Wednesday, November 13, 2013

epok-epok central dan suku-sakatnya

Makan kat rumah ke,
makan kat gerai ke,
makan kat pusat penjaja ke,
atau sekali2 ada rezeki lebih kita pergi makan kat restoran ke,
tak kesah la apa pun, yang penting kita enjoy the food, dan bersyukur Rezeki Allah.

Ni Epok-Epok dari gerai pusat penjaja bernama
Epok Epok Central .
Sangat legend gerai ni. Terletak di Pusat Penjaja Eunos Crescent, Singapura.


Dah patah dua tu, epok-epok kentang tu 40sen, epok epok sardine tu 40sen jugak, epok-epok ada telur tu besar sikit, satu 60sen. S$ bukan RM.

- Untuk orang Singapore dan orang Johor dan sesetengah kawasan lain, korang panggil ni Epok-Epok.
- Untuk orang Yang Rest Of The World - Korang panggil makanan ni karipap.
Peringatan untuk diri sendiri, jangan lupa bila dah naik masuk kawasan KL dan sebagainya, panggil ni karipap. Korang panggil ni Epok-Epok, orang tengok korang cam "WEIRDO!!".
Siap kena gelak lagi. HAHAHAA!!..

Sejarahnya dan asal-usul nya Epok Epok Central ni...
(kalau salah sorry la eh..tapi ni old skool Nye cerita sambil makan epok-epok central ni la.).
KENAPA EPOK EPOK CENTRAL?? APASAL CENTRAL???

Suatu masa dahulu, di perkampungan Melayu Singapura yang atas sikit dari Geylang Serai tu, kira sebelum sampai masuk Kampung Melayu Jalan Eunos/Yunos (cehhh...) dan jugak the Legendary KAKI BUKIT,
kalau korang tahu mana tu Sekolah Jalan Daud (cehhhhhhhh old skool ok ni), pada zaman sebelum Eunos Crescent dinaikkan, di mana Eunos Crescent dulu ialah jugak kampong melayu,
Apa aku agak la,
Warong Epok-Epok Central tu betul2 sebelah sekolah Jalan Daud. Jadi aku rasa blok 19, 20, atau 21 tu kot lokasi asli Epok Epok Central. Kat situ diceritakan ada panggung wayang Central jugak.
(Bukan kat perses, 4PM lama kampong melayu jalan eunos yang ada klinik maju tu tempat korang sunat semua hahaha...)

Ni semua cerita sezaman P RAMLEE Jalan Ampas dulu ok... zaman 60an or maybe 50an dah ada gerai ni? mengikut lagenda old skool Nye kurang pasti sikit haha... Ye la cerita lama.... banyak cerita2 legend semua hilang2 gitu...so kadang2 borak2, korekkkk rahsia cerita lama, dan betapa susahnya hidup orang dulu...
Jadi memang lagenda la EPOK EPOK CENTRAL, yang memang wujud kat Eunos Crescent Hawker Center sejak dinaikkan Eunos Crescent 70an dulu...

Tak tahu la sekarang sapa pengendali gerai ni, mungkin sama keluarga atau apa pun, yang penting, nak cakap epok-epok paling sedap, takde la...
tapi nak masih dia buat depan kau, kepit2 tu pakai tangan depan kau, sebab tu epok epok tu semua senget-senget, BENTUK TERPELEOT, pecah pecah, goreng depan kau, sampai kaum Cina pun sanggup tunggu untuk brader-brader tu goreng epok epok ni....
kira memang menarik sangat...

p.s Anyway, lagi satu EPOK-EPOK Nye gerai yang aku teringat-ingat ok...
ni tak bedek....
North South Highway, gerai makcik melayu yang pakai van tu kat Rest and Relax Yong Peng menuju Selatan arah Johor Bahru
Makcik tu cuma jual epok epok kentang, aku interview dia ( cehhhhh...interview siot), "kak! apsal sedap ni epok-epok kakak? sapa buat?", makcik tu cakap dia buat sendiri...
so korang gi la try...
I mean kalau korang naik bas ekpress cam aku, nasib korang la hahaha....driver jarang berhenti sana, dulu bas Alisan suka berenti sana, gi toilet break.



Zaman ni, kadang2 nak makan epok-epok, terus gi OLD CHANG KEE.
Epok Epok style cina la kot, tapi halal ok. Ada sijil...


Hah, cam gini la bentuk dia..., I mean ni dah tercampur lain2 la...korang tahu la mana satu epok-epok tu kan , kira dah besar gini jadi curry-puff la ye...
Curry "O' - sedapppp...$1.30
Sardine - sedapppp
chicken and mushroom kot? baru jugak - ermmm lembik gitu la.

ok ok ,

best tau kalau borak pasal makanan, terutama kalau actually makanan tu sama tapinama beza beza...
mesti gelak besar la,cam JAKUN sey dengar nama benda sama kat tempat lain.
nanti sambung makanan... banyak ni nak berbual kons nihaha.
lepas ni aku nak sambung borak belinda carlisle lak.



11 comments:

berteromber said...

epok-epok paling sedap ialah epok-epok yang kita buat sendiri...hahaha...

nanti cuti sekolah boleh suh org rumah aku buat..pastu tampal kat blog...

Zuraidah Butang said...

sy tak makan epok2..hehe sbb sayur2 kan..:P

Rafi said...

Ada satu kedai pakcik kat area rumah aku ni (seksyen 2 wangsa maju) siap tampal bertulis "epok epok sardin" bila aku tanya pakcik tu orang johor ke?dia terus tanya aku mana tau?aku cakap pasal ayat epok epok tu..terus keluar bahasa johor bila borak..heheh

Anonymous said...

Haa sebenarnya di JB ni ada juga yang panggil kuih ni "Tepong Bawang"
Serius ok, sila tanya old skool yg bro kenal hehe
Dan Old Chang Kee mmg sedap, last time kat City Square JB ada, tapi dah tutup lak.. Sewa mahal kot..

Anonymous said...

Beb citer popia basah tkde ke?
Lama tak nampak dan pekena ni..
Harap bulan Ramadan je baru ada..

matakucing said...

Masa aku kat tawau, sabah sana popular epok2/karipap meehun.. Mmg tulah mknn yg aku carik dulu bila kat sana

MOHD SHAFID BIN RAHMAT said...

aku suka yang pecah/bocor masa goreng. Dengan inti-inti dia pun garing

Adi Herman said...

Mintak resipi!!! Macam sedap jer...

A.I said...

nakkkkkkkkkkkkkkkkkk!! (aku mmg pantanggggg tak mkn. hahaha)

eh, epok2 ni sama la ngan karipap kan?

WanBeruas said...

Aku suka makan karipap sama dengan timun + telur rebus..Best!!

deaf said...

korang semua pasal makanan terus hidup haha