Friday, September 27, 2013

D'ZIKIR ALAM - maman (teacher's pet)

Masa aku nak tangkap cd ni, aku dah diberitahu cd ni sound dia best dan berkonsep kerohanian.
Aku was like, Kerohanian?? (gulp),, Aku nervous jugak nak dengar, aku takut aku rasa panas nak terbakar lak.



ok song by song..

- 1st song D'zikir Alam. Sound power dahsyat.
Korang tahu lagu Desert Rose oleh Sting? Hah... those style World Music gitu.

Ni lagu pakai instrument Gambus gitu,
keluar masuk keluar masuk gambus nye gentel seluruh lagu ni.
Inlet booklet cd ni taruk Gambus/oud played by Azrin Abdullah. Handal sey. (Led Zeppelin tak pakai gambus atau arabic/desert musical instruments kan masa buat lagu lepas dorang mengembara kat Magribi? Dorang cuma nak try pakai sitar, tapi Jimmy Page tak tahu tuning sitar kan? ni sejarahnya la apa aku tahu.Ooo let the sun beat down upon my face, stars to feel my dreams, i am a traveller of both time and space to be where I have been, sit with elders of a different race...dah sampai situ aku ingat, betapa aku suka Kashmir sampai tahu apa Robert Plant nyanyi haha, Filem Ocean 11/12/13 yang mana satu tu? si Brad Pitt berbual gengster pakai code gitu, padahal dia recite lirik Kashmir, that was seriously very funny. ok ok aku dah merapek dah, sorry.)
Aku baca lirik D'zikir Alam, cantik sungguh.
"seluruh sahut tunduk berzikir
seakur membentuk kalimahnya
hanya pada mu aku berserah
hanya pada mu aku menyembah".
song and lirik - maman.

- 2nd song Anugerah Cinta. 
Aku dengar terus aku rasa ni cd memang champion.
"Melihat Mata Mu Ku Terlihat Kebesarannya". how true....
Sedap sungguh lagu ni, slow aje. Ada backing bahasa Arab sikit2.

Serious berbual aku terfikir sejenak siak, rasa terharu lak. betul sangat lirik lagu ni. Perasaan kasih sayang yang ada dalam diri kita ni semua sebenarnya anugerah Allah untuk kita.
song and lirik - maman.
lagi sekali aku cakap, 1st and 2nd song memang CHAMPION!!

3rd song Kamar Hati.
Ada swing sey ni lagu, pakai snare.
Aku dengar lagu ni, aku pun harap satu hari nanti aku pun nak buka hati aku, bersihkan. HAHAHA. Aku serious la weyy..

4th song Di Ambang Detik.
There is this great keyboards hook on this song yang aku suka sangat. Keys kat lagu ni terbaik.
song and lirik - maman again.
Power siot lagu ni, nyanyian dan music dia.
"ku rentasi lautan, mencari damai di hati, melayari kasih suci ini"

5th song - ibumu ibumu ibumu
"wajah siapa suci abadi
hati siapa harus di jaga".
Touching lagu ni.

6th and 7th song are instrumentals of Dzikir Alam and Di Ambang Detik.

Serious berbual ni dua instrumentals. Korang pernah masuk Imax yang cam bola tu kan dari bawah sampai siling semua melengkung screen tak tau nak tengok apa direction tu?
Yang cam nak jatuh gaung tu kan seats dia curam2 tu kan?
Hah, bayangkan main lagu ni, sambil tengok rencana dokumentari naik helicopter ride kat atas padang pasir gitu, ada unta2, ada apa2 je la kat padang pasir sahara gitu... sahara desert ok? bukan seluar jeans sa!sa!sa!hara club
Sedap la instrumentals versions ni.

dah tu je...
Maman ni terror sey hasil seni dia dan quality control untuk album ni. Fabulous release. Terbaik dari ladang.
Tahun ni aku dah borak pasal album2 melayu keluar tahun ni berapa album?

Aku rasa ni ada chance aku pilih aku nye feberet album of the year melayu tak kira la rock ke pop ke metal ke berunsur dakwah ke.



Give this cd a try, you guys will be impressed!!


5 comments:

Adi Herman said...

Masa zaman kegemilangan Teacher's Pet in the 90's dulu, aku selalu terfikir yg maman ni boleh gantikan sifu M Nasir...ianya mungkin meleset pada pandangan muzik mainstream...tapi apa yg aku tengok dulu, maman ni memang kreatif buat lagu, in his own terms la...itu baru artis!

berteromber said...

Macam best ni...nak kena try dengar....tapi aku harap satu hari nanti akan ada sykt rakaman riliskan balik album band pertama Maman Flying Funeral tu...

Rafi said...

maman ni memang kreatif kalau dalam penulisan lagu,tapi sayangnya lagu2 dia kurang dapat perhatian..diskriminasi stesen radio.respek kat beliau sebab tak jemu berkarya

faizal abd fathi said...

steady

dilabangiWORLD said...

aku suka gak lagu lagu ghini dep
sesekali kena layan.......