Sunday, July 28, 2013

sedikit cerita bulan Ramadhan kat Singapore dan Kuala Lumpur

Ramadhan 2013 / 1434h, , so lets talk a bit about this year's fasting month in both Singapore and Kuala Lumpur.

(1)
Epok-epok (karipap) paling legend sekali ialah Epok-Epok Sayur.
Entah apasal senang lak nak jumpa Epok-Epok Sayur ni bulan puasa ni...
ok ni dari dua gerai hawker center berlainan, salah satu ialah dari gerai "Epok-Epok Central".




Kadang2 bila epok2 tu tak cantik, atau pecah2, atau TERPELEOT gitu bentuk dia, pada aku lagi sedap pasal tu nak menunjukkan betapa hand-made epok2 tu, guna tangan.. so memang tak lawa.


(2)
Moving on...Kurma Madrasah Wak Tanjong...  Cam biasa, kalau aku gi sembahyang Jumaat kat Singapore masa bulan puasa, aku look forward tengok budak2 Madrasah Wak Tanjong jual kurma amal dorang.
Cam biasa harga, sekotak ialah sebelas ketul. ($11)
So cam biasa , support especially your local and even a bit faraway mosques, madrasahs, and muslims organisations most importantly because if we are not supporting them, then who else?



(3)
Next...
Short review - Bazaar Hari Raya... both Geylang Serai (Singapura) dan Jalan TAR/kawasan Masjid India (Kuala Lumpur)

(3A)
Geylang Serai,
aku tengok makin lembap tiap2 tahun pada pandangan aku dan rasa ramai lain la,

tapi satu benda paling postif aku nak cakap ialah...
Betambahnya gerai/booth kat merata2 kawasan2 bazaar Geylang Serai tu yang disewa atau digunakan oleh Pertubuhan2 Islam , Madrasah2, Masjid2 dari merata Singapura yang ambik kesempatan orang datang Geylang Serai untuk shopping / marketing / soak in atmosphere Bulan Puasa ni untuk carik dan kumpul dana untuk projek atau penyenggelaraan masing2.
So korang kat Singapore boleh la nak support mana2 Madrasah/Masjid/Pertubuhan Islam korang suka ngan mudah pasal dorang semua banyak jugak yang bukak booth sepanjang Geylang Serai ke Haig Road tu terutama untuk Masjid2/Madrasah2/pertubuhan Islam yang tengah kumpul dana untuk projek2 upgradings/renovations etc etc.


ok..
(3B)
Kawasan Masjid India/ Jalan TAR (KL)
Aku turun LRT Masjid Jamek, aku tengok eh? Tak ramai orang je....kat Masjid India pun eh tak ramai orang je....hah kau makin dah nak sampai Jalan Tar tu nye lorong2 tu kan? aisey bedah, tak boleh jalan dah.....penuh sesak, dah la lorong2 tu sempit2 abis tu ramai nye manusia.. Ni baru hari apa sey??? Tapi rata orang semua recce dulu kot, malam raya baru serbu...harga turun dah haha..



 Ni foto bawah ni snap nak naik LRT kat stesen Bandaraya...kena kawal lalu lintas dah, banyak sangat vehicles.



Tapi meriah la , cuma... penuh sesak... malam raya kalau pergi sana memang kecohrable abis.



(4)
ok...  Bukak puasa dan jugak sahur,

ada kita makan kat rumah,
ada buka puasa sikit2 lebih kurang ala kadar,
ada bukak puasa kat masjid,
ada bukak puasa sorang2,
ada bukak puasa beramai2,
ada bukak puasa dalam bas express atau dalam perjalanan,
ada bukak puasa tepi jalan,
ada bukak puasa ngan time asar gi ambik bubur masjid ( ala...aku tak snap lagi gambo bubur lambuk masjid, aku tiap2 kali off days, mesti gi ambik petang haha ),
ada bukak puasa kat kerja

cam aku yang suka carik kerja shift gini, depending on shifts, buka dan sahur dalam suasana darurat dan kelam kabut dan "nak makan pun tak senang" aku memang dah biasa...I mean this is different for different people,
tapi aku kadang2 kesian tengok budak2 muda baru start kerja (dan orang2 dah dewasa tapi...)  gitu yang mungkin seumur hidup buka puasa secara elok dan aman-damai dan sempurna, then kerja yang perlukan sacrifice a bit... Tapi hopefully, ni semua jadi pengajaran dalam hidup.
Kadang2 terpaksa cakap 'apa kata korang minum air dulu, lepas settle benda sekian2 pergilah makan", I mean benda gini susah nak tegur atau share, pasal kita kerja carik rezeki, dan tak semua kerja ada pilihan untuk berhentikan sementara kerja walau buat 10 minit hanya untuk bukak puasa je kan, pasal kalau benda tu harus berlaku time azan magrib, then terpaksa korang tahan sikit...
tapi hati aku kesian jugak, pasal mungkin aku tak heran la bukak puasa all that kalao hancor bocai nye bukak puasa. Like I say, different things for different people.
Tapi puasa ni kan ajar orang suruh sabar, kalau gabra sangat ingat makan, padahal kau gatal pilih kerja yang perlu kau kerja bila masa kau kena kerja pasal tu tanggungjawab kau pasal kau makan gaji, kita semua dibayar, apa yang nak dikejar pasal makan... Then? kerja opis hour je la kan??

