Dua minggu lepas gitu, aku sedih ah korang..
Lagi satu mangsa....Kedai HMV tutup kat Somerset Singapura, jadi dah takde la HMV kat Orchard sekarang.
Satu tinggal je kat Marina Sq.
HMV ni, tempat lepak, tempa lari dari masalah, rasanya dari aku zaman sekolah..., zaman remaja..., zaman NS, zaman apa je la...
Ada aircon, bersih, terang, banyak benda nak tengok dan godey2 dan cuba2...
Satu perangai buruk aku masa zaman jahiliah dulu kat HMV dan Tower Records...kalau aku suka satu cd ke hapa ke kan? Lepas tu aku tak berduit nak beli, atau barang tu mahal sangat..
Korang tahu apa aku buat? Aku akan sengaja alihkan cd tu gi rak lain. Paham? Kata artis atau band bermula dari huruf "A", aku sembunyikkan kat kat rak huruf "R" kat genre muzik lain. HAHA.
Kalau band rock Jepun Nye cd, aku alihkan gi Mandarin section..
Pasal...ngan harapan lain kali aku mampu, barang tu masih ada la... Kira kalau aku tak mampu beli, aku pastikan orang lain pun tak dapat beli.
# DENGKI !!! #
Tapi tu la kenangan manis masa zaman silam... Aku sedih... Sadness!!.
So Goodbye HMV at Somerset (and previously at Heeren). Only sweet memories remain....
Though the 70% discounts means at last I can afford some stuffs haha.
.
.
.
Walaubagaimanapun, heran nya, sambutan umum untuk rekod LP piring hitam semakin meningkat dan meningkat, dan ini ada laporan akhbar Straits Times, suratkhabar Singapura yang menceritakan tentang penjualan dan minat para pendengar muzik kepada vinyl records ni.
Jugak temuduga, nama dan lokasi kedai2 yang menjual lp rekod piring hitam ni, dan jugak harga2 pemain piring hitam ni untuk korang nak mula dengar vinyl ni.
Pendapat aku la eh, ok la pasal aku pun dah nak kena slow down benda2 gini...((CEH!!!! berbual cam betul je haha))
Aku jangka dan aku rasa la, kalau aku minat giler satu dua band tu, dan masih minat lagi,
dan guna cara pembelian betul la eh, pasal aku nak sokong band tersebut.
Satu hari nanti, apa aku buat ialah....aku download album terbaru sesuatu kumpulan tu mungkin guna lossless quality cam FLAC (ni Metallica pakai ok, ni aku respect Metallica, untuk peminat dorang boleh pilih kualiti FLAC lossless kalau nak),
Pasal aku cuma dengar lagu "on the move", bila aku jalan kaki sorang2, bila aku naik bas, naik keretapi,
selain tu aku jarang dengar lagu (yang aku personally minat) bila kat rumah.
Tapi bukan sahaja download officially je, lepas tu aku akan beli vinyl album terbaru tersebut....pasal tak stim ah takde cover, takde liriks, takde apa2 je la untuk sesuatu album aku minat. Dan mungkin sekali sekali aku putar.
Ni aku jangka, ok aku bukan jangka, tapi aku rasa la, apa mungkin aku buat untuk masa akan datang...
walau, definitely strictly for Maiden only haha.
There was interesting article in the Singapore main English newspaper on the revival of vinyl records. Useful, with lots of informations on locations of record vinyl stores, and even the wide range of prices for the vinyl players.
11 comments:
vinyl...belum mampu. hehehe
kalau poly vinyl chloride (PVC) aku mampu lah
vinyl sekarang dah dikategorikan sebagai hobi untuk orang yang berada hehe pada firasat hamba saja la
Tutup dah HMV situ?last aku beli cd final frontier versi tin kat kedai tu..sedey laa..
yeah! guapun penah buat perangai huduh tu... alih dan sorokkan majalah atau kaset metal yang tak mampu dibeli! harharhar!
"Kira kalau aku tak mampu beli, aku pastikan orang lain pun tak dapat beli"
sama deaf....perasaan hasad dengki ni aku pun ada....hahaha....memang aku pun selalu alih dan sorokkan kaset/cd kat tempat lain...
btw...aku tak larat vinyl ni...bayangkan nak start kolek semula semua album yg aku minat...dulu dah buat sekali dah...dari kaset ke cd....rasanya tak larat kot nak buat dari cd ke lp pulak....papa kedana nanti oi...
layan vinyl untuk STIM lebih hehehe terbaek
Vinyl skrg sng nk dapat or maybe skrg trendy kot.. Kena pulak skrg ada portable player.. Tuari aku jumpa sorang mamat ni usung vinyl siap ngan portable player kat starbuck hohoho
matakucing
now that is a story i want to hear more haha
Branch HMV pulak tutup. Tak silap aku tahun ni jugak Gramophone tutup operasi. Kalau dekat Malaysia pun dah tak banyak pilihan.
Post a Comment