, rempuhan, tekanan peminat2 terutama yang berasak kat depan tu mesti hebat punya..
Dia cerita, security semua berapa kali offer nak tarik dia keluar, pasal dorang perasan dia tak berganjak dari 11 pagi, tapi dia tak mau, dia nak diri paling depan kat Donington Park bila Maiden main. Passion.
Lepas show, dia bilang, ada Security kasi dia hadiah, kertas setlist Maiden dari atas pentas yang ada butir sequence bila pyrotechnics meletup, bila api menyambar keluar.. suka dia.
Tapi bila aku tengok dia tu memang ada cam warzone sikit, jalan tempang2. haha.
Donington Park ni jangan main2.. Aku sopan santun, aku tak berani....bila aku teringat dua peminat Maiden dah mati kat tempat ni(sesak nafas pasal dah himpitan teramat/kena hempap/kena rempuh/tergelincir ramai2 tumbang/ kat padang berlumpur sloping dah terang2 rekod 107,000 peminat tahun 88 tu ) pada 1988 bila Maiden headline tempat ni Donington Park (walau dorang mati siang hari dan benda ni dirahsiakan dari pengetahuan anggota Maiden sebelum dorang main malam tu)  dan ngan hujan, lumpur giler, jangan aku nak carik nahas, ni belum cerita yang coma kat spital, yang cerita dorang tarik yang pengsan yang cedera, aku rasa sudah la, ni festival mat salleh, dorang tahu apa dorang buat, aku relak one corner sua. Tapi memang menakutkan, aku tengok...lautan lebih 90,000 mungkin 100,000 orang tu, terutama bahagian depan, kat tepi walau pun moshpit kecik2 impromtu punye semua jalan terus, ngan mabuk ngan giler babi, tapi at least kat tepi ada chance selamat, kat tengah, entah aku tengok aku cuak. Kalo korang tengok dvd ke youtube ke, memang nampak ok, tapi bila kat sana, seram weii. Satu benda trigger je apa2 boleh jadi.
Cakap pasal Security,  dorang nye security memang pro abis...
Korang pernah tengok Wimbledon tennis tak? ada yang jaga garisan kat belakang tu? dia macam tercarik2 fokus gitu, tumpuan 100%, hah macam gitu la aku tengok kat Frankfurt dan Donington. Giler professional.
Dorang tak kacau, pasal dorang tahu sapa pergi giler babi kat depan semua berani tanggung risiko tapi dorang memang kuat siak, ok orang pompuan yang dorang angkat relak je anaje, tapi lelaki mat salleh badan besar2, yang apa tu? Body surf? Tapi ni jenis yang nak kena angkut keluar pasal ada masalah, senang je sey dorang settle, aku tengok wow...aku suka tengok2 benda2 gini, cam aku cakap, aku suka tengok benda2 yang luar dari masa band2 rock ni main, cam aku suka tengok betapa efficient cammana crew keluarkan Dimmu Borgir nye  equipment dan Slayer masukkan stage equipment, marshall stack, drumriser drumset semua dorang. Ni benda2 gini la aku suka tengok. Jadi sama cam security...
Mungkin kat row2 belakang mungkin security dia relak sikit tapi paling depan, no-nonsense..
Kat Frankfurt, satu security ni point jari je, mat rock jerman yang dah mabuk dah high pun terangguk2 haha, takut kot. Ada security tu memang eye contact ngan aku satu masa bila dia tengok aku dah terhimpit giler, cam nak penyek kena nasik himpit gitu, tapi ok la, sabar je la...haha.
Download Festival, setiap security nye vest ada nombor peribadi, tu yang ada jokes tu carik sapa security yang pakai nombor 666 , besar giler, kalo korang tengok pro-shot youtube takkan nampak tapi atas main stage pentas utama, kiri kanan ada dua security pro diri tegak je, aku tak tahu apa dia scan, ngan headset semua complete. Aku rasa organiser pun mesti takut apa2 jadi dah penuh sesak cam gitu.

Nanti la sambung cerita , now layan foto...
Mr Bruce Dickinson, Mr Dave Murray, Mr Adrian Smith, Mr Janick Gers, Mr Steve Harris and last but not least one photo of Mr Nicko McBrain.


















Paling susah pada aku nak snap foto yang tiga2 gitaris Adrian, Dave, Janick ada dalam foto tu, tapi berjaya. Lihat bawah, tak cantik la, tapi untuk aku, best in the world.

I sometimes feel like I am a LITTLE GIRL GROUPIE. Sigh. haha.




.
.NEXT,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ok, moving on...a bit on Festhalle Frankfurt.. Its an old historical building but new structures had been added to the old Festhalle. I like it here, its very convenient. I have always thought if I backpack to see Maiden in Europe in one place but they are playing for two nights ( this way I can afford it, see more Maiden for less travelling cost ), I thought it would have been Paris Bercy. I undertstand this is a killer place to see Maiden.

As from the photos below, you can see on one photo they have sort of a platform for fans on wheelchairs or less abled, to enjoy Maiden in the best position possible.
Also, the barriers erected on the standing area, they are not to partition the fans due to the ticket price ( ALL STANDING TICKETS COST THE SAME!! ITS UP TO YOU IF YOU WANT TO SURVIVE IN FRONT OF BE COMFY AT THE BACK ), its a form of safety barriers erected along strategic locations at the center part of the standing area, you can move up front at the left and right, but the center where the most excited fans will be, they got barriers, which is good, just in case anything happen, and to prevent a CRUSH in front.
In Download Festival, Donington Park, its sort of a T. I like to appreciate all these itty gritty things..


Voodoo Six was the opener for both nights...





ooo ok, this is the booth for Maiden England 2013 Merchandise set outside of Festhalle building itelf.


There are two more inside....



.
.
.
.

To be continued....


ooo I think I want to create a blog post called " Walking and just continue walking - with zero cost, maximum sight seeing of London in 5 hours with some unexpected discoveries... ". 

Just for you guys who might be interested in some low cost quickie adventures.

maybe after Ramadhan...haha.

7 comments:

Ijau D. Koceng said...

hmm~ mmg kompem goldtop H dah pasang balik pickguard (hehehe, nak pasang balik pickguard la lps ni)

Rafi said...

Smart dressing bruce eh..ala2 steven tyler gitu.nice story bro..aku baca pun takut..heheh

Dr. Bentara said...

himpitan dahsyat itu dapat saya rasakan juga masa tengok IRON MAIDEN di New Zealand dulu. Gila! Only persistence wins ;)

berteromber said...

kalau dah tua2 gini rasa tak larat la nak berhimpit2 gitu...tu hari masa nak masuk Larkin kena berhimpit sambil dukung anak pun aku dah tak larat dah...tu baru melayu...tinggi lebih kurang...kalau mat saleh tak tau la....

Adi Herman said...

Lawa2 tshirt kat booth merchandise tu hehe...

dilabangiWORLD said...

kelez aaa dep
sempit2 tu pun still gambau melecun
kan senang tu kan

Jairo Desecrator said...

meremang bulu roma aku baca dan tengok gambar entri ni.. perrgghhh