Sahur, hah, ni lagi satu cerita lain pulak...

(5)
lastly, and the most important thing.. Zakat Fitrah.
I mean, memang kadang2 gerun, bila ada amil2, tengok kita lain macam, cam ada setan atas kepala, cam ada tanduk dua, haha..
tapi tu la masing2, aku suka orang2 masjid atau petugas badan Islam yang cool, cakap slow dan sanggup datang dekat ngan aku untuk tanya aku apa persoalan aku bila tengok aku cam tongong kat situ sedang colleague dia dah "woo haa woo" haa cakap kuat2 dari kerusi empok dia dalam bilik aircon tu waktu nampak aku diri cam tongong kat pintu pejabat tu , which I so salute padahal dia boleh duduk je tak yah nak gi kat aku tapi penuh kesopanan, terharu aku bila jumpa orang cam gini padahal dia tak yah buat pasal memang aku yang tongong, I mean people who present themselves as humble as possible, because being humble is virtue kalau kita tahu. And seriously, colleague dia tadi tu nye dressing lagi tersangat wow!! dari dressing orang ni yang simple and that colleague is much younger so I think that young man has a long way to go to learn sometimes you have to approach people with softness and being pleasant. .

To recap cerita2 pasal dah memang aku ngah banyak merapek ni kat posting ni,
aku pernah cerita tak aku tengok mak-nyah gi bayar zakat fitrah ngan drag dorang, amil tegur untuk beri nama original lelaki dan bukan nama glamour, tapi amil tak pegang tangan masa niat haha.
tapi tu la masing2....lain nilai kat manusia, kat Allah nilai dia kita tak tahu lagikan.
Seumur hidup aku, aku takkan lupa, bila aku zaman budak2 ngan tabung pergi mintak derma kat jalanraya merayau sana sini, memang orang melayu Islam semua tolong, tapi ada satu mak nyah ni... bila dia tahu untuk apa derma tu, keluar duit lagi kasi nasik tambah... for that aku respect and banyak benda positif kita boleh belajar, one, dorang kerja better haha, ok la nanti lain kali sambung...aku merapek tak stop...nak gi kerja ni..Ahad, mintak2 takde problem kat kerja haha..
OK, bukan aku nak backing dorang atau cakap apa dorang buat betul, cuma, bila kita masuk sendiri dalam longkang, baru kita tahu keadaan longkang tu cammana. Foto/Video boleh pakai tu memang betul, tapi foto video takde bilang kita bau nye cammana ok. 


Ni two different receipts zakat fitrah at two different places.



Jadi ni resit  Majlis Agama Islam Wilayah Perseketuan 7.00RM seorang
Resit Majlis Ugama Islam Singapura ialah dorang pakai printer cuma sepuluh hari terakhir baru pakai resit koyak2 pasal nanti ramai orang kan nak bayar, pakai printer gini, korang kasi nombor IC je, dan bilang berapa orang korang nak, split bayaran jadi resit jadi dua ke hapa ke, nanti dorang tahu la...
Singapura nye harga ada dua, ikut gred beras korang pilih $4.80 atau $6.80 seorang. So korang pilih la mana satu nye gred beras korang rasa lagi sesuai untuk korang bayar zakat.

Anyway peringatan untuk diri sendiri dan jugak untuk korang yang memang tak perasan benda2 gini,
kalau korang rasa perlu korang bayar zakat harta ( which basically for rakyat biasa yang tak punya apa2 harta, cuma mungkin ada wang simpanan kecemasan ), kalau rasa cukup nisab tu jangan lupa bayar and this applies to your love ones, so ingatkan dorang or you go settle it for them...Tak yah embarassed atau rasa pathetic la kalau jumlah dia sikit, bayar je la, mngkin sikit kat pandangan manusia tapi kat Allah sapa tahu kan?
,
,
,
,
,
,
STAY HEAVY!! \m/
...





8 comments:

Ijau D. Koceng said...

bersama menghijaukan bumi :)

MOHD SHAFID BIN RAHMAT said...

Aku akan try avoid pegi masjid india kalau boleh. Masa belajar kat sana dulu dah serik bersesak-sesak kat situ. Angsana pun dah tak boleh tahan. Masa duduk kempas dulu naik moto ajela.

Rafi said...

nice story..pasal datang kl takmau kasi tau..

tapi betul..bapok2 kat kl memang murah hati time ramadhan ni..aku salute kat diorang.

berteromber said...

aku lum bayar zakat lagi...tapi kekadang kita lupa zakat firah tu tak semestinya melalui Majlis Agama Islam sahaja...tapi ianya memang memudahkan...

lieyalatif said...

dah lame tak jumpe epok2 sayur...kat area2 johor jek kot..sini mmg tak do beb..sedey...

fuhh musim2 raye mmg tak sanggup masuk jalan tar...sesak wey....

oo mcm tu style zakat kat singapore...baru tau ni...

Portdy said...

arwah mak selalu experimentasi dengan epok epok ini, ada inti sayur, ada inti telur dan feveret gua inti Mihun goreng left over mana-mana masakan!

matakucing said...

Thn lps aku puasa kat labuan.. Sempat jugak rasa epok epok mi siam.. Best sedap.. Mmg top kat labuan epok epok tu

iaryylr said...

SELAMAT BERPUASA :), WAH karipap taugeh, baru nampakla bro :